Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Khairuddin Yakin Parti AMANAH Akan Ganti UMNO Pada PRU14 Nanti

Posted: 30 Mar 2016 08:59 PM PDT

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan beliau amat yakin Parti AMANAH yang dipimpin oleh Mohamad Sabu akan mengambil-alih tugas UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018 nanti.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Kenyataan itu disebut sebanyak dua kali di hadapan lebih 2,000 orang rakyat Melaka yang memenuhi ruang perkarangan pidato berkenaan.


Khairuddin, yang telah bertindak keluar dari parti UMNO mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa parti itu kini hanya melindungi Najib semata-mata.

Meskipun beliau mengakui bahawa beliau berasal dari keluarga UMNO, malah darah UMNO mengalir di dalam tubuh badannya adalah darah UMNO, tetapi pada hari ini, beliau merasa malu untuk mengaku bahawa beliau seorang ahli UMNO.

"Sebab itulah tuan-tuan, sudah kena pada masanya dan tepat pada waktunya, Mohamad Sabu menubuhkan parti AMANAH. Saya rasa tuan-tuan parti AMANAHlah yang akan mengambil alih tanggungjawab UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018, insyaAllah," tegasnya.

Beliau menyatakan beliau kesal dengan tindak-tanduk pihak berkuasa yang enggan menyiasat kes 1MDB, walaupun beliau sudah membuat laporan polis sebelum ini.

"Hingga ke hari ini, sudah hampir dua tahun pihak polis tidak mahu menyiasat tentang kes 1MDB dan tidak mahu menyiasat kesemua yang disyaki terlibat ke atas 1MDB," katanya.

"... saya mempunyai bukti penggubahan wang haram berlaku di luarnegara, mereka selewengkan duit 1MDB di luarnegara, dan minggu lepas, peguam negara Switzerland (telah) mengakui bahawa sejumlah RM16.8 bilion duit 1MDB telah diselewengkan dari syarikat tersebut,"


"Itulah sebabnya (sebelum ini) saya terbang ke Hong Kong, ke Singapura, ke Perancis, ke Switzerland, ke London untuk buat laporan kepada pihak berkuatkuasa undang-undang di sana. Tapi malangnya pada hari terakhir dimana saya sepatutnya ke New York, saya telah ditangkap oleh polis."

"Saya mahu pertahankan ekonomi tanahair kita, saya nak selamatkan duit kerajaan, duit rakyat, tetapi malangnya tuan-tuan, Ketua Polis Negara menuduh kononnya saya cuba sabotaj ekonomi negara. masuk akalkah itu tuan-tuan?" tanya beliau.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB Probe Shows Malaysian Leader Najib Spent $ 15 Millions on Luxury Goods

Posted: 30 Mar 2016 08:56 PM PDT

Bank documents show accounts of prime minister paid out $15 million for clothes, jewelry and a car

Malaysia Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor, at a summit in Kuala Lumpur in November.
Malaysia Prime Minister Najib Razak and his wife, Rosmah Mansor, at a summit in Kuala Lumpur in November. Photo: FAZRY ISMAIL/EUROPEAN PRESSPHOTO AGENCY
HONOLULU, Hawaii—On Christmas Eve 2014, Malaysian Prime Minister Najib Razak stepped onto Hawaii's 18-hole Kaneohe Klipper course for a round of golf diplomacy with U.S. President Barack Obama.
Off the fairways, another side of Mr. Najib's time in office was on display. Two days earlier, the prime minister's credit card was charged $130,625 to Chanel in Honolulu, according to Malaysian investigation documents. A person who works at a Chanel store in the upscale Ala Moana Center recalls Mr. Najib's wife shopping there just before Christmas.
The credit card was paid from one of several private bank accounts owned by Mr. Najib that global investigators believe received hundreds of millions of dollars diverted from a government investment fund set up by the prime minister in 2009. The fund, 1Malaysia Development Bhd., or 1MDB, today is at the center of corruption probes by authorities in Malaysia and at least five other nations.
The Malaysian investigation documents, viewed by The Wall Street Journal, contain bank-transfer information that provides the most complete picture to date of the money that flowed through the prime minister's accounts over a five-year period, the majority of it, investigators say, originating from 1MDB.
They show for the first time how some of the money in Mr. Najib's accounts allegedly was used for personal expenses. That included $15 million in spending on clothes, jewelry and a car, according to the bank-transfer information, involving stores in the U.S., Malaysia, Italy and elsewhere.
The disclosures appear to undermine key claims Mr. Najib and his allies have made in his defense, including that none of the money went toward personal expenses. They also detail how Mr. Najib used the funds to operate a large political machine, with money flowing from his accounts to politicians, think tanks and lawyers during a close election in 2013.
Mr. Najib, who was seen by Washington as a liberal, Western-friendly leader when he first came into power in 2009, didn't respond to requests for comment. He has strenuously denied wrongdoing.
A lawyer for Mr. Najib's wife, Rosmah Mansor, declined to comment. The 1MDB fund also didn't respond to questions. It has denied sending money to Mr. Najib's accounts or other wrongdoing and said it is cooperating with probes.
In all, the documents show over $1 billion entered five accounts belonging to Mr. Najib at AmBank Bhd., a Malaysian bank, between 2011 and 2015.
As previously reported, $681 million was transferred via a web of entities in March 2013, money which investigators in two countries believe originated with 1MDB, the government fund. Malaysian investigators believe another set of transfers in 2014 and 2015, totaling $25 million, came from an entity known as SRC International Bhd., a company that originally was controlled by 1MDB but was transferred to the Finance Ministry in 2012. Mr. Najib also is the finance minister.
After the Journal first reported those transfers last July, Mr. Najib wrote a post on Facebook saying: "Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents—whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed."
Malaysia's attorney general in January cleared Mr. Najib of wrongdoing, saying $681 million that entered his accounts in 2013 was a legal donation from the Saudi royal family, and that most of it was returned. Mr. Najib's defenders have said any money spent in Malaysia went for political purposes, which they say is permissible.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ: Najib belanja RM60 juta untuk percutian, barang kemas

