Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kisah Skandal 1MDB 'The Master and His Wolf' Akan Diterbitkan..

Posted: 14 Apr 2016 07:02 AM PDT


Seorang pengarah yang pernah dicalon untuk Anugerah Oscar kini menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menghubungkan penerbit karya Hollywood Wolf of Wall Street dengan dakwaan skandal berbilion ringgit 1MDB.

Penerbit filem British itu, Mike Lerne bercita-cita membongkar dakwaan skandal melibatkan pembiayaan filem lakonan bintang layar perak Leonardo DiCaprio itu, menurut laporan eksklusif The Hollywood Reporter.

Lerner dicalonkan untuk Anugerah Oscar selepas menerbitkan Hell and Back Again, The Square dan Pussy Riot: A Punk Prayer.

Filem terbaru beliau The Master and His Wolf (tajuk sementara) dikatakan akan cuba menghubungkan Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan wang AS$100 juta yang membiayai filem terbitan Red Granite Pictures.

Ia juga mungkin mengheret DiCaprio yang dilapor mendapat bayaran awal $25 juta untuk membintangi filem arahan pemenang lima kali Anugerah Akademi Martin Scorsese itu.

Red Granite, yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz sebelum ini menafikan sebarang aktiviti 'meragukan'.

Pejabat Peguam Negara Switzerland dilapor mendakwa mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem."

1MDB dan Najib dalam kenyataan mereka sering mempertahankan diri daripada dakwaan salah laku.

The Hollywood Reporter melaporkan penggambaran filem telah selesai dibuat di Malaysia dan akan bersambung di Amerika Syarikat, Luxembourg, Hong Kong, Singapura dan Abu Dhabi – yang masih menyiasat dakwaan sekitar 1MDB.

Selain DiCaprio, pengarah filem itu juga berharap dapat bercakap dengan Jho Low, hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan terkenal selepas berparti dengan aktres Hollywood Paris Hilton ~ Malaysiakini



Najib ‘Popular’ Kerana Salah Laku

Posted: 13 Apr 2016 11:20 PM PDT


Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini diukur melalui salah lakunya, dakwa Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman.

Beliau berkata, perkara itu boleh disifatkan sebagai memalukan, ditambah pula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.

"Adakah hari ini Najib popular? Beliau popular atas 'wrong reasons' (sebab-sebab salah).

"Beliau kena ada semangat 'gentleman', sebab sekarang ini beliau sudah tidak diperlukan. Sila berundur, sebab anda tidak berjaya lakukan apa-apa yang baik untuk negara ini," desaknya ketika berucap pada ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, malam tadi.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal bersama beberapa pemimpin daripada kumpulan penentang Najib.

Berucap di hadapan kira-kira 200 hadirin, Kamarul Azman mendakwa rakyat semakin muak dan tidak lagi boleh menerima apa yang dilakukan Najib.

Malah katanya, budaya mengampu di kalangan pimpinan UMNO semakin teruk, meskipun ada di kalangan mereka yang sedar akan kelemahan di dalam peringkat atasan parti.

"Masyarakat Melayu selalu berbangga dengan budaya ketimuran. Jika kita kaji sejarah dan sastera Melayu, kita akan dapati perkara paling ketara dalam budaya kita adalah budaya mengampu dan kita tidak boleh lari.

"Barusan ketua-ketua bahagian UMNO hari ini adalah contoh terbaik budaya mengampu diamalkan secara turun-temurun sehingga mencapai kemuncaknya hari ini. Jadi, kita nak beritahu ketua-ketua Umno, sudah-sudahlah," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, ramai ahli UMNO tidak memahami isu 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion adalah punca mereka tidak menyertai gerakan mendesak Najib berundur, menerusi Deklarasi Rakyat.

"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli UMNO tak faham-faham.

"Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion ini ada kaitan dengan desakan kita (menerusi Deklarasi Rakyat) nak Perdana Menteri letak jawatan sekarang," katanya sambil menegaskan, beliau tidak akan menentang Najib, jika tiada isu serius membabitkan Presiden UMNO itu.

