Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:09 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


SPRM Sudah Jumpa Lim Guan Eng, Pandainya Ketua Menteri Main Wayang

Posted: 17 Apr 2016 11:58 PM PDT


Barulah saya faham apabila Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo, memberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Guan Eng untuk memberi keterangan yang dijangka minggu depan. Baca di sini

Minggu depan dalam konteks di sini sudahpun berlalu dua minngu yang lepas. Semalampun SPRM mengulangi perkara yang sama iaitu ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng. Baca Utusan Malaysia hari ini.


Rupa-rupanya betullah SPRM telah berjumpa Lim Guan Eng hari ini. Bukan setakat berjumpa secara berdepan, malah bersalaman di atas pentas yang sama, kononnya untuk menandatangani ikrar intergrati korporat. 

SPRM diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, DS Haji Mustafar Haji Ali. DS Mustafar khabarnya semalam di Pahang, hari ini beliau berbesar hati untuk hadir di majlis di Pulau Pinang.

Persoalannya, sejak bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai intergriti? Bolehkan kita percaya bahawa SPRM akan bertindak adil di dalam menjalankan siasatan ke atas skandal Taman Manggis 2 dan Banglo Tanpa Kolam Renang? 

Maaflah SPRM, sebagai Rakyat yang prihatin tidak dapat rasanya kami mendengar nasihat daripada SPRM untuk menutup mulut dari membicarakan kes ini.

SPRM sepatutnnya lebih arif dan mengelakkan diri dari majlis-majlis sebegini dengan pihak yang sedang disiasat. Ia menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti dan integriti SPRM. Itupun nak kena ajar?

McDonald’s Taja Biasiswa Pembelajaran Kepada Ecah

Posted: 17 Apr 2016 09:30 PM PDT


Masih ingatkah lagi dengan seorang pelajar, Siti Nuraisyah Sahrin, 13 tahun, yang kehilangan sepasang kakinya akibat putus putus selepas digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Januari yang lalu. 

Kejadian dikatakan berlaku apa­bila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap itu bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah. Kedua-dua pelajar itu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Parit 16.

Semenjak kemalangan tersebut, pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar berkenaan. Tidak terkecuali dengan syarikat rangkaian restoren makanan segera, McDonald's Malaysia. Walaupun perbagai tuduhan dilemparkan kepada McDonald's Malaysia, syarikat berkenaan tidak pernah melupakan insan-insan yang tidak bernasib baik. Ini dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan.

McDonald's Malaysia melalui badan kebajikan di bawah naungannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald's (RMHC) Malaysia semalam telah menawarkan biasiswa pembelajaran selama lima tahun kepada Siti Nuraisyah Syahrin atau lebih mesra dengan panggilan Ecah, 13.

Menurut jurucakap McDonald's Malaysia, pihaknya menawarkan biasiswa berjumlah RM5,000 untuk membiayai pembelajaran remaja itu daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Biasiswa ini diberikan sebagai suntikan semangat kepada Ecah yang kehilangan kedua belah kaki­nya dalam tragedi yang sangat tragis. Selain itu, McDonald's Malaysia turut berbesar hati mengambil Ecah sebagai anak angkat syarikat itu.

Sebagai motivasi kepada Ecah, McDonald's turut menyumbangkan wang tunai berjumlah RM2,000, buku-buku rujukan dan ulang kaji bernilai RM300 serta baucar tunai McDonald's untuk setahun bernilai RM400.

KLI Hotel Taja Perjumpaan ‘Darling Idola Kecil’

Posted: 16 Apr 2016 08:30 AM PDT


Penyanyi baharu Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling, 16 bersyukur dapat meluangkan masa bersama peminatnya dalam satu majlis yang diadakan di KLI Hotel, Kuala Lumpur, petang tadi. Bekas naib juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012 itu berkata, gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan mereka yang tidak pernah jemu untuk menyokong kerjaya muziknya sebelum ini. Beliau berkata, 
"Saya begitu berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis yang diadakan ini kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan mereka semua. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KLI yang begitu bermurah hati untuk menaja majlis perjumpaan ini," 
Program yang dihadiri sekitar 50 orang peminat itu ditaja oleh pihak hotel Kuala Lumpur International (KLI) yang turut bertindak sebagai penganjur majlis. Menurut Wan Azlyn atau nama penuhnya Wan Azlyn Maashah, paling menarik pejumpaan yang diadakan itu begitu meriah apabila semua yang hadir begitu mesra seperti sebuah keluarga meskipun tiada pertalian darah. Ujarnya lagi, 
"Rata-rata yang hadir begitu 'sporting' malah mereka turut menyertai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Saya juga sedang merancangkan untuk mengadakan majlis perjumpaan seperti ini di negeri kelahiran saya Kedah dalam masa terdekat." 
Selain cabutan nombor bertuah, para peminat Darling turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu dari single pertamanya berjudul Takkan Ada. Sementara itu Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Siti Aishah Yahaya berkata, pihak KLI amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjayakan majlis tersebut.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Yang Klasik! Yang Hangat! Yang Gempak! Hanya Di McDonald's

Posted: 08 Apr 2016 02:00 AM PDT



Adakah anda masih ingat saat pertama kali anda berkunjung ke McDonald's? Ataupun kenangan menikmati hidangan McDonald's pertama anda? Keriangan zaman kanak-kanak ataupun remaja dan membesar bersama McDonald's semestinya menggamit memori indah. Sesungguhnya, keseronokan dan kepuasan tidak mengenal faktor usia.

Teristimewa untuk anda, McDonald's Malaysia pada 05 April 2016 yang lepas telah melancarkan satu sessi 'makeover' khas untuk kesemua koleksi burger ayam yang ada iaitu McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali sebagai GCB. Tiga kegemaran, tiga pengalaman unik yang pastinya mengamit memori untuk sentiasa berkunjung ke restoren kegemaran sekeluarga.


'Yang Klasik'!

McChicken diberi jolokan yang klasik kerana ianya melambangkan jenama McDonald's itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. McChicken adaah antara menu burger paling awal diperkenalkan. Ianya sememangnya menjadi pilihan nombor satu pelanggan dengan keenakan daging ayam, roti ban yang lembut, ditambah pula salad dicincang dan juga mayonis yang lazat.


'Yang Hangat'!

McDonald's turut memiliki satu lagi koleksi burger ayam yang cukup popular. Tidak lain dan tidak bukan, semestinya Spicy Chicken McDeluxe. Nikmatilah rasa ayam yang pedas dan rangup, dengan hirisan sayur kobis dan salad pastinya membuka selera.


'Yang Gempak'!

Masih ingat dengan burger istimewa, Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali dengan nama manja, GCB? GCB kini telah kembali atas permintaan ramai dan telah dijadikan sebagai salah satu hidangan tetap di McDonald's! Keunikan rasa ayam panggang, ditambah pula dengan sos lada hitam yang pekat serta salad segar sememangnya memberikan kenikmatan tidak terhingga.


Bersempena pelancaran Yang Klasik!, Yang Hangat! dan Yang Gempak! McDonald's juga telah melancarkan satu pertandingan Instagram di mana peminat-peminat McChicken, Spicy Chicken McDeluxe dan GCB boleh bergambar dan bergaya dengan burger kegemaran mereka dan menang. 

Apa yang perlu dilakukan adalah hantar ke Instagram dan menggunakan hashtag #McDOOTD dan tag gaya anda sama ada #YangKlasik , #YangGempak atau #YangHangat. Tarikh tutup peraduan ialah pada 24 April 2016 dan 20 gaya yang terbaik akan dipilih.

Comments (0)