Posted: 30 Mar 2016 08:43 PM PDT


Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.
Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.
Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).
Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.
Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.
WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.
"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.
Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta (RM35 juta) beberapa bulan sebelum itu.
Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.
"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.
Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa kerajaan tawarkan pilihan untuk dasar yang terbukti gagal? soal Abim

Posted: 30 Mar 2016 08:20 PM PDT


Perhimpunan membantah DLP di ibu negara baru-baru ini.Perhimpunan membantah DLP di ibu negara baru-baru ini.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mempertikai kedegilan kerajaan untuk terus mengajar mata pelajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Inggeris melalui Program Dwi-Bahasa (DLP).
Setiausaha Agungnya, Faisal Abdul Aziz berkata, program mirip dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu terbukti gagal mencapai matlamat penguasaan dalam bahasa tersebut bahkan menjejaskan pemahaman pelajar dalam subjek-subjek terlibat.
"Abim juga ingin melahirkan kehairanan mengapa kerajaan memberi pilihan kepada pelajar untuk memilih sesuatu dasar yang sudah terbukti gagal?
"Rujukan kami adalah kajian terhadap dasar PPSMI yang dibuat oleh Jemaah Nazir Persekutuan KPM sendiri menerusi sampel ke atas 1942 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 sekolah yang menunjukkan pencapaian mereka semakin merosot malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi," jelasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kajian oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) meliputi 90 sekolah rendah mendapati mata pelajaran Sains menyumbang peningkatan penguasaan bahasa Inggeris hanya 0.7 peratus manakala Matematik tiada langsung sumbangan untuk tujuan tersebut.
Ujarnya, kajian yang sama ke atas 70 sekolah menengah aliran sastera dan sains pula menunjukkan subjek sains dan matematik juga menyumbang kurang 1 peratus penguasaan bahasa Inggeris.
"Sekolah menengah (aliran sastera) bagi subjek Matematik hanya 1.0%, dan subjek Sains hanya 0.6%. Bagi sekolah menengah (Sains) Kimia 2 hanya 0.6% dan Matematik Tambahan 0.3%," jelasnya memetik kajian yang keseluruhannya merangkumi 15,089 pelajar di bandar, luar bandar, sekolah pedalaman, dan pulau itu.
Selain itu, ujarnya, hasil ujian antarabangsa iaitu TIMMS 2007 dan PISA 2012 ketika pelaksanaan PPSMI menunjukan kedudukan Malaysia menjunam kepada kumpulan satu pertiga terbawah berbanding TIMMS 1999 & 2003, Malaysia dalam kelompok 10 terbaik dari 58 negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pelajar salah guna BB1M, jual pada pekedai tanpa beli buku

Posted: 30 Mar 2016 08:19 PM PDT

Buku tersebut kemudiannya dijual kepada kedai buku terpakai pada harga lebih murah, membolehkan pemilik kedai buku untung dua kali ganda.
BB1m
PETALING JAYA: Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dijual pada harga kurang daripada RM 250, iaitu daripada nilai sebenar kepada pekedai buku tanpa melibatkan sebarang urusan jual beli buku.
Menurut laporan The Star Online, BB1M sedang dijual pada harga antara RM190 hingga RM230.
Kedai buku tersebut pula dikatakan akan menuntut RM250 daripada kerajaan untuk buku yang kononnya dijual.
Buku-buku tersebut kemudiannya dijual kepada kedai-kedai buku terpakai pada harga yang lebih murah sekali gus membolehkan pemilik kedai buku mendapat keuntungan dua kali ganda daripada buku-buku yang tidak mempunyai permintaan atau tidak dapat dijual.
Sindiket penipuan itu juga dillapor turut melibatkan ejen di mana pelajar-pelajar kolej mendapatkan pelajar-pelajar lain untuk berbuat sama dan ejen akan mendapat potongan harga.
Ejen menyiarkan iklan di media sosial, menunjukkan kesediaan membeli baucar daripada pelajar dan mereka akan bertemu memulangkan baucer tersebut seperti mana yang dirunding.
Menurut laporan itu lagi, penipuan yang terang-terangan menyalahi undang-undang dikesan berlaku di Kuala Lumpur, Perak dan Selangor, melibatkan pelajar-pelajar di universiti awam dan swasta.
Inisiatif BB1M yang dimulakan pada tahun 2012 bertujuan untuk membantu mengurangkan beban pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi.
Mengikut garis panduan Kementerian Pengajian Tinggi, baucar tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dijual kepada pihak ketiga.

