Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:09 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


1MDB: Jika Najib Bermaruah, Dia Patut Letak Jawatan - Muhyiddin

Posted: 12 Apr 2016 02:58 AM PDT


Saya telah tegaskan daripada awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara.

Saya juga telah menasihati Datuk Seri Najib Razak supaya beliau tidak menjadi pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar.
Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.



Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion.

Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama dalam kabinet.

Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanangkan bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin?

Berapa kali dalam laporan PAC disebut perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

Laporan PAC mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewengan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan.

Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan perdana menteri.

Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak AS$1 bilion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd.

Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak AS$300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited yang dikatakan milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

Pencuri ayam pun ditangkap

Sepertimana dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah AS$1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada perdana menteri.

Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada perdana menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal.

Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah AS$2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Begitu juga dengan dana berjumlah AS$3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak AS$1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak AS$28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak AS$1.5 juta dan pelaburan luar negara sebanyak AS$1.58 bilion.

Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016.

1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat.

Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan sama ada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah AS$2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas.

Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang AS$700 juta dan AS$330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; AS$3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; AS$940 juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan AS$1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah AS$7 bilion (RM28 bilion).

Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima AS$3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB.

Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini?

Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu.

Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng.

Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

Letak jawatan jika bermaruah

PAC telah memperakukan supaya Shahrol disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. Maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB.

Sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang perdana menteri yang juga menteri kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam.

Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan.

Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai perdana menteri.



TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN bekas timbalan perdana menteri. Beliau juga timbalan presiden Umno, tetapi sedang digantung tugas setelah lantang mempersoalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Tulisan ini kali pertama disiarkan di Facebook beliau.

Setelah Label Zakir Naik Sebagai 'Syaitan', Ramasamy Kata Dia KESAL.

Posted: 12 Apr 2016 12:59 AM PDT


Timbalan Ketua Menteri kedua Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy hari ini telah kesal kerana menggelar pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik sebagai 'syaitan' semalam.

Ramasamy yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataaanya hari ini, menjelaskan, bukan niat sebenar beliau walhal beliau sangat menghormati semua agama di negara ini tetapi mula dilabel ramai sebagai anti-Islam dan anti muslim akibat kenyataannya terdahulu.

Dalam kenyataan itu, beiau telah memuat naik status di laman Facebook dirinya mengenai pendakwah Islam Zakir.

"Dalam posting itu, saya telah memanggil dia sebagai satan (syaitan) dan mendakwa zakir memberi ucapan berbaur kebencian pada kepada agama selain Islam.

"Pada hari yang sama, saya telah menyedari bahawa perkataan satan adalah tidak sesuai dan segera mengeluarkan perkataan itu dari ruang Facebook saya.

"Bagaimanapun perkataan satan yang saya telah gunakan untuk Zakir telah viral dalam internet sehingga mendapat perhatian umum dan saya di tuduh sebagai anti Islam dan anti Muslim," keluh beliau dalam kenyataan tersebut hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Prai itu bagaimanapun, sebagai menyesal atas kenyataan tidak sepatutnya itu menjelaskan bahawa beliau bukan seorang anti-Islam seperti yang disangkakan orang ramai.

"Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Posting saya bukan berbaur anti Islam atau orang Islam di negara ini. Ia hanya ditujukan kepada orang tertentu ini (Zakir)," ujarnya lagi.


Dalam isu yang sama Ramasamy berkata, beliau percaya Malaysia sebagai sebuah tanahair berbilang bangsa dan agama yang mana semua agama dihormati dan bermaruah. - MalaysiaGazette


Mengapa 1MDB Bayar USD1.367 Bilion Kepada Syarikat Palsu?

Posted: 11 Apr 2016 11:00 PM PDT


Rakyat Malaysia' ingin tahu' mengapa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang didapati syarikat palsu.

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua berkata, syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS telah mengesahkan Aabar BVI bukan entiti kumpulan korporat kedua-dua syarikat berkenaan.

"Pengumuman ini adalah mengejutkan kerana ia akhirnya mengesahkan apa yang pengkritik 1MDB mengesyaki selama ini bahawa 1MDB telah membuat pembayaran berbilion-bilion dolar pembayaran kepada Aabar BVI rekaan, yang berpura-pura membuat bayaran kepada Aabar sebenar.

"Laporan PAC baru-baru ini juga mengesahkan bahawa Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan bayaran ini kepada Aabar BVI termasuk AS$1,367 bilion 'deposit keselamatan yang akan dikembalikan' pada 2012 sebagai cagaran untuk AS$3.5 bilion jaminan bon yang disediakan oleh IPIC kepada 1MDB," katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mendakwa, Ketua Audit Negara juga mengeluh kerana 1MDB bukan sahaja tidak memberikan apa-apa penyata akaun bank asing tetapi ia turut gagal untuk memberikan apa-apa bukti dokumen pemilik Aabar BVI.

"Adalah jelas sekarang bahawa 1MDB tidak pernah mampu untuk menyediakan bukti pemilikan Aabar BVI, kerana Aabar BVI jelas entiti palsu yang diwujudkan untuk menyalurkan AS$3.51 bilion atau lebih daripada 1MDB," katanya.

Pua menambah, pihaknya juga ingin mengetahui mengapa 1MDB mengambil masa yang lama untuk mengakui penyelewengan sejak perkara itu didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada November tahun lalu.

"Walaupun soalan dilontarkan berulang kali oleh media global dan pengkritik seperti saya, Presiden 1MDB, Arul Kanda telah berdegil enggan menjawab persoalan pemilikan Aabar BVI.

"Sebaliknya, beliau memilih untuk berulang kali kitar semula tuduhan bahawa kami (pembangkang) sebahagian daripada konspirasi yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan 1MDB dan kerajaan Malaysia," katanya.

Menurut Pua, keengganan Arul Kanda memberikan jawapan kepada soalan-soalan sebelum ini hanya membuktikan bahawa beliau menyedari 1MDB telah menandatangani perjanjian dan membayar berbilion-bilion dolar kepada Aabar BVI palsu yang tidak mempunyai kaitan dengan IPIC.

"Ia juga bermakna bahawa Arul Kanda dan 1MDB telah menipu Ketua Audit Negara dan PAC kerana kegagalan mereka untuk mendedah dan menerangkan kebenaran semasa siasatan," tegasnya lapor Free Malaysia Today


Pusat Khidmat Ramasamy Dilontar Molotov Cocktail

Posted: 11 Apr 2016 07:52 PM PDT


Pejabat Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Taman Chai Leng Park, dilontar molotov cocktail, awal pagi ini.

Kejadian disedari pengurus pejabatnya, R Subramaniam, 60, yang terdengar bunyi letupan sebelum memeriksa kawasan kaki lima premis dua tingkat itu, pada kira-kira 3 pagi.

Katanya, dia ternampak api di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat.



"Saya kemudian menghubungi rakan saya memaklumkan kejadian. Dia membuat laporan di Balai Polis Chai Leng Park.

"Kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di pejabat ini sejak saya saya mula bekerja beberapa bulan lalu," katanya ~ MyMetro



Comments (0)