Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Peguam Najib: Tiada arahan failkan saman ke atas WSJ, ABC

Posted: 31 Mar 2016 09:12 PM PDT


Walaupun The Wall Street Journal (WSJ) dan media Australia sejak beberapa hari lalu melemparkan tuduhan berat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB, namun kata peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun, beliau belum menerima sebarang arahan untuk bertindak atau memfailkan saman terhadap mereka .
 Buat masa ini, beliau berkata, arahan yang diberikan adalah untuk mewakili Najib dalam saman RM2.6 bilion yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
"Saya tidak menerima apa-apa arahan lagi. Terkbaru, saya diminta untuk mewakili Najib dalam kes lawan Mahathir," katanya kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.
Hafarizam yang mewakili Najib dalam enam kes mahkamah lain ditanya sama ada beliau menerima sebarang arahan untuk bertindak terhadap media Australia dan WSJ berhubung pendedahan terbaru mereka.
Selain saman Dr Mahathir, peguam itu juga mewakili Najib dalam saman terhadap Malaysiakini; akhbar rasmi PAS, Harakah; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.
Beliau juga bertindak bagi Najib dalam saman Anina Saadudin terhadap presiden Umno dan kes saman PKR dan Pakatan Rakyat terhadap Najib berhubung penggunaan lebih RM2.6 bilion pada pilihan raya umum ke-13.

1MDB: US asks Deutsche, JPMorgan to give details on dealings

Posted: 31 Mar 2016 09:04 PM PDT

US officials have also travelled to the Malaysian capital, Kuala Lumpur, to speak to people with close links to the fund, three sources have told Reuters.
1MDB2WASHINGTON: Officials of the US Department of Justice have asked Deutsche Bank and JPMorgan for details of their dealings with Malaysia's 1MDB, as global investigations into the troubled state fund widen, banking sources said on Friday.
US officials have also travelled to the Malaysian capital, Kuala Lumpur, to speak to people with close links to the fund, three sources have told Reuters.
They said JPMorgan and Deutsche were not the target of the investigations at this stage, but had only been asked to provide details.
Both banks and the US Justice Department declined to comment.
– Reuters

AMANAH: Umno, Najib hilang kredibiliti memimpin negara

Posted: 31 Mar 2016 09:03 PM PDT


Umno dilihat telah hilang kredibiliti untuk mentadbir negara ini ekoran pendedahan media asing berkenaan beberapa skandal yang membabitkan presiden parti Melayu itu Datuk Seri Najib Razak.
Ia berkaitan sikap boros Najib membelanjakan jutaan ringgit telah mengaibkan rakyat dan negara malah dalam masa yang sama beliau telah hilang wibawa untuk meneruskan pentadbirannya kata Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad.
 "Umno dan BN hilang maruah memerintah negara... bukan sahaja parti dan barisan politik mereka, bahkan juga wibawa dan nama-baik negara terus dirobek.
"Umno-BN sesungguhnya telah hilang kredibiliti dan maruah untuk mentadbir negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selasa lalu, wartawan 'Four Corners', Australian Broadcasting Corporation (ABC) melaporkan jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Najib dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.
Malah, The Wall Street Journal (WSJ) pula mendedahkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan AS$15 juta bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.
Mengulas lanjut katanya dengan pendedahan itu, Umno dan BN seharusnya sedia maklum dengan sikap Najib sebagai perdana menteri, beliau pasti berakhir dengan mengundurkan diri atau pihak berkuasa akan mengambil tindakan keatasnya.
"Sebaliknya Najib disaksikan rakyat dan dunia, semakin bertambah kuat dan lebih ganas, sekaligus mencetuskan satu 'suasana-iklim ketakutan' atau 'state of fear', yang menyelubungi rakyat dan negara.
"Kerana terus mahu melindungi Najib, sama ada kerana takut atau dalam ilusi bahawa beliau tidak melakukan apa jua kesalahan, maka Umno perlu dihukum rakyat kerana sikap ringan dan culas ini," katanya.
Justeru Dr Dzulkefly mengingatkan rakyat di negara ini bahawa Umno dan BN tidak boleh lagi memimpin dan mempertahankan maruah negara ini.
"Justeru rakyat wajar faham dan insaf, bahawa Umno-BN tidak langsung boleh diletakkan harapan untuk mempertahankan wibawa dan maruah negara…
"Kerana patriotisme mereka kepada negara, tidak boleh di atasi oleh kepentingan kepartaian sempit perjuangan politik mereka," katanya.

