Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:15 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Mereka Bertanya Di mana RM2.6 Billion? Hari Ini Jawapan Diberi Sendiri Oleh Menteri Luar Arab Saudi

Posted: 15 Apr 2016 01:00 AM PDT






Sebelum ini, mereka-mereka di atas sibuk bertanya di mana RM2.6 billion yang didermakan oleh jutawan Arab kepada Perdana Menteri. Hari ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak, memang daripada negara itu. 

Kata beliau, "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. "Justeru, setahu kami, isu itu ditutup." 

Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

TS Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.

Jangan lupa kata-kata Mantan Perdana Menteri seperti di bawah. Apa kata pemakan dedak sekarang?



Dato Jamal Yunos Difitnah Untuk Bangkitkan Kemarahan Kaum Iban

Posted: 14 Apr 2016 10:29 PM PDT

Saya bukannya peminat Dato Jamal Yunos, Pengerusi Gabungan NGO Melayu yang kebetulan semalam tidak dibenarkan untuk masuk ke Sarawak. Namun tindakan sesetengah pihak yang membuat akaun Facebook palsu atas nama Dato' Jamal Yunos untuk memfitnahnya adalah amat tidak beretika.

Apatah lagi membuat posting bertujuan untuk menghina dan membangkitkan kemarahan kaum Iban di Sarawak. Tujuan pihak-pihak berkenaan mungkin bermotifkan dendam peribadi dengan Dato Jamal Yunos atau sengaja ingin membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati ke atas Barisan Nasional. Untuk rekod, satu laporan polis telahpun dibuat ke atas fitnah ini.

Ini Sahaja Penonton Yang Mampu Dibawa Oleh Tun Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang?

Posted: 14 Apr 2016 07:18 PM PDT

Bagi seorang Mantan Perdana Menteri dan barisan pembangkang-pembangkang yang mempunyai nama-nama besar seperti YB Khalid Samad, YB Tony Pua, YB Teresa Kok, YB Rafizi Ramli dan lain-lain, kehadiran penonton yang sekadar memenuhi satu dewan IDCC Shah Alam amat memalukan. Ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, Terangganu mampu menarik lebih daripada 30,000 orang.

Hari demi hari, Tun Dr Mahathir sudah hilang pengaruh di kalangan orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu amat pantang dan benci jika ada Melayu bersekongkol dengan Cina DAP untuk menjatuhkan pemimpin Melayu. 

Kekadang terfikir, setiap posting 'fanpage' Tun Dr Mahathir seperti Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM) berjaya mendapat belasan ribu 'like'. Takkanlah separuh daripadanya tidak mampu memenuhi dewan berkenaan semalam. Adakah 'like' yang diberikan kepada fanpage berkenaan juga palsu?



11 DUN Baru Bakal Dipertandingkan Di PRN Ke-11 Sarawak #BN4Sarawak

Posted: 14 Apr 2016 06:53 PM PDT


Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) akan diadakan pada 7 Mei dan hari penamaan calon pada 25 April 2016. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DS Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh itu selepas mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 11 April.

DS Mohd Hashim berkata PRN-11 akan menggunakan senarai daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini sehingga 10 April 2016. PRN-11 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud setelah dirujuk Ketua Menteri, TS Adenan Satem.

DS Mohd Hashim berkata 1,879 buah premis akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi 2,959 saluran/tempat mengundi dan seramai 20,811 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini.

PRN-11 kali ini mendapat perhatian meluas apabila sebanyak 11 DUN baru telah diwujudkan setelah proses persempadanan semula dilakukan oleh SPR telah diluluskan di Parlimen. DUN-DUN baru tersebut adalah seperti berikut yang menjadikan keseluruihan DUN yang dipertandingkan adalah 82 kerusi.

1. N13 Batu Kitang (P196 Stampin)
2. N17 Stakan (P197 Samarahan)
3. N18 Serembu (P198 Puncak Boneo)
4. N23 Bukit Semuja (P199 Serian)
5. N26 Gedong (P200 Batang Sadong)
6. N40 Kabong (P205 Saratok)
7. N57 Tellian (P213 Mukah)
8. N63 Bukit Goram (P215 Kapit)
9. N66 Murum (P216 Hulu Rajang)
10. N70 Samalaju (P217 Bintulu)
11. N78 Mulu (P220 Baram)

Manakala 4 kawasan DUN telah dipinda nama seperti berikut:

1. N19 Mambong (Nama asal - Bengoh)
2. N34 Batang Ai (Nama asal - Batang Air)
3. N41 Kuala Rajang (Nama asal - Belawai)
4. Tanjung Batu (Nama asal - Kidurong)

Comments (0)