Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:48 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Masih "jantan" kah Mahfuz dan Husam?

Posted: 28 Mar 2016 07:04 PM PDT

Lama saya mengambil masa untuk memikirkan hal ini. Lama saya cuba membayangkan apakah agaknya yang bermain dalam hati dan fikiran kedua tokoh ini ketika duduk mendengar Muhyiddin dan Dr Mahathir berucap semasa himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia baru-baru ini di Shah Alam.

Jika mereka itu Mat Sabu atau Salahuddin Ayub, tak terlintas pun dihati saya mahu ambil pusing apalagi ambil tahu. Kerana kedua-dua mereka itu sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan PAS. Tak perlu PAS dan PAS pun tak perlu mereka.

Tetapi Mahfuz dan Husam masih PAS.

Apa bijaknya mereka duduk bersekongkol dalam satu majlis yang menjulang dan melonjakkan personaliti Tun Dr Mahathir seorang tokoh yang selama 22 tahun sebagai PM dahulu sentiasa menekan dan menindas PAS.

Duduk dalam majlis yang mahu mengguling Najib sebagai PM dan Presiden Umno tetapi mengekalkan Umno dan BN berkuasa, apa rasionalnya.

Kiranya anda berdua telah mengisytihar diri keluar PAS, masuklah apa parti sekalipun mungkin tidak ramai yang ingin prihatin. Tetapi isunya anda berdua masih ahli PAS, masih Yang Dipertua PAS Kawasan masing-masing, masih wakil rakyat yang mewakili PAS.
Kenapa anda bertindak diluar izin dan pengetahuan parti dan jemaaah?

Apa yang ingin anda cari dalam majlis ini?

Salahkah jika kami menganggap anda berdua melihat PAS terlalu lekeh dan rendah kerana tidak merebut peluang duduk sepentas dengan tokoh-tokoh yang pada sangkaan anda akan menyelamatkan Malaysia dari Najib? PAS terlalu kolot lalu anda berdua lebih "advance" dan jauh lebih bijak dari pimpinan parti. Kalau pimpinan tidak mahu pergi anda berdua sanggup kerana lebih percaya pada Dr Mahathir, lebih percaya pada Muhyuddin, Mukhriz dan Kit Siang.

Najib perlu ditumbangkan demi menyelamatkan Malaysia, tetapi sikap PAS anda lihat seakan memberi nyawa pada Najib sedangkan arahan Presidennya biar tunggu Pilihanraya Umum nanti, perubahan mesti dilakukan melalui kaedah demokrasi.

Bagi anda berdua Presiden dan kepimpinan PAS lambat dan tidak bijak membaca politik.
Kalau begitu mengapa kekal dalam PAS? Mengapa tidak angkat kaki sahaja?

Kalau begitulah anggapan anda terhadap Presiden, terhadap pimpinan PAS, lebih baik zahirkan sahaja. Nyatakan tidak lagi yakin pada perjuangan PAS, ikutlah Mat Sabu atau Salahuddin atau Kit Siang yang mungkin tergiur mahu terima anda berdua, kenapa pilih untuk duduk dalam wadah yang anda sendiri ragui dan tidak hormati lagi.

Kami ahli-ahli PAS telah bersuara. Kami telah nyatakan saf kepimpinan yang ada ini adalah pilihan kami dan pada mereka kami beri wala'. Kami sedia istiqamah dalam parti di bawah kepimpinan mereka, siapa yang menentang akan kami tentang.

Anda berdua mungkin anggap kepimpinan kami sudah tidak sesuai, tetapi mereka telah menerima mandat perwakilan, yang ditolak sebenarnya anda berdua.

Bagi kami meminjam kata-kata Pak Subky Latif: Biar kami dikata bodoh bagaikan sepat sekurang-kurangnya sepat tidak makan pancing emas, daripada cerdik macam jerung, pancing karat pun dibahamnya.