1MDB lebih besar, isu Rosmah ‘shopping’ lantak pi lah – Khairuddin

Posted: 31 Mar 2016 08:41 PM PDT

Tajuddin Rahman diselar kerana tidak tahu isu mana yang patut diberi keutamaan dan menjadi perhatian rakyat negara ini.
Khairuddin-Abu-HassanPETALING JAYA: Isu kehilangan wang berbilion ringgit oleh syarikat 1MDB lebih besar berbanding isu Datin Seri Rosmah membeli belah, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Katanya, rakyat tidak mempersoalkan barapa jumlah wang yang diperuntukkan Datuk Seri Najib Razak untuk Rosmah berbelanja bagi memiliki beg tangan dan barang kemas, tetapi yang dipertikai adalah wang berbilion ringgit syarikat 1MDB yang diseleweng.
Sehubungan itu, beliau berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mempertahankan Rosman berbelanja tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang timbalan menteri.
Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu berkata, kenyataan Tajuddin juga menunjukkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak cerdik.
"Kita sedang bercakap mengenai berbelas billion wang syarikat 1MDB diselewengkan. Isu Rosmah Mansor (berbelanja) itu lantak lah kat dia. Nak shopping ker nak apa pun ikut suka dialah.
"Nanti di padang mashyar dia berjawablah dengan Allah swt sekiranya punca pendapatan itu dari sumber yang tidak halal.
"Yang rakyat dok pertikai ialah wang berbilion-bilion masuk akaun peribadi Najib Tun Razak, bos (Najib) Tajuddin Rahman ni pun tak pernah bagi jawapan secara telus dan konprehensif. Segala transaksi kewangan yang masuk akaun peribadi Najib amat mencurigakan.
Read More / Baca Lagi >>

Amerika mohon Deutsche, JPMorgan butiran urusan 1MDB

Posted: 31 Mar 2016 08:40 PM PDT


Siasatan global ke atas skandal 1MDB semakin meluas apabila pegawai-pegawai Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dilaporkan telah memohon butiran urusan firma pelaburan negara itu daripada Deutsche Bank dan JPMorgan.
Memetik sumber perbankan, Reuters melaporkan pegawai Amerika telah melawat ke Kuala Lumpur dan bercakap dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan firma itu.
Reuters juga dilaporkan bercakap kepada sekurang-kurangnya tiga sumber di ibu negara Malaysia itu.
Mereka berkata JPMorgan dan Deutsche bukan sasaran siasatan pada peringkat ini, tetapi hanya diminta untuk memberikan butiran.
Kedua-dua bank berkenaan dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat enggan mengulas.

Annuar Musa: Ahli UMNO dinasihat terima penjelasan RM2.6 bilion, jangan soal

Posted: 31 Mar 2016 08:39 PM PDT

Negara ini tidak ada undang-undang yang melarang parti politik menerima derma atau dana daripada pihak lain.
Annuar MusaPETALING JAYA: Semua ahli UMNO diseru supaya menerima penjelasan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana politik RM2.6 billion yang didermakan keluarga Arab Saudi dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli UMNO tidak boleh persoalkan betul atau tidak (Najib terima dana) kerana negara ini tidak ada undang-undang melarang parti politik menerima dana atau derma.
Katanya, pemimpin UMNO hanya perlu menjelaskan setakat apa yang perlu dijelaskan kepada ahli UMNO kerana ia melibatkan isu dana pilihan raya atau dana politik.
"Kalau kita nak mempersoalkan keseluruhan dana politik dalam keadaan musuh kita (pembangkang) tidak berbuat demikian, ia adalah tindakan tidak bijak," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
Isu dana RM2.6 bilion menjadi 'senjata' kepada pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerang kepimpinan Najib di mana dana itu dikaitkan dengan 1MDB yang menangung hutang RM42 bilion.
Najib juga berkali-kali menegaskan dana RM2.6 bilion bukan dana rakyat tetapi sumbangan negara luar kepada UMNO.
Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan Najib telah memulangkan baki RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion kepada penderma, keluarga Diraja Arab Saudi.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, UMNO tidak menafikan Barisan Nasional (BN) akan ada gabungan baru atau kerjasama dengan pihak lain untuk memperkuatkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Read More / Baca Lagi >>