Tunjuk perasaan pemandu teksi bukti rakyat dihimpit kos sara hidup

Posted: 30 Mar 2016 08:17 PM PDT


Faiz FadzilFaiz Fadzil
Tunjuk perasaan pemandu teksi di ibu kota Kuala Lumpur Selasa lalu merupakan isyarat jelas bahawa keperitan hidup rakyat yang dihimpit dengan kos sara hidup dan barang yang tinggi sudah sampai ke kemuncaknya.
Sehubungan itu, satu penyelesaian yang efisyen dan drastik perlu diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu ini kerana pemandu teksi perlu menanggung kos yang tinggi setiap hari dan pendapatan mereka terjejas teruk akibat saingan daripada perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.
"Negara dikejutkan dengan tunjuk perasaan oleh pemandu teksi di Kuala Lumpur kerana tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan menyelesaikan isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.
"Tunjuk perasaan yang diadakan sendiri oleh pemandu teksi tanpa kehadiran atau anjuran mana-mana parti politik atau NGO menunjukkan kemarahan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah rakyat," kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman kepada lima pemandu teksi yang ditahan kerana hak dan kebebasan mereka untuk berhimpun dan menyatakan bantahan dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
"Penahanan mereka tidak menyelesaikan isu pokok yang menghantui rakyat hari ini. Usah bertindak zalim terhadap rakyat. Kezaliman ini harus dihentikan," kata Faiz yang juga Pengarah Biro Pengguna & Pekerja Pemuda Amanah Nasional.

WSJ: Nazir sahkan terima AS$7 juta dari akaun Najib

Posted: 30 Mar 2016 08:12 PM PDT


Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari akaun abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.
"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain," katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$ 70,000 (RM275,000) dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.


Pihak swasta kawal keselamatan sempadan negara - Zahid

Posted: 30 Mar 2016 08:11 PM PDT


Kerajaan menerima tujuh cadangan daripada pihak swasta dengan pelbagai pendekatan teknologi dan pembinaan untuk mempertingkat keselamatan kawasan persempadanan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan kesemua cadangan itu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menelitinya.
 Ia termasuk sama ada untuk menggunakan aset kekal atau aset-aset berbentuk teknologi atau kombinasi kedua-duanya, kata beliau kepada wartawan Malaysia di Washington DC pada Rabu.
Beliau juga berkata pihak kerajaan juga akan mengkaji dari aspek bentuk pembiayaan yang akan digunakan untuk pembinaannya kerana ia melibatkan kos yang cukup tinggi.
"Kami jangkakan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk mengawal sempadan di utara Semenanjung sahaja," katanya.
Ahmad Zahid berkata kos pembiayaan ini boleh dikaji oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan sama ada secara kaedah pembayaran tertangguh, kaedah perkongsian antara awam dan swasta atau lain-lain kaedah.
Beliau berkata projek tersebut perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan pengawalan keselamatan negara terkawal.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga saya tidak akan lagi undi PAS – Syed Saddiq

Posted: 30 Mar 2016 08:10 PM PDT

Beliau dan keluarga kecewa kerana PAS lari daripada perjuangan asal dan gagal melihat skandal dalam dalam 1MDB sebagai rasuah.
Syed Saddiq
PETALING JAYA: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui keluarganya tidak akan lagi mengundi PAS pada pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Katanya, beliau dan keluarganya kecewa kerana perjuangan PAS ketika ini sudah lari daripada perjuangan sebenar di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Syed Saddiq yang seringkali mendakwa mewakili golongan muda di negara berkata, mereka juga kecewa kerana PAS membuat kenyataan mahu menjadi Penasihat UMNO.
Katanya, Abdul Hadi tidak serius berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila gagal melihat kontroversi yang berlaku kepada anak syarikat milik kerajaan itu sebagai skandal rasuah.
"Ahli keluarga saya yang sebelum ini merupakan pro-PAS pun sudah bertekad tidak mengundi untuk PAS lagi.
"Kita sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara yang telah mendatangkan impak negatif cukup besar pada maruah Malaysia. Saya sejujurnya amat kecewa dengan PAS terutama sekali dengan Tuan Guru Hadi Awang.
"Selama ini saya fikirkan PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan sekali-kali mengorbankan integritinya sendiri. Tapi apabila kita mengharapkan semua pihak bersatu, PAS memutuskan untuk hanya berada di tepi,"katanya menerusi kenyataan Facebooknya.
Read More / Baca Lagi >>

