Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:22 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rafizi Tolak Spekulasi Ezam Sertai PKR

Posted: 10 Apr 2016 08:41 AM PDT


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menolak dakwaan yang mengatakan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik presiden parti berkenaan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut beliau, laporan berkenaan adalah tidak benar dan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

"Tidak benar. Saya tidak ada apa-apa maklumat dan tidak pernah dengar," jawabnya ringkas kepada Sinar Online hari ini.

Portal SuaraTv melalui sumbernya dilaporkan memaklumkan bahawa Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan Ezam yang dijangka akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan memaklumkan bahawa portal SuaraTV merupakan saluran propaganda Umno dan tidak wajar diberikan terlalu banyak perhatian.

"SuaraTV merupakan laman yang menjadi saluran propaganda Umno. Jadi saya rasa tidak wajar diberi terlalu banyak perhatian.

"Berita tentang pertemuan Wan Azizah dan Ezam adalah palsu,"katanya lapor Sinar



Ezam Akan Sertai Semula PKR Dalam Masa Terdekat?.. Betoi Ka?

Posted: 10 Apr 2016 05:30 AM PDT


Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV berkata, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

"Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

"Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin 'garang' menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur," katanya sebentar tadi.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga, antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan 'check dan balance' di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

"PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

"Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukkan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah" katanya lagi.

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform.

Pihak kami masih sedang berusaha untuk menghubungi Ezam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini. – SuaraTV


..Tapi kan... Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail nafikan laporan ini.. Katanya..

"Artikel Kak Wan jumpa Ezam tu palsu..Kak Wan tak pernah jumpa dia (Ezam) selepas dia tinggalkan (PKR).. Jangan lupa dalam fitnah 2, Saiful jumpa dia sebelum menuduh.. "

Entah siapa punya kerjalah tu...



Najib Tamatkan KPMG Sebagai Juruaudit 1MDB Pun Kem. Kewangan Tak Sedar?

Posted: 10 Apr 2016 03:00 AM PDT


Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.

Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.

Hansard kemudian menunjukkan terdapat kekeliruan awal mengenai siapa menteri kewangan yang menandatangani surat penamatan itu kerana KPMG tidak membawa salinan pernyataan itu ketika pendengaran PAC.

Anggota PAC Tony Pua bagaimanapun, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa PAC kemudian ditunjukkan bahawa surat itu ditandatangani oleh Najib sendiri.



Nak Tukar Jugak Ke Najib Menteri Besar Johor Ni?

Posted: 10 Apr 2016 12:31 AM PDT


Ni info dari sahabat-sahabat dari sebelah sana.. tiga negeri dijangka akan ditukar Menteri Besarnya dalam masa terdekat atau sebelum PRU14..

Dua negeri kerana Menteri Besarnya tidak sehaluan atau tidak boleh dicucuk hidung oleh Najib, manakala satu lagi negeri kerana seorang ADUN tidak boleh terima kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Tindakan ADUN tersebut akan menyebabkan Kerajaan Negeri tergantung, dan PAS dijangka menjadi penentu samada Kem yang disokong Najib akan kekal berkuasa atau tidak.

Sebuah Negeri di pantai barat pula Menteri Besarnya dijangka akan ditukar kerana Menteri Besarnya tidak sehaluan dengan Iso Samek..

Tiada masaalah untuk Najib menukar Menteri Besar yang ada sekarang ini dinegeri tersebut tapi Najib berhadapan masaalah besar untuk menukar Menteri Besar dari Johor ni...

PETALNG JAYA: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendapat sokongan penuh semua pihak termasuk barisan anggota EXCO mahupun UMNO negeri.

Perkara itu dinyatakan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday yang mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang berdiri teguh bersama Menteri Besar Johor itu.

"Seharian hingga larut malam saya menerima panggilan (telefon) dan mesej menyatakan kebimbangan dengan perkara itu (menggulingkan Menteri Besar).

"Kami, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan UMNO Johor akan terus mendokong kepimpinan beliau (Mohamed Khaled) untuk menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan," tulisnya di Facebook.

Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, beliau faham perasaan sahabat dan rakan-rakannya dalam parti mahupun kerajaan apabila ada spekulasi tidak sihat cuba dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau mengulas pendedahan ahli UMNO, Bahagian Sri Gading, Shukur Mohamed baru-baru ini apabila mendakwa, wujud konspirasi oleh kumpulan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkan Mohamed Khaled sebagai Menteri Besar Johor.

Kumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu menggantikan Mohamed Khaled dengan alasan bagi mengawal UMNO Johor tidak menentang Najib ~ FMT

Apa pun.. bersamalah kita tunggu...



Comments (0)