Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:25 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Sikap Boros Rosmah Memalukan, Bukan Hanya Najib Tapi Rakyat - Anina

Posted: 01 Apr 2016 07:29 AM PDT


Kegagalan Datuk Seri Najib Razak menyaman Wall Street Journal (WSJ) hanya mengiyakan dakwaan media itu berhubung sikap boros Datin Seri Rosmah Mansor, kata bekas ahli Pergerakan Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin.

Anina berkata, Perdana Menteri perlu melindungi rakyat Malaysia daripada tuduhan yang dibuat media itu mengenai perbelanjaan bernilai jutaan ringgit oleh Rosmah.

"Imej seorang Perdana Menteri adalah gambaran wajah rakyat sesebuah negara. Apabila Perdana Menteri Malaysia dilaporkan berbelanja di luar batasan fikiran oleh WSJ, ianya menggambarkan rakyat Malaysia adalah masyarakat tidak berintegriti.

"Laporan WSJ berkaitan dakwaan bahawa Najib berbelanja jutaan ringgit menggunakan kad kredit untuk barangan mewah isterinya ketika bercuti di Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja mengaibkan keluarga Najib, malah ianya juga mengaibkan rakyat Malaysia," katanya kepada FMT di sini, hari ini.

Anina turut menggesa Perdana Menteri bertindak menyaman WSJ pada hari Isnin depan bagi membuktikan isterinya tidak bernafsu besar seperti yang digambarkan media terbabit.

Semalam, WSJ mendakwa memperoleh kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menunjukkan Rosmah berbelanja mewah menjelang sambutan Krismas tahun 2014 di Hawaii, AS.

WSJ menyebut, kertas siasatan itu menunjukkan bahawa Rosmah membeli barangan mewah berjenama Chanel berharga AS$130,625 menggunakan kad kredit Perdana Menteri ketika membeli belah di Honolulu, Hawaii.

Lapor media antarabangsa itu, kad kredit Najib itu adalah sebahagian beberapa akaun peribadi Perdana Menteri yang didakwa daripada 1MDB.

Difahamkan, sekurang-kurangnya lima negara sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB ~FMT



Didakwa Jual Tanah Bawah Harga Pasaran, PERDA Bidas Guan Eng

Posted: 01 Apr 2016 05:30 AM PDT


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini membidas dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu penjualan tanah milik agensi kerajaan itu di Tok Keramat, Juru, di Seberang Perai Selatan (SPS) pada harga di bawah pasaran.

Pengerusinya Datuk Shabudin Yahaya berkata Lim seharusnya melihat isu itu dalam pelbagai aspek dan bukan dengan perbandingan harga semata-mata.

Beliau berkata PERDA bukan sebuah agensi untuk mengaut keuntungan, malah penubuhannya lebih kepada membantu rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dengan menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik yang tidak bersandarkan kepada keuntungan.

"Dalam hal ini apabila Lim mengatakan PERDA kerugian lebih kurang RM15 juta, ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan kerana RM15 juta yang dimaksudkan itu adalah perbandingan perolehan dengan nilai semasa.

"Nilai semasa tanah itu lebih kurang RM16 juta tapi PERDA menjualnya pada harga RM1.42 juta. Kalau dilihat memang ada perbezaan hampir RM15 juta tapi keuntungan itu sebenarnya akan dinikmati bakal pembeli rumah di situ kerana ia akan dijual jauh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shabudin berkata pihaknya menjual tanah berkenaan pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.

Katanya jika PERDA menjual tanah berkenaan pada harga nilai semasa maka rumah yang akan dibina akan dijual pada harga RM400,000 dan RM1.2 juta, sekali gus tidak dapat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

"Oleh itu, perlu difahami nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh oleh PERDA telah diagihkan kepada 250 bakal pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah," katanya.

Semalam, Lim dalam sidang akhbarnya menjemput Shabudin yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka memberikan penjelasan berhubung isu penjualan tanah itu di Bilik Mutiara, Komtar, Ahad ini.

Lim berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri, nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta.

Shabudin berkata tanah itu telah dipecah sempadan kepada 240 lot kecil yang diluluskan Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988.

Namun, beliau berkata projek itu terbengkalai hampir 30 tahun dan tidak dapat dibangunkan kerana masalah mendapan pada Fasa 1 melibatkan 107 rumah yang telah dibina dan kemudiannya terpaksa dirobohkan.

Katanya setelah membuat analisis kos faedah pihaknya berpendapat projek berkenaan adalah liabiliti jika terus dibangunkan oleh PERDA yang akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta.

"PERDA juga telah membuat keputusan hasil jualan tanah ini hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti dalam kawasan SPS yang berpotensi dibangunkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

"Terkini PERDA telah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah seluas 4.86 hektar (12 ekar) di kawasan SPS untuk menggantikan tanah sedia ada bagi membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya.

