Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:45 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya KLIDC Bersuara Mengenai Tanah Taman Manggis...

Posted: 08 Apr 2016 07:25 AM PDT


Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) akhirnya membuka mulut berhubung status syarikat itu yang membawa kepada pertikaman lidah antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menteri pusat Datuk Rahman Dahlan.

KLIDC, yang tersepit di tengah-tengah perbahasan kerana menguasai tanah Taman Manggis yang dibeli daripada kerajaan negeri dengan harga RM11.6 juga pada 2012, hari ini menolak dakwaan ia sudah dijual kepada pihak ketiga.

Rahman pada Isnin mendedahkan perjanjian jualan saham yang menunjukkan KLIDC dijual sebanyak RM18.6 juta kepada pembeli tidak dinamakan dan ia turut bermakna jualan tanah Taman Manggis secara tidak langsung.

Kerajaan negeri berulang kali menegaskan bahawa tanah Taman Manggis tidak akan dijual kembali.

Pemegang saham majoriti KLIDC Tang Yong Chew dalam wawancara dengan Nanyang Siang Pau mengakui kewujudan perjanjian jualan saham tetapi berkata rundingan itu tidak menjadi kenyataan.

Tang berkata, tahun lalu, sebuah kumpulan daripada Amerika Syarikat telah menyatakan minat untuk melabur dalam pusat perubatan yang dirancang di Taman Manggis, yang membawa kepada pembentukan syarikat usaha sama bagi mendapatkan pembiayaan bank.

"Oleh kerana permohonan kewangan memerlukan beberapa dokumentasi undang-undang, kami tandatangan perjanjian jualan saham, yang didedahkan baru-baru ini, membawa kepada dakwaan KLIDC mahu menjual tanah Taman Manggis untuk mendapatkan keuntungan," katanya.

Bagaimanapun, kata Tang, rancangan itu tidak berjalan lancar dan usaha sama itu habis begitu sahaja.

Beliau menegaskan bahawa Tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC lapor Malaysiakini



Walaupun Rafizi Didakwa Tiga Pertuduhan, Rafizi Kata Dia Nak Buat Lagi..

Posted: 08 Apr 2016 02:27 AM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli didakwa di mahkamah hari ini atas tiga pertuduhan memiliki dan membocorkan rahsia kerajaan serta memfitnah.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iv) dan 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan muka surat 98 laporan audit mengenai 1MDB dalam sidang media.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Parlimen antara 24 dan 28 Mac, jika bersalah, dia boleh dipenjara maksimum tujuh tahun.

Di Mahkamah Majistret, Ahli Parlimen Pandan itu menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi blognya pada 18 Februari lalu.

Bagi tuduhan itu, dia menghadapi penjara dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan. Rafizi mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga tuduhan itu dan minta dibicarakan.

Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnian Hassan membebaskan Rafizi dengan ikat jamin RM3,000 bagi tuduhan OSA.

Manakala Majistret Mohd Raihan Mohd Aris menetapkan ikat jamin RM1,000 bagi tuduhan memftnah TH. Ketiga-tiga tuduhan itu akan disebut semula pada 29 April ini lapor FMT..

Lepas tu baca ni pulak..

KUALA LUMPUR, April 8 ― PKR's Rafizi Ramli said today he would have no qualms repeating his actions, despite facing imprisonment under a secrecy law for allegedly disclosing information from the Auditor-General's report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi was asked if he still stood by his actions, now that he is facing a mandatory jail term under the Official Secrets Act 1972 (OSA) for the alleged leak of the federal audit's findings on the state investment firm that remain classified a state secret.



"Yeah, if I have the chance, I'll do it again," the Pandan MP told reporters at the court complex here today after bail was posted for the two new criminal cases against him.

"I don't understand when people ask whether the risk was worth taking or not. I don't think people should be calculative when it comes to right and wrong ― right is right, wrong is wrong. I'm very certain that what I did was right," the 39-year-old said.

Video berkenaan sila lihat di SINI

Najib Kelemahan Terbesar 1MDB - IDEAS

Posted: 07 Apr 2016 11:00 PM PDT


Pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan 'tindakan kurang bijak'.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata, pelantikan Najib itu juga merupakan kelemahan terbesar 1MDB.

