Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Desperado Betul Orang Kanan Tun Dr Mahathir Kutip Tandatangan Bersama Mak Lampit

Posted: 24 Apr 2016 04:38 AM PDT

Terdesak apabila Deklarasi Selamatkan Malaysia gagal mencapai jumlah yang diharapkan, orang kanan Tun Dr Mahathir, Khairuddin Abu Hassan terpaksa mengemis kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Zakaria, yang terkenal di media sosial sebagai Mak Lampir untuk bersama-sama membantu mendapatkan apa yang dihajati.

Gambar-gambar di bawah adalah ketika 'walkabout' dilakukan di Pasar Ampang dan Komplek Muhibbah Ampang. Mereka kata mereka lakukan semua ini untuk menyelamatkan UMNO. Sedangkan mereka berpeluk dengan musuh untuk menjatuhkan pemimpin sendiri. Patutlah Allah masih tidak mengizinkan ianya berlaku.

Budak Pun Tau Sayang DS @NajibRazak

Posted: 24 Apr 2016 03:33 AM PDT










Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak dan isteri, DS Rosmah Mansor sejurus tiba di Kuching hari ini terus melawat adik Mohd Addi Asyraaf Mohd Missbahuddin, 6 tahun, yang menghidap penyakit hati di Kampung Bintawa Tengah. Kisah adik Addi Asraaf mendapat tempat di laman sosial apabila beliau ingin sangat berjumpa dengan Perdana Menteri.

Ibunya Zurina Jamil, telah memuatnaik kisahnya di laman sosial Facebook sehingga mendapat 'share' yang begitu banyak sehingga memungkinkan pertemuan ini. Alhamdulillah termakbul juga hajat adik Addi Asyraaf penghidap penyakit hati atau nama saintifiknya 'Allagile Syndrome' sejak usianya mencecah tiga tahun.


Bukan Setakat Berebut Kerusi Bertanding, Maskot DAP Dan PKR Juga Tidak Sama #BN4Sarawak

Posted: 23 Apr 2016 10:29 PM PDT

Setelah menampakkan gabungan Pakatan Harapan di Sarawak tidaklah begitu erat ekoran wujudnya pertelagahan antara pemimpin mereka dan lebih teruk perebutan kerusi pilihan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-11, kini isu maskot juga menimbulkan ketidaksamaan citarasa.

Kalau sebelum ini kawasan seperti DUN Mambong, Simanggang, Tasik Biru, Murum dan Mulu menjadi punca pergaduhan di antara pemimpin DAP dan PKR kerana kedua-dua parti ingin bertanding di kawasan yang sama, hari ini PKR juga tidak mahu maskot yang digunakan oleh DAP menjadi maskot bersama mereka.

Inilah yang dikatakan tidur sebantal, mimpi lain-lain. PKR hari ini mengumumkan akan mengunakan maskot badak dan tidak mahu menggunakan maskot UBAH yang merupakan burung kenyalang yang digunakan oleh DAP sejak PRN lepas. Kita tunggu pula apa maskot yang digunakan oleh parti pengemis di dalam Pakatan Harapan iaitu PAN atau Amanah. Mungkin maskot labi-labi kot?
 

Laluan Sambungan LRT Kelana Jaya Mula Beroperasi 30 Jun

Posted: 23 Apr 2016 06:30 AM PDT


Berita baik buat pengguna kemudahan pengangkutan awam di Lembah Klang. Laluan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia. Laluan yang menghubungkan 13 stesen baru ini akan beroperasi sepenuhnya pada 30 Jun 2016.

Projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya - Putra Heights dengan jarak 17.4km yang dikendalikan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) itu merupakan salah satu transformasi besar bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia.

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, mengumumkan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer akan mula beroperasi pada Mac 2016. Sementara, projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights dengan jarak 17.4km pula, akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan 2016. Kedua-dua projek sambungan berkenaan menelan belanja RM10 bilion.

Perdana Menteri berkata demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana Kerajaan mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.

