Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bekas CEO 1MDB Kata Dia Tak Salah.. Dia Salahkan Najib Pulakdah..

Posted: 07 Apr 2016 07:30 AM PDT


"Saya suka menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang salah laku atau kegiatan bercanggah undang-undang di syarikat tersebut ketika saya mengendalikannya."

Demikian ditegaskan oleh bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, menjawab Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyarankan beliau disiasat.

"Saya akan terus memberikan kerjasama penuh, yakin bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak ada apa-apa untuk saya sorokkan," katanya dalam kenyataan ringkas seperti disiarkan Bernama.



Beliau juga menegaskan selalu memberi kerjasama sewaktu prosiding siasatan jawatankuasa parlimen itu yang mengumumkan laporannya hari ini.

PAC memulakan siasatannya dalam prosiding pertama pada Mei 2015.

Melalui laporannya "Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB", PAC menggesa pihak berkuasa menyiasat Shahrol dan pihak-pihak berkaitan.

Menurut jawatankuasa itu lagi, Shahrol perlu bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan dalam pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

PAC memanggilnya untuk memberi taklimat dan penjelasan pada 25 dan 30 November 2015 ~ MMO

Dalam laporan yang dipetik dari Malay Mail tu.. dia tak salahkan Najib.. tapi kalau kita baca apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini.. dia salahkan Najib..

Antara laporannya..

Former 1MDB chief executive officer Shahrol Azral Ibrahim Halmi claimed that Prime Minister Najib Abdul Razak had refused the revaluation of assets in 1MDB's joint-venture with PetroSaudi International (PSI) despite concerns raised by the 1MDB board of directors.



This is according to the Public Accounts Committee (PAC) report tabled today which referred to Najib in his position as 1MDB board of advisers' chairperson.

According to the report, the 1MDB board of directors had doubts about the joint-venture in which 1MDB was to commit US$1 billion in cash while PSI would only need to commit at least US$1.5 billion in energy assets to their joint-venture vehicle 1MDB PetroSaudi Ltd.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Najib Betul, Sebenarnya RM50 Billion Bukan RM42 Billion Jawab Mahathir

Posted: 07 Apr 2016 05:30 AM PDT


Hari ini setelah laporan PAC mengenai 1MDB dibentangkan tanpa laporan audit di Parlimen, Najib dengan bangganya mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion telah hilang daripada 1MDB.

Menurutnya laporan yang dibentang oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu membuktikannya..

Kata Najib merujuk kepada Mahathir "Beliau didorong oleh kepentingan peribadi bukan kepentingan negara, dan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan,"

Najib mengakui bahawa laporan itu mengenal pasti kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB.

"Kita perlu memastikan bahawa pelajaran yang dipelajari, dan tindakan akan diambil jika ada bukti salah laku ditemui," katanya.

Najib berkata, selepas pelbagai dakwaan dibuat terhadap 1MDB seperti kerugian RM42 bilion yang didakwa Dr Mahathir, kabinet di bawah arahan beliau telah meminta Ketua Audit Negara pada Mac tahun lepas menjalankan siasatan bebas dalam akaun kewangan 1MDB...

Jawab Mahathir...

Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah 'betul' dan beliau salah berkenaan hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.  
"Laporan itu (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) kata ia bukan hanya RM42 bilion tapi RM50 bilion. Lebih dari itu.  
"Jadi saya salah kerana sebut angka lebih kecil dan saya rasa RM50 bilion juga tidak betul, boleh jadi lebih lagi," kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.  
Terdahulu Najib hari ini berkata laporan PAC membuktikan Dr Mahathir membuat tuduhan palsu bahawa RM42 bilion hilang dari 1MDB ~ Malaysiakini

Tapi.. hari tu Najib kata 1MDB dah bebas dari hutang.. ni mai kot mana pulak hutang RM50 Billion ni?



1MDB: Lembaga Pengarah Saja Ke Nak Letak Jawatan?.. Lembaga Penasihat Macam Mana Pulak?

