Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah bekas senator didakwa akan sertai PKR?

Posted: 28 Apr 2016 11:31 AM PDT


Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor didakwa akan menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik presiden parti berkenaan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut sumber seperti yang dipetik oleh Suara TV, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

"Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

"Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin 'garang' menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur," katanya.


Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga turut memaklumkan bahawa antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan 'check dan balance' di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

"PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

"Azmin telah menggunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah" katanya.

Ezam meninggalkan parti PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Suara Politik
Belantan

#PRN Sarawak : PKR-DAP 
terus berbalah?

Posted: 28 Apr 2016 12:17 AM PDT


Konflik pertembungan antara PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN) semakin meruncing apabila pemimpin ke­dua-dua parti itu berbalas ke­nyataan berikutan pertembungan mereka di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika PKR berkeras calonnya tidak akan menarik diri bagi memberi laluan kepada sekutunya itu, DAP pula me­negaskan, parti tersebut kini akan memberi fokus terhadap kesemua 31 kerusi yang ditandingi­nya dan tidak akan lagi memikirkan berhubung perebutan kerusi dengan PKR.

Dalam sidang akhbar di sini hari ini, Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, tindakan DAP yang menyatakan kesediaan untuk menarik diri di DUN Batu Kitang jika PKR berbuat perkara sama di lima kawasan lain bertindih menunjukkan DAP sebenarnya tidak serius untuk bertan­ding di DUN tersebut.

"Tiada sebab untuk meminta kami menarik diri di lima kerusi DUN sebagai pertukaran dengan Batu Kitang. Calon kami tidak akan menarik diri bagi memberi laluan kepada calon DAP sebagai pertukaran (kerusi DUN)," katanya.

Semalam, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke menyatakan pi­haknya bersedia menarik diri di Batu Kitang jika PKR berbuat perkara sama di lima lagi kerusi bertindih iaitu Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Mengenai DUN Ba­tu Kitang, Xavier berharap penyokong pembangkang memberikan undi kepada calon PKR, Voon Shiak Ni yang mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang.

Sementara itu, Pe­ngerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa beberapa kawasan yang boleh dimenangi parti berkenaan pada PRN Sarawak telah terjejas dengan tindakan PKR itu kerana mencabuli perjanjian dengan DAP mengenai agihan kerusi.

Suara Politik
Belantan

Comments (0)