Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:56 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Panama Papers: Saya Tidak Lagi Terlibat Dalam Syarikat Itu Kata Anak Najib

Posted: 06 Apr 2016 05:30 AM PDT


Anak lelaki perdana menteri, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, dia tidak lagi terlibat dalam operasi dua syarikat yang dikaitkan dengan kebocoran data menerusi laporan Panama Papers.

"Saya menjadi pengarah di dua syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

"Syarikat berkenaan diperbadankan oleh firma guaman antarabangsa Mossack Fonseca," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau telah memindahkan semua saham miliknya di Jay Marriot kepada kakak Ch'ng Soon Sen yang juga pengarah syarikat itu sebelum meletak jawatan pada 2011.

PCJ International pula menamatkan operasi setahun selepas penubuhannya pada 2013 kerana tiada urusniaga bisnes, katanya menerusi laman media sosial, Facebook bagi memberi maklumbalas terhadap soalan berkaitan penglibatannya seperti mana dinyatakan laporan Panama Papers itu.

"Tiada transaksi perniagaan ketika saya terlibat dengan kedua-dua syarikat yang dinamakan itu," katanya.

Mohd Nazifuddin menambah, International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) juga tidaki membayangkan berlaku salahlaku melibatkannya.

Panama Papers mendedahkan rahsia besar melibatkan tokoh dan selebriti dunia yang menyimpan wang dalam akaun luar pesisir bagi mengelak dikenakan cukai.

Hasil siasatan sekumpulan wartawan ke atas 11.5 juta dokumen melibatkan hampir 215,000 syarikat dan 14,153 pelanggan Mossack Fonseca akhirnya kebocoran maklumat berhubung kegiatan itu terbongkar.

Antara yang didakwa memiliki akaun luar pesisir itu termasuk kroni Presiden Rusia Vladimir Putin, saudara-mara pemimpin China Xi Jinping, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson dan penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Pada Isnin, ICIJ melaporkan ada diantara anggota melibatkan pemimpin kerajaan Malaysia dan ahli keluarga mereka memiliki firma pesisir pantai di Singapura dan British Virgin Island.

Bagaimanapun, dua anggota Kabinet menolak kenyataan itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada sebab untuk kerajaan bertindak terhadap pihak yang dinamakan dalam Panama Papers kecuali ada bukti salahlaku menggunakan akaun luar pesisir.

"Jika ada pihak memaklumkan mengenai pengubahan wang haram umpamanya, tentu sekali tindakan akan diambil," katanya.

Sementera itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, kebanyakan individu yang dinamakan dalam laporan itu terlibat dalam perniagaan sebelum menyertai dunia politik.

"Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti, malahan Lionel Messi juga tersenarai tetapi ia bukan bermakna seseorang itu terlibat secara automatik dalam jenayah," katanya ~ mStar



Rafizi Direman Tiga Hari, Sebab Dedah Dokumen Audit 1MDB

Posted: 06 Apr 2016 02:12 AM PDT


Mahkamah Majistret di sini membenarkan polis menahan reman pemimpin kanan PKR Rafizi Ramli bagi siasatan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahan dokumen audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman selam tiga hari, hingga Jumaat, dimohon polis selepas naib presiden PKR itu ditangkap mengejut di depan pintuk masuk Parlimen petang semalam.

Rafizi, yang terkenal dengan siri-siri pendedahannya, sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen sulit laporan Jabatan Audit Negara terhadap syarikat pelaburan yang kontroversi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan Rafizi ditahan untuk siasatan bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Jabatan audit mengkelaskan laporannya sebagai "rahsia" bagi mengelak ia dibocorkan kepada umum sementara menunggu ia didedahkan kepada Parlimen ~ MMO


MB Johor Bakal Diguling Dakwa Ahli UMNO

Posted: 06 Apr 2016 12:04 AM PDT


Gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin didakwa sedang giat dijalankan oleh kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan penyokong Presiden UMNO itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu bagi menggantikan Mohamed Khaled.

Gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled dikatakan bagi mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang Najib.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang ahli UMNO, Syukur Mohamad menerusi posting di Facebooknya.

"Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi MB Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor," tulisnya.

Ketika dihubungi FMT, Syukur berkata, gerakan mencantas Mohamed Khaled kerana Menteri Besar Johor itu dilihat gagal mengawal pemimpin UMNO cawangan daripada menentang kepimpinan Presiden UMNO.

Ini kerana, katanya, gerakan menentang Najib bermula di Johor dengan penubuhan Gerakan Ketua Cabang Malaysia (GKCM).

Syukur berkata, dia mempunyai bukti terhadap dakwaan itu dan sedia diheret ke mahkamah ataupun Lembaga Disiplin parti.

"Kalau saya tiada bukti, tak mungkin saya membuat pendedahan seperti ini. Saya juga sedia diheret ke mahkamah jika ada pihak tidak berpuas hati," katanya.

Ditanya siapakan timbalan menteri yang dimaksudkan itu, Syukur berkata, belum tiba masanya untuk didedahkan kerana banyak lagi maklumat berangkai yang akan disebarkan selepas ini secara berperingkat.

Menerusi satu lagi posting di Facebook, Syukur mendakwa, tawaran RM1 juta disediakan kepada individu yang berjaya mempengaruhi 20 cawangan UMNO di Bahagian Pagoh menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, tawaran RM1 juta itu dibuat oleh timbalan menteri dari kumpulan penyokong Najib.

FMT juga menghubungi seorang ketua cawangan UMNO Pagoh yang menafikan wujudnya tawaran RM1 juta dan usaha menjatuhkan Muhyiddin sebagai Ketua Bahagian.

Sebaliknya, dia yang enggan namanya disiarkan berkata, Muhyiddin sekarang ini sedang menjatuhkan dirinya sendiri.

Dia bagaimanapun mengaku UMNO Bbahagian Pagoh berpecah kepada dua kumpulan – penyokong Muhyiddin dan kumpulan penyokong UMNO Pusat/Najib.


Ezam Bidas Penahanan Rafizi, Sifatkan Langkah Kebelakang

Posted: 05 Apr 2016 10:04 PM PDT


Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai "langkah ke belakang".

"Menahan Rafizi atau sesiapapun di bawah OSA adalah tindakan yang salah dan langkah kebelakang," katanya dalam laman Facebook hari ini.

Ezam yang ditahan di bawah akta yang sama pada tahun 2002 memetik keputusan hakim KN Segara yang membebaskan beliau pada 2003.

"Saya sudah tegaskan berkali-kali, baca hujahan penghakiman KN Segara pada tahun 2003 yang membebaskan saya setelah dua tahun ditahan.

"Penahanan itu tidak diputuskan salah. Banyak ruang pencabulan hak membongkar rasuah dalam kes itu. Penahanan OSA mesti atas asas keselamatan negara semata-mata, bukan atas alasan lain," tegas Ezam.

Rafizi ditahan semalam di bawah Seksyen 8 Akta OSA selepas mendedahkan dokumen rahsia mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dia ditahan semalaman di pusat tahanan polis Jinjang dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari ini untuk ditahan reman.

Ezam, pada tahun 2010, mendakwa beliau adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang dipenjara kerana OSA, dalam mempertahankan pelantikannya sebagai senator.

Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun di bawah OSA kerana membocorkan dokumen berhubung siasatan rasuah ke atas bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Ezam, yang pada masa itu ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti itu pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform lapor Malaysiakini



Comments (0)