Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Najib Panglima Perang Orang Islam?.. Kah.. Kah.. Kah..

Posted: 11 Apr 2016 07:12 AM PDT


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai panglima perang orang Islam menyebabkan beliau terpaksa berahsia dalam banyak perkara.

Menurutnya, keadaan itu mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus melemparkan tuduhan.

"Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?

"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan," katanya di Taman Gadong Jaya di sini, kelmarin.

Mengenai isu RM2.6 bilion, katanya, ia sudah diperjelaskan dan sepatutnya tidak ditimbulkan.

"Sebenarnya ada sesetengah pihak ambil kesempatan nak jatuhkan Najib," katanya lapor Sinar Harian



Ezam Nafi Akan Kembali Sertai PKR

Posted: 11 Apr 2016 03:00 AM PDT


Bekas Senator, Mohamed Ezam Mohd Noor menafikan dakwaan yang beliau akan kembali kepangkuan PKR dalam masa terdekat ini seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Mohamed Ezam yang kini berada di Indonesia ketika dihubungi Watan-Online menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin dan fitnah jahat terhadapnya.

"Saya sekarang tumpu kepada pembinaan Hisbah Centre for Reform di Indonesia. Baharu terbitkan kitab arab klasik hisbah yang pertama semalam di Indonesia sempena satu Rejab.

"Sejak tinggalkan Kementerian Kewangan dan tamatkan kontrak lebih awal tumpuan saya hanya pada Hisbah Centre khususnya terjemahan kitab Arab klasik mengenai hisbah dan rasuah ke bahasa nusantara. 

"Saya tidak terbabit dan tiada rencana untuk mana2 parti politik di malaysia," katanya.

Kelmarin satu portal berita melaporkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu akan menyertai kembali PKR dan perbincang kini sedang berlangsung bagi membawanya menyertai kembali parti itu.

Menurut portal itu juga, satu perbincangan antara Mohamed Ezam dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan lancar dan menemui hasil yang positif.

Mohamed Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Bekas Ketua AMK itu meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyertai semula UMNO pada tahun 2008 ~ Watan Online



Cerita Bohong Rupanya Pegawai SPRM Ditahan Ambil Rasuah Hapus Bukti Banglo Guan Eng..

Posted: 11 Apr 2016 01:00 AM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa penahanan seorang pegawai suruhanjaya itu baru-baru ini ada kaitan dengan siasatan kes membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pegawai lelaki berusia lewat 30-an itu ditahan selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM20,000 sebagai wang perlindungan daripada seorang pegawai polis yang disiasat SPRM.

"Justeru, ingin saya jelaskan bahawa tuduhan beliau ditangkap kerana kononnya cuba menghapus bukti kes melibatkan siasatan Guan Eng adalah tidak benar.

"Pegawai yang bertugas di SPRM Putrajaya itu ditahan sendiri oleh SPRM dalam satu kes perangkap di Bangi, Selangor," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau mengulas dakwaan dalam satu laman blog bahawa SPRM cuba menghapus bukti berkaitan kes siasatan pembelian banglo oleh Lim di bawah harga pasaran dengan menahan seorang pegawainya yang berasal dari Pulau Pinang bersama-sama wang RM50,000 di Putrajaya.

Selain dakwaan kononnya cuba menghapuskan fail kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu, blog itu turut mendakwa sumber dalaman SPRM memaklumkan penangkapan pegawai itu juga ada kaitan dengan kes penyelewengan dana kerajaan di Kementerian Belia dan Sukan bernilai lebih RM100 juta.

Mengulas lanjut, Azam berkata dakwaan berhubung jumlah wang dan lokasi tangkapan jelas berbeza daripada fakta sebenar iaitu pegawai tersebut sebenarnya ditahan pada tengah hari 7 April lepas di Bangi, dan penemuan wang sebanyak RM20,000 daripada suspek.

Katanya kertas siasatan bagi pertuduhan sudah siap dan pegawai tersebut dijangka didakwa esok sama ada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atau Shah Alam, Selangor ~ Bernama



Ceramah Dr Zakir Naik Di UTeM Tidak Boleh Diteruskan - KPN

Posted: 10 Apr 2016 11:00 PM PDT


Penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan menyampaikan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini dijangka terpaksa melupakan hasrat itu.

Ini berikutan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyatakan pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan itu turut disampaikan Khalid melalui akaun Twitternya:

@PDRMsia memutuskan untuk TIDAK membenarkan Forum ini diteruskan demi Ketenteraman Awam dan sensitiviti Agama diMsia

Dr Zakir yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, dijangka menyampaikan ceramah berjudul 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Terdahulu, Pemuda MIC telah membuat laporan polis di seluruh negara untuk menghalang Dr Zakir daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Dalam kenyataan, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh berkata, mereka juga mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

"Zakir Naik terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain," ujarnya.

Pada Jumaat, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu daripada memasuki Malaysia bagi memulakan siri ceramah di Terengganu, dengan menggelarkannya sebagai virus kepada masyarakat berbilang kaum.

Begitupun, pada Ahad, Dr Zakir menjadi penceramah undangan di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam) selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak.

Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramahnya yang menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam lapor AstroAwani



Najib Tandatangani Perjanjian RM3.92 Bilion Dedah Bekas CEO 1MDB

Posted: 10 Apr 2016 08:23 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).

"Beliau menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar," kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Akhbar The Sun melaporkan, berdasarkan tranksrip rakaman hansard ketika prosiding PAC yang dikeluarkan baru-baru ini, Shahrol memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham dan Lembaga Pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani Perdana Menteri, seperti yang dikehendaki mengikut Memorandum & Artikel syarikat (M & A).

Mengikut Artikel 117 (c) M & A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri.

"Ada perbincangan mengenai bagaimana usaha sama itu dilakukan. Tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sebenarnya perjanjian itu dibentangkan dan ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan pengurusan mengambil sebagai kuasa untuk memuktamadkan perjanjian itu, " katanya menurut rakaman hansard itu.

Shahrol menjelaskan perkara ketika disoal ahli PAC William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee.

Berdasarkan rakaman Hansard itu juga, Pua bertanyakan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam perjanjian itu, Shahrol memberitahu, Jho Low individu bertanggungjawab memperkenalkan Petro Saudi kepada 1MDB.

Katanya, Jho Low bekas Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian dikenali 1MDB.

Dalam laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis lalu membuat kesimpulan berjanjian kerjasama berjumlah USD1 bilion dibuat tanpa usaha yang sewajarnya.

Laporan itu menyatakan, tiada maklumat terperinci tentang projek dalam kertas cadangan yang disediakan pihak pengurusan dan tiada kajian sebarangan kemungkinan yang berlaku terhadap pelaburan yang dijalankan itu.

PAC mendapati Lembaga Pengarah 1MDB gagal melaksanakan tugas untuk melindungi syarikat dan pemegang saham dan meletak kesalahan kepada Shahrol di atas kelemahan-kelemahan pengurusan.

Laporan itu juga mengesyorkan pihak terlibat menyiasat Shahrol dan pegawai pengurusan 1MDB yang berkaitan.

Shahrol dalam satu kenyataan media bagaimanapun menjelaskan, tiada kesalahan atau aktiviti melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika di bawah pengawasannya.

Katanya, beliau telah penjelasan penuh dan secara jujur kepada PAC tentang perkara yang berlaku ketika beliau menjadi CEO 1MDB dan bersedia untuk memberi kerjasama.

"Saya akan terus beri kerjasama penuh, yakin dengan sepenuh hati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa yang hendak disembunyikan," kata Shahrol lapor FMT



Comments (0)