Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:15 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Lagi Stesen LRT #RapidKL Dibuka, Kali Ini Di Puchong

Posted: 28 Mar 2016 02:21 AM PDT


Hari ini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjemput pihak media ke sesi lawatan dan taklimat mengenai pembukaan baharu empat lagi stesen laluan LRT (LEP) di Bandar Puchong yang bakal memudahkan perjalanan orang ramai di kawasan berkepadatan tinggi umumnya.

Pembukaan empat stesen baharu ini dilakukan kurang daripada lima bulan selepas pembukaan empat stesen baru tahun lepas. Prasarana akan membuka empat lagi stesen baru Khamis, 31 Mac 2016.

Stesen tersebut adalah ;

1. IOI Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Perindustrian Puchong
4. Bandar Puteri



"Dengan penyambungan laluan baharu ini, Prasarana menjangkakan penambahan bilangan pengguna, dan dengan tren baru ia mampu membawa kira-kira 1,100 penumpang pada satu masa," katanya pada sesi penerangan bersama media di stesen LRT IOI Puchong Jaya di sini, hari ini.

Menurut Azmi, empat stesen baharu berkenaan berpotensi menarik bilangan pengguna berikutan lokasi stesen yang strategik dan kemudahan 'park and ride' yang disediakan di tiga stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong dan Taman Perindustrian Puchong.


Sehingga kini, pengguna harian LRT pada waktu puncak adalah 450,000 dan Prasarana menjangkakan pertambahan 50,000 lagi pengguna tahun ini.

Sebelum ini, empat stesen terdahulu telah dibuka pada 31 Okt lepas melibatkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5. 

Dalam pada itu, Prasarana dalam kenyataanya hari ini juga mengatakan bahawa perjalanan antara lapan stesen baru dan stesen Sri Petaling akan mengunakan perkhidmatan tren enam gerabak, iaitu AMY.


Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, keempat-empat stesen baharu tersebut adalah IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri telah dibina serentak dengan laluan Kelana Jaya.

"Saya berasa sangat puas hati dengan pengumuman pembukaan empat stesen baharu ini kerana mereka (Prasarana)sangat konsisten melakukan apa yang kita telah rencanakan dari semasa ke semasa.

"Jika perkara sebegini terus berjalan lancar, maka perkara yang sama juga akan turut berlaku pada MRT1 yang akan dibuka separuh pada akhir tahun ini, dan mungkin jika tiada sebarang masalah, keseluruhan projek MRT1 akan siap sepenuhnya pada bulan Julai tahun hadapan," kata Syed Hamid.

Pemimpin DAPig Dakwa Rumah Banglo Guan Eng 'Feng Shui' Talak Baguih #LGERasuah ‪#‎NoSwimmingPool

Posted: 27 Mar 2016 07:03 PM PDT


Awal-awal dulu kata banglo tu murah pasal ‪#‎NoSwimmingPool‬ pastu divert macam-macam isu.

Then Tokong yang pegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tanah Pulau Pinang pun kata tak tahu nilai semasa rumah banglo yang dibelinya.
Saban hari pemimpin DAPig bertaichi menjawab persoalan demi persoalan rakyat. Feng Shui pulak jadi bahan untuk cover isu ni. Lepas ni confirm macai bingai kata rumah banglo tu ada anai-anai pula.

‪#‎LGERasuah‬

Comments (0)