'Derma' RM2.6 bilion kini meningkat ke RM4.2 bilion, PM kena beri penjelasan

Posted: 30 Mar 2016 08:08 PM PDT

'Wang derma' yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dilaporkan meningkat kepada RM4.2 bilion daripada RM2.6 bilion yang heboh diperkatakan selama ini.
Ekoran pendedahan terbaru media antarabangsa itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menjawab pendedahan terbaru itu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan.
"Sejak awal tahun ini, Najib sering mengatakan bahawa skandal mega berkembar, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan dirinya bukan lagi isu kerana semuanya telah selesai.
"Tetapi skandal RM2.6 bilion Najib kini sudah menjadi sejarah, dan sekarang kita perlu membincangkan mengenai skandal derma RM4.2 billion!
"Justeru Najib harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega berkembar berkenaan yang kini menghantui negara untuk sejak dua tahun dahulu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Isnin lalu, dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia mendakwa terdapat aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.
Rakaman dokumentari itu boleh ditonton rakyat Malaysia melalui YouTube.
Sebelum ini Wall Street Journal dari Amerika Syarikat juga melaporkan dakwaan tentang Najib menerima sehingga USD1 bilion, iaitu lebih besar jumlahnya daripada yang dilaporkan sebelum ini pada nilai USD681 juta.

DIBELANJAKAN MASUK POKET MANA TU ???

Posted: 30 Mar 2016 05:51 PM PDT

NAMPAK TAK !!.. cara2 pemimpin Ameno menyamun... TV3suku ada nak lapor tak ?? Kalau ada berapa minit dilaporkan kat TV3suku ??..

DARI PARLIMEN: RM7.5 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak 2004 hingga 2015.

YANG PELIKNYA... RM408.3 juta telah dibelanjakan pada 2015 walaupun PLKN tidak dijalankan...

Anak TPM diminta beradab, jangan hina kru kabin Mas, nasihat Nufam

Posted: 30 Mar 2016 05:40 PM PDT


Ismail NasaruddinIsmail NasaruddinKesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), mendesak Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada kru kabin penerbangan Malaysia (Mas) kerana memuat naik status di dalam instragramnya kerana menghina pramugari yang dikatakan tua.
Presidennya Ismail Nasarudin berkata, beliau mendapat panggilan dari ahlinya menyatakan mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah yang mengutuk pramugari Mas.
"Beliau sebagai seorang wanita juga harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka.
"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.
"Ayahnya juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat penerbangan Mas. Saya nasihati beliau jangan mudah lepas kata-kata yang akan menyakitkan hati kaum pekerja wanita dan saya nasihati beliau supaya bersikap 'low profile' dan usahlah mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal dan membawa faedah.
Nurul Hidayah Ahmad ZahidNurul Hidayah Ahmad Zahid"Sikap beliau akhirnya akan memalukan diri sendiri dan mencemarkan nama baik keluarga seorang Timbalan Perdana Menteri di dalam negara kita." ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Nurulhidayah telah memuat naik di laman instagramnya sekeping gambar menunjukkaan beliau sedang menaiki Air Asia, dengan mengatakan:
"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia Airline hmmm (bapak mahal!!!-bahasa kasar). Pramugari pun dah tua-tua..harap pandangan kasar saya ni tidak di pandang sebagai mencampuri dasar kerajaan yer."
Ismail berkata, perbuatan mengeluarkan kenyataan terhadap pekerja kru kabin wanita oleh Nurulhidayah adalah satu tindakan yang 'amat tidak cerdik' dan tidak sensitif.
"Adakah dia lupa dengan pengorbanan kru kabin Mas yang telah melayan beliau apabila terbang ke merata tempat dengan syarikat penerbangan nasional itu?
Read More / Baca Lagi >>

APA BEZA regim Al-Sisi dgn regim Al-BN ??!!

Posted: 30 Mar 2016 05:35 PM PDT

Hesham Geneina Ketua Audit negara Mesir dipecat kerana dedahkan rasuah US$76b (RM304b) di bawah regim Al-Sisi..

Kalau lah di Malaysia, beranikah Ketua Audit Negara kita atau mana2 pihak berkuasa di M'sia dedahkan rasuah atau penyelewengan dana rakyat yg melibatkan berbilion2 ringgit ???

Setahun GST: Kita makin senang atau susah?