Pada masa sama, Muhyiddin juga tidak puas hati dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB yang tidak mengupas secara mendalam, kerana ada beberapa isu yang gagal dijawab dengan jelas.

"PAC mengatakan Perdana Menteri terkecuali dan tidak terlibat, kerana 1MDB tak beri laporan lengkap kepada PAC untuk membolehkan PAC buat satu rumusan mendalam, sedangkan PAC susah sediakan laporan dan menyatakan kepincangan tertentu.

"PAC juga tidak dapat mengesahkan kedudukan wang ini. Maknanya, laporan PAC pun tidak lengkap. Saya bukan hendak menidakkan bidang kuasa PAC, tetapi laporan itu mengakui ia tidak lengkap," katanya ~ FMT



Mengapa Wan Azizah Jauhi Gerakan Selamatkan Malaysia Dr M?

Posted: 13 Apr 2016 08:20 PM PDT


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya menyerang secara terbuka orang kuat gerakan Selamatkan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan sebab beliau enggan menyertai pakatan tersebut.

Ketua pembangkang yang menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipenjara atas tuduhan liwat, sebelum ini tidak memberikan sebab mengapa tidak turut sama dalam gerakan itu.

Dalam pendedahan beliau kepada Malay Mail Online, Azizah berkata ia disebabkan wawancara Dr Mahathir bersama akhbar The Australian mendakwa Anwar tidak mempunyai moral untuk memimpin negara.



"Saya kesal Dr Mahathir memilih untuk terus meluahkan rasa dendam dan kebencian terhadap Anwar. Ia berterusan walaupun Anwar bermurah hati memaafkan keterlanjuran Dr Mahathir sebelum ini.

"Tetapi apabila beliau memilih untuk mengulangi serangan keji terhadap peribadi Anwar menggunakan institusi sama yang dibantu kawal dan dipengaruhi beliau, dan kini memilih untuk menyerang pula, saya fikir ia tidak dapat diterima," katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mengulangi tuduhan liwat ke atas Anwar mendakwa punca ketua umum PKR itu tidak dapat menjadi perdana menteri.

Bekas pengerusi Proton dalam wawancara bersama akhbar Australia turut mendakwa Anwar, yang akan berumur 69 tahun Ogos ini, "terlalu tua" untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

Dr Wan Azizah juga cuba menjelaskan peranannya di sebalik gabungan Selamatkan Malaysia yang terdiri daripada wakil rakyat pembangkang, pemimpin NGO, dan juga beberapa ahli veteran Barisan Nasional (BN).

Katanya, gabungan yang dipimpin Dr Mahathir itu bukan hanya perlu bertujuan menyingkirkan perdana menteri sedia ada, tetapi juga memenuhi keinginan rakyat untuk pembaharuan institusi.

"Pertama saya percaya deklarasi itu patut meliputi kehendak rakyat untuk pembaharuan institusi dan tindakan konkrit untuk melihat berakhirnya rasuah yang endemik," katanya, merujuk kepada Deklarasi Rakyat oleh gerakan itu.

"Keduanya Dr Mahathir mesti memahami makna kerjasama pembangkang dan masyarakat, kita tidak boleh menggunakan kaedah autokrasi kerana kita bekerja berdasarkan konsensus; mengutamakan kebajikan rakyat yang terjejas oleh kelembapan ekonomi semasa dan kepincangan tadbir urus.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata Dr Mahathir mesti belajar menerima hakikat bahawa bukan beliau memutuskan tetapi pengundi memilih siapa yang patut memimpin negara.

"Mengawal pemikiran cuma melambangkan golongan tua," katanya, memaksudkan Dr Mahathir.



Dr Mahathir, bersama ahli politik kerajaan dan pembangkang bersama masyarakat sivil melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac dalam satu gerakan yang dipanggil Selamatkan Malaysia bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Perdana menteri paling lama memerintah itu dibenarkan berucap semasa himpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan minggu lalu selain dilihat menghadiri himpunan Bersih 4 tahun lalu.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Comments (0)