Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ingat Sejarah Dan Terus Maju Ke Hadapan

Posted: 26 Apr 2016 08:22 AM PDT


Kegagalan DAP dan KEADILAN untuk menyelesaikan isu pertindihan kerusi yang ditandingi sebelum hari penamaan calon di Sarawak amat dikesali, malah usaha menuding jari dan mencari punca kesilapan yang berlaku selepas itu juga amat dikesali.

Malangnya, kesilapan ini milik kita bersama. Ia bukan salah satu pihak sahaja. Kedua-dua pihak sama-sama gagal untuk mencapai kata putus yang boleh diterima pihak yang satu lagi.

Ini bukanlah hanya satu langkah ke belakang buat DAP atau KEADILAN, tetapi ia juga satu langkah ke belakang buat Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia yang menyokong kita.



Walau bagaimanapun, janganlah kita terus berduka cita lalu menghalang usaha untuk mencapai kejayaan. Tetapi untuk memastikan masa depan yang lebih cerah, dan untuk memastikan kesemua rakan politik berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, kita mesti perjelas apa yang sebenarnya telah berlaku.

1. Isu nota yang "ditandatangani":

Selepas pertemuan bersama sdr Lim Guan Eng pada 7 April untuk membincangkan isu kerusi, beliau mencadangkan kepada sdr Azmin Ali dan sdri Nurul Izzah agar sehelai nota yang ditulis tangan mengandungi senarai kerusi ditandatangani, tetapi sdr Azmin dan sdri Nurul Izzah tidak bersetuju dengan perkara ini. Sdr Guan Eng terus memujuk mereka untuk berbuat demikian, dan akhirnya hanya sdr Azmin yang bersetuju untuk menandatangani - yakni "secara prinsip bersetuju" - dengan pemahaman bahawa keputusan ini belum lagi muktamad.

Persefahaman di antara sdr Guan Eng, sdr Azmin dan sdri Nurul Izzah mengenai mesyuarat itu ialah ianya bukanlah mesyuarat muktamad kerana perbincangan akan diteruskan walaupun nota tersebut telah ditandatangani, walaupun sekiranya perbincangan berterusan sehingga sebelum hari penamaan calon jika perlu.

2. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan:

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan pada 11 April. Sebelum mesyuarat tersebut, KEADILAN dan DAP masih gagal mencapai kata putus berkenaan lima kerusi, tetapi bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di dalam rundingan pusingan berikutnya dan berusaha ke arah pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.

Maka, Majlis Presiden mengumumkan bahawa KEADILAN dan DAP telah bersetuju dengan prinsip pertandingan satu-lawan-satu. Apabila wakil AMANAH bertanya tentang kerusi-kerusi yang dipersetujui, sdr Guan Eng berkata perkara itu tidak perlu dibentang kerana pihak KEADILAN dan DAP akan menyelesaikan isu tersebut secara terus.

Dengan itu DAP memberi isyarat kesediaan untuk meneruskan perbincangan. KEADILAN dan DAP sepatutnya meneruskan rundingan walaupun selepas 11 April. Perkara 5.5 Persetujuan Pakatan Harapan amatlah jelas, bahawa:

"Sebarang pengumuman muktamad mengenai parti yang bertanding di mana-mana kerusi di mana-mana peringkat hanya dibuat oleh Majlis Presiden dan setiap parti tidak boleh membuat pengumuman bertanding di sesuatu kerusi di mana-mana peringkat tanpa persetujuan Majlis Presiden."

3. Mandat watikah calon-calon:

Presiden KEADILAN Dr Wan Azizah telah memberikan mandat bertulis kepada sdr Azmin pada 22 April untuk menghormati autonomi negeri dan memberi mandat kepada Pengerusi KEADILAN Sarawak sdr Baru Bian untuk menyelesaikan kesemua perkara, i.e. rundingan kerusi dan keputusan mengenai calon.

Sdr Baru Bian pada 22 April telah mengumumkan hanya 35 kerusi dan bukannya 42 kerana 5 kerusi masih lagi dalam proses rundingan bersama DAP dan 2 lagi masih belum ditentukan calonnya. Ini menunjukkan KEADILAN masih berharap DAP akan meneruskan rundingan untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.

4. Keputusan mengenai pertandingan tiga penjuru:

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN yang lalu telah meletakkan keutamaan kepada proses rundingan kerusi, tetapi parti bersedia untuk pertandingan tiga penjuru sekiranya proses rundingan tersebut gagal.

Sdr Azmin terus menghubungi sdr Guan Eng dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada KEADILAN manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru. Akan tetapi sdr Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

5. BN adalah MUSUH UTAMA

Kegagalan proses rundingan antara KEADILAN dan DAP amat dikesali, malah perbalahan yang berlaku selepas itu juga dikesali. Walau bagaimanapun, kita kini perlu bersatu hati dan bersama menghadapi musuh utama masa depan Malaysia, iaitu Barisan Nasional.

Kita mesti hormati prinsip asas pertandingan satu-lawan-satu seperti yang disahkan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dinyatakan dalam Perkara 5.5 Perjanjian Pakatan Harapan.

Hari Penamaan Calon PRN Sarawak 2016 akan terpahat sebagai hari untuk mengingatkan kita agar bermuhasabah diri dan terus istiqamah dalam usaha untuk berkhidmat demi rakyat.

6. Masih tidak lewat untuk pertandingan satu-lawan-satu

Sdr Anwar Ibrahim telah menggesa DAP dan KEADILAN untuk jangan berhenti berbincang. Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan BN.

Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung: reformasi di peringkat negeri dan nasional. Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?