Posted: 30 Mar 2016 05:32 PM PDT

Lebih RM30 billion yang telah dikutip dan jangkaan RM39 billion yang sedang dikutip, seharusnya kita pada hari ini telah mampu merancang perbelanjaan keluarga dengan lapang dada dan tidak sesak kepala.
Shazni-Munir_gst_600
Oleh Shazni Munir Mohd Ithnin
Genap setahun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini. Belanjawan 2016 mencatatkan jumlah 'pemerasan' kerajaan daripada kantung poket rakyat keseluruhannya sebanyak RM27 billion. Jangkaan kutipan untuk tahun ini menurut Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan dijangka melonjak hingga RM39 billion. Luar biasa! Bila jangkaannya meningkat, bermakna makin besar jumlah cukai yang sedang dibayar rakyat, berkadar langsung dengan pertambahan jenis barangan dan perkhidmatan yang sedang dicukaikan.
Logik fikiran kita, apabila setahun telah dikorbankan segala bentuk keselesaan hidup, taraf hidup kita sepatutnya semakin baik. Lebih RM30 billion yang telah dikutip dan jangkaan RM39 billion yang sedang dikutip sepatutnya mampu menjana kehidupan lebih baik untuk rakyat. Seharusnya kita pada hari ini telah mampu merancang perbelanjaan keluarga dengan lapang dada dan tidak sesak kepala. Sewaan rumah yang murah, barang gantian kereta dan motor yang murah, harga makanan di warung-warung yang murah, pekerjaan serta gaji yang setimpal dengan pengorbanan yang telah dilakukan setahun lalu.
Malangnya kita pada hari ini tidak sebagaimana begitu. Kesusahan hidup setahun yang lalu masih kita jalani pada hari ini. Bahkan lebih buruk. Jika setahun lalu jutaan anak muda pelbagai kaum tidak mempunyai peluang pekerjaan, hari ini berduyun-duyun anak muda pelbagai sektor dibuang kerja. Perniagaan-perniagaan bermodal sederhana seperti jualan makanan di pinggir jalan, jualan burger di pasar-pasar malam dan jualan air sejuk pelbagai perisa di tengah-tengah terik mentari bukan lagi pilihan yang mudah rentetan barang-barang mentah yang kian mencanak tinggi harganya.
Tinjaulah ke pasaraya-pasaraya kunjungan ramai. Usahkan hari biasa. Hari promosi dan potongan harga yang 'gila-gila' pun dibuat bena tak bena sahaja. Nafsu mahu berbelanja dipendam jauh ke lubuk hati disebabkan poket yang sedia tidak tebal semakin menipis. Mengharapkan pekerjaan lebih baik sudah jauh ditinggalkan ke belakang. Masih bekerja dan tidak dibuang sudah dikira cukup beruntung. Perniagaan kecil-kecilan sebagai menyahut seruan #2kerja Ahmad Maslan pun tidak ke mana. Barang yang dijual tiada pembeli. Kos jualan dan pusingan modal pula semakin meningkat dan tidak terkawal.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa tiba-tiba dedak jadi popular?

Posted: 30 Mar 2016 05:29 PM PDT

Penggunaan istilah pemakan dedak sudah menjadi satu perkataan popular untuk merujuk mereka yang mudah dibeli.
mahathir-najib
Apa itu pemakan dedak?
Menurut Wikipedia dedak merupakan campuran kasar dengan serpihan serkam-serkam kecil yang dimakan oleh ternakan.
Dalam politik, pemakan dedak ini diistilahkan mereka yang mudah dibeli oleh individu demi menjaga kuasa pembelinya agar tidak jatuh ke tangan orang lain.
Malah, pemakan dedak juga boleh dianggap mereka yang hanya mengiyakan sahaja perkara yang tidak betul meskipun ia diketahui salah.
Oleh kerana telah menerima habuan, ada pemakan dedak itu mungkin sanggup menggadaikan maruahnya.
Paling ditakuti, jika pemakan dedak seperti itu mempunyai sifat rakus tanpa mampu membezakan perkara benar dengan yang batil.
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar penentang Datuk Seri Najib Razak menggunakan istilah `pemakan dedak' dalam setiap ceramah mahu pun kenyataan mereka.
Ia dilihat sudah menjadi satu perkara yang sinonim dan boleh dianggap rempah ratus untuk menyedapkan ucapan-ucapan kepada para pendengar dalam satu-satu sesi ceramah yang mereka hadiri.
Bermula dengan ungkapan `lemah minda otak udang' yang diguna pakai oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, trend menggunakan ayat sesuai untuk merujuk kepada perbuatan Perdana Menteri sudah menjadi kemestian dan ia pasti akan disahut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia.
Namun, ia sebenarnya adalah sindiran yang dilemparkan oleh mereka ke atas Najib ekoran dakwaan Perdana Menteri mahu membeli mereka setelah beberapa isu berjaya dibongkarkan yang antaranya termasuk skandal utama melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan dana derma RM2.6 bilion.
Sebagai contoh, Dr Mahathir juga dalam ucapannya sering kali menggunakan istilah pemakan dedak bagi menunjukkan dakwaannya bahawa Najib memberi suapan kepada individu yang padanya mereka itu boleh dibeli.
Dengan merujuk kepada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Dr Mahathir dalam ucapannya pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Ahad lepas berkata, pemberian itu salah satu daripada sikap memberi makan dedak terbesar yang dilakukan oleh Najib dalam membeli rakyat.
Katanya, langkah seperti itu tidak pernah dilakukan olehnya mahupun Perdana Menteri lain sebelum ini kerana ia tidak memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat sebaliknya, sekadar mahu mendapatkan populariti dengan harapan dapat mengaburi skandal yang dihadapi.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan ABC sahkan identiti penderma

Posted: 30 Mar 2016 08:43 AM PDT


KUALA LUMPUR - Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada‎ keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.
Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.
"Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya," kata jurucakap itu dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.
"Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu," kata jurucakap berkenaan.

