Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:04 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Suntikan Dana Baharu RM20 Juta Bagi Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina

Posted: 20 Apr 2016 08:30 AM PDT


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong berkata sebanyak RM20 juta suntikan dana baharu akan disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tahun ini bagi Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina (PKBC). Dana baharu itu diberikan susulan sambutan menggalakkan terhadap program PKBC dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang lepas.

Program ini kata Dr Wee bertujuan untuk membantu penduduk Kampung Baru mendapatkan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah berasaskan baki bulanan dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada BSN untuk melaksanakan Skim Pinjaman Khas itu sepanjang RMK10, katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina di Putrajaya, hari ini.

Menurut Dr Wee, disebabkan sambutan yang amat menggalakkan dan kadar hutang tidak berbayar yang rendah, program ini diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi memanfaatkan lebih ramai penduduk Kampung Baru khususnya mereka yang berada dalam golongan B40. Dr Wee berkata penduduk Kampung Baru Cina yang berkelayakan boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada BSN berdekatan berhubung skim berkenaan mulai 1 Mei tahun ini.

Kenali Kilang Pemprosesan Ayam McDonald's Malaysia, Dindings Poultry Processing Sdn Bhd

Posted: 18 Apr 2016 08:30 PM PDT


Pastinya kita tertanya-tanya pihak manakah yang menjadi pembekal daging ayam yang bermutu tinggi dan patuh kepada hukum syarak serta halal kepada McDonald's Malaysia selama ini. Untuk makluman, kilang khas untuk menternak dan memproses ayam sebelum dipasarkan ke restoran-restoran McDonald's di seluruh Malaysia terletak di Sitiawan, Perak dikenali sebagai Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP).

Kilang ini menggunakan teknologi moden sepenuhya dari penternakan sehingga penyembelihan yang mana mematuhi hukum syarak dan halal. Pusat ternakan DPP dilengkapi dengan teknologi canggih yang mana dinding-dinding bangunan mempunyai kipas bag memastikan suhu dalam reban kekal pada sekitar 25-29 darjah celcius. Udara di dalam pusat ternakan ini sentiasa ditukar ganti setiap masa.


Untuk memasuki kilang DPP, semua pelawat dikehendaki meninggalkan barang-barang logam dan memakai pakaian yang dikhaskan. Pelawat juga dikehendaki mencuci tangan. Kesihatan pelawat amat dititik beratkan. Sekiranya pelawat tidak sihat, beliau tidak akan dbenarkan masuk. Setiap pergerakan pelawat akan dipantau dengan ketat supaya pelawat sentiasa peka dengan  undang-undang yang telah ditetapkan.

Peraturan yang sama turut dikenakan di tempat ternakan dan penyembelihan. Suasana di tempat penyembelihan amat bersih. Tiada langsung bau ayam, darah mahupun najis ayam seperti mana yang selalu kita temui di tempat-tempat penyembelihan ayam seperti di pasar. Di DPP semuanya dipantau agar sentiasa dalam keadaan bersih.

Di pusat penyembelihan ini, hanya 18 orang pekerja sahaja yang berkhidmat untuk menyembelih. 18 orang pekerja ini akan dipecahkan mengikut 5 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan bekerja akan menyembelih sekitar 3,500 ekor ayam. Selepas selesai 3,500 ekor, mereka akan bertukar syif 5 orang lagi untuk mengambil alih tugasan. Setiap hari purata 18 orang penyembelih ini akan menyembelih dalam lingkungan 80,000-85,000 ekor ayam.

Setiap penyembelih dipastikan mempunyai kelayakan sijil untuk menyembelih yang diperakui oleh Jabatan Agama Islam Negeri agar penyembelih mematuhi syarat penyembelihan mengikut hukum syarak. Jabatan Agama Islam Negeri juga kerap melakukan pemeriksaan mengejut untuk memantau operasi penyediaan ayam mentah ini.

Pisau yang digunakan oleh penyembelih juga akan diganti setiap enam bulan bagi mengawal kualiti. Disebabkan oleh kawalan kualiti, kebersihan dan kepatuhan kepada hukum syarak yang begitu tinggi, tidak hairanlah DPP mendapat kepercayaan McDonald's Malaysia untuk pembekalan ayam kepada rangkaian restoren berkenaan di seluruh Malaysia sejak 2012 lagi.




Mahkamah Tinggi Tolak Saman Sekumpulan Pengusaha Bas Ke Atas SPAD

Posted: 14 Apr 2016 08:00 PM PDT


Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara, menolak saman sekumpulan pengusaha bas terhadap sebuah syarikat dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenai pelaksanaan sistem pembelian tiket berpusat (CTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Hakim berkenaan membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa pelaksanaan CTS tidak melanggar Seksyen 15 dan 16 Akta SPAD 2010.

Pada 30 Disember 2015, pengusaha bas berkenaan memfailkan saman pemula terhadap kedua-dua defendan. Antara lain mereka memohon satu perintah deklarasi untuk menghentikan pelaksanaan CTS di TBS dan satu deklarasi bahawa defendan tidak berhak untuk memaksa dan mengarahkan pihak plaintif mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem berkenaan. 

Mereka juga menuntut kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah selepas mendakwa tindakan pihak defendan itu telah melanggar Akta Persaingan 2010.

Justeru, Hakim Datuk John memerintahkan lapan pengusaha bas, selaku plaintif, membayar kos sejumlah RM10,000 kepada dua defendan, Maju Tmas Sdn Bhd, syarikat pengendali operasi TBS dan SPAD. Maju Tmas dilantik oleh pemilik TBS untuk mengurus operasi di terminal di Bandar Tasik Selatan di sini yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2011.

Untuk rekod, sejumlah 87 syarikat pengusaha bas ekspres menjalankan operasi masing-masing di TBS dengan 79 daripada mereka menyertai sistem CTS yang dilaksanakan sepenuhnya pada Oktober 2015.

Comments (0)