Tarikh dakwaan beli-belah sakan sepadan percutian Najib & Rosmah

Posted: 31 Mar 2016 08:34 PM PDT


 Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di Eropah selatan.
Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas MH17 pada tahun 2014.
Asia Sentinel kemudiannya melaporkan bahawa Najib dan Rosmah melanjutkan percutian mereka di dengan mengunjungi Paris, Sardinia, Cannes, Rom dan London.
Ini sepadan dengan tulisan Instagram anak lelaki mereka, Norashman yang memaparkan gambarnya di sebuah pantai. Dia menggunakan hashtag #sardinia pada tulisan bertarikh 7 Ogos.
Manakala aktiviti membeli-belah sakan barangan berjenama Chanel berjumlah AS$130,625 di Hawaii seperti yang dilaporkan WSJ menggunakan kad kredit yang sama seperti dalam pembelian EUR750,000 barangan kemas di Sardinia, Itali.
Semua ini berlaku dua hari sebelum Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Honolulu, yang juga berlangsung pada tahun 2014.
Najib ketika itu dibidas kerana berada di luar negara sedangkan rakyat di pantai timur dan utara semenanjung berdepan dengan ujian getir dilanda banjir besar.
Bagaimanapun, perdana menteri memendekkan lawatannya apabila keadaan banjir bertambah buruk dan pulang ke tanah air pada 27 Disember.
'Gembira kembali di LA'
Najib menggunakan penerbangan komersial ke Hong Kong dan dijemput oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sedangkan jet rasmi negara dijejaki berlegar melalui Los Angeles (LA), Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Pejabat Perdana Menteri kemudian menjelaskan jet rasmi itu mempunyai masalah teknikal dan terpaksa mendarat selama lima hari di Indianapolis dari 26 Disember hingga 31 Disember.
Pada 26 Disember, jet rasmi itu dikesan berada di Los Angeles - bandar yang sama Norashman mengakui berada pada 28 Disember.
"Gembira kembali di LA!" katanya di Instagram, menggunakan hashtag #hollywoodhills.

Menurut WSJ, Noorashman menerima AS$70,000 daripada akaun yang dikatakan milik bapanya pada 4 Julai, 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Terengganu mahu pilihan raya semula

Posted: 31 Mar 2016 08:33 PM PDT


Satiful Bahri MamatSatiful Bahri MamatPas Terengganu mahu mengingatkan Umno agar tidak mengheret rakyat ke dalam krisis dalaman parti itu dan Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan keputusan kepada rakyat melalui pilihan raya dan mengambil kira pandangan Tuanku Sultan.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tidak wajar Pas dilibatkan dalam krisis politik yang berpunca daripada masalah dalaman Umno melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Datuk Seri Ahmad Said.
"Pas tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan seperti tindakan merampas kuasa oleh BN di Perak.
"Sekiranya isu yang melanda politik negeri ini tidak dapat diselesaikan, maka mandat perlulah diserah semula kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru melalui pilihan raya.
"BN perlu menyerahkan keputusan kepada rakyat melalui pilihan raya dan mengambil kira pandangan Tuanku Sultan.
"Walau apa pun yang mungkin berlaku, negeri Terengganu adalah negeri Raja Berperlembagaan, Sultan adalah payung negeri. Justeru pandangan tuanku sultan adalah amat dihormati," katanya dalam satu kenyataan.
Adun Paka ini menjelaskan, Pas tidak wajar dibabitkan dan Pas tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno Terengganu kerana ia tidak ada kena mengena dengan Pas.
"Pas memberi peringatan kepada Umno dan kerajaan BN Terengganu, agar sebarang perbalahan dalaman dan krisis yang berlaku ini, jangan sampai menyusahkan dan mengheret rakyat ke kancah politik yang keterlaluan, sehingga mengabaikan kebajikan, kehidupan dan masa depan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazir akui tak sepatutnya bantu agih AS$7 juta Najib

