Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Sempena PRN Sarawak, Najib Serah RM8 Juta Kepada Masjid Dan Gereja

Posted: 17 Apr 2016 08:30 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat menghulurkan 'buah tangan' kepada masjid dan gereja di sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, petang ini.

Bertempat di ruang VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Najib menyampaikan sumbangan kepada Masjid Darul Furqan Taman Malihah dan Gereja Anglican Chapel Taman Malihah.

Masjid Darul Furqan menerima sumbangan RM3 juta dari kerajaan persekutuan dan RM3 juta dari kerajaan negeri, bagi pembinaan semula keseluruhan masjid.

Gereja Anglican Chapel pula menerima RM1 juta dari kerajaan Persekutuan dan juga RM1 juta dari kerajaan negeri, bagi projek pembesaran dan penambahbaikan gereja.

Najib sebelum ini berjanji akan memberikan sumbangan tersebut, dalam satu sesi 'walkabout' di Taman Malihah ketika kunjungan terdahulunya pada Mac lalu.

Ketua Sembahyang Anglican Chapel Ningkap Langkup menyatakan penghargaannya kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri atas sumbangan tersebut.

"Saya rasa amat gembira. Malah tidak pernah diimpikan Perdana Menteri akan mengunjungi gereja kami tanpa perlu dijemput," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Pengerusi Masjid Darul Furqan, Mashap Alek juga menyatakan sentimen yang sama, sambil menambah sumbangan tersebut tepat pada masanya.

"Taman Malihah semakin besar dan ramai. Jadi ruang masjid semakin tidak mencukupi dan memang perlu bangunan yang lebih besar," katanya lagi.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar lapor FMT



Zahid Mahu Rakyat Terima Penjelasan Derma RM2.6B?

Posted: 17 Apr 2016 05:49 AM PDT


Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

"Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini ... siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Ipoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.

Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh lapor Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. dah orang tak terpacaya.. dia nak paksa orang suruh percaya jugak.. Pemakan Dedak bolehlah paksa paksa Zahid..



Empat Lagi Memeluk Agama Islam Di Ceramah Dr Zakir Naik

Posted: 16 Apr 2016 10:18 PM PDT


Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.

Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nai Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu 'ya' dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka esok ~ AstroAwani



Siasat Ramasamy Bawah Akta Hasutan - Musa Hassan

Posted: 16 Apr 2016 09:05 AM PDT


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy kerana penghinaannya terhadap ulama merupakan satu jenayah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, panggilan syaitan kepada pendakwah, Dr Zakir Naik itu perlu disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Itu adalah satu kesalahan jenayah kerana menghasut orang untuk menguggat keselamatan. Itu satu jenayah, pihak polis kena siasat.

"Dia boleh disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Khidmat Nasihat Guaman Percuma Parlimen Pandan, di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dakwah Pulau Pinang pada Rabu lalu yang menggesa kerajaan negeri dan DAP mengambil tindakan terhadap Ramasamy.

Pengerusinya, Mohd Yusni Ghazali berkata, kedua-dua pihak itu bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap Adun Perai itu sebagai pengajaran semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Mengulas lanjut, Musa juga berkata, tindakan tegas wajar diambil kerana ia boleh membahayakan nyawanya sendiri, akibat perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan golongan ekstremis.

"Mana boleh dia panggil ulama syaitan. Itu menghasut orang supaya membenci ulama tersebut. Kerana dalam agama lain pun ada orang ekstremis. Itu membahayakan nyawa dia," ujarnya.

Musa berkata lagi, tindakan Ramasamy itu hampir sama dengan tindakan penulis buku dari Iran, Salman Rushdi yang memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai syaitan.

"Sampai orang nak bunuh dia, tapi negara-negara Barat melindungi dia. Dia kata, apa yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah wahyu syaitan, bukan daripada ALLAH, walhal dia orang Islam.

"Apabila seseorang menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain, ini satu perkara salah di sisi undang-undang," jelasnya.

Musa menegaskan, persefahaman antara agama di negara ini perlu dipupuk melalui siri ceramah dan penerangan mengenai perbezaan agama.

"Kita perlu terbuka. Tajuk ceramah Zakir sebelum ini iaitu Persamaan Hindu dan Islam merupakan perbandingan agama, saya rasa perkara itu bagus.

"Saya semasa sekolah dulu pun, ada kelas Bible dan kelas Islam. Saya masuk kelas Bible sebab nak tahu apa itu Injil. Tak bermakna saya belajar Bible saya masuk Kristian. Kerana saya nak tahu apa perbezaannya," katanya.

Musa menambah, dengan mempelajari dan memahami banyak agama, ia akan menguatkan akidah dan menghormati agama lain di negara ini

"Kalau kita tahu perbezannya, akidah kita akan lebih kuat kerana kita tahu mana yang betul, mana yang tak betul.

"Perbezaan ini akan mendatangkan masalah kepada negara, saya rasa tidak. Kita akan lebih menghormati agama itu tadi kerana kita tahu (agama lain)," jelasnya.

Dalam pada itu, Musa turut mengingatkan pihak polis supaya tidak berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang di negara ini bagi mengelakkan rakyat hilang kepercayaan.

"Polis tak boleh tunjuk berat sebelah, kerana dia adalah penguatkuasa undang-undang, dia menjaga semua kaum dan rakyat dalam negara ini.

"Kalau dia bertindak berat sebelah pihak, nanti orang tak percaya kepada polis. Kena adil, kena telus, tidak menunjukkan bahawa mereka menyokong mana-mana pihak," katanya lagi~ Sinar



Comments (0)