Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:04 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kerana Mahathir, Bukan Saja UMNO.. PKR Pun Haru Biru..

Posted: 19 Apr 2016 05:30 AM PDT


Semua orang beranggapan kritikan dan serangan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memecah belahkan UMNO.

Mereka percaya, Dr Mahathir telah menyebabkan ahli UMNO membenci Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Mereka juga percaya bekas Perdana Menteri telah menyebabkan UMNO berpecah dua – menyokong dan menentang Najib.

Hakikatnya memang betul UMNO berpecah kerana Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz yang bergabung dengan pemimpin pembangkang untuk menggulingkan Najib.

Mereka bersama-sama menjunjung Deklarasi Rakyat kononnya untuk Selamatkan Malaysia daripada terus musnah di bawah pentadbiran Najib.

Namun, dari hari ke hari, nampaknya usaha itu semakin hambar. Sengat dan taring Dr Mahathir serta Muhyiddin semakin tumpul dan tidak berbisa lagi. Rakyat pula makin hilang minat.

Ketika semua mata tertumpu kononnya berlaku perpecahan dalam UMNO, tanpa sedar atau buat-buat tak sedar ialah perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir.

Penyokong PKR seolah 'butakan mata dan pekakkan telinga' tentang perpecahan yang sedang berlaku dalam PKR ketika ini. Khabarnya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wah Ismail dan anaknya Nurul Izzah berjuang sendirian untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nama-nama besar dalam PKR seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung dan Naib Presiden, Rafizi Ramli, Tian Chua dilihat lebih menyokong Dr Mahathir maka tinggalkan Wan Azizah dan pejuang reformasi yang kebanyakan telah meniti usia senja memperjuangkan nasib Anwar bagi mengelak pemimpin agung itu mereput dalam penjara.

Tidak hairanlah secara tiba-tiba nama Ezam Mohd Noor kembali menjadi sebutan apabila didakwa beliau mahu kembali menyertai PKR.

Ada pihak yang mengatakan Wan Azizah mahu Ezam kembali untuk mencantas pemimpin tertentu yang dilihat terlalu berkuasa dalam PKR. Namun ada pihak yang memberitahu, Ezam telah lama menyuarakan hasrat untuk kembali ke pangkuan PKR tetapi dibantah pemimpin-pemimpin PKR yang tertentu.

Rakyat melihat PKR sebuah parti yang tenang namun sebenarnya parti itu penuh dengan pergolakan.

Anwar yang mulanya dikatakan menyokong Deklarasi Rakyat tetapi mengubah pendirian apabila mengkritik kerjasama Dr Mahathir.

Tiba lama selepas itu, timbul cerita dalam kalangan ahli PKR bahawa surat sokongan dari Penjara Sungai Buloh itu sebenarnya palsu, bukan ditulis Anwar.

Tidak hairanlah Wan Azizah enggan menerima Deklarasi Rakyat selagi pembebasan Anwar tidak dimasukkan sebagai salah satu agenda. Peliknya hanya Wan Azizah yang menyuarakan perkara ini sedangkan pemimpin kanan PKR lain diam seribu bahasa.

Dan sehingga hari ini, Wan Azizah enggan berjumpa dengan Dr Mahathir kemungkinan besar beliau tidak boleh memaafkan tragedi 1998 yang mengheret beliau dan keluarga ke kancah politik.

Dr Mahathir bukan sahaja menghina Najib dan pemimpin UMNO lain tetapi juga Anwar. Baru-baru ini ketika ditemubual media antarabangsa, Dr Mahathir sekali lagi menghina dengan melabelkan Anwar pemimpin tidak bermoral dan tua, maka tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Yang hairannya, pemimpin kanan PKR yang selama ini berjuang bersama-sama Anwar seakan terpukau dengan Dr Mahathir dan tidak mampu menolak penghinaan terhadap Anwar, maka mereka menerimanya.

Kerana Deklarasi Rakyat dan Dr Mahathir, pemimpin PKR telah menunjukkan mereka sebenarnya tidak boleh dipercayai dan bukan pemimpin setia.

Kesian Anwar dan Wan Azizah. Mereka tidak habis-habis dikenakan oleh Dr Mahathir dan orang-orang yang rapat yang kononnya berjuang untuk keadilan tetapi sebenarnya lebih kepada kepentingan politik sendiri.

Nampaknya Anwar patut memikirkan secara serius untuk bersara dalam dunia politik kerana beliau semakin tidak relevan dan tidak lagi dipandang mulia oleh pemimpin PKR apatah lagi pemimpin pembangkang lain.

Apa yang agaknya ada dalam kepala pemimpin kanan PKR yang menyokong Dr Mahathir? Mereka sedar Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib bukan menjatuhkan UMNO atau BN. Jika Najib turun, penggantinya juga Perdana Menteri dari UMNO. Seperti tiada kebaikan kepada pembangkang yang menyokong Dr Mahathir kecuali publisiti murahan.

Dalam soal ini, kita patut ucap tahniah kepada PAS yang 'masih waras' berbanding parti pembangkang lain. Walaupun dihina dan dikeji penyokong pembangkang, PAS bijak dan tidak terperangkap dengan permainan Dr Mahathir yang sebenarnya ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Najib.

Tahniah juga kepada pejuang reformasi tulen dalam PKR yang sedar dengan permainan politik dan masih setia memperjuangkan agenda untuk mereformasikan pentadbiran secara keseluruhan bukan sekadar menjatuhkan seorang pemimpin bernama Najib Razak lapor FMT



Laporan PAC Pasal 1MDB Pun Kena Edit?

Posted: 18 Apr 2016 11:00 PM PDT


Anggota pembangkang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menuduh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa Hasan mengeluarkan ayat dalam laporan itu mengenai firma Good Star Ltd yang dikaitkan dengan Jho Low.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Laporan itu, seperti keadaannya hanya menyebut bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Halmi telah membekalkan dokumen bahawa Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.

1MDB telah mengalihkan dana AS$700 juta yang bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi ke dalam akaun Good Star tanpa kelulusan lembaga pengarah IMDB.

Malaysiakini telah menghubungi Hasan bagi mendapatkan jawapannya berhubung dakwaan ini.



Rakyat Tak Bodoh Kata Mukhriz

Posted: 18 Apr 2016 07:45 PM PDT


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan beberapa menteri yang meminta semua pihak berhenti melemparkan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal sumbangan RM2.6 bilion.

Katanya, rakyat tidak bodoh dan begitu mudah mempercayai kenyataan seorang menteri luar dari Arab Saudi.

"Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup, maka tidak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.

"Kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview (temuramah) pihak terlibat, dapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti-bukti, contohnya akaun, bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luar negara ke akaun Perdana Menteri sendiri," katanya dalam satu wawancara khas yang dimuat naik ke dinturtleoriginal.blogspot.my.

Mukhriz merujuk kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada minggu lalu yang mengakui sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya datang dari negara itu.

Adel dilaporkan sebagai berkata, sumbangan itu diberikan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan pihaknya juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti berhubung perkara itu dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang salah laku.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu juga telah menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.

"Apa kena-mengena seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup, kerana Peguam Negara telah buat keputusan tersebut.

"Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu langsung tidak menyentuh soal angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma. Dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi dan apa tujuannya.

"Dia juga tidak sebut apa yang telah disebut Peguam Negara bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan," katanya lagi lapor FMT



Comments (0)