Followers

Nuffnang

RIDHUAN TEE

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:43 PG | Posted in

sumber :-

RIDHUAN TEE


Tidak diversity lagikah kita?

Posted: 27 Mar 2016 06:27 PM PDT

Sinar Harian 28.3.2016
Lanjutan artikel minggu lalu, ramai wartawan menelefon bertanyakan kenapa saya dilarang masuk ke Singapura. Berita ini turut menjadi trending. Jawapannya, kerana negara tersebut ultra kiasu. Sifat ultra kiasu inilah yang menjadi negara ini maju. Mereka langsung tidak mahu berkongsi dengan Malaysia.



Teringat kata-kata mendiang guru saya, Profesor Dr Chandran Jushurun yang pernah mengajar di Singapura. Katanya, Singapura ibarat sebiji kek, dia tidak mahu langsung kongsi kek tersebut, walaupun dia tahu kek tersebut bukan hak dia sepenuhnya. Pernah kita pertikaikan perjanjian air sehingga tahun 2061 dengan harga tiga sen (0.03) setiap 1000 gelen? Begitulah baiknya Malaysia.



Malaysia terlalu baik kepada bukan Melayu. Setiap kali bertindak, agenda untuk orang bukan Melayu tidak pernah dilupakan. Adakah ultra kiasu juga berfikir sama atau mahu makan seorang diri?



Konsep adil selalu dirujuk sebagai 1=1. Peliknya, bila sesuatu berpihak kepada mereka. Mereka senyap. Sebaliknya, jika tidak, bising bukan main. Misalnya, kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang, ketua ultra kiasu Pulau Pinang tidak patut dihukum selagi didapati tidak bersalah oleh SPRM berhubung isu pembelian banglo RM2.8 juta, langsung tidak dipuji oleh ultra kiasu termasuk kalangan mereka seagama.



Namun, apabila kenyataan Hadi berpihak kepada PM Najib, maka Hadi dihentam sehingga tidak ada  kata-kata kesat untuk dilemparkan. Politik kebinatangan apakah ini? Masih tidak kenalkah musuh sebenar? Peliknya, sebelum insiden ini, tidak pula wartawan dijemput ke rumah. Tiba-tiba bila isu ini meletop, terus wartawan dijemput. Wayang tongkol apakah ini? Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia lebih. Sama sahaja, 2x5.



Kadangkala seram juga melihat kekayaan kalangan pemimpin hari ini. Mewah tidak terkata rumah dan keretanya. Dapat wang daripada mana? Ini tidak termasuk pegawai kerajaan KBS yang didakwa pecah amanah seperti yang dilaporkan. Boleh dibawa matikah semua benda ini? Mampukah kita menjawab soalan bocor alam kubur nanti seperti Ma rabbuka, Man nabiyyuka, Man deenuka, Man kiblatuka, Man imamuka danMan ikhwanuka?



Bandingkan dengan mereka antara yang terkaya di dunia seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Kehidupannya amat sederhana. Kekayaan yang sebegitu banyak membolehkan beliau berkahwin di bulan. Tetapi beliau memilih cara hidup mengikut lunas Wasatiyyah. Berpakaian sama setiap hari tanpa fesyen dan hiasan. Begitu banyak wang didermakan kepada mereka yang memerlukan bagi menunjukkan kediversitiannya. Bukan seperti kita, pantang kaya sedikit, menunjuk selalu, rumah, isteri, barang kemas, kereta dan sebagainya. Diversity kah kita?

Terbaharu, ultra kiasu Islam bermata sepet, mempertikaikan mahkamah persekutuan tidak mencerminkan diversity. Hakim Melayu lebih ramai berbanding bukan Melayu katanya. Wajarlah, sebab majoriti Melayu lebih ramai. Lagipun negara ini negara Islam. Apakah perkara 3-13 dan 153 dalam perlembagaan tidak membawa apa makna langsung?



Persoalannya, apakah wujud diversity di negeri ultra kiasu Pulau Pinang dan Chinatown yang lain? Berapa ramai exco atau jawatan strategik diberikan kepada orang Islam, berbanding warna-warna dalam kabinet Malaysia? Sebiji seperti Singapura. Cuma belum berpisah sahaja lagi. Jika ditakdirkan berpisah nanti, baharulahkita tahu isi hati mereka sebenar. Sebab itu, umat Islam jangan terlalu bersedap hati dengan keadaan yang berlaku hari ini, bergaduh dan berpecah tidak pernah habis. Sanggup berpeluk dengan musuh, tetapi dengan saudara sendiri dilayan seperti haiwan.



Kepada ultra kiasu sepet Islam, percayalah kamu diterima kerana perjuangan kamu selari dengan mereka. Jika kamu berterusan memperjuangkan Islam, seperti apa yang saya lakukan, pasti kamu akan ditendang keluar.



Peliknya, kenapa tidak pertikaian penguasaan kek ekonomi yang hampir sepenuhnya dikautkan oleh bukan Melayu? Senarai 10 terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja Melayu (Arab). Di manakahdiversitynya? Jika adapun muka-muka Melayu sekadar untuk melariskan jualan atau mendapat projek. Amat malang jika ada Melayu yang dilantik ke jawatan tinggi sebagai pengerusi, hanya bertindak sebagai 'pak pacak'.



Bandingkan berapa banyak sektor awam termasuk GLC telah dibuka kepada bukan Melayu. Lihat Petronas hari ini, apa sudah jadi? Begitu juga Bank Bumiputera, menjadi CIMB. Berapa ramai bukan Melayu yang memegang jawatan tinggi, sehingga hilang identiti bumiputeranya. Begitu juga dengan Universiti Swasta. Kenapa tidak pertikaikandiversitynya?



Ini tidak termasuk stesen penyiaran yang punyai mereka. Rancangan bersifat 'Islamik' hanya tempelan dan bersifat mencari keuntungan. Selebihnya penuh dengan unsur illuminati dan freemason. Apa tujuannya, kalau bukan untuk merosak pemikiran generasi muda Islam hari ini, agar mereka menjadi liberal dan jauh dari agama. Malangnya anak-anak kita terus leka dengan rancangan realiti hiburan yang disediakan.



Bangkitlah wahai saudara saudariku, bangun membela umat. Tentang habis-habisan ultra kiasu yang mahukan diversitysedangkan mereka amat tertutup. Tidak tahu sampai bila saya boleh seberani ini. Ya Allah! jika berkata benar membela agamaMu ini akan berakhir di muncung pistol,  matikan aku dalam keadaan syahid.

Comments (0)