Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Biarpun Rahman Dahlan Dedah Bukti, Guan Eng Tetap Nafi..

Posted: 05 Apr 2016 07:30 AM PDT


Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini mendedahkan beberapa dokumen bagi menyangkal kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa tanah Taman Manggis di Pulau Pinang tidak dijual kepada pihak ketiga.

Antaranya adalah dokumen perjanjian untuk menjual semua saham syarikat yang memiliki tanah tersebut kepada syarikat lain yang terletak di Aman Suria, Petaling Jaya. 

Bagaimanapun, nama syarikat yang membeli saham berkenaan dipadamkan daripada dokumen bertarikh 11 November, 2015 yang diedarkan kepada media hari ini.



"Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah itu telah dijual kepada pihak ketiga.

"Tetapi apa yang beliau tdak nyatakan adalah tanah itu dimiliki oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dan penjualan saham KLIDC mempunyai kesan yang sama seperti menjual tanah itu juga," kata Abdul Rahman pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berikut adalah kenyataan media Rahman..

Kenyataan Media

Abdul Rahman Dahlan

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional April 5, 2016

INI BUKAN SOAL RM2.8 JUTA SAHAJA TETAPI RM59JUTA

UNTUK SIARAN SEGERA

1. Dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, saya mendedahkan satu bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").

2. Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak ketiga.

3. Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak : RM70,643,628.00.

4. Perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu perjanjian, yang menyebut :

a) Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan
b) Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.

5. Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat – KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara majoriti.

6. Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.

7. Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta.

8. Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah, melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.

9. Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis.

10. Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi.

11. Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

12. Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.

13. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan?

14. Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?

15. Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi – satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga pasaran.

16. Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.

17. Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta – jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan. 
18. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pejabat saya menyerahkan perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM – berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar. Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih. 
Sekian.

Bagaimanapun tuduhan Pengarah Strategik BN itu dinafikan oleh Guan Eng dengan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas kerana hasil daripada semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat KLIDC masih dimiliki oleh pemegang saham yang sama dan tidak seperti yang didakwa menteri berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan tanah Taman Manggis di Pulau Pinang dijual kepada pihak ketiga. 
Malah, Lim juga menafikan dakwaan bahawa saham syarikat yang memiliki tanah tersebut- Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dijual kepada pihak ketiga. 
Menurut anggota parlimen Bagan itu, tuduhan Abdul Rahman tidak berasas kerana hasil daripada semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat KLIDC masih dimiliki oleh pemegang saham yang sama dan tidak seperti yang didakwa menteri berkenaan. 
"Jangan buat tohmahan, tuduhan tanpa asas. Tak nak nanti digelar menteri khabar angin atau fitnah. 
"Pagi ini dia ulang tuduhan KLIDC telah dijual kepada syarikat lain. Ini bukan cerita baru. Ini nasi goreng basi. 
"Tuduhan ini saya dah jawab sebelum ini. Saya telah sebut, bahawa geran tanah jelas membuktikan ia masih milikan KLIDC. Ini menangkis tuduhan tanah ini telah ditukar kepada syarikat lain. Ini fakta, tanah masih dipegang KLIDC dan ia dibuat secara tender terbuka," katanya.





Laporan penuh silalah baca di SINI

Rafizi Ditahan Polis Di Bawah Akta Rahsia Rasmi

Posted: 05 Apr 2016 04:46 AM PDT


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli, dilaporkan ditahan polis sebentar tadi sejurus keluar dari menghadiri sidang Parlimen.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara itu melalui status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi KEADILAN beberapa minit yang lalu. 

Assalamualaikum dan salam hormat. 
Saya difahamkan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN telah ditahan polis sejurus selepas keluar Parlimen sebentar tadi. 
Peguam beliau sedang berusaha mengesahkan lokasi YB Rafizi pada waktu ini. 
Maklumat lanjut menyusul. 
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut membuat pengesahan mengenai penahanan itu melalui akaun Twitternya.