"Najib adalah orang bertanggungjawab memberi nasihat termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong pun perlu akur dengan nasihatnya. Adakah mungkin untuk mana-mana Pengarah 1MDB untuk menolak nasihat yang diberikan Najib?

"Apabila struktur tadbir urus syarikat ini mengarut, maka kita tidak boleh menghentikan orang ramai daripada membuat sebarang tuduhan," katanya dalam satu kenyataan yang mengkritik pentadbiran dan urus tadbir 1MDB.

Kata Wan Saiful lagi, pelantikan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB menunjukkan wujud konsep 'pemerintahan diktator secara bayang-bayang'.

"Kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh Perdana Menteri dan kapasitinya dalam 1MDB perlu disiasat untuk menentukan sama ada beliau (Najib) bertindak sebagai 'pengarah bayangan'. Jika tidak, segala siasatan yang dijalankan tidak akan selesai," katanya.

Dalam masa sama, Wan Saiful turut meminta kerajaan memantau tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain untuk mengelak seperti apa yang berlaku dalam 1MDB.

"Jika 1MDB mempunyai hutang RM50 bilion, bagaimana kita hendak tahu jika ada lagi GLC di peringkat negeri dan Persekutuan yang menanggung banyak hutang atau hutang sekadar satu peratus.

"Perlu ada kajian semula yang komprehensif di entiti korporat milik kerajaan Persekutuan dan negeri supaya kita tahu bagaimana perkara-perkara yang tidak baik sebenarnya terjadi apabila kerajaan menjalankan perniagaan," katanya.

Semalam, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengeluarkan laporan siasatan ke atas 1MDB dan dengan menyenaraikan beberapa kelemahan dalam pentadbiran.

Antaranya, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sebanyak RM50 billion dan banyak keputusan yang dibuat tidak mematuhi peraturan syarikat.

Bagaimanapun, laporan itu tidak meletak kesalahan kepada Najib kerana Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dengan segala kelemahan 1MDB.

Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw berkata, pihak pengurusan 1MDB perlu dipersalahkan di atas kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam syarikat itu ~ FMT



Rafizi Bukan Berlakon Digarilah!! Itu SOP..

Posted: 07 Apr 2016 08:58 PM PDT


Perdebatan sama ada Rafizi Ramli digari atau tidak semasa ditahan mungkin telah selesai, tetapi peguamnya bertegas pemimpin PKR itu diminta meletakkan tangan di belakang sebagai sebahagian daripada standard operasi piawai (SOP).

Saiful Izham Ramli berkata arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.

Manakala tindakan polis memegang lengan mereka pula ketika berjalan adalah amalan biasa, tambahnya lagi.

Perkara ini biasanya diamalkan jika tertuduh tidak bergari dan tidak pula dikategorikan sebagai penjenayah tegar, tulisnya di Facebook.

Saiful justeru berkata anak guamnya bukan cuba mendapatkan simpati dengan bertindak demikian.

Kenyataan peguam itu dibuat selepas beberapa keping gambar beredar di media sosial menuduh Rafizi cuba menggambarkan beliau digari ketika diiring oleh polis.


Gambar terakhir daripada belakang menunjukkan tiada gari dikenakan pada tangannya.

Keterangan gambar itu menyebut: "Rafizi berlakon kena gari. Perangai macam celaka.

Rafizi ditangkap pada Selasa lalu di pintu parlimen kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan yang didakwanya menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau direman tiga hari dan berdepan risiko penjara tujuh tahun jika dibuktikan bersalah lapor Malaysiakini



Enam Perkara Tentang Skandal 1MDB Yang Kita Perlu Tahu..

Posted: 07 Apr 2016 09:30 AM PDT


Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.

Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.

Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.



1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah

Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.

Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.

2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat yang tidak pasti

1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.

3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan urusan PetroSaudi

1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.

Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.

Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.

4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat

Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.

Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.

EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.

KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.

5. Berharap hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya

Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.

Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.

6. Jadi 'anak emas' Putrajaya, dapat banyak kelebihan

1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.

Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.

Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

Dipetik dari Malay Mail Online



Laporan lengkap PAC berkenaan 1MDB boleh dibaca di SINI

Comments (0)