Justeru, Shabudin berkata tidak perlu untuk beliau membuang masa bersemuka dengan Lim bagi menjelaskan isu berkenaan dan menasihatkannya lebih fokus kepada skandal penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town.

Beliau berkata pihaknya turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan kerana memfitnah PERDA dalam isu penjualan tanah itu ~ MalaysiaGazette



Lembaga Kewangan Singapura Siasat Bank-bank Yang Terlibat Dengan Transaksi 1MDB..

Posted: 01 Apr 2016 01:24 AM PDT


Skandal 1MDB telah melonjakkan nama negara kita Malaysia dipersada rasuah dunia, ini rentetan dari satu siri siasatan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan terbaru di Luxembourg.

Selain negara-negara tersebut, pihak Lembaga Kewangan Singapura (MAS) juga telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menyoal-siasat beberapa bank berhubung aliran dana yang melalui sistem perbankan negara bandar raya itu dalam siasatannya ke atas 1MDB.

"MAS boleh mengesahkan sebagai sebahagian daripada siasatan kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain di Singapura, ia telah menjalankan penelitian menyeluruh ke atas pelbagai transaksi dan juga dana yang mengalir melalui sistem perbankan kami. 



"MAS telah meminta beberapa institusi kewangan untuk memberi maklumat berkaitan dengan penelitian itu," kata seorang jurucakap MAS dalam satu kenyataan..

Baca ni..

SINGAPORE - The Monetary Authority of Singapore (MAS) has confirmed that it has asked a number of banks to provide information on transactions and fund flows through the banking system here. 
This is for its review of possible money-laundering offences related to Malaysian state investor 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
"In response to media queries, MAS is able to confirm that as part of its investigation and other offences in Singapore, it has been conducting a thorough review of various transactions as well as fund flows through our banking system," MAS told The Straits Times on Thursday (March 31). 
MAS has requested a number of financial institutions to furnish information relating to the review. 
"Given the cross-border nature of these fund flows, MAS is also working closely with, and seeking clarifications from, relevant authorities in other financial centres... MAS will provide more details when we have completed our review," an MAS spokesman said. 
The regulator declined on Thursday to confirm reports claiming that it had investigated some 40 banks with a presence in Singapore, including two of Australia's biggest banks, ANZ and NAB. 
Both banks did not respond to queries by press time. 
Local banks DBS, United Overseas Bank and OCBC declined comment. 
Transfers of as little as $50,000 are believed to be under scrutiny by MAS, which is investigating if funds from entities related to 1MDB were split into small amounts to escape notice, according to The Australian newspaper. 
The paper said MAS is believed to have questioned the banks on why specific accounts were set up, the nature of the transactions, what internal processes they had in place to catch suspicious flows and why those processes did not work. 
Meanwhile, Malaysian Prime Minister Najib Razak, who is reported by the Wall Street Journal to have received millions of dollars diverted from 1MDB, is said to have spent as much as US$15 million (S$20.2 million) on luxury items. 
Last July, the paper reported that investigators had traced close to US$700 million of deposits moving through Falcon Bank in Singapore into Mr Najib's personal account.
Datuk Seri Najib has repeatedly denied wrongdoing and benefiting personally from any of the funds. 
In January, he was cleared by Malaysian Attorney-General Mohamed Apandi Ali of criminal offences or corruption. The Attorney-General declared that the RM2.6 billion (S$904 million) found in the personal bank accounts of Mr Najib was a donation from the Saudi royal family. 
In February, the Singapore authorities seized a "large number" of bank accounts over possible money-laundering and other offences linked to alleged financial mismanagement at 1MDB. The Commercial Affairs Department and MAS said at the time that they had been investigating possible offences since the middle of last year ~ Straits Times

AG kata tak ada kesalahan.. kenapa semakin banyak negara yang menyiasat ni?



Nazir Razak Akui Terima Dan Agihkan USD7 Juta Dari Najib..

Posted: 31 Mar 2016 11:00 PM PDT


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.

"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.

Menurutnya, menjelang pilihan raya yang ke-13 itu, abangnya meminta bantuan mengagihkan segera wang tunai kepada jentera parti.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," katanya.

Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.

Semalam, WSJ dalam pendedahan terbaru mereka mengenai 1MDB melaporkan Nazir mengesahkan menerima hampir AS$7 juta daripada Najib di akaun bank peribadinya.

Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.

Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.

Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.

Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa dirinya percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain," katanya yang dipetik WSJ.

"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir lapor Malaysiakini


Hmmm.. Persoalan berbangkit disini ialah.. mengapa Najib menggunakan adiknya  untuk mengagih-agihkah wang kepada jentera-jentera parti?

Mengapa Najib tidak menggunakan saluran parti seperti melalui Bendahari Agung dan Setiausaha Agung untuk melakukan pengagihan itu?

Kemungkinan jawapannya ialah Najib tak percaya kat depa tu laaa....