Posted: 07 Apr 2016 01:47 AM PDT


Selain dari Lembaga Pengarah 1MDB yang secara kolektif hari ini memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan.. sepatutnya Lembaga Penasihat juga turut berbuat demikian..

Sebabnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Menteri Kewangan , Datuk Seri Najib Razak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A). 

Secara ringkas, artikel 117 menetapkan semua keputusan berkenaan lantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB serta sebarang komitmen kewangan termasuk keputusan pelaburan diambil 1MDB yang boleh mempunyai kesan kepada jaminan Kerajaan Persekutuan perlulah mendapat kebenaran bertulis Perdana Menteri.



Jadi selain Najib.. lain-lain Ahli Lembaga Penasihat ialah Tan Sri Dato Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Chang Zhen Ming  dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak..

Itu senarai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB yang Najib menjadi Pengerusinya..

Sepatutnya mereka mengikut langkah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB kerana gagal sebagai Penasihat kepada 1MDB..

Hari ini Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

"Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berikut adalah kenyataan media penuh Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan Laporan PAC:

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad ("Lembaga Pengarah") mengambil maklum isi kandungan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB seperti yang dibentangkan di Parlimen pagi ini ("Laporan PAC"). Pihak Lembaga Pengarah melihat Laporan PAC ini sebagai sebuah dokumen yang menyeluruh dan muktamad, yang telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat.

Laporan PAC tersebut telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB. Apabila ditinjau kembali, kami dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC boleh mengenalpasti kekurangan-kekurangan ini. 
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut. Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama dengan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Pihak umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya. Meskipun berdepan cabaran ini, Lembaga Pengarah telah membuat yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada Kerajaan. 
Secara khususnya, sebaik sahaja ketidakpadanan aliran tunai (cash-flow mismatch) dikenalpasti pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB. Ini membawa kepada perlaksanaan kajian strategik (strategic review) yang seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan, yang telah menyelesaikan beban hutang 1MDB. 
Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperolehi daripada penjualan Edra, dan ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan untuk membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur. 
Lembaga Pengarah percaya bahawa ia telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard (standard operating procedure) untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah. Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan ke atas syarikat. 
Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan dengan sewajarnya.
Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes "RM42 bilion hilang", seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang telah didakwa. 
Lembaga Pengarah juga telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat. Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil Laporan PAC tersebut, Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang merupakan 100% pemegang saham 1MDB. 
Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC ~ AstroAwani

Senang berlambak la kalau macam ni.. dah melingkup pakat letak jawatan.. maklumlah yang lingkup tu bukannya duit depa.. tapi duit kita rakyat..



Pelik Ni.. Najib Tak Tahu RM42 Juta Dari SRC Masuk Akaunnya.. SRC Pulak Tak Tahu Siapa Arah RM42 Juta Itu Disalur Ke Akaun Najib?

Posted: 06 Apr 2016 11:00 PM PDT


Siapalah yang mereka cuba hendak perbodohkan ni?.. Dulu Najib pernah dilaporkan berkata beliau tidak tahu RM42Juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh SRC International..

Oleh itu nama Najib dibersihkan oleh Peguam Negara yang baru dilantiknya bagi menggantikan Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesiahatan tapi kemudiannya dilantik sebagai Lembaga Pengarah Sarawak Hidro walaupun sakit..

Bagaimanapun, peguamnya Datuk Hafarizam Harun 21 Januari lalu, memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bahawa Najib menafikan dakwaan bahawa wang RM42 juta itu disalurkan ke akaunnya.