Dalam status yang dimuat naik, kata Khalid, Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Semalam Bernama melaporkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan yang dibuat Rafizi terhadap LTAT.

Pengerusinya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata: "Jelas sama sekali bahawa tuntutan yang dibuat oleh Rafizi adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat, serta bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT lapor AstroAwani

Sementara itu Free Malaysia Today melaporkan..

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ditangkap sebaik keluar daripada kawasan parlimen sebentar tadi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin yang menyaksikan penangkapan itu berkata, beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Rafizi.

"Saya berada di belakang kereta Rafizi sewaktu beliau ditahan. Saya melihat Rafizi diarahkan untuk keluar dari kereta dan diiring untuk masuk ke kereta polis.

"Saya keluar dari kereta saya untuk bertanya polis sebab penahanan tetapi beliau hanya memberitahu polis lain untuk meneruskan tugas tanpa menjawab soalan saya," katanya kepada FMT.



Tanpa UMNO, MARA Terkubur.. MARA Terkubur, Melayu Tersungkur - Najib Kata (Video Inside)

Posted: 05 Apr 2016 01:49 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.

Perdana Menteri berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

"MARA lahir dari perut siapa? UMNO… Tanpa UMNO tak mungkin MARA wujud. Saya hendak kata yang hakikatnya, MARA tak akan berkubur selagi UMNO berkuasa. Itu yang betul.



"Tanpa UMNO, MARA akan terkubur dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur, Bumiputera akan tersungkur.

"Sebab itulah macam mana pun, kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri menyenaraikan sebahagian daripada lima inisiatif MARA untuk tempoh 50 tahun akan datang yang bertujuan memperkasa orang Melayu dan Bumiputera.

Antaranya penubuhan MARA Corporation Berhad, mewujudkan Rural Capital Berhad, Universiti MARA (UniMARA) dan menggantikan Yayasan Pelajaran MARA dengan Yayasan MARA.

Najib turut mengumumkan pertukaran nama Jalan Semarang di sini, kepada Jalan MARA bersempena dengan sambutan itu ~ FMT

Eksekutif Bank ANZ Disoal Berhubung Skandal 1MDB

Posted: 04 Apr 2016 11:00 PM PDT


Seorang eksekutif di salah sebuah bank terkemuka di Australia telah disoal oleh sebuah jawatankuasa siasatan parlimen di negara itu semalam, berhubung kaitannya dengan skandal 1MDB.

Timbalan Ketua Eksekutif Bank ANZ, Graham Hodges disoal berhubung dakwaan pengetahuan bank itu mengenai dakwaan lebih AS$1 bilion telah disalurkan melalui akaun AmBank Perdana Menteri Najib Razak.

ANZ memiliki 24 peratus AmBank, dan mempunyai tiga wakilnya sendiri dalam lembaga pengarah bank Malaysia itu. Hodges sendiri bakal menjadi ahli lembaga AmBank.



Sydney Morning Herald melaporkan beliau sebagai berkata ANZ adalah terhad dalam apa yang ia boleh lakukan untuk menangani skandal tersebut kerana ia hanya pemegang saham minoriti lapor Malaysiakini

Laporan oleh Sydney Morning Herald silalah baca di SINI

Hanipa Maidin Selamat Jalani Pembedahan Otak

Posted: 04 Apr 2016 08:33 PM PDT


Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi selepas pengsan secara tiba-tiba di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau sebelum itu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dipindahkan ke Wad Kecemasan HKL.

Menurut laporan media, Hanipa menjalani pembedahan otak selepas mengalami pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi.

Beliau ketika ini dilaporkan stabil dan di tempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

Hanipa telah dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

Pegawai Parlimen yang bertugas memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti AMANAH tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi anggota Jawantankuasa Pimpinan AMANAH yang juga Bendahari Agung, Asmuni Awi sedang dirawat di IJN selepas menjalani pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir dalam kenyataan media meminta seluruh rakyat mendoakan kesihatan kedua-dua pemimpin parti itu ~ FMT



Comments (0)