Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:19 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Doa Badrulamin dikritik penyokong Tun Mahathir, PKR pohon maaf

Posted: 03 Apr 2016 03:30 AM PDT

  Rumah siap, pahat berbunyi. Itulah gambaran himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam apabila doa dibacakan bekas Ketua Penerangan PKR, Dr Badrulamin Bahron pada penutup demonstrasi itu mengundang kritikan banyak pihak sehingga PKR terpaksa memohon maaf.

 Bekas ahli Umno dan Pas, Tamrin Tun Ghafar berkata, doa yang jelas menyindir Mahathir itu tidak wajar diucap ketika hasrat ramai pihak mahu melihat Najib dijatuhkan terlebih dahulu.

 "Badrulamin ini tidak mencerminkan nilai-nilai murni Islam yang boleh diteladani. Mulai hari ini tak payahlah gelarkan dia ustaz sebab mencemarkan Islam," ujarnya.

 Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu turut menyifatkan Badrulamin tidak layak menyampaikan ceramah lagi.

 "Sesiapa tolong sampaikan kepada Badrulamin, saya kata dia ini kurang ajar dan biadap. Hentikanlah berceramah di mana-mana termasuk di masjid dan surau.

 "Saya lost my respect terhadap makhluk begini," tegas Tamrin lagi yang juga bekas Pengerusi Mara pada 1991 hingga 1993 itu.

 Badrulamin pada penutup himpunan pukul 5.30 petang semalam dilihat seolah-olah mengulang insiden doa laknat oleh Dr Azhari Ariffin atau nama sebenarnya, Dr Azhar Yaakob ketika Muktamar Pas ke-60 di Batu Pahat pada 2014 lalu.

 "Kita minta kepada Tuhan tunjukkan kezaliman kepada mereka. Hari ini kamu zalim, kamu terima balasan Tuhan. Kamu ingat kamu Mahafiraun, firaun pun tenggelam," kata Badrulamin dalam doa itu semalam.

 Beliau selanjutnya mendoakan kesejahteraan kepada Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh.9 "Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar Ibrahim. Berikanlah kekuatan kepada seluruh keluarga dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan.

 "Berikanlah penghinaan kepada Najib dan pemimpin yang bersekongkol dengan kezaliman BN," ujarnya lagi dalam doa dibacakan.

 PKR mohon maaf kepada Tun Mahathir9 Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan bertemu sendiri dengan Tun Dr Mahathir bagi memohon maaf bagi pihak PKR terhadap doa yang dibacakan Badrol itu.

 Beliau juga memohon maaf kerana ada sekumpulan penyokong PKR yang membuat bising ketika Tun Mahathir berucap.

 "Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah dia di antara dia dan Allah," kata Rafizi dalam kenyataannya. ~ sumber

'Kehadiran rendah di demo anti-GST bukti PAS kuat'

Posted: 03 Apr 2016 01:14 AM PDT

Kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata Timbalan Presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.

 "Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.

 Lebih 2,000 berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri protes itu.

 Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding himpunan terakhir anjuran PAS bagi menentang Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang menarik kehadiran kira-kira 4,500 peserta.

 Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata perhimpunan anti-GST semalam tidak bermaksud ia gagal.

 "Tengok pada jumlah tak berjaya tapi tengok pada isu, ia satu kejayaan. Sebab isu itu walaupun rakyat tak demo, bukan bermakna rakyat tak sokong," katanya.

Adakah TITM merujuk kepada laporan TV3?
 Tuan Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan PAS Putrajaya hari ini. 

Terdahulu dalam ucapannya, pemimpin nombor dua PAS itu berkata kurangnya peserta Melayu pada Perhimpunan Bersih 4 turut membuktikan keupayaan parti itu dalam menggerakkan peserta.

 Katanya, beliau sendiri mahu parti itu menggerakkan protes Bersih selama dua hari, tetapi presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan sebaliknya.

 "Kurang 10 peratus yang turun. Tanpa PAS himpunan akan gagal.

 "Masalahnya kita tak sedar kita kuat. Kita tak sedar kita kuat. Kita rasa kita lemah," katanya. ~ SUMBER

Pemuda AMANAH nafi maklumat ‘rusuhan’ IGP

Posted: 02 Apr 2016 09:18 PM PDT

Berita dari portal hantu dikutip oleh RPK
Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Shazni Munir Mohd Ithnin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan melalui laporan 'BN hanya boleh digulingkan melalui rusuhan besar-besaran' yang disiarkan di sebuah portal.

 Susulan laporan itu Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya pemimpin AMANAH itu ditangkap.

 Shazni berkata, beliau telah melakukan semakan dan mendapati laporan mengenai perkara itu dipetik daripada sebuah "portal hantu".

 "Portal yang tidak diketahui 'pengelola' serta sebarang alamat ini memberikan ulasan yang jauh terpesong daripada artikel saya disiarkan portal Free Malaysia Today.

 "Saya sekeras-kerasnya menafikan ulasan fitnah yang dibuat portal www.bicara.news tersebut ke atas artikel saya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 Menurut beliau, Khalid seharusnya menyemak dahulu sumber maklumat sebelum mengeluarkan sebarang arahan.

 "Memberikan arahan berdasarkan sumber maklumat yang salah merupakan satu penganiayaan kepada diri saya sebagai warganegara.

 "Kaedah ini tidak betul memandangkan isu utama yang dibangkitkan dalam artikel asal adalah GST yang jelas membebankan rakyat sepanjang tempoh setahun ini," jelasnya.

 Terdahulu Shazni berkata, beliau menerima gambar melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan arahan Khalid melalui akaun Twitter.

 "Saya anggap ini satu ugutan bagi mematikan mood penolakan rakyat terhadap Najib dan BN.

 "Pihak IGP seharusnya lebih profesional dalam melaksanakan tugas, bukan memberikan arahan di Twitter berdasarkan fitnah daripada 'portal hantu' yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya," tegasnya. ~ sumber

Comments (0)