Posted: 31 Mar 2016 08:30 PM PDT


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.
"Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.
Menurutnya, menjelang pilihan raya yang ke-13 itu, abangnya meminta bantuan mengagihkan segera wang tunai kepada jentera parti.
"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa dana itu adalah sah daripada kutipan dana politik," katanya.
Beliau menegaskan bahawa semua wang itu telah diagihkan sepenuhnya dan beliau tidak menyimpan walau sesen pun.
Semalam, WSJ dalam pendedahan terbaru mereka mengenai 1MDB melaporkan Nazir mengesahkan menerima hampir AS$7 juta daripada Najib di akaun bank peribadinya.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa dirinya percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.
"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain," katanya yang dipetik WSJ.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.

Najib ganyang Tun M atas isu kerjasama dgn Kit Siang

Posted: 31 Mar 2016 05:47 PM PDT

SKANDAL 1MDB : BERITA DALAM SEHARI

Posted: 31 Mar 2016 05:35 PM PDT

Semalam saja ada beberapa berita berkaitan 1MDB yang sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia yang mungkin ada hubung kaitnya antara satu sama lain.
Mula-mula kita disajikan dengan berita ini...

Bekas CEO Aabar, Mohamed Al Husseiney dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi dah difahamkan dalam proses untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat.

Penahanan itu disahkan oleh sumber yang rapat dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kepada Sarawak Report dan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin turut mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya.

Al Husseiney merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015 dan Aabar ialah subsidiari IPIC atau International Petroleum Investment Company, sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dengan 1MDB.

Kemudian berita ini...

Lepas itu yang ini pula...

Dan sekaligus menjadikan semakin banyak negara sudah memulakan siasatannya terhadap 1MDB dengan sekurang-kurangnya sudah dimulai dengan Singapura, Switzerland, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom....
Akhirnya, apakah hasrat mahu berundur Arul Kanda daripada 1MDB ada kaitan dengan semua itu?

GST: Makin dibayar, makin banyak nikmat rakyat ditarik

Posted: 31 Mar 2016 05:32 PM PDT

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilahirkan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 6% kini berusia 1 tahun.

Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini.

Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan.

Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan.

GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam.

Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos tambang LRT, KTM, ERL, monorel, bas ekspres dan teksi. Bagi yang tidak menggunakan pengangkutan awam, mereka juga terpaksa menanggung beban yang lebih kerana GST dikenakan terhadap pembaharuan perkhidmatan motor takaful/insurans.

Jadi, untuk apakah rakyat membayar GST? Makin banyak yang dibayar rakyat, makin banyak nikmat rakyat ditarik balik.
Read More / Baca Lagi >>

YANG MANA SATU AGAKNYA?

Posted: 31 Mar 2016 05:28 PM PDT

Jika sampai begini hujah pemimpin UMNO dalam percubaannya mahu membela isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor daripada dakwaan berbelanja mewah dan membeli perhiasan mahal-mahal, apa agaknya masalah pemimpin berkenaan?

Sebab sudah diberi dedak?

Tak cukup dedak?

Isyarat minta dedak ditambah lagi?