Disebalik Sebuah Bungalow.. Ada Yang Rumahnya Reban Ayam Saja..

Posted: 31 Mar 2016 08:13 PM PDT


Balik Pulau: Suami isteri bersama dua anak mereka berusia lima bulan dan tiga tahun terpaksa tinggal di reban ayam yang diubah suai menjadi kediaman di dalam kebun di Kampung Sungai Pinang, di sini, berikutan dihimpit kemiskinan.

Suzana Mansor, 35, dan suaminya Othman Darus, 45, mengubah suai reban berkenaan dengan membina satu ruangan lain bagi membolehkan mereka empat beranak berteduh di situ selepas diusir dari rumah sewa.

Hanya papan diletakkan di satu ruang kecil di sebelah reban ayam untuk dijadikan tempat tidur manakala tempat memasak hanya berlantaikan tanah.

Tiada bekalan air dan elektrik di kediaman itu sambil pasangan berkenaan merelakan anak sulung yang berusia lapan tahun diserahkan untuk dipelihara adik Suzana.

Menurut Suzana, sejak diusir dari rumah sewa, dia dan suaminya tidak mempunyai pilihan lain kerana hanya ada reban ayam di kebun milik ibunya, Salmiah Khalid, 60, yang sesuai dijadikan kediaman.

"Suami membaiki reban ayam dan dijadikan tempat kami sekeluarga berteduh dan kami mengambil air dari rumah ibu yang terletak 350 meter untuk kegunaan seharian manakala pada sebelah malam menggunakan lilin serta lampu minyak tanah.

"Pernah beberapa kali kami terjatuh dari motosikal semasa mengambil mengangkut air, tetapi tiada paip boleh disambung untuk menyalurkan air bersih ke rumah kami. Dalam sehari, kami berulang-alik lebih dari tiga kali mengangkut air untuk mencuci pakaian dan pinggan mangkuk," katanya.

Suzana berkata, suaminya bekerja sebagai pemotong rumput dan tidak mempunyai pendapatan tetap, sebaliknya hanya bergantung kepada kerja yang sesekali ada.

"Ada kalanya, suami dapat RM15 untuk upah memotong rumput, tetapi jika tiada kerja maknanya tiada pendapatan.

"Kami sekeluarga terpaksa berpuasa beberapa hari kerana tiada duit untuk membeli keperluan asas seperti beras dan gula. Malah, kerap juga saya meminjam wang daripada ibu untuk membeli susu dan lampin anak," katanya ~ myMetro



Luxembourg Pulak Siasat Dakwaan Berkaitan 1MDB.. Hmmm

Posted: 31 Mar 2016 10:17 AM PDT


Pihak pendakwaan Luxembourg dilaporkan melancarkan inkuiri kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.

Pihak pendakwa berkata inkuiri itu susulan keterangan bahawa dana milik kerajaan Malaysia di akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg disalah guna, lapor Reuters.

Siasatan bertujuan mengesan daripada masa asal empat pemindahan pada 2012 dan satu pada 2013, menurut kenyataannya, seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.




Dakwaan-dakwaan mengambil kira jumlah dibayar ketika pengeluaran dua bon pada Mei dan Oktober 2012...

Baca nih!

Luxembourg's state prosecutor said it had requested a judicial inquiry into allegations of money laundering by Malaysia's sovereign wealth fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Prosecutors said the inquiry was launched following concrete evidence following the misuse of funds held by the Malaysian government through different offshore accounts in Singapore, Switzerland and Luxembourg.

"The case particularly concerns discovering the origins of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," the statement said.

Kemudiannya Reuters update..

Luxembourg's state prosecutor has launched a judicial inquiry into allegations of money laundering involving hundreds of millions of dollars against Malaysia's sovereign wealth fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

The prosecutor said on Thursday that the inquiry followed evidence that funds held by the Malaysian government in offshore accounts in Singapore, Switzerland and Luxembourg had been misused.

"The investigation aims to trace the origin of four transfers in 2012 and one in at the start of 2013 for a total of several hundreds of millions of dollars," a statement from the prosecutor's office said.

The allegations concerned in particular the sums paid upon the issuance of two bonds in May and October 2012.

1MDB, whose advisory board is chaired by Malaysian Prime Minister Najib Razak, has been the subject of multiple investigations over the last year by authorities in Malaysia, Switzerland, Singapore and the United States following accusations of financial mismanagement and graft.

The fund said in a statement that it had not been contacted by any foreign legal authorities on any matters related to the company.

Switzerland's chief prosecutor said in January that a criminal investigation into 1MDB had showed about $4 billion appeared to have been misappropriated from Malaysian state companies.

Singapore said it had sequestered a large number of bank accounts as part of an investigation into possible money-laundering linked to the fund ~ Reuters

Hmmm... awatlah depa susah payah nak siasat.. mai Malaysia mintak hasil siasatan kat Peguam Negara kan senang...



Comments (0)