Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:04 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Selepas Bertemu Najib, 'Pelaburan' Bertukar Menjadi 'Derma' Pula.. Kenapa?

Posted: 15 Apr 2016 08:19 AM PDT


Hari ini golongan-golongan pemakan dedak dari golongan 'Blogger' yang pernah dianggap oleh Najib sebagai bodoh hingga ke Menteri yang dilantik atas kapasiti bijak membodek Najib gembira tak terhingga dengan satu laporan dari Bernama.

Tanpa berfikir panjang.. Azalina dengan bangganya mengatakan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka manakala Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Yang Bernama laporkan ialah..

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia.

Kerana terlalu gembira mereka sebenarnya telah terlupa.. kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Arab Saudi adalah bercanggah dari kenyataan awalnya mengenai AS$681 Juta itu..

Pada Februari lalu dalam satu temubual bersama New York Times beliau telah mengatakan wang berjumlah AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib bukannya 'derma', tetapi ia adalah wang pelaburan di Malaysia.

"Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia," kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

Laporan itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata wang itu disahkan datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.

Bagaimanapun, kerabat itu mempersoalkan jumlah wang itu tetapi berkata dana tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Itu kenyataannya sebelum bertemu dengan Najib seperti yang dilaporkan kebanyakkan media tunggangan UMNO..

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 

Persoalannya disini.. ialah mengapa sebelum bertemu Najib Menteri Luar Arab Saudi itu mengatakan wang yang masuk akaun Najib itu ialah pelaburan.. tetapi setelah bertemu Najib wang tersebut dikatakan sebagai derma pula?



Sumbangan Derma Kepada Najib Memang Dari Arab Saudi Kata Menteri Luar Arab

Posted: 14 Apr 2016 11:00 PM PDT


Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Khamis.

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di sini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lepas, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata, siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama ~ MalaysiaGazette



Tandatangan Tanpa Baca Dokumen? Najib Buat Kerja Bodoh! - Dr. M

Posted: 14 Apr 2016 08:08 PM PDT


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kali ini kerana "langkah bodoh" menandatangani dokumen tanpa membacanya.

Dr Mahathir berkata, ini berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang menunjukkan bagaimana Najib diperlukan untuk mengesahkan semua keputusan penting yang dibuat.

"Bagaimana kita sahkan sesuatu dokumen? Kita sahkan dengan cara tandatangan. Bila kita tandatangan satu artikel, kita sahkan dokumen itu.

"(Tapi) ada lawyer Najib kata, itu tak bermakna (Najib) sahkan. Najib dia sign saja, tak tau apa-apa. Dia tak baca pun," katanya dalam forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata Rabu lalu bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.

Beliau juga berkata majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.

"Macam mana orang macam ni boleh jadi perdana menteri? Saya nak minta kepada Najib, berasaskan kebodohannya sign dokumen tanpa baca, lebih baik dia letak jawatan sekarang," katanya.

Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dilaporkan memberitahu PAC tahun lepas bahawa klausa itu termasuk ketika firma itu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan untuk melindungi kepentingan kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata laporan PAC nampaknya telah dibersihkan untuk membebaskan Najib daripada semua dakwaan tersebut.

Shahrol sejak itu mengisytiharkan tiada apa yang salah telah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ~ Malaysiakini



Kenapa Laporan 1MDB Belum Lengkap Sudah Dibentang?

Posted: 14 Apr 2016 09:30 AM PDT



Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua yang mewakili pembangkang hari ini menjawab kenapa pihaknya bersetuju membentang laporan siasatan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen meskipun ianya belum lengkap.

"Kenapa kita benarkan laporan ini dibentang? Sebab sudah ada bukti kukuh di mana selepas bentang, kita boleh hentam habis-habisan terhadap Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri).

"Kalau ada di luar sana yang tanya kenapa, ini jawapannya" katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?, di sini, hari ini.

PAC mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada 7 April lalu di Parlimen.

Tony yang juga Ahli Parlimen DAP, turut mendedahkan ketika mesyuarat PAC, setiap kali beliau menyebut nama Najib, suasana akan bertukar kecoh.

"Pembangkang lima orang, nak lawan majoriti sembilan orang dari BN, bukan senang. Nak buat kesimpulan dalam laporan itu, Najib bersalah, agak-agak boleh tak?

"Saya sebut nama Najib (dalam mesyuarat) saja pun semua kecoh (bantah)," katanya.

Forum ini turut disertai Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.




Comments (0)