Bebaskan pemandu teksi dari penjajahan moden – pendemo

Posted: 30 Mar 2016 08:25 AM PDT

Jika pemerintah mahu teksi meyamai kualiti Uber, hapuskan monopoli dan tukar sistem pengangkutan darat
teksi_driver_600
KUALA LUMPUR: Pembebasan lima pemandu teksi yang ditahan reman semalam disambut bagai wira oleh kira-kira 30 pemandu teksi yang setia menunggu di hadapan IPD Dang Wangi petang tadi.
Mereka ditahan selepas menyertai sejumlah 100 pemandu teksi lain dalam tunjuk perasaan membantah kereta sapu Uber dan GrabCar, dari KLCC ke Jalan Bukit Bintang semalam.
Kelima-lima pemandu teksi dibebaskan dengan jaminan polis.
Sebaik dibebaskan, Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi 1Malaysia (TEKS1M), Kamarudin Mohd Hussein berkata mereka terdesak kerana tiada jalan lain lagi.
"Pemandu teksi bersedia menghadiri mana-mana perhimpunan (seperti semalam) kerana pendapatan telah terjejas teruk.
"Mereka dikekangi dengan pelbagai kos sedangkan Uber dan GrabCar tiada tekanan yang sama," katanya.
teksi_driver_2600Kamaruddin antara pemandu yang ditahan pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan semalamn, SPAD mengucapkan terima kasih kepada tindakan pantas polis mengawal keadaan.
Keseluruhan Jalan Bukit Bintang terhenti pagi semalam selepas dihalang kira-kira 100 teksi yang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan tersebut.
Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam membidas himpunan tersebut dan menggesa pemandu teksi 'melihat kesilapan sendiri' berbanding menyalahkan Uber dan GrabCar.
Kamaruddin membalas kecaman itu dengan menggesa kerajaan mengubah dahulu keseluruhan sistem teksi yang didakwa menindas pemandu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: '22 tahun kita pertahan dia, sekarang mana maruahnya?'

Posted: 30 Mar 2016 08:23 AM PDT


Najib Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan ahli Umno supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.
Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.
"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.
"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.
Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertukar perjuangan.
"Bukan ke setengah orang dahulu cakap lain...dahulu suruh sokong parti, dahulu nasihat jangan kalau dah bersara jangan lupa (parti). Waktu kita jadi pemimpin, orang lain sokong kita, bila kita berhenti (jadi pemimpin) kita wajib sokong parti.
"Di mana duduknya orang itu sekarang...dia tidak duduk sebaris Umno lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir diheret bawah Akta Hasutan, Najib pula tetap kebal

Posted: 30 Mar 2016 08:21 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan berhenti menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mangsa Akta Hasutan, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, siasatan Mahathir mengikut akta tersebut tidak masuk akal apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang lama memimpin negara.
IMG_7381"Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat keselamatan negara boleh diancam hanya dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam," kata Nik Nazmi dalam kenyataan.
"Undang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik.
"Sepatutnya, dengan segala pendedahan baru-baru ini ke atas Perdana Menteri sama ada di dalam kes 1MDB mahupun pemindahan wang dengan jumlah yang besar ke akaun peribadinya, kami yakin pihak berkuasa mempunyai bukti cukup untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Najib," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, AMK juga membuat gesaan yang sama berhubung siasatan terhadap Majlis Peguam, ekoran meluluskan usul menggesa Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali meletakkan jawatan.
"Kami juga tidak senang hati dengan penyiasatan di bawah akta yang sama ke atas beberapa peguam yang membuat satu usul berkenaan Peguam Negara di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam baru-baru ini," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu mengulangi pendirian KEADILAN yang konsisten menolak akta zalim ini.
Read More / Baca Lagi >>

