Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:21 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Hebat Tok Mat Basha Kerja Haji Jumaat, Kalau Boboi Dah Ada Di KL Sudah

Posted: 22 Apr 2016 03:48 AM PDT

Alhamdulilah selesai sudah majlis penyerahan van jenazah di Taman Wira Mergong oleh DS Ahmad Bashah di Masjid Taman Wira Mergong. Tidak perlu memakai jubah Arab bagai untuk hadir di majlis di masjid. Kalau dilihatkan pemakaian Menteri Besar baru amat bersahaja dan tidak berlebih-lebih.

Apa yang peliknya adalah hari ini Hari Jumaat. Menteri Besar masih lagi bekerja di hari cuti. Kalau sebelum ini, Mantan Menteri Besar pastinya sudah bercuti dan berada di Kuala Lumpur untuk bersama-sama keluarganya. Kesimpulannya, nak jadi Menteri Besar Kedah, hari Jumaat di Kedah, buat program dengan Rakyat. Bukan hari Rabu petang dah naik Firefly pi Kuala Lumpur.

Kempen #PRNSarawak Belum Bermula, Calon N55 Nangka Sudah Difitnah Malaysiakini #BN4Sarawak

Posted: 21 Apr 2016 08:38 PM PDT


25 April ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11. Namun, Malaysiakini telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kaki fitnah dan kaki adu domba terhadap calon-calon Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Semalam, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Nangka, Dr Annuar Rapaee telah diputar belitkan kenyataan beliau yang kononnya beliau bersifat perkauman. Pembangkang sedar salah satu strategi kempen di Sarawak untuk melemahkan BN adalah dengan membawa isu perkauman sempit ke dalam PRN Sarawak. Bacalah kenyataan Dr Annuar Rapee mengenai fitnah yang dilemparkan Malaysiakini seperti di bawah.
CLARIFICATION 
I have told the Muslims in the seminar that we Muslims in Sarawak should be thankful because other races are willing to support us because we are fair to others and we have been governing this country together well. Therefore I urge the Muslims to continue supporting Adenan as CM.  But what was published in Malaysiakini was different. 
Words was spinned in such a manner that I was made to be liked a racist. In actual fact I was giving an advice specifically to the Muslims to support Adenan whose acceptance rating was reported to have reached a high 81% from all races. Being Muslims we should be grateful that we are able to blend well with other races. 
Thus this harmony and tolerance need to be maintained.  In fact I have clarified to Malaysiakini reporter when she asked me questions but she seem to prefer to be deaf. And I told her that only racist see others as racist. As a result what was explained was not published.  
DR ANNUAR RAPAEE
Ini adalah wajah wartawan Malaysiakini yang ditugaskan untuk memutar belit  semua kenyataan daripada calon BN di Sarawak. Diharap calon-calon BN akan lebih berhati-hati.


Kerajaan Kaji Langkah Sistematik Mudahkan Majikan Ambil Pekerja Asing - Dr Wee Ka Siong

Posted: 20 Apr 2016 07:00 PM PDT

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri DS Dr Wee Ka Siong berkata Kerajaan kini sedang merangka langkah sistematik bagi memudahkan majikan mengambil pekerja asing melalui program penggajian semula. Dr Wee berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina, semalam.

Beliau berkata kerajaan menerima rungutan daripada pihak persatuan industri yang berhadapan dengan kekurangan pekerja berikutan pembekuan pengambilan pekerja asing sejak Februari susulan pelaksanaan program penggajian semula pekerja asing itu. Dr Wee berkata pihak yang sebelum ini mahu pengambilan pekerja asing dibekukan kini merayu kepada kerajaan agar mempertimbangkan semula arahan itu setelah merasai kesannya selepas dua bulan.

Dr Wee menambah, salah satu sebab mengapa pembekuan dilakukan oleh Kerajaan adalah kerana ada permintaan pihak yang sama mengatakan tidak perlu kepada pengambilan pekerja asing. Kerajaan katanya telah berdialog dengan pelbagai persatuan dan masing-masing merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan pembekuan pekerja asing.

Dr Wee berkata kerajaan telah melihat perkara tersebut dari segi kesannya kepada ekonomi yang mana terdapat sektor terutamanya berorientasikan eksport dan produktiviti yang terjejas. Kerajaan kini katanya sedang memikirkan cara untuk menangani isu ini, kerana ada tempat yang perlukan 200 pekerja, tetapi tidak tahu bagaimana mahu mencarinya melalui program penggajian semula ini,

Katanya kerajaan menjangka terdapat lebih 1.7 juta pekerja asing tidak sah di negara ini, namun setakat ini hanya 55,000 pekerja asing yang terlibat dalam program penggajian semula itu. Dr Wee berkata Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diberi mandat oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk meneliti semula program tersebut agar lebih sistematik dan memudahkan majikan mendapatkan tenaga pekerja asing.

Dr Wee menambah, kerjasama secara kolektif diperlukan dalam membuat keputusan berkenaan isu ini melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Perancang Ekonomi bagi mengkaji kesan program itu kepada ekonomi negara di samping langkah pengawalan yang ketat. Kerajaan katanya tidak mahu mengimport terlalu banyak pekerja asing, yang mana kesannya nanti buruh dari program penggajian semula tidak ada kerja dan ini juga akan membawa masalah kepada negara.

Comments (0)