Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:14 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Salahuddin Ayub bakal MB Johor?

Posted: 12 Apr 2016 04:09 AM PDT

 Jangan ada yang tersedak kalau dikatakan bahawa Salahudin Ayub bakal menjadi MB Johor menjelang PRU-14 yang akan datang!

  Ini akan berlaku sekiranya andaian yang dibuat oleh Pengerusi DAP Johor menjadi satu kenyataan.

  BN Johor menguasai 21 kerusi daripada 26 jumlah kerusi keseluruhannya. DAP mempunyai 4 kerusi manakala PKR 1 kerusi.

  Nampaknya Umno/BN terpaksa kena bagi lebih banyak dedak kepada denaknya untuk menggagalkan Pakatan Harapan menguasai Johor...

14 DUN, 11 Parlimen Umno bakal tumbang di Johor jika...


Pakatan Harapan mampu menawan 14 kawasan Dewangan Undangan Negeri (DUN) dan merampas 11 kawasan Parlimen milik Umno di Johor pada pilihanraya umum akan datang, kata DAP.

 Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang baru pulih sepenuhnya dari Bell's Palsy yang dihidapinya sejak bulan Januari yang lalu berkata, untuk mencapai sasaran itu, hanya lima hingga sepuluh peratus sahaja anjakan undi diperlukan.

 "Jika 5 peratus undi Umno beralih ke Pakatan Harapan, kita mampu menguasai 7 DUN dan 7 kawasan Parlimen manakala jika anjakan itu bertambah 5 peratus lagi ke 10 peratus, kita mampu merampas 7 lagi DUN dan 4 lagi Parlimen," katanya dalam kenyataan, hari ini.

 Johor yang dikatakan kubu kuat Umno selama ini, baru-baru ini, dipalitkan dengan warna gelap politik tanahair apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri secara drastik.

 Keadaan ini dikatakan menyebabkan Umno Johor berpecah belah dan ianya turut disusuli oleh khabar angin yang menyebut akan berlakunya pertukaran Menteri Besar Johor tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, jika berlakunya lima peratus anjakan undi dari Umno kepada Pakatan Harapan, pembangkang mampu menawan DUN berikut iaitu Gambir, Paloh, Mahkota, Nusajaya, Bukit Naning, Pemanis dan Sungai Balang manakala Parlimen pula ialah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.

 Jika anjakan itu naik lagi sehingga 10 peratus, maka Pakatan Harapan mampu menumbangkan Barisan Nasional di kerusi DUN seperti Senggarang, Semerah, Serom, Tenang, Kempas, Kemelah dan Pulai Sebatang.

 Pada masa yang sama, jika momentum seperti itu berlaku, kerusi-kerusi Parlimen BN yang akan tumbang adalah Sekijang, Tanjong Piai, Johor Bahru dan Sri Gading, ujar beliau. 

Berdasarkan ramalan tersebut, Pakatan Harapan terutama DAP Johor akan mengembeling tenaga untuk mencapai sasaran tersebut dengan bermodalkan beberapa faktor antaranya isu pemecatan Muhyiddin. 

 "Untuk perhatian, 11 kerusi Parlimen tidak termasuk Pagoh dikelaskan sebagai 'bawah jajahan' pengaruh Muhyiddin," jelasnya. 

 "Justeru, DAP Johor bersama Pakatan Harapan akan bekerja keras untuk memastikan peningkatan sokongan rakyat dan menjadikan Johor sebagai negeri di barisan paling hadapan menerajui perubahan di peringkat negeri dan pusat," kata beliau lagi. ~ sumber

Mokhtar Senik lumat kena lanyak netizen

Posted: 11 Apr 2016 09:00 PM PDT

 Beginikah standard seorang yang diangkat sebagai ulama oleh Pas? Tindakannya menyibarkan fitnah tanpa tabayyun, bukanlah tindakan seorang yang patut bergelar ulama.

    Rasa sombong dan ego sangat menebal kerana walaupun telah menyedari ketelanjurannya itu, masih tidak mahu mengakuinya, jauh sekali untuk meminta maaf!

  Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulamak PAS Pusat,  Ustaz Moktar Senik habis lumat kena lanyak oleh netizen kerana menuduh DAP memusuhi Islam dengan memuat menaik status Tweeter palsu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

  Setelah menyedari bahawa akaun tersebut adalah palsu, Ketua Ulama Pas Pahang ini, terus memadam statusnya itu begitu sahaja tanpa mengaku kesilapannya itu atau memohon maaf diatas ketelanjurannya.

  Tetapi amatlah malang baginya sebab status bangangnya itu sudah pun tersebar luas dan menerima kecaman dari para netizen.

Arabz Merah : Dah padam ke ?

Shafiq Ismail : padam ?

Akram Yusof : Woi moktar..mna posting fitnah mg?

 Aku Pejuang Keadilan : knapa padam post fitnah tadi tar snake???? takut kena saman ke???

Master Numis : adakah posting yg dipadam ni fitnah Ustaz Mokhtar Dup Phg atau pendirian parti PAS... anyway lu mmg ulamaq fuqiwak lah ustaz.... apa kataa macai2 penjilat! 

 Gabanruz FX : Tar pemfitnah.... Ulama suk Pas ni suka fitnah rupanya!! Tar ni ulama ke??? Rasanya tak kot. Standard tok sial surau pun belum tentu lps mamat ni.... 