DR MANSOR OTHMAN
Ahli Biro Politik KEADILAN
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri bagi KEADILAN Pulau Pinang



Selamatkan Ganu Kite!

Posted: 26 Apr 2016 01:19 AM PDT


Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian ramai apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah dengan resminya melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa pada Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.

Menurut kenyataan rasmi tersebut; "Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di Negeri Terengganu".





Pada awal bulan lalu, Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sedang berada didalam keadaan terumbang-ambing dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan Umno Terengganu yang tidak berkesudahan.

Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan 'simple majority' di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai 3 pilihan;

1. Menukar Menteri Besar yang baru

2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS

3. Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak 'berpolitiking' sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.

Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.

Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.

Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' serta mencari-cari erti kehidupan mereka.

Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen 'kepartaian sempit' dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak 'berpolitik' bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus dijamin dan dihormanti.

Setiap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri termasuk saya sendiri tidak terlepas dari tanggungjawab untuk mengangkat agenda rakyat dan mempertahankan hak dan maruah rakyat Terengganu bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

Marilah kita sama-sama menyempurnakan tanggungjawab secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, serta amanah lagi berintrigriti.

Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmati oleh Allah Swt bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya.

Selamatkan Ganu Kite!

Penulis adalah Adun Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi



Kapal Selam 'Tidak Boleh Menyelam'?.. Ini Jawapan TLDM

Posted: 25 Apr 2016 11:00 PM PDT


Kru kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut ketika operasi, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin‎.

Katanya, tempoh itu sangat luar biasa berbanding kru kapal selam tentera laut asing yang secara purata berada antara 3,000 dan 4,000 jam.

"Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

"Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan itu tidak berasas‎ dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

"Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan demi keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,"katanya kepada media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bercakap demikian bersempena dengan ulang tahun ke-82 TLDM.

Berkata lanjut, Ahmad Kamarulzaman menegaskan bahawa kru kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

"Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan bersama (Casex).

"Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat," katanya lapor Sinar Harian



Antara DAP Dan PKR, Siapa Tamak? Siapa Angkuh?

Posted: 25 Apr 2016 09:04 AM PDT


Orang kata.. Jika kita berdiri dari tempat yang berbeza, maka berbezalah juga pemandangan kita.. begitu juga bila kita memberi pandangan tanpa merujuk sejarah.. maka berbezalah juga pandangan kita..

Tunduk dianggap bacul.. menentang dianggap pengkhianat.. sedap saja depa label..

Setelah bertembung di Kerusi DUN Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum. antara DAP dan PKR.. berkatalah Guan Eng..

"Jika satu kerusi, kita boleh memahami. Kita boleh cuba untuk ketepikannya tetapi (ini sekurang-kurangnya) lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya?

"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.

Menurut Lim, tidak ada komitmen daripada PKR untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini mengesahkan bahawa beliau memberi kuasa kepada PKR Sarawak untuk menurunkan calon parti berkenaan di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Apa yang kita perlu tahu ialah..

Terdapat 5 kerusi (Mulu, Murum, Ngemah, Mambong & Simanggang) yang bertindih selepas proses penamaan calon pagi tadi.

FAKTA

- N78 : Mulu - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Belaga. Pada tahun 2011, DUN ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

- N66 : Murum - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Telan Usang. Pada tahun 2011, DUN ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

- N49 : Ngemah - Kerusi ini pada tahun 2011 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

- N19 : Mambong - Kerusi baru yang dahulunya dikenali sebagai DUN Bengoh. Pada tahun 2011, kerusi ini ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat.

APA YANG BERLAKU ?

1. Azmin Ali dan Nurul Izzah telah diberikan mandat selaku Timbalan Presiden & Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya untuk berunding dengan tuntutan DAP terhadap kerusi ini.

2. Biarpun telah dipersetujui secara prinsip untuk pertandingan 1 lawan 1, PKR Negeri Sarawak tetap meminta pimpinan pusat untuk mempertahankan kerusi terbabit memandangkan kerusi tersebut asalnya disandang oleh PKR dan calon-calon PKR telah bekerja sejak sekian lama biarpun tewas dalam PRN 2011.

3. Azmin tegas mempertahankan maruah PKR dan anggota yang telah bekerja keras sekian lama. Azmin cuba menghubungi Lim Guan Eng berkali-kali sehari sebelum penamaan calon tetapi tidak dijawab dan mendapat maklum bahawa Lim Guan tidak mahu meneruskan rundingan.

4. DAP yang diwakili oleh Lim Guan Eng tidak mahu meneruskan rundingan biarpun dirayu oleh PKR sehingga ke saat akhir. DAP tetap berkeras.

Lihat bagaimana Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar merayu kepada DAP demi maruah parti. 

Beberapa jam sebelum penamaan calon, PKR hari ini memohon pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang agar menarik balik tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang akan ditandingi PKR di Sarawak.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya turut berkongsi 'aspirasi' Lim yang mahu memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya itu, 7 Mei depan.

"Justeru atas semangat tersebut, kami memohon kepada beliau untuk membantu pembinaan pakatan yang berteraskan keseimbangan, saling menghormati dan saling berkongsi.

"Kami merayu Lim Kit Siang untuk menarik semula tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang telah ditandingi oleh KEADILAN dan telah diselaras oleh kami hampir sedekad.

"Dengan hanya tinggal beberapa jam sebelum penamaan calon, kami tegas menggesa YB Lim Kit Siang untuk kembali ke meja rundingan dan menjamin situasi menang-menang," katanya. 

SEKALI LAGI SIAPA YANG TAMAK & ANGKUH ???




Comments (0)