Banglo Guan Eng, transaksi Taman Manggis: BN hipokrit, tanpa fakta

Posted: 30 Mar 2016 08:19 AM PDT

(Oleh P Ramakrishnan)
Sesiapapun boleh memilih untuk menjual hartanya pada sebarang harga yang dikehendakinya. Itu adalah prerogatif atau hak istimewanya.
Ianya boleh terjadi jauh di bawah nilai pasaran atau jauh melebihi harga pasaran. Itu adalah hartanya dan keputusannya sendiri. Ini bukanlah satu bentuk jenayah dan pemilik tersebut tidak melakukan sebarang jenayah dengan berbuat demikian.
Bagaimanapun, sekiranya harta tersebut dijual lebih rendah dari nilai pasaran bagi mendapatkan balasan dalam bentuk sogokan, barulah ianya menjadi satu perkara lain. Apapun bentuk sogokan yang diterimanya dari transaksi ini bukan sahaja akan menggantikan apa yang ia telah hilang dari penjualan tersebut, tetapi ia akan mendapat keuntungan yang lebih besar darinya.
Maka ini, tentunya akan melibatkan rasuah.
Ahli Parlimen Tasek Glugor, Shabudin Yahya, telah membayangkan unsur rasuah di dalam pembelian sebuah rumah yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
lim-guan-eng-bangloShabudin mendakwa bahawa pembelian rumah tersebut dalam tahun 2015 mempunyai kaitan dengan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada syarikat persendirian, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) pada tahun 2012.
Dengan kata lain, ianya ditomahkan bahawa tanah Taman Manggis tersebut telah dijual di bawah harga pasaran dalam tahun 2012 supaya Guan Eng boleh mendapatkan banglo nya di bawah harga pasaran juga – selepas tiga tahun !– iaitu 2015 sebagai ganjaran kerana menjual tanah tersebut dengan murah.
Jika inilah sebenarnya yang terjadi – dan sekiranya perkara ini dapat dibuktikan secara konklusif – maka tidak ada persoalan lain lagi yang satu perlakuan rasuah telah berlaku.
Tetapi, adakah ini yang berlaku? Spekulasi semata-mata tidak akan menjadikannya satu fakta.
Duti setem perlu dibayar atas nilaian harta yang dibeli pada kadar 1% bagi RM 100,000 yang pertama, 2% bagi nilai seterusnya sehingga RM 500,000 dan 3% bagi yang selebihnya.
Penilaian dibuat oleh Jabatan Penilaian, sebuah agensi kerajaan. Sekiranya pembeli telah mengistiharkan suatu harga tertentu bagi harta tersebut tetapi Jabatan Penilaian meletakkan nilaian yang lebih tinggi, maka pembeli harus membayar peratusan yang lebih tinggi mengikut penilaian yang lebih tinggi itu, melainkan pembeli bersedia untuk mencabar penilaian tersebut di mahkamah.
Dalam kes ini, oleh kerana Jabatan Penilaian memutuskan bahawa harga pasaran harta tersebut adalah sepatutnya RM4.1 juta, pembeli terpaksa membayar RM 39,000 lebih dalam bentuk duti setem atas perbezaan RM 1.3 juta dari harga transaksi dan paras penilaian.
Tidak ada seorang pun yang pernah didakwa kerana meletakkan harga yang lebih rendah. Ia bukan suatu perbuatan jenayah. Dan ianya bukan satu isu pun.
Kembali kepada isu rasuah, kita diberitahu pembeli banglo tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah Pengerusi Lembaga Tender. Bahkan, beliau bukan ahlinya pun.
Dari fakta-fakta berkaitan yang diperolehi, tanah Taman Manggis telah dijual melalui tender terbuka yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini bermakna terdapat penender yang lain untuk membeli tanah tersebut. Jadi, jika begitulah keadaannya, siapa yang berhak menjadi pembeli yang sah?
Read More / Baca Lagi >>

Pelik: Kos sara hidup tinggi, taraf pendidikan rendah

Posted: 30 Mar 2016 08:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang mendakwa kos sara hidup tinggi adalah berpunca dari taraf pendidikan yang rendah adalah sangat pelik dan tidak masuk akal.

Presiden Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata isu yang diketengahkan ialah kenapa kos barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

"Apakah kaitannya dengan taraf pendidikan rendah?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, jika taraf pendidikan tinggi sekalipun kos sara hidup tetap akan meningkat mengikut pasaran bebas yang diamalkan.

Menurutnya, isu yang perlu ditangani ialah kerajaan perlu memperbetulkan sistem ekonomi pasaran bebas serta dasar percukaian negara.

Beliau berkata, faktor yang paling cepat meningkatkan kos sara hidup ialah apabila keperluan asas rakyat dibiarkan ditentukan oleh pasaran.

Tambahnya lagi, walaupun ada kawalan oleh pihak kerajaan dalam penentuan harga barangan tertentu dan perkhidmatan terpilih, akan tetapi kerajaan nampaknya berlepas tangan apabila kos pengeluaran meningkat dan dengan sebab itu harga barangan juga melambung.

"Kami kesal dengan logik yang diguna oleh PM untuk mengaitkan kos sara hidup dengan taraf pendidikan.

"Apakah dengan meningkatnya mereka yang berdiploma dan berijazah maka kos sara hidup akan menurun?" ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PM ingatkan orang kata 'dia' maha zalim, maha firaun

Posted: 30 Mar 2016 08:15 AM PDT


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepimpinan dan anggota UMNO supaya tidak mengkhianati perjuangan parti demi kepentingan agenda peribadi sehingga menggadai maruah diri.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata perjuangan politik yang berlandaskan moral dan prinsip perlu dipertahankan bagi menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam negara.
"Dalam politik, kita mesti ada moral dan prinsip...kalau buat apa-apa pun mesti berpegang kepada Perlembagaan negara, kalau tidak, negara akan huru-hara.
"Kalau huru-hara, apa yang kita perjuangkan sekarang akan hancur lebur...apa nak kita tinggalkan pada anak-anak dan cucu-cucu kita," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) dan pelancaran Kelab Waris PBAKM di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM Datuk Melati Ali.
Najib turut membidas pemimpin yang dilihat beralih pendirian dan bertukar perjuangan.
"Bukan ke setengah orang dahulu cakap lain...dahulu suruh sokong parti, dahulu nasihat jangan kalau dah bersara jangan lupa (parti). Waktu kita jadi pemimpin, orang lain sokong kita, bila kita berhenti (jadi pemimpin) kita wajib sokong parti.
"Di mana duduknya orang itu sekarang...dia tidak duduk sebaris UMNO lagi, dia tidak duduk dengan pejuang yang setia dengan perjuangan.
"Dia duduk dengan orang yang dahulu dia cakap rasis, cauvanis, komunis, anti-Islam dan anti-Melayu. Apa kita nak kata dia sekarang. Kita pertahankan dia selama 22 tahun. Orang kata dia maha zalim, maha firaun...bukan saya kata, mereka kata. Saya menyambung apa yang mereka kata.
"Sekarang, dia duduk sebaris (dengan mereka)...di mana letak maruah diri. Kalau kita tidak ada apa-apa, sekurang-kurangnya kita ada maruah," kata perdana menteri sambil menegaskan bahawa rakyat tidak lagi terpengaruh dengan usaha menjatuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya umum.
Najib berkata rakyat tidak akan membiarkan orang luar menentukan kepimpinan negara sebaliknya, menyokong usaha kerajaan dalam merencanakan pembangunan negara.
Read More / Baca Lagi >>