Rais: Jangan ungkit lagi isu RM2.6 bilion Najib

Posted: 31 Mar 2016 05:28 PM PDT


KUANTAN - Semua pihak perlu menghormati undang-undang negara dengan tidak lagi membangkitkan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat pengesahan bahawa tiada kesalahan jenayah dalam kes itu hasil siasatan yang dilakukan.
"Peguam Negara sudah memainkan peranan menerusi Perlembagaan Persekutuan. Ia (Perlembagaan Persekutuan) sentiasa ada di situ untuk menjadi perbandingan kita.
"Jadi kita mesti mengambil jalan yang seimbang dengan peruntukan (undang-undang) itu, tetapi masih ada pihak lain yang mempertikaikannya...tetap tidak mahu diam, dan masih mahu mengungkit isu itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Budi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan di kampus berkenaan, di sini hari ini.
Rais, yang juga Presiden UIAM, berkata demikian sebagai mengulas laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC) menerusi rancangan 'Four Corners' yang mengesahkan siasatan terperinci pelbagai pihak berkuasa bahawa dana diterima perdana menteri adalah derma daripada kerabat diraja itu.
Katanya kerabat diraja berkenaan sendiri telah pun membuat penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Najib merupakan sumbangan peribadi tanpa apa-apa balasan.
"Sehubungan itu tidak ada untungnya bagi kita untuk terus mencurigai perkara itu lagi kerana ia memberi kesan kepada kesejahteraan sosial dan juga undang-undang...lagi pula Datuk Seri Najib telah banyak membantu rakyat," katanya.
Katanya mereka yang masih lagi berhasrat memainkan isu itu dengan tujuan untuk menjatuhkan kepimpinan Najib disifatkan hanya melakukan perbuatan sia-sia kerana ia tidak akan berjaya.

Hari- hari ada orang kena buang kerja - Pemangku Presiden MTUC

Posted: 31 Mar 2016 05:07 PM PDT

Majlis Peguam akan terus bersuara demi rakyat

Posted: 31 Mar 2016 05:07 PM PDT

ARULKANDA KANDASAMY TIDAK MENAFIKAN DAKWAAN BAYARAN RM288 JUTA DIBUAT TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH

Posted: 31 Mar 2016 05:03 PM PDT


Saya ambil maklum bahawa kenyataan 1MDB yang dikeluarkan semalam selepas saya membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.

Yang menariknya, kenyataan 1MDB itu langsung tidak menafikan dakwaan saya bahawa 1MDB telah membuat satu bayaran berjumlah RM288 juta yang tidak dimaklumkan dan tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang perlu dijawab oleh Arulkanda Kandasamy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Kenyataan 1MDB semalam itu cukup berbeza dengan kenyataan-kenyataan sebelum ini yang kebiasaannya menafikan terus sebarang isu yang ditimbulkan. Saya mengambil pendirian bahawa kenyataan 1MDB yang tidak menafikan dakwaan saya itu (seperti kebiasaan amalan 1MDB) secara tidak langsung mengiyakan bahawa dakwaan saya itu ada asas.

Oleh yang demikian, 1MDB tidak boleh bermain politik dengan menuduh saya kononnya cuba mensensasikan siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Negara. Keseluruhan kenyataan balas 1MDB semalam adalah kenyataan politik apabila menuduh saya campur tangan di dalam siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Negara.

Hakikatnya ialah ada asas yang kukuh untuk menyiasat satu perlakuan jenayah yang mungkin telah dilakukan oleh pengurusan kanan 1MDB yang diketuai oleh Arulkanda Kandasamy. Bila perlakuan jenayah berlaku, ia tidak tertakluk kepada siasatan-siasatan lain yang sedang berjalan di Parlimen atau di peringkat Ketua Audit Negara.
Read More / Baca Lagi >>

SERAH SENARAI NAMA PESARA KEPADA LTAT DAN LTAT PERLU MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DITIMBULKAN

Posted: 31 Mar 2016 05:01 PM PDT


Saya kesal membaca kenyataan Tan Sri Laksamana (B) Mohd Anwar Mohd Nor, Pengerusi LTAT yang akhirnya memberi maklumbalas setelah hampir seminggu saya mendedahkan bagaimana 1MDB mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM396.41 juta kepada PPHM (anak syarikat LTAT) serta sejumlah RM288 juta yang sepatutnya dibayar kepada PPHM telah digunakan oleh 1MDB bagi tujuan kewangannya sendiri.