Syabas dan tahniah buat seluruh agensi-agensi yang terlibat di dalam melaksanakan projek tersebut untuk Rakyat seperti Prasarana, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sudah tentu kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Mohd Najib Tun Razak yang begitu komited untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam negara menjadi lebih baik, terurus dan efisyen.

Apakah Langkah Yang Diambil Oleh Pembekal McDonald's Malaysia Untuk Atasi Ayam Bermasalah?

Posted: 23 Apr 2016 06:00 AM PDT



Buat yang mengikuti artikel di blog ini, CTS telah menulis satu posting mengenai kilang pemprosesan ayam sebagai pembekal McDonald's Malaysia iaitu Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP) yang terletak di Sitiawan, Perak. Baca di sini. Kilang pemprosesan yang menjalankan aktiviti seperti penyembelihan dan pembersihan diuruskan oleh DPP sementara aktiviti ternakan pula dikendalikan oleh Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC). Kedua-dua DPP dan DPDC ini merupakan syarikat dibawah kumpulan Malayan Flour Mills Berhad (MFM).

Terdapat persoalan tentang bagaimana pihak kilang pembekal menyekat serta menangani isu-isu seperti wabak penyakit, permasalahan-permasalahan semasa membabitkan produk keluarannya. Untuk makluman, sekiranya wabak penyakit atau permasalahan melanda ayam ternakan di reban DPDC maka pihak syarikat akan mengambil langkah mengutamakan keselamatan pelanggan dan mengurangkan risiko kerugian. Ini bermakna kesemua ayam yang ditempatkan di reban terbabit akan dihapuskan serta-merta walaupun penyakit yang menimpa produk mereka boleh diubati.

Walau bagaimanapun, MFM menegaskan bahawa peratus kemasukan wabak penyakit atau permasalahan membabitkan produk keluaran ladang mereka adalah sangat rendah. Ini kerana kilang-kilang mereka memiliki ciri-ciri keselamatan yang begitu baik dan selamat. Tidak cukup dengan itu, badan-badan penguatkuasa yang terlibat seperti Jabatan Veterinar dan agensi-agensi kerajaan yang lain turut memantau segala operasi kilang sebelum menerima sijil-sijil kelayakan mahupun pengesahan tertentu. 

Sekiranya DPP memiliki sijil antaranya ISO - Sistem Pengurusan Kualiti dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan, DPDC pula dirujuk berdasarkan pada pensijilan MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM). Ia juga merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.

Dalam perkembangan berkaitan, cuaca panas El Nino yang melanda negara ketika ini menjejaskan beberapa industri termasuk pertanian dan penternakan. Kurangnya pengeluaran produk-produk yang menjadi keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Aktiviti import / eksport juga turut terjejas. Belum lagi dikira kerugian yang menimpa mereka apabila tumbuhan, pokok mahupun haiwan ternakan mati akibat cuaca panas melampau.

Haiwan ternakan seperti ayam juga tidak terkecuali daripada berdepan El Nino. Sehinggakan ia disebut di dalam persidangan Dewan Negara oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Ahmad Shabery Cheek. Kata DS Ahmad Shabery, cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

Berbeza dengan kilang pembekal McDonald's, ianya bukan lagi reban berdindingkan papan yang terdedah dengan persekitaran terbuka. Sebaliknya ia dilengkapi dengan teknologi-teknologi canggih dilengkapi dengan kipas bagi memastikan suhu dalam reban kekal sejuk mengikut keperluan. Oleh yang demikian, masalah 'ayam stress' tidak memberi kesan langsung kepada bahan mentah restoran popular McDonald's.

Ternyata pilihan DPP dan DPCC sebagai kilang dan pembekal pilihan pembekal ayam kepada restoren McDonald's sejak tahun 2012 ini adalah pilihan tepat, memandangkan syarikat ini mematuhi piawaian yang ditetapkan, tahap kebersihan tinggi, patuh syariah dan halal serta faktor kesegaran bahan mentah sememangnya menepati kehendak McDonald's Malaysia.

Comments (0)