Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saya tahu beza dedak dan nasi – Anina

Posted: 29 Mar 2016 09:29 PM PDT

Beliau tidak sanggup menjadi seperti pemimpin UMNO yang rela 'makan dedak' yang ditabur Najib Razak kerana mahukan jawatan dan wang.
anina-umno
PETALING JAYA: "Saya tidak bodoh sehingga tidak boleh membezakan antara dedak dan nasi," jawab Anina Saadudin kepada penyokong Datuk Seri Najib Razak yang menyerangnya.
Bekas ahli Wanita UMNO itu diserang di media sosial oleh penyokong UMNO dan Najib yang menuduh beliau berniat jahat dan mahu mendapatkan sesuatu apabila berterusan menyerang Perdana Menteri.
"Saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk wang, jawatan atau kemahsyuran", jawab Anina di Facebooknya.
Bekas pensyarah berkatra, sekiranya benar-benar hendak mendapatkan sesuatu daripada Perdana Menteri, beliau boleh makan dedak seperti yang dilakukan pemimpin UMNO yang menyokong Najib.
"Saya belajar di universiti sampai lah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya ada lah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti. Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.
"Kalau saya hendakkan sesuatu daripada Najib Razak, saya boleh makan dedak. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak," katanya.
Anina yang dipecat kerana memfailkan saman kepada Najib berkata, tindakan beliau mengkritik Najib adalah untuk mencari kebenaran bukannya dibuat untuk mendapatkan sesuatu, kerana beliau mampu berdikari untuk mencari rezeki.

Najib cuba campurtangan siasatan Bank Negara - Muhyiddin

Posted: 29 Mar 2016 09:23 PM PDT


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau memang ada bertemu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang memberitahu secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.
'Sebagai timbalan perdana menteri ketika itu saya berhak mengetahui secara terpeinci isu-isu penting negara.
 "Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab dakwaan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi dalam Berita Harian pada 26 Mac lalu yang menuduhnya berbohong mengenai pertemuan tersebut.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.
"Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan campur tangan dalam siasatan Bank Negara.
"Najib juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
"Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.
"Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tak Masuk akal guna Akta Hasutan siasat Tun M - AMK

Posted: 29 Mar 2016 09:20 PM PDT

AMK juga mengesa kerajaan menghentikan siasatan terhadap Majlis Peguam yang meluluskan usul menyokong Peguam Negara meletak jawatan.
nik,mahathir
PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan menghentikan siasatan terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Hasutan 1948.
Ketuan AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Akta Hasutan tidak harus digunakan terhadap sesiapa pun, apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang lama memimpin negara.
"Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat keselamatan negara boleh diancam hanya dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Malah, katanya lagi, pihak berkuasa sepatutnya mempunyai bukti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas segala pendedahan yang dibuat terhadap tentang 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadinya.
Menurut laporan Berita Harian semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad memaklumkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir di bawah Akta Hasutan.
Dalam pada itu, AMK juga membuat gesaan yang sama berhubung siasatan terhadap Majlis Peguam, ekoran meluluskan usul menggesa peguam negara Tan Sri Apandi Ali meletakkan jawatan.
"Undang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik,
"Kami percaya rakyat yang berfikiran waras berkongsi sentimen ini dan tidak mahu sebarang tindakan diambil sama ada ke atas Dr Mahathir mahupun peguam-peguam tersebut," katanya lagi.
Majlis Peguam dalam Mesyuarat Agung pada 19 Mac lalu meluluskan usul mendesak Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan Peguam Negara, selepas dijalankan undian.

Seleweng RM100 juta:Pegawai MOA dibebas dengan jaminan SPRM

Posted: 29 Mar 2016 09:17 PM PDT

Pegawai itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas siasatan terhadapnya selesai.
SPRM
PUTRAJAYA: Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditahan reman bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melebihi RM100 juta, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membebaskan lelaki itu dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas siasatan terhadapnya selesai.
Lelaki berusia 43 tahun itu, yang berkhidmat di KBS sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes berkenaan pada 23 Mac dan direman tujuh hari.
Pada 17 Mac, SPRM menahan enam individu, termasuk pegawai kanan KBS dan seorang wanita, berkaitan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta. Tiga lagi individu ditahan sehari selepas itu bagi membantu siasatan.
Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 syarikat kononnya bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan.
Pada 24 Mac, dua kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
Pada Jumaat lepas, seorang lagi kontraktor syarikat penganjuran acara berusia 36 tahun pula dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Teka-teki dana RM4.2bilion di akaun Najib hampir siap

Posted: 29 Mar 2016 09:16 PM PDT


Tumpuan antarabangsa mengenai dana berbilion ringgit yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pendedahan baru berhubung betapa besar skandal tersebut.
Jumlah RM2.6 bilion yang digunakan untuk merujuk skandal berkenaan tidak lagi terpakai.
Angka baru wang yang berada di akaun bank Najib, berdasarkan maklumat terakhir adalah pada AS$1.051 bilion atau RM4.202 bilion berdasarkan kadar pertukaran semasa sebanyak AS$1 bersamaan RM4.
Kontroversi itu sebelum ini dirujuk sebagai skandal RM2.6 bilion, berdasarkan pendedahan pertama yang dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu.
Mereka melaporkan bahawa AS$681 juta mengalir ke akaun bank peribadi Najib.
Berdasarkan kadar pertukaran pada masa itu, jumlah berkenaan dianggarkan sekitar RM2.6 bilion.
Bagaimanapun selepas hampir setahun berlalu sejak pendedahan pertama itu, kini terdapat petunjuk bahawa deposit AS$ 681 juta itu hanya salah satu daripada urus niaga lain.
Ratusan juta dolar Amerika juga dilaporkan mengalir ke akaun Najib di AmBank, termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud dan Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI).
Dengan pendedahan terbaru oleh ABC News yang berpangkalan di Australia minggu ini, teka-teki yang hampir siap, dengan hampir 90 peratus atau AS$ 956 juta daripada AS$1.051 bilion yang diterima oleh Najib telah dikenal-pasti.
Ini termasuk sekurang-kurangnya wang RM32 juta milik syarikat negara, SRC International yang juga dimasukkan ke dalam akaun bank Najib melalui beberapa perantara.
Malaysiakini menyusun angka berkenaan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran besar mengenai skandal itu.

Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh

Posted: 29 Mar 2016 08:30 PM PDT


Adakah putera Arab Saudi yang didakwa menyalurkan jutaan dolar Amerika Syarikat ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah bekas gabenor Madinah atau seorang pembunuh yang disabitkan kesalahannya?
Itu adalah antara soalan yang ditimbulkan oleh penonton dokumentari terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung surat yang kononnya dari keluarga diraja Arab yang memberitahu Najib "untuk berbuat sesuka" dengan derma yang disumbangkan oleh putera berkenaan.
Ini adalah kerana lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".
Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada mendiang Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud. Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.
Bapa Putera Abdulaziz Majid adalah Putera Majid Abdulaziz, anak kepada Raja Abdulaziz.
Walau bagaimanapun, kekeliruan timbul sekiranya seseorang menyelidiki latar belakang "Putera Saud Abdulaziz Al-Saud" atau Putera Abdulaziz, kerana terdapat seorang lagi putera Arab dengan nama yang sama iaitu seorang pembunuh yang didapati bersalah telah menjalani hukuman penjara seumur hidup di United Kingdom semasa surat itu dikeluarkan.
Putera yang disabitkan kesalahan membunuh itu adalah Putera Saud Abdulaziz Nasir Al-Saud, yang sejak itu dilaporkan telah dihantar pulang ke negara asalnya untuk menjalani hukuman.
Daripada dua nama putera itu, perbezaannya tidak banyak tetapi nama bapa mereka adalah hampir sama.
Putera yang kononnya menderma dengan murah hati kepada Najib itu menurut surat dalam laporan ABC adalah Putera Abdulaziz Majid yang adalah Abdulaziz anak kepada Majid.
Sementara putera Arab Saudi yang didapati bersalah kerana membunuh dan menjalani hukuman penjara seumur hidup itu adalah Putera Abdulaziz Nasir, atau Abdulaziz anak kepada Nasir.


Laporan tindakan Muhyiddin, Mukhriz ke Lembaga Disiplin UMNO

Posted: 29 Mar 2016 08:28 PM PDT

Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya mengisytiharkan diri keluar UMNO selepas tidak lagi bersetuju dengan parti itu.
ku-nan-umno
PUTRAJAYA: Laporan berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berterusan mengkritik Presiden UMNO dan bersekongkol dengan pembangkang telah dihantar kepada Lembaga Disiplin parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai sebuah parti berstruktur, tindakan mengikut peraturan atau perlembagaan parti itu perlu, walaupun secara asasnya perbuatan mereka boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil seperti digantung keahlian atau dipecat.
"Kita bukan seperti parti politik lain yang membuang ahlinya sesuka hati, UMNO mempunyai cara dan peraturan yang perlu diikut seperti termaktub dalam perlembagaan parti.
"Oleh itu, tunggulah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang kerana saya juga menanti apa yang Lembaga Disiplin akan maklumkan kepada kami," katanya yang dipetik dari Bernama.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, berkata secara peribadi beliau berpandangan Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya mengisytiharkan diri keluar UMNO selepas tidak lagi bersetuju dengan parti itu.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata, pihaknya sedang memantau dan mengawasi perkembangan penyebaran ajaran sesat Millah Abraham@ Ibrahim yang dikesan menular di wilayah itu.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata perkembangan tidak sihat itu mula dikesan sejak lapan bulan lepas.
"Apa yang diajar sangat memeningkan tetapi barangkali oleh kerana perkara yang disebut atau diajar itu nampak mudah seperti mudah hendak berkahwin atau mudah untuk bersembahyang, ada pihak mudah terpengaruh," katanya.
Tengku Adnan berkata, modus operandi kumpulan itu ialah berpakat sesama pengikut ajaran tersebut dengan menggunakan surau sebagai platform menyebarkan fahaman kepada khalayak.
Dalam ajarannya mereka didapati mencampur adukkan ajaran Islam dan Kristian, katanya.

Muhyiddin dedah 1MDB tidak masukkan wang ke BSI

Posted: 29 Mar 2016 08:27 PM PDT

Laporannya ada dalam tangan Ketua Audit Negara
muhyiddin,1mdb,bsi
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan Penguasa Kewangan Singapura telah menyerahkan laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak dimasukkan ke akaun BSI Bank di Singapura.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, laporan berkenaan itu telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat.
"Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.
"Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun," katanya di Facebook semalam.
Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.
"Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.
"Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," tambahnya.
Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.
"(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini," tambah Muhyiddin.
Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.
"Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB," tulis beliau.
Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.
"Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
"Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah."

Khairuddin perlekeh Naib Ketua Pemuda UMNO

Posted: 29 Mar 2016 08:26 PM PDT

Khairul Azwan seharusnya melihat sokongan padu daripada rakyat yang menyokong usaha melawan pemimpin korup dalam UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
khairuddin-khairul-azwan
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memperlekehkan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang dianggapnya sebagai kaki bodek dan tidak layak menjadi pemimpin.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan membuat kenyataan itu susulan kritikan Khairul Azwan atau Azwan Bro terhadap Kongres Rakyat yang disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang, Ahad lalu.
Khairul Azwan dalam kenyataan menyifatkan Kongres Rakyat itu sebagai perbuatan jijik dan memalukan nama negara di peringkat antarabangsa.
Ketua Pemuda UMNO Perak itu berkata, Kongres Rakyat juga tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat dan pemimpin yang hadir dalam kongres itu memaparkan sifat yang jelik kerana hanya menggunakan emosi dan dendam peribadi Dr Mahathir untuk menyemarakkan kebencian terhadap Najib.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, Khairul Azwan seharusnya melihat sokongan padu daripada rakyat yang menyokong usaha Dr Mahathir dan beberapa pemimpin pembangkang dalam Kongres Rakyat yang melawan pemimpin-pemimpin korup dalam UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Khairul Azwan ini adalah kaki bodek minda lemah otak udang yang dah tak boleh berfikir secara rasional dan tidak dapat melihat sokongan padu rakyat jelata kepada kami semua untuk melawan berbagai salah aku, salah guna kuasa, penyelewengan serta rasuah di negara kita khususnya menentang tokoh pemimpin paling korup.
"Penyangak-penyangak macam Khairul Azwan mesti ditolak oleh rakyat secara habis-habisan kerana beliau tidak layak untuk nak jadi pemimpin," katanya.

Tabung Mat Sabu: Tidak perlu derma seorang Arab, ribuan rakyat hulur wang

Posted: 29 Mar 2016 08:25 PM PDT


Faiz FadzilFaiz FadzilMencatat sejarah tersendiri, kempen kutipan tabung khas untuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu ekoran kes saman isu "Projek IC Sabah", telah mencecah RM200,000 hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, pencapaian membanggakan hasil kerja keras sekumpulan gerakan awam dikenali #SahabatMatSabu itu jelas mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.
"Alhamdulillah. Syukur dan tahniah kepada urusetia Tabung Mat Sabu yang berusaha keras untuk mencukupkan jumlah sasaran RM 200,000 dalam tempoh sebulan lebih.
"Ternyata usaha kecil yang dilakukan oleh aktivis rakyat dan anak muda yang cintakan keadilan di negara ini tidak sia-sia dan mendapat sokongan orang ramai," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Mengulas kutipan bagi membolehkan Mohamad menjelaskan bayaran kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, beliau berkata, rakyat sebenarnya cukup prihatin dalam melawan kezaliman dan penindasan.
"Ternyata ramai di sana yang menyokong usaha menegakkan keadilan di negara ini dan merubah sistem pentadbiran yang dicemari dengan korupsi dan penyelewengan termasuk sistem pilihan raya.
"Ini menunjukkan rakyat Malaysia dan para pejuang ini tidak memerlukan derma yang banyak daripada seorang Arab tetapi derma yang kecil daripada ribuan rakyat adalah lebih suci dan berintegriti.
"Terima kasih kepada semua rakyat yang menyumbang. Anda adalah rakyat yang berani," tambah Faiz lagi yang juga peguam.
Terdahulu penyelaras #SahabatMatSabu, Hishamuddin Rais berkata, pihaknya akan mengumumkan hari penyerahan hasil kutipan tersebut kepada pihak peguam Mat Sabu.
Ujarnya, dalam satu kenyataan bersama