Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:19 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Polis Tahan Polis Yang Lempang Isterinya Setelah Video Viral..

Posted: 04 Apr 2016 09:30 AM PDT


Seorang anggota polis di Felda Redong, dilihat menempeleng isterinya yang dikatakan dalam pantang, ditahan selepas satu aduan dibuat.

Ketua polis daerah Segamat berkata polis sedang menyiasat anggotanya itu bagi kesalahan keganasan rumah tangga dan sengaja mendatangkan kecederaan, lapor portal New Straits Times petang ini.

"Saya selalu ingatkan semua anggota dan kakitangan polis agar tidak melanggar undang-undang, termasuklah hal-hal rumah tangga," kata Supt Kamil Sukarmi dalam satu kenyataan.

"Polis tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja, walaupun dia bertugas dalam pasukan polis."



Klip video itu, yang berlaku di pondok polis tempat anggota itu bertugas, selama 2 minit 50 saat beredar meluas di media sosial.

Menurut portal itu lagi, tidak dapat dipastikan kenapa anggota polis itu, 29, memukul isterinya, 25, yang kelihatan berbaju biru.

Seorang lagi wanita, di sisi isterinya, sedang mendukung seorang bayi dipercayai ibu mertuanya.

Kamil juga berkata anggota polis itu akan dipindahkan serta-merta dari pondok polis Felda Redong ke ibu pejabat kontinjen Johor, di Johor Baru ~ MMO

Hanipa Maidin Dikejarkan Ke HKL Selepas Pengsan Dalam Dewan

Posted: 04 Apr 2016 07:23 AM PDT


Anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang tadi apabila didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit hari ini.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ditemui pemberita berkata Mohamed Hanipa tidak keluar dewan sewaktu rehat dan beliau bersama Charles Santiago (DAP-Klang) telah mendekati Anggota Parlimen itu dan mendapati beliau telah pengsan di kerusinya.

"Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Kulasegaran berkata sebelum itu Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

Dewan ditangguh selama 15 minit untuk memberi laluan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat 2015 ke Jawatankuasa Pilihan.

Terdahulu, Mohamed Hanipa rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan RUU tersebut.

Mohamed Hanipa merupakan anggota Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket PAS sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu lapor AstroAwani



1MDB Gagal Kemuka Penyata Kewangan Lagi...

Posted: 04 Apr 2016 05:30 AM PDT


1MDB menerima satu lagi lanjutan selama enam bulan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir 31 Mac, 2015. 

1MDB sepatutnya mengemukakan penyata kewangan pada 30 Sept tahun lalu tetapi memohon lanjutan enam bulan sehingga 31 Mac, 2016, tarikh akhir yang juga gagal dipenuhinya. 

Dana milik negara itu memberi alasan yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu mendapatkan semula dokumennya yang dirampas dalam satu serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun lalu.

"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015.

"Oleh itu, SSM kini memberi lanjutan masa sehingga 30 Sept, 2016 bagi 1MDB mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, 1MDB berkata firma itu berjaya mengemukakan penyata kewangan bagi dua anak syarikatnya.

"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.

"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya lapor Malaysiakini



Ridhuan Tee Bimbang Nasib Melayu Di Pulau Pinang, Mohon Sultan Kedah Ambil Balik..

Posted: 04 Apr 2016 02:19 AM PDT


Penceramah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah merayu kepada Sultan Kedah untuk mengambil semula Pulau Pinang.

Mohd Ridhuan mendakwa, Pulau Pinang wajar kembali semula kepada Kedah dengan mendakwa umat Islam di negeri itu ditindas oleh golongan 'ultra kiasu'.

Katanya, Sultan Kedah ketika ini, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong berupaya untuk mengambil semula Pulau Pinang.


Kah.. kah.. kah... tak cukup dedak lah tu...



Semoga 'Pemakan Dedak' Terasa Dengan Apa Yang TMJ Kata Ni..

Posted: 03 Apr 2016 11:00 PM PDT


Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.

"Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.

"Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit," katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.

"Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar," katanya.

Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu 'buta' dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.

"Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta," katanya.

TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.

"Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya," katanya seperti menyindir.

TMJ juga berkata, JDT akan 'terus membunuh' bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM 'membantu bola sepak' dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki lapor FMT



1MDB Diminta Jelaskan Dakwaan Pindah AS$1.4 Bilion Ke Firma Di British Virgin Islands..

Posted: 03 Apr 2016 08:08 PM PDT


Penafian satu perenggan oleh 1MDB berhubung dakwaan mengenai penglibatannya dalam menyediakan dana untuk filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street', dianggap sebagai tidak memadai.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, syarikat pelaburan kerajaan itu perlu menjelaskan mengenai dakwaan pemindahan AS$1.4 bilion ke sebuah syarikat British Virgin Islands (BVI).

"Jika 1MDB gagal memberi penjelasan mengenai sifat dan pemilikan Aabar Investment PJS Limited (BVI) dengan dokumen-dokumen yang perlu dan sesuai, maka apa juga penafian yang dibuatnya yang Aabar (BVI) bukannya 'orang tengah', tidak mempunyai sebarang kredibiliti," kata Pua dalam satu kenyataan pagi ini.

Ini berikutan penafian 1MDB semalam bahawa ia memindahkan dana untuk Red Granite Pictures, syarikat yang menghasilkan filem 'The Wolf of Wall Street', sama ada secara langsung atau melalui perantara.

Ia menjawab laporan World Straits Journal (WSJ) yang mendakwa 1MDB telah menyalurkan AS$1.4 bilion pada 2012 sebagai cagaran jaminan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) bagi bon 1MDB.

Ia didakwa dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited di BVI - sebuah syarikat yang namanya hampir sama dengan nama anak syarikat IPIC - Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Laporan WSJ itu mendakwa Red Granite Capital kemudian menerima AS$105 juta secara langsung dan AS$50 juta lagi secara tidak langsung melalui pengantara dari Aabar (BVI).

Red Granite Capital kemudian membiayai Red Granite Pictures, dakwa laporan WSJ itu lagi.

Menurut WSJ, Red Granite Capital adalah firma anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - tubuhkan untuk membiayai syarikat filem itu ~ Malaysiakini



Lantai Rumah Warga Emas Roboh Bila Orang UMNO Naik Ramai-ramai Untuk Serah Bantuan..

Posted: 03 Apr 2016 09:30 AM PDT


Ahli parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad tergamam apabila rumah yang dikunjunginya semalam roboh dan beberapa sukarelawan jatuh ke tanah.

Kejadian itu berlaku semasa majlis penyerahan bantuan sempena Kembara Kebajikan 1Malaysia (KK1M) kepada pemilik rumah berkenaan Rahmah Darlan, 74.

"Ketika kejadian, saya baru hendak menyerahkan bantuan dan sumbangan kepada Rahmah.

"Namun mungkin kerana ramai tetamu yang mahu menyaksikan penyerahan berkenaan menyebabkan lantai rumahnya tidak dapat menampung jumlah orang yang ramai.

"Tiba-tiba sahaja bunyi seakan kayu patah disusuli lantai rumah Rahmah rebah ke tanah menyebabkan kebanyakan tetamu mengelongsor ke bawah rumah," kata Noraini seperti dilaporkan Berita Harian.

Bekas ketua puteri Umno berkata walaupun ramai yang menggelongsor ke tanah namun beliau masih sempat memeluk Rahmah bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Katanya, kejadian berlaku selepas sukarelawan KK1M selesai bergotong-royong membersihkan kawasan rumah Rahmah.

Kejadian awal pagi di Kampung Parit Haji Khalid, Sri Medan menyebabkan beberapa sukarelawan jatuh terduduk di atas lantai, selain ada yang terhantuk papan rumah.

Tiada kecederaan dilaporkan dan sumbangan kepada Rahmah tetap diteruskan di halaman rumahnya ~ MMO



Comments (0)