"Anak guam saya tidak akan memberi sebarang jawapan atau membuat apa-apa pendirian sehingga siasatan selesai. 
"Bagaimanapun bagi tujuan mengulas, anak guam saya menafikan dakwaan bahawa RM42 juta daripada SRC itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,"

Tapi Apabila diberitahu bahawa Najib telah mengakui menerima RM42 juta dalam jawapannya kepada Ling, Hafarizam memberitahu pemberita beliau perlu menyemak jawapan itu terlebih dahulu... kah..kah..kah

Menurut jawapan yang diberikan Najib kepada Ling, Najib dikatakan mengakui wang berjumlah RM42 juta itu berada dalam akaunnya. 
Najib berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai dakwaan bahawa wang tersebut disalurkan melalui dua perantara seperti yang didakwa oleh Ling. 
Najib merujuk kepada jawapan Ling yang berkata media melaporkan bahawa RM42 juta dari SRC International disalurkan kepada akaun AmPrivate Banking Najib melalui perantara - Ganding Mentari dan Ihsan Perdana.

Hari ni pulak.. dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.. SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan berkaitan..

SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Najib berkata demikian atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam. 
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu ini dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber berita. 
"Di bawah peraturan mesyuarat 23 (1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. 
Zuraida meminta Najib mendedahkan individu dalam SRC yang telah mengeluarkan arahan supaya RM42 juta disalurkan ke akaun Najib ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. woit!! hangpa ingat ni transaksi bernilai empat ringgit dua kupang ka?.. ini transaksi bernilai RM42,000,000.00 laaa..

Macam mana boleh sebuah syarikat boleh dengan mudahnya memindahkan RM42,000,000.00 dari akaunnya masuk ke dalam akaun peribadi orang lain tanpa sebarang arahan?

Lainlah kalau dah dibuat auto debit.. tapi auto debit pun perlukan arahan bukannya automatik ikut suka mak bapak dia saja...

Mustahil juga duit berjumlah RM42,000,000.00 itu melompat-lompat keluar dengan sendirinya dari peti besi atau akaun SRC International kedalam akaun Najib..

Tapi kenapa pulak duit dari SRC International tu nak melompat-lompat keluar dari akaun SRC International ke dalam akaun Najib?

Kalau nak buat kebajikan kan lebih baik melompat-lompat masuk ke dalam akaun rumah-rumah anak yatim yang bersepah-sepah tu...



Amanah Ibarat Khadam DAP, Bukan Saingan PAS - Hadi Awang

Posted: 06 Apr 2016 08:17 PM PDT


Parti Amanah Negara (Amanah) bukanlah sebuah parti yang memberi saingan besar kepada PAS pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata rakyat juga telah menyedari bahawa Amanah ibarat khadam kepada parti DAP.

"Kita tidak menganggap (Amanah) sebagai satu saingan yang mencabar pada pilihan raya ini. Khususnya apabila rakyat, terutama yang beragama Islam (dan) kaum Bumiputera, menyedari bahawa Amanah merupakan khadam kepada DAP," katanya pada Majlis Pengumuman Calon PAS PRN Sarawak ke-11 di sini pada Rabu.

Mengulas berkenaan aspirasi PAS jika berjaya memenangi kerusi pada PRN Sarawak kali ini, Abdul Hadi berkata walaupun secara jelas PAS tidak mampu membentuk kerajaan negeri, namun parti itu akan memastikan pandangan dan mesej yang dibawa didengari kerajaan negeri.

"Kita tahu, kita ada 11 kerusi sahaja. Kalau kita menang semua kerusi pun, kita tahu kita tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Tapi ingat, kalau kita menang kita akan pastikan suara rakyat yang kita sampaikan didengari oleh kerajaan negeri.

"Kita juga akan menjadi semak dan imbang kepada mana-mana kerajaan yang akan dibentuk nanti," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Selain yakin PAS mampu memberi saingan kepada parti lain, Abdul Hadi berpandangan beberapa kerusi DUN Sarawak akan dapat diduduki kali ini.

Seorang calon bukan Islam dan seorang wanita adalah antara 11 yang menjadi sandaran buat PAS dalam usaha untuk bertapak dalam politik Sarawak pada pilihan raya negeri kali ini.

Lima daripada 11 calon itu berusia di bawah 35 tahun terdiri daripada pelbagai latar belakang dan merupakan kalangan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu lapor AstroAwani



Comments (0)