APA NAK HERAN....SAMA PE'EL..!!!

Posted: 30 Mar 2016 06:30 AM PDT

APA NAK HERAN anak Zahid dilabel oleh Presiden Nufam sbg kurang ajar biadap & kurang cerdik (bodoh) sbb bapaknya sendiri pon berpe'el sedemikian..

Anak Zahid sebelum ini pernah menulis:

"Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya."

Bila bapak dh jadi TPM, berlagak la dia bergelar anak TPM yg lantang & cabul bila berbicara..

Hoii Anak Pompuan Zahid.. Ko tak penah jumpa stewardess tua dlm British Airways ke, flights ke US ke? Atau mana2 countries punya airlines. Mereka tak abaikan peramugari2 berusia. Ko lupa ke ko pun satu hari nnti akan tua kerepot. So jgn hina wanita berkerjaya yg berusia. At least dorang dpt kerja atas usaha sendiri... Bukannya spt ko naik megah tinggi berpangkat 'Datuk' atas nama bapak ko...

Wahai Najib Razak !!! JANGAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT...

Posted: 30 Mar 2016 06:27 AM PDT

Kos sara hidup tinggi nak SALAHKAN RAKYAT JUGA KA !!

Kos sara hidup tinggi nak SALAHKAN RAKYAT YANG SETAKAT SPM KA !!

Lebih 200,000 siswazah berijazah institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini masih gagal mendapatkan pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian masing-masing sejak dua tahun lalu.

Program Four Corners: Cubaan Tun M guna media barat desak Najib letak jawatan,kata Salleh

Posted: 30 Mar 2016 06:23 AM PDT


Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakDatuk Seri Dr Salleh Said KeruakBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada pilihan lagi, kecuali mengeksploitasi saluran lain misalnya media Barat, selepas gagal dalam percubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam Umno dan Parlimen.
 Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, program Four Corners oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) adalah satu lagi usaha Dr Mahathir untuk menggunakan media Barat sebagai sebahagian daripada Kempen Anti-Najib beliau.
"Dr Mahathir tidak ada lagi pilihan melainkan mengeksploitasi saluran lain seperti media Barat, yang beliau cerca semasa beliau berkuasa, dan berganding tenaga dengan seteru politik seperti Lim Kit Siang, yang dipenjarakannya semasa beliau berkuasa.
"Dengan menggabung jalin beberapa peristiwa, mereka (ABC) mewawancara hanya  Dr Mahathir dan peserta lain dalam Kempen Anti-Najib beliau, yang secara terbuka mengesahkan niat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi. Tiada usaha untuk mengimbangi, dan tiada bukti yang dikemukakan untuk mewajarkan tuduhan liar ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Salleh berkata polis, pendakwa raya dan mahkamah telahpun mengesahkan bahawa kematian penuh tragik masing-masing membabitkan pengasas Arab-Malaysian Development Bank (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu tidak mempunyai kaitan langsung dengan perdana menteri.
"Memandangkan pembunuhan ini telahpun melalui siasatan polis dan proses mahkamah yang menyeluruh, tuduhan berniat jahat ini adalah suatu penghinaan bukan sahaja kepada perdana menteri, tetapi juga kepada polis, badan kehakiman dan sistem keadilan jenayah Malaysia secara keseluruhan," kata Salleh.
Beliau berkata selama bertahun-tahun, Dr Mahathir dan Kempen Anti-Najib berusaha untuk menyerang perdana menteri (Najib) dalam perkara ini, bagaimanapun tiada bukti sama sekali terhadap sebarang salah laku, dan bukti itu tidak akan ada disebabkan tuduhan ini semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib dengan didorong oleh kepentingan politik.
Katanya Hussain tidak mempunyai sebarang peranan dalam AmBank sejak 1980-an dan akaun perdana menteri pula dibuka pada 2011.
"Hussain bukanlah sebahagian daripada Ambank selama hampir 30 tahun, dan sama sekali tidak terbabit dalam akaun itu, polis telahpun mengesahkan bahawa Hussain tidak pernah membuat apa-apa laporan berkaitan akaun perdana menteri semasa beliau masih hidup," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)