Kenyataan beliau langsung tidak menjawab kedua-dua perkara penting yang saya dedahkan tersebut. LTAT juga tidak menjawab gesaan saya supaya disenaraikan nama-nama dan jumlah pesara tentera yang bayaran caruman mereka tertunggak.

Sebaliknya kerja itu kini dipulangkan kepada saya untuk menghantar senarai nama pesara yang bayaran caruman mereka tertunggak menjelang jam 5 petang hari ini dan disertakan dengan ugutan saman jika saya gagal menghantar senarai nama tersebut. Ini bukan kali pertama LTAT mengugut untuk mengambil tindakan saman terhadap saya malah minggu lepas pun LTAT telah membuat ugutan yang sama.

Pejabat saya akan menghantar secara rasmi senarai nama pesara-pesara yang telah membuat aduan rasmi kepada saya dan YB Laksamana (B) Imran Abdul Hamid menjelang jam 5 petang ini melalui faks ke ibu pejabat LTAT. Senarai ini mengandungi maklumat 110 pesara.

Saya dan YB Laksamana (B) Imran Abdul Hamid juga dengan ini mempelawa mana-mana pesara tentera yang masih belum menerima sepenuhnya bayaran persaraan (dalam apa-apa bentuk) untuk mendaftar dengan kami supaya kami boleh mengambil tindakan terus dengan LTAT dan pihak-pihak berwajib yang lain. Pesara-pesara tentera boleh memberi maklumat dengan mengisi borang di capaian bit.ly/pesaratentera

Walaupun saya benar-benar kesal dengan sikap Pengerusi LTAT itu yang nampaknya lebih berminat bermain politik, beliau juga tidak boleh lari dari menjawab perkara-perkara penting mengenai keterlibatan LTAT (melalui PPHM) dengan 1MDB seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Najib minta bantuan luluskan wang AS$7 juta bantu jentera PRU-13 akui Nazir

Posted: 31 Mar 2016 04:52 PM PDT

Beliau menganggap, percaya dan bersangka baik bahawa dana diperoleh itu datangnya daripada pengumpulan dana politik yang sah.

PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak membuat pengakuan bahawa abangnya Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bantuannya bagi meluluskan wang tunai untuk membantu jentera parti itu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusi CIMB Group, itu menganggap, percaya dan bersangka baik bahawa wang dana diperoleh itu datangnya daripada pengumpulan dana politik yang sah.
"Kesemua jumlah itu telah diedarkan dan tidak ada satu sen pun saya simpan," katanya menerusi Instagram.
Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ) semalam, Nazir mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari Najib yang juga merupakan Presiden UMNO.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

Pendebat Terbaik Asia cabar Bung Moktar berdebat

Posted: 31 Mar 2016 04:48 PM PDT

Cabaran itu dilontarkan oleh Syed Saddiq dan antara tajuk yang dicadangkan berkenaan 1MDB, SRC International atau RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Syed Saddiq
PETALING JAYA : Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berdebat atau berdialog dengannya.
Beliau berkata, tajuk debat yang dicadangkan antaranya adalah berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ini boleh dilakukan secara terbuka atau tertutup, itu pilihan anda. Setidak-tidaknya anda akan tahu banyak perasaaan rakyat sekarang," katanya menerusi status di Facebooknya.
Sebelum ini, FMT melaporkan Bung mencabar Syed Saddiq supaya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika merasakan dirinya remaja hebat.
Bung berkata, Syed Saddiq dialu-alukan untuk bertanding pada PRU-14 termasuk di Parlimennya untuk membuktikan pengaruh dan kehebatannya.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang merupakan penuntut tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berasa terkilan dengan cabaran yang dilontarkan Bung padanya kerana sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutama melibatkan isu 1MDB dan dana RM2.6 billion.
"Jika sesiapa yang berani mempersoalkan ahli politik mesti menjalankan pilihan raya, ia membawa makna demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Muhyiddin patut cabar Zeti, kata Mohd Puad

