Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pakatan pembangkang retak?

Posted: 27 Apr 2016 09:31 AM PDT


Dengan kegagalan DAP dan PKR mengelakkan pertembungan sesama sendiri berdepan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri ini adakah bermakna mereka telah melanggar perjanjian pembentukan pakat­an harapan yang dimeterai Januari lalu?

Dalam Fasal 5 perjanjian yang dimeterai itu jelas menyatakan pakatan harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN akan mele­takkan hanya seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya.

Sebarang pelang­garan kepada keputusan itu boleh di­sifatkan sebagai pe­langgaran perjanjian yang perlu diputuskan mengikut kaedah yang dihuraikan di dalam Fasal 7: Keabsahan Pakatan.

Fasal 7.2 jelas menyatakan bahawa jika terdapat satu parti secara jelas telah melanggar mana-mana perkara di dalam perjanjian itu maka parti tersebut boleh digugurkan keahlian dalam pakatan harapan.

Perjanjian pakatan harapan yang dimeterai 9 Januari lalu di Shah Alam itu ditanda­tangani Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Hari penamaan calon di Sarawak semalam jelas menunjukkan percanggahan antara parti dalam pakatan ha­rapan.


Majlis Presiden pa­­katan itu yang bertanggungjawab menentukan pembahagian kerusi untuk pilihan raya gagal mengagihkan kerusi dengan baik sehinggakan terdapat enam kerusi melibatkan pertembungan DAP dan PKR iaitu di N13 Batu Kitang, N19 Mambong, N32 Simanggang, N49 Ngemah, N66 Murum dan N78 Mulu.

Di Kuching dalam ceramahnya malam tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak lagi dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap kegagalan memandu pakatan pembangkang berdepan BN di Bumi Kenyalang.

"Saya memohon ma­af kepada rakyat Sarawak dan Malaysia kerana kegagalan pakatan harapan untuk memastikan pertan­dingan satu sama satu de­ngan BN," katanya.

Maka, apabila persetujuan gagal diperoleh Majlis Presiden dalam menentukan apa jua keputusan, adakah bermaksud pakatan ha­rapan sudah pun terkubur?

Suara Politik
Belantan

Comments (0)