Kami semua mendengar ucapan Muhyuddin dan Dr Mahathir pada hari berkenaan, mujurlah kami ikut arahan parti dan wala' pada pimpinan kerana ternyata, kedua Muhyuddin dan Mahahtir lebih berminat menyelamatkan Umno dan BN, benar mereka mahu jatuhkan Najib tetapi mereka menegaskan dengan jelas dan terang, di hadapan anda berdua bahawa Umno dan BN mahu dikekalkan berkuasa, lalu siapakah sebenarnya yang memberi nyawa pada Umno dan BN?!

Kita PAS mahu dan menuntut pembaharuan, sistem dan institusi yang ada perlu dirobah, bukannya dijatuhkan satu-satu tokoh hanya untuk digantikan dengan tokoh lain yang dari kerak yang sama.

Tumpu pada reformasi institusi bukannya tukar Najib : itu pesanan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas konsisten dengan sikap dan pendirian PAS.

Tetapi anda berdua ternyata terlalu bijak, terlalu laju dan terlalu taksub dengan pimpinan luar bukannya pimpinan jemaah sendiri.

Setelah lama saya memikirkan, dengan penuh hormat saya merayu Datuk Mahfuz dan Datuk Husam, kiranya kami PAS sudah tidak lagi selari dengan selera dan nafsu Datuk berdua, sebaiknya jadilah "anak jantan", ambil keputusan dan tinggalkan lah kami sebagaimana kawan-kawan baik Datuk berdua sebelum ini. Jangan ambil kesempatan jangan salahgunakan kedudukan dan peghormatan yang diberikan oleh PAS, jangan menipu kami lagi.

Itu pun kalau masih "jantan" Datuk berdua.

Roslan SMS Corner
http://n32.blogspot.my

Terkejut isteri muncul selepas 2 tahun dikebumikan

Posted: 28 Mar 2016 06:00 AM PDT

Kampung kecil di kawasan pergunungan Azilal, di mana tempat yang didakwa isteri Abragh Mohamed telah dikebumikan dua tahun lalu.
Seorang lelaki Maghribi terkejut besar apabila melihat isterinya yang dipercayai sudah meninggal dunia dua tahun sebelumnya, didapati masih lagi hidup sihat, menurut laporan akhbar tempatan pada Jumaat.

Abragh Mohamed dilaporkan yakin bahawa dia kehilangan isterinya dalam satu nahas jalan raya dua tahun lalu. Akhbar melaporkan, isteri Abragh terlibat dalam kemalangan sewaktu menaiki bas di kawasan lereng gunung.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dibawa ke Hospital Ibn Rochd di Casablanca, namun doktor berkata mangsa mungkin tidak dapat diselamatkan – tetapi keluarganya tetap diarah perlu membayar bil rawatannya.

Apabila Abragh tiba di hospital, dia diberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia dan memberitahu akhbar Nuevo Dia: "Saya mengambil jenazah isteri saya yang sudah dikafankan dan dimasukkan di dalam peti keranda."

Mayat isterinya itu kemudian dikebumikan di daerah rumah mereka pada 2014 lalu, menurut laporan akhbar Independent. Lucunya, baru-baru ini, wanita itu berjaya dijumpai oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya pula.

Mereka kebetulan menonton sebuah rancangan televisyen tempatan, Al-Mokhtafoun, untuk menjejak kembali mana-mana anggota keluarga yang 'hilang' di sekitar Maghribi, sebuah negara Arab di utara benua Afrika.

Kisah Abragh turut menggemparkan media sosial di negara tersebut kerana rupa-rupanya jenazah yang selamat dikebumikan dua tahun lalu itu bukanlah isterinya tetapi mencetuskan persoalan baharu, siapakah mayat itu?

"Saya tidak tahu bahawa bukan jenazah isteri saya yang dikebumikan itu dan rupa-rupanya beliau masih hidup," menurut Abragh yang berasal dari Azilal dekat sini ketika mengulas reaksinya apabila ditemui media tempatan.

Kisah viral itu mendapat perhatian di media sosial sehingga ramai netizen mengeluarkan pelbagai teori bagi menjelaskan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku – termasuk Abragh mungkin hilang ingatan waktu itu.

mynewshub

Comments (0)