Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bila RM100 Juta Dana Kementeriannya Dah Kena Songlap.. Macam Ni Lah Jadinya..

Posted: 13 Apr 2016 03:49 AM PDT


Gara-gara menyediakan replika cek bersaiz besar dengan nilai RM30, RM20 dan RM10 bagi hadiah kejohanan berbasikal kategori bawah 9 tahun, acara Kriterium Basikal oleh Junior Cycling Malaysia (JCM) yang berlangsung Sabtu lalu mencuri tumpuan netizen.

Penganjuran acara itu menerima pelbagai komentar pengguna laman sosial kerana dakwaan nilai hadiah yang disediakan pihak penganjur tidak memadai berbanding saiz replika cek.

Malah ada segelintir pengguna Facebook secara menyindir mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada dana mencukupi selepas wujudnya dakwaan rasuah RM100 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Sarjan Tulang berkata, apa yang penting peserta kategori kanak-kanak itu gembira selepas berjaya memenangi dalam acara itu.

"Kau orang kena faham, kos buat mock check (replika cek) itu pun sudah mahal. Janji adik-adik itu gembira menang tempat pertama, kedua dan ketiga.

"Baik bagi (hadiah) hamper kalau macam ini. Hamper CNY (Tahun Baru Cina) pun paling tidak RM48. Mungkin mereka teringat filem (P Ramlee) Labu-Labi, budak-budak tak boleh pegang duit banyak," katanya dengan nada menyindir.

Tambahnya, dia bukan marah sebaliknya menasihati.

"RM100 juta aku mana Pah (Saripah)?" soalnya meniru gaya dialog P Ramlee dalam filem Madu Tiga dan ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Berlangsung di Serdang, Selangor, program itu menyediakan hampir 20 kategori yang dipertandingkan melibatkan peringkat umur dari bawah enam tahun hingga 45 tahun ke atas.

Berdasarkan aturcara program yang dimuat naik di Facebook JCM, program dengan kerjasama KBS itu dibezakan dengan tahap umur dan jumlah pusingan setiap peserta bagi setiap kategori.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah respon orang ramai terhadap nilai hadiah dan replika cek yang disediakan.

Ada yang berpandangan jumlah hadiah itu bersesuaian dengan umur peserta dan ada juga yang memberi ukuran kos replika cek lebih mahal daripada nilai hadiah tersebut.

Facebook Cycling Malaysia Magazine yang memuat naik gambar sekitar program tersebut mendapat tumpuan pengguna laman sosial itu dengan lebih 3,000 perkongsian dilakukan.

Pemilik Facebook, Alon Al-Azmee berkata, replika cek lebih mahal berbanding nilai hadiah diberikan.

"Setakat RM30 masuk sampul surat sajalah, penganjur memalukan diri sendiri," katanya lapor Malaysiakini



Bekas Presiden UMNO Tak Percaya Satu Pun Jawapan 1MDB..

Posted: 12 Apr 2016 11:00 PM PDT


"Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai," tulis Dr Mahathir dalam blognya semalam.

Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada jawapan 1MDB terhadap kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa firma Aabar BVI (British Virgin Islands) di mana 1MDB telah membuat pembyaran, adalah bukan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, yang sepatutnya menerima bayaran tersebut.

Menurutnya, IPIC dan Aabar juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga tidak pernah membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).



"1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.

"Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura." tulis Mahathir dalam blognya.

Baca nih!!

1. Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai.

2. Hari ini 1MDB menjawab kenyataan akhbar yang dibuat oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) yang didaftar dibawah undang-undang Abu Dhabi dan UAE, bahawa Aabar BVI (British Virgin Islands) bukanlah dari kumpulan mereka. Juga IPIC dan Aabar mengesahkan bahawa mereka tidak pernah terima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan (liabilities) bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).

3. 1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.

4. Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura. Kemudian BSI berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Lantas 1MDB menjawab simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk "unit". Tidak ada penjelasan atau dokumen nilai sesuatu unit dan jumlah unit. Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan.

5. Kononnya dari RM2.6 bilion RM2.3 bilion sudah pulangkan kepada "penderma". Tetapi wang (atau unit) ini telah dibekukan. Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada "penderma" yang tidak boleh dikenalpasti. Hakikatnya semua kenyataan 1MDB dan A.G. juga tidak boleh dipercayai.

6. Aabar BVI didapati bukanlah Aabar anak syarikat IPIC. 1MDB kerap mengguna nama syarikat lain supaya dipercayai orang. Demikian apabila terdapat sebuah syarikat Amerika yang bernama Blackstone Group, maka sebuah syarikat di Hong Kong pun diberi nama "Blackstone Asia Real Estate Partners" supaya difikir syarikat ini ada kaitan dengan syarikat Blackstone Group di Amerika. Blackstone Group dilapor menafikan bahawa "Blackstone Asia Real Estate Partners" mempunyai kaitan dengannya.



