Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:57 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Selamatkan Sarawak Pulak Dah! Yang Pasti Seperti Biasa PKR Minta Derma #BN4Sarawak

Posted: 19 Apr 2016 12:25 AM PDT




Agak melucukan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini apabila PKR mengemukakan tema 'Selamatkan Sarawak'. Tidak habis-habis PKR dengan tema 'selamat'. Tidak pastilah apa yang Rakyat Sarawak tidak selamat. Yang pasti Anwar Ibrahim sudah selamat di dalam Penjara Inn, Sungai Buluh.

Kalau betul hendak selamatkan Sarawak, kenapa perlu untuk meminta derma dari orang-orang yang kita hendak selamatkan. Walaupun nilai RM26 mungkin kecil bagi sesetengah orang, kalau Rakyat Sarawak boleh menderma untuk tabung kempen, pastinya mereka hidup tidak dalam keadaan susah dan tertekan di Sarawak bukan? Untuk apa mereka hendak diselamatkan lagi? 

Cuba lihat antara apa yang telah dan sedang Barisan Nasional berikan kepada Rakyat Sarawak seperti dalam poster-poster di bawah. Perlukah Rakyat Sarawak diselamatkan?




Pilihlah Bas Sekolah Yang Dilindungi Skim Insurans Murid Sekolah SPAD Untuk Keselamatan Anak-Anak Kita

Posted: 14 Apr 2016 09:30 PM PDT

Skim Perlindungan Insurans Murid-Murid Sekolah SPAD adalah skim perlindungan insuran kemalangan berkelompok takaful untuk murid-murid sekolah yang bersekolah di sekolah-sekolah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan menaiki bas-bas sekolah yang berlesen dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Sejak pengumuman Bajet 2013, kerajaan telah mengambil berat akan keselamatan murid-murid sekolah yang menaiki bas ke sekolah berikutan kualiti bas sekolah yang kurang memuaskan. Sebagai satu titik permulaan untuk mentransformasikan industri bas sekolah, skim perlindungan ini disediakan bagi membantu murid atau keluarga pelajar bagi menghadapi keadaan yang tidak diduga.

Sejumlah 16,525 bas sekolah yang didaftarkan di bawah skim insurans berkenaan di seluruh negara setakat ini. Semua bas sekolah yang didaftarkan di bawah skim insurans SPAD itu akan dibekalkan dengan pelekat khas 'Bas Sekolah Ini Dilindungi oleh Skim Insurans Murid-murid Sekolah Bas' bagi memudahkan ia dikenal pasti.

Pelekat itu juga bagi memudahkan ibu bapa mengenal pasti dan memilih bas sekolah yang berdaftar sahaja demi keselamatan anak-anak mereka pergi dan pulang dari sekolah. Selain itu, SPAD juga akan membina sistem pemeriksaan status bas sekolah yang boleh dibuat melalui laman web dan juga SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memudahkan ibu bapa, pihak sekolah, pelajar dan orang awam menyemak status bas sekolah melalui nombor pendaftaran bas berkenaan.

Skim perlindungan insurans kemalangan berkelompok itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan bagi menghadapi keadaan tidak diduga penumpang yang menaiki bas sekolah. Maklumat lanjut mengenai Skim Insurans Murid Sekolah SPAD boleh dirujuk di laman rasmi SPAD, di sini.

Comments (0)