 Yussrah Mokhtar : Woi sutat tar snake. Dah post fitnah mintak maaf lah natang woi 

Samudra Awan Biru : laknat Allah untuk pemfitnah

Abe Megat Rayyan : AKU NK MINTA LIM GUANG ENG SAMAN ATAS PENYEBARAN PALSU DR MOKHTAR SENIK NI... MOHON VIRALKAN...!

XSaed  : Ah Terbukti 1 lagi perangai munafik "bila berkata ia berbohong". Jangan cukupkan 3 sudah le ye tn mokhtar senik

Khairul Izzat Sathullah Ashraf Ali: Maaf nak bertanya pendapat ko. Apa pendapat ko tentang ini? Ustaz dah post tetapi hilang dah. Bila org tanya ustaz cerita pasal ramasamy plk.

Pahlawan Sunyi : hoi Ustaz Mokhtar Dup Phg bangang, bab komen timbalan setiausaha tu mmg kami pun hentam dia. babi nye kau status fake pun kau share jadah ape?

Pahlawan Sunyi : celake Ustaz Mokhtar Dup Phg kaki sebar fitnah. elok mampos je dulu mase kes al maunah

Nizam Maria : ulamak perangai syaitan. modus operandi berlakun berpakaian seperti org alim, meneruskan kja2 fitnah dgn merosakkan nama islam.

Nizam Maria : ulamak pas yg bawa budak label dan gelar org mcm2.. syaitan la kafir la muanfik la.. 

Tak terjawab dengan komen netizen, Moktar Senik naik memuat gambar sebelah pula dan diikuti dengan komen :

Ustaz Mokhtar Dup Phg : Ada siapa nak tanya..yg ni fake akaun ke tak?...asal ada komen kpd dap ada terus melayu islam yg nak pertahankan..solat kiblat kemana mereka semua?

Arabz Merah: Itu bukan jawapan ustaz.. soal saya benarkah posting status itu dr ustaz?

Master Numis : apa susah dia bg gelaran setan kita panggil balik dia bapak setan... tapi tak la pulak status lebai ustaZ membuat ustaz kebal... seringkali ustaz menyebarkan berita & petikan account fb tanpa siasat dulu sumber.... bagi saya ustaz lebih syaitan dari pemimpin dap... syaitan berjubah dan berserban..... pergi mampus lagi baiklah ustaz.... memalukan umat islam

 Khairul Izzat :  Ustaz bila org tanya tu jwb jela ya. Tak perlu spin. Jika benar ustaz tunjukkan. Jika tak benar ustaz mohon maaf. Mudah kan? Tunjukkan cara Islam sebenar kepada agama lain. Tolong

Pahlawan Sunyi : hoi Ustaz Mokhtar Dup Phg bangang, bab komen timbalan setiausaha tu mmg kami pun hentam dia. babi nye kau status fake pun kau share jadah ape?

Syafiq Termizi : Poorraaahhhh ! Diri sendiri pun jenis kaki fitnah. 

Amirul Abdullah : Dia layak lah berkata gitu..dia pandai cerdik..bukan bodoh mcm hang snake...hang blajaq x habis....dok lilit serban prasan olamak... 

Dr Zakir Naik boleh ceramah di KL, di Melaka tak boleh?

Posted: 11 Apr 2016 05:15 PM PDT

  Di Malaysia ni ada banyak keajaiban! Salah satu keajaibannya ialah PDRM boleh benarkan Dr Zakir Naik berceramah di KL, tapi tidak di Melaka.

  Tentulah ramai yang tertanya-tanya kenapa ini boleh belaku dalam sebuah negara? 

 Apakah negeri Melaka, sejak Sultan pertamanya dahulu, Parameswara memeluk Islam, majoriti penduduknya masih menganut agama Hindu?? 

   Kalau dirasakan tajuk ceramah Dr Zakir "Persamaan Hindu dan Islam" itu boleh mengancam "ketenteraman awam dan sensitiviti agama", rasanya ianya masih boleh dirunding dan di cadangkan dengan tajuk yang lain.
   
 KUALA LUMPUR, 11 April — Penganjur ceramah Dr Zaki Naik lega program pendakwah popular ini dibenarkan diadakan di Bukit Jalil tetapi merayu polis agar membenarkan tokoh itu berucap di Melaka.

 Pemidato yang berasal dari India itu dijadual menyampaikan ceramah bertajuk "Is the Quran God's word?", atau Apakah al-Quran kalam Tuhan, di stadium hoki di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang Sabtu ini.

 Polis bagaimanapun tidak membenarkan ceramahnya "Persamaan Hindu dan Islam" di Universiti Teknikal Malaysia pada Ahad ini atas alasan "ketenteraman awam dan sensitiviti agama".

 Shahul Hameed Shaik Dawood, jurucakap kepada sekumpulan organisasi penganjur, berkata pihaknya telah memenuhi semua dokumentasi yang diperlukan polis sejak minggu lepas.

 "Hari ini, kami berhubung dengan mereka (polis) tetapi ketua polis negara berkata tidak membenarkan program di Melaka, tetapi kami akan merayu, berharap ketua polis mempertimbangkan semula (larangan) program di Melaka," katanya di sidang media hari ini.~ Baca lagi di sini

Comments (0)