Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in
sumber :-
Belantan |
CEO Malaysia Airlines letak jawatan Posted: 19 Apr 2016 10:57 AM PDT Tidak sampai setahun dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Christoph Mueller bakal meninggalkan syarikat penerbangan negara tersebut berkuat kuasa September 2016. Menurut MAB, perletakkan jawatan itu dipohon oleh Mueller sendiri iaitu lebih awal daripada kontrak perkhidmatan tiga tahun yang diberikan kepadanya. Jelas syarikat itu, Mueller bagaimanapun akan terus berkhidmat bersama MAB sehingga September ini sebagai untuk memenuhi notis enam bulan perletakkan jawatannya. Namun pada masa sama, beliau melahirkan hasratnya untuk terus kekal sebagai Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MAB selaku Pengarah Bukan Eksekutif. "BOD menerima hasrat beliau itu untuk meninggalkan syarikat lebih awal ekoran disebabkan hal peribadinya, dan pencarian CEO baharu telah dimulakan dengan menilai calon-calon yang berpotensi sama ada dari dalam atau luar syarikat," jelas MAB dalam kenyataannya hari ini. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Comments (0)
Catat Ulasan