7. Laporan dalam buku-buku 1MDB tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika laporan media asing adalah fitnah dan tidak berasas, tuduhan saman malu boleh dibuat terhadap media berkenaan di negara mereka. Tetapi walaupun media asing ini membuat bermacam tuduhan terhadap Najib, seperti melapor Najib rasuah, Menteri Kewangan yang terburuk didunia, memiliki RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi yang datangnya dari 1MDB, Najib tidak pernah bertindak saman malu terhadap WSJ atau Sarawak Report atau Washington Post dan lain-lain. Jika dakwaan mereka tidak berasas kebenaran saman malu oleh Najib bukan sahaja akan menghasil ganti rugi berjuta dollar tetapi dakwaan buruk terhadapnya akan berhenti. Tidak adanya saman malu oleh Najib mengesahkan tuduhan mereka adalah benar.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI

Biarpun Najib Jamin GST Tidak Bebankan Rakyat.. Tapi Akhirnya...

Posted: 12 Apr 2016 09:00 PM PDT


Ni jaminan Najib tentang GST buat rakyat Malaysia.. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula April 2015 tidak akan membebankan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sistem percukaian itu yang diguna pakai kira-kira 90 peratus negara di dunia perlu dilaksana di Malaysia bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan dan berkembang kukuh.

Beliau berkata kerajaan tidak melaksanakan sistem percukaian GST secara terburu-buru, malah ia telah dikaji kerajaan sejak 30 tahun dahulu dan yakin ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

"Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia. Saya sebagai pengerusi Barisan Nasional tidak akan menyusahkan rakyat kerana kerajaan berdiri atas sokongan rakyat," katanya ketika menutup majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada September 2014..

Tapi akhirnya... terbukti jaminan Najib tu langsung tak boleh pakai..

Kini bukan sahaja rakyat dari kelas pekerja atau pertengahan mengakui bahawa peningkatan menggila kos sara hidup adalah akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana pemimpin UMNO sendiri turut mengakuinya. 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Adun Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilaporkan media sebagai berkata: 
"Bagi saya, pelaksanaan GST agak terburu-buru dan saya bertanggungjawab pada kenyataan ini. Andaian kerajaan bila adanya GST, kita fikir pekedai dan pemborong turunkan harga barang dan pengguna untung…Tapi sebaliknya ia tak berlaku". 
Sehubungan itu, menurut Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, 'keluhan' dan kenyataan terbuka pemimpin UMNO itu jelas bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa GST tidak akan memberi kesan kepada rakyat.
Malah, katanya, kerajaan UMNO-BN tidak pernah beriltizam untuk membantu meringankan beban rakyat dengan mengambil langkah memansuhkan cukai yang membebankan itu. 
Sebelum ini, Najib sering mempertahankan cukai kadar itu untuk yang miskin dan kaya yang mula diperkenalkan pada April tahun lalu itu dengan alasan pendapatan negara rendah ekoran penurunan harga minyak mentah dunia yang mengakibatkan pendapatan negara berkurangan, justeru GST perlu dilaksanakan. 
"Saya yakin kebanyakan ahli UMNO tidak setuju dengan pelaksanaan GST seperti Shakar tetapi mereka tak berani suarakan isu ini sebab takut diambil tindakan oleh Najib dan hilang punca 'rezeki' mereka. 
"Namun, komen Sharkar tiada pengaruh langsung, sebab budaya UMNO adalah 'Presiden bersamaan dengan UMNO' dan yang lain (pemimpin selain Presiden) tidak penting. 
"Buktinya adalah apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri" kata Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Segambut. – Roketkini.com




RM500 Untuk Pemimpin UMNO Pagoh Sokong Najib Dedah Anak Speaker Johor

Posted: 12 Apr 2016 07:26 PM PDT


Selepas mencetuskan kontroversi kononnya wujud gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli UMNO, Shukur Mohamad tampil membuat pendedahan terbaru.

Kali ini, Shukur yang merupakan anak Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz mendakwa, pemimpin UMNO Bahagian Pagoh ditawarkan RM500 setiap seorang bagi menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada FMT, Shukur bagaimanapun enggan mendedahkan senarai penuh pemimpin yang terlibat sebaliknya, menunggu waktu yang sesuai untuk membuat pengumuman.

"Saya keluarkan (senarai nama) setelah saya susunkan nama-nama mereka yang menerima RM500 setiap seorang semasa mengadakan sidang media menyatakan hilang keyakinan kepada Tan Sri Muhyiddin yang dibuat di Pagoh," katanya.

Sebelum ini, sekumpulan pemimpin UMNO, Bahagian Pagoh tampil menyatakan pendirian mereka untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai presiden parti dan pengerusi BN, sekaligus menolak dakwaan kononnya bahagian itu sebulat suara menyokong Muhyiddin.

Gerakan yang dikenali sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu dibentuk khusus bagi memastikan parti bahagian tersebut sentiasa bersama dengan kepimpinan pusat.

Mengulas penafian yang dibuat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi kononnya mereka tidak terlibat dengan gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled, Shukur berkata, mereka boleh berbuat demikian, namun kebenaran mengenai gerakan tersebut akan terungkai nanti.

"Penafian boleh terus mereka (siapa pun mereka) buat demi kelangsungan politik mereka, saya tidak mahu komen akan apa sahaja penafian yang dibuat oleh semua timbalan menteri terbabit, apa yang saya ingin tekankan adalah, cerita saya masih belum habis," tegasnya.



Comments (0)