Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:16 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Betul Ke Ada Orang Nak Bakar Pejabat Dr P Ramasamy Atau Beliau Buat Drama Tamil?

Posted: 11 Apr 2016 09:28 PM PDT


Secara kebetulan atau sudah dirancang? Semalam Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Dr P Ramasamy ini dihimpit kontroversi apabila beliau memanggil Dr Zakir Naik sebagai syaitan, secara tiba-tiba hari ini pejabatnya pula dibakar. Apakah ini satu wayang Tamil apabila Dr P Ramasamy sengaja hendak mengalihkan isu skandal Tokong Lim Guan Eng dengan mencipta isu gelaran syaitan dan bakar pejabat? 

Mungkin beliau boleh mencari idea lain kot? Sebelum ini Teressa Kok ada membuat idea yang serupa dengan meletakkan bangkai dan darah ayam ke luar pejabatnya untuk mengalihkan isu. Yang peliknya ayam tu boleh masuk ikut pintu gril yang berkunci.

Ini kes bakar pejabat pula. Betul-betul sandiwara DAP. Kalau betul orang hendak bakar pejabat beliau, tidaklah hanya bakar di koridor kaki lima sahaja. Alang-alang menyeluk pekasam biar bakar satu bangunan dan bukan kaki lima. Auta la Ramasamy ni.



Peratusan Tinggi Pengundi Baru / Muda Untuk PRN Sarawak Bukti SPR Telus Dan Adil

Posted: 11 Apr 2016 06:03 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas sempena Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak pada Khamis ini. Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat bermula pukul 9.30 pagi di Hotel Merdeka Palace di Kuching, akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, DS Mohd. Hashim Abdullah. Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa perkara penting berhubung PRN-11 nanti.

Antara dibincangkan termasuk hari penamaan calon, pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan semasa pilihan raya tersebut. Selain itu, mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang perlu dilaksanakan oleh suruhanjaya itu sepanjang proses mengendalikan PRN-11. 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini secara rasmi dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju meluluskan dan menandatangani surat pengisytiharan pembubaran itu semalam.

Perkara menarik yang boleh diperhatikan di dalam PRN-11 kali ini adalah peratusan tinggi pengundi baru / muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ini sekligus membuktikan SPR adalah telus dan adil di dalam menjalankan proses pendaftaran pengundi. Semakan berdasarkan kepada DP ST4 / 2015 ke atas jumlah pengundi berdaftar mengikut umur di Sarawak mendapati daripada jumlah keseluruhan 1,141,294, sebanyak 11.98% atau 136,755 orang pengundi adalah dalam kategori umur 21 - 29 tahun.

Manakala peratusan bagi pengundi yang berumur di antara 30 - 39 tahun adalah sebanyak 20.80% atau 237,440 pengundi. Sejumlah 32.78% pengundi muda bakal menetukan Kerajaan di Sarawak. Ianya sekaligus menafikan cakap-cakap politik bahawa SPR berpihak kepada Kerajaan Barisan Nasional dengan melewat-lewatkan pendaftaran pengundi muda, yang kononnya BN hanya bergantung kepada pengundi yang berusia.

Menteri Pengangkutan Kecewa Riyani Air Gagal Memberikan Perkhidmatan Yang Baik Kepada Rakyat

Posted: 10 Apr 2016 05:00 PM PDT


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, berkata Rayani Air tidak boleh menggantung operasinya sendiri seperti dilakukan oleh syarikat penerbangan berkenaan kerana semua perkara berkaitan operasi penerbangan adalah tertakluk di bawah  Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

DS Liow melahirkan kekecewaan dengan Rayani Air kerana tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada Rakyat. Katanya, Kementerian Pengangkutan sudah memberi mereka peluang, tetapi mereka tidak memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh undang-undang

DS Liow menambah, kementerian beliau akan mengantung Riyani Air dan notis penggantungan akan dikeluarkan oleh DCA kerana Riyani Air telah melanggar undang-undang di bawah Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan dan DCA kata DS Liow akan menjalankan audit penuh ke atas Rayani Air dengan segera dan wakil mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

Tambah beliau lagi, syarikat berkenaan akan diminta untuk memberikan penjelasan dan jawapan terhadap isu tersebut, namun sekiranya gagal membuat perkara demikian, lesen mereka mungkin akan ditarik.

Untuk rekod, sesebuah syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada DCA enam bulan sebelum penggantungan operasi penerbangan. Dalam kes ini, DCA tidak dimaklumkan mengenai penggantungan yang diumumkan Rayani Air dua hari lepas. Terdahulu, syarikat penerbangan tersebut menerima 2 notis amaran daripada  DCA setelah gagal memberikan perkhidmatan yang baik kepada Rakyat.

Jawatankuasa Khas Akan Ditubuh Bagi Menaik Taraf Pentadbiran JPJ

Posted: 10 Apr 2016 08:30 AM PDT


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai ketika berucap pada majlis sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan ke-70 tahun berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuh dalam masa tiga bulan lagi bagi menaik taraf dan menambah baik struktur pentadbiran dan pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Penubuhan jawatankuasa itu kata beliau adalah untuk memastikan JPJ terus diperkasakan dan diperkukuh demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. DS Liow berkata pelbagai inisiatif telah dibangunkan oleh JPJ termasuk sistem e-daftar, sistem pendaftaran tanpa sempadan, sistem tukar milik secara biometrik serta pengurusan penguatkuasaan menggunakan teknologi yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang awam.

Adalah diharapkan agar pembaharuan undang-undang juga dapat dibuat melalui jawatankuasa khas yang dilantik itu bagi memperkasa peranan JPJ dalam menguatkuasakan peningkatan tahap keselamatan jalan raya. Melalui tranformasi yang dilakukan secara berperingkat, JPJ kini mampu mengurus secara purata lebih 60,000 pelanggan sehari dan sehingga 2015 ia telah mengurus sebanyak 26 juta kenderaan berdaftar dan melesenkan sebanyak 14.7 juta pemandu.

Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) Ke Atas Kenderaan Asing Akan Dilaksanakan Tahun Ini

Posted: 09 Apr 2016 08:30 AM PDT



Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai memaklumkan caj permit masuk kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing yang memasuki negara ini dari Singapura akan dilaksanakan pada tahun ini, selepas beberapa kali tertangguh. 

Kata beliau, caj berkenaan akan dilaksana­kan selepas beberapa masalah teknikal diselesaikan. Beliau menambah Malaysia juga menerima sokongan dari Singapura berhubung pelaksana­an caj tersebut.

VEP yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lalu dijangka dapat menyelaras, menyuraikan dan menyeragamkan sistem lalu lintas di pintu masuk antara Johor dan Singapura kerana lebih sistematik berbanding sebelum ini.

Buat masa ini, kereta dari Singapura datang ke Malaysia tidak mempunyai sebarang rekod. Oleh kerana itulah kenderaan yang melakukan sesuatu kesalahan di Semenanjung Malaysia adalah bebas daripada perlu membayar saman. 

Malah kenderaan yang berdaftar di Singapura ini masih bebas memasuki negara ini. Dengan perlaksanaan VEP kelak, semua kenderaan yang datang ke negara ini dari Singapura mesti didaftarkan dan sebarang pergerakan kenderaan asing dapat dikawal oleh penguatkuasa Malaysia.

Comments (0)