Posted: 31 Mar 2016 04:46 PM PDT


Status yang dimuat naik di facebook Muhyiddin. Status yang dimuat naik di facebook Muhyiddin. Ahli Majlis Tertinggi Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar tindakan provokasi Tan Sri Muhyidin Yassin mengenai maklumat 1MDB yang diperoleh daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata, Muhyiddin menggunakan akaun facebook peribadinya pada 29 Mac untuk menjawab kenyataan yang pernah dibuat olehnya yang disiarkan di Berita Harian pada 26 Mac lalu.
"Sepatutnya dia mencabar Zeti kerana kenyataan saya berdasarkan penafian Zeti. Dalam posting terbaru itu TSMY mendakwa pula kononnya Zeti mendedahkan Perdana Menteri cuba menghalang penyiasatan.
"Sedangkan PM sendiri yang meminta PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan Audit Negara membuat siasatan manakala Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk pendakwaan. Pada saya Muhyiddin sekali lagi cuba melakukan provokasi dan menipu demi kepentingan peribadi," ujarnya dalam satu kenyataan.
Mohd Puad ZakarshiMohd Puad ZakarshiMohd Puad menjelaskan dalam ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang dan dalam sidang akhbarnya pada 22 Mac, Muhyiddin menyebut menerima maklumat daripada Zeti dan Bank Negara.
Sedangkan Zeti ujarnya lagi, dalam kenyataan pada 23 Mac seperti yang dilaporkan oleh media, menafikan pernah bertemu dan membincangkan mengenai aset 1MDB seperti yang didakwa Muhyiddin.
"Jadi dalam soal ini elok Muhyiddin buktikan bahawa Zeti ada menemuinya dan memberi maklumat tentang perkara ini kerana Zeti telah menafikannya.
"Jangan lupa dia dalam ucapannya di Umno Bahagian Cheras pada Julai 2015, pernah menyebut dan mengakui bahawa dia sampai terpaksa membaca akhbar The Edge untuk memahami dan mendapatkan maklumat mengenai 1MDB. Sekarang Muhyiddin kata dia mendapat maklumat daripada Zeti. Mana satu yang betul?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal RM4.2 Bilion, Putrajaya Dicabar Kemuka Dokumen

Posted: 31 Mar 2016 04:45 PM PDT

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Di dalam satu kenyataan medianya, Salahuddin menyatakan tindakan tersebut sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.


Sebuah dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia telah memaparkan terdapatnya aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.

Video berkenaan yang disiarkan melalui youtube telah menjadi viral di seluruh dunia dan ia amat mencemarkan imej negara.

Oleh itu, ktambah Salhuddin, menjadi tanggungjawab Putrajaya untuk mendedahkan dokumen tersebut secara terbuka supaya rakyat diberitahu isu sebenar berhubung skandal RM4.2 bilion itu.

"Adalah tidak mungkin bahawa transaksi yang sebegitu besar nilainya tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada kedua-dua pihak," ujarnya.

Penjelasan daripada Putrajaya ini juga penting kerana ia akan menentukan masa depan politik Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Hebat PM kita !!! Dikenali seantero dunia. Rakyat pon tumpang glamour malu...

Posted: 31 Mar 2016 07:36 AM PDT

FRONT PAGE lagi !!!.. PM belanja AS$15 juta untuk cuti, barang kemas keluar di MUKA DEPAN akhbar kewangan antarabangsa Wall Street Journal (WSJ).

"CASH IS KING"

Posted: 31 Mar 2016 07:34 AM PDT

 

Skill Menjilat....Slurpp..!!!

Posted: 31 Mar 2016 07:30 AM PDT

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), DERMA adalah diketegorikan sebagai "SUAPAN"...

Tetapi kenapa AG Apandi yg dilantik Peguam Negara baru atas nasihat Najib telah 'bersihkan' Najib daripada sebarang salah laku.. ???

Comments (0)