Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Gagal Jatuhkan PM @NajibRazak Melalui PAC 1MDB, DS Rosmah Mansor Jadi Sasaran Di Stadium Melawati

Posted: 10 Apr 2016 08:57 AM PDT

Fitnah 1MDB gagal menjatuhkan DS Najib Razak apabila Timbalan Pengerusi PAC sendiri dari DAP yang juga Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, telah membersihkan nama Perdana Menteri dari sebarang salah laku. Tidak puas hati dengan tindakan tersebut DS Rosmah Mansor kembali menjadi sasaran serangan pembangkang.

Satu video yang dimuatnaik dari KiniTV menunjukkan DS Rosmah Mansor disorak sewaktu perlawanan akhir badminton di Stadium Melawati. Apa yang berlaku bukanlah merupakan satu kebetulan, malah satu perancangan yang jahat untuk memalukan Perdana Menteri dan isteri.

Konon ceritanya sebahagian daripada 10,000 penonton bersorak perkataan 'boo' kepada DS Rosmah Mansor ketika nama beliau diumumkan sebagai penyampai hadiah kepada Lee Chong Wei. 

Apa yang menariknya, rakaman video berkenaan dirakam oleh Jay Jay Dennis, pembantu kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Adakah ini merupakan kebetulan?

Ada yang mempersoalkan kenapa DS Rosmah Mansor pula yang menyampaikan hadiah bukannya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa DS Rosmah Mansor merupakan Penaung BAM. Jadi, kenapa pula individu yang menaungi sukan badminton tidak layak berada di pentas tersebut?

Pembangkang menjadikan DS Rosmah Mansor sebagai sasaran untuk membangkitkan kebencian kepada DS Najib Razak. 

Nampaknya selepas gagal memburukkan Perdana Menteri melalui 1MDB, pembangkang melalui Malaysiakini dan portal-portal fitnah mereka kembali menjadikan isteri Perdana Menteri sebagai sasaran mereka.

Paling menarik, cerita-cerita sebegini bukan sahaja disebar luas oleh pembangkang malah turut dimainkan dengan gembiranya oleh oenyokong-penyokong ProTun. Mungkin untuk hasil dedak kot kerana berjaya memalukan kononnya isteri Perdana Menteri.


Baru Jadi YB Stampin Sudah Berlagak, Bagaimana Kalau Perintah Sarawak #BN4Sarawak

Posted: 09 Apr 2016 05:23 PM PDT


Sombong gila YB DAP Stampin, Tan Kok Ping. Kejadian berlaku semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Video berdurasi 3.00 minit ini sudah menjadi viral di media sosial.

Inilah kelakuan pembangkang. Amat biadap seolah-olah bumi Sarawak mereka yang punya. Entah bagaimana kiranya kelak mereka berjaya memerintah Sarawak. Nauzubillah himinzalik.

"Ini kawasan Stampin kah? You cakap saya, kawasan ni YB siapa? Kawasan ni siapa YB? Saya, YB Saya, Saya YB Parlimen kawasan ini...tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya...."

"Im telling you now ... I'm the YB of this area!!"

Wow! Hebat! Tan Kok Ping ingat jadi YB banyak besar? Pengundi Stampin pastikan anda tidak lagi mengundi Wakil Rakyat sebegini.

Tabik kepada kedua anggota polis yang tegas tetapi beradap santun bila berdepan dengan gelagat MP DAP Stampin dan beberapa pengikutnya. Tidak gentar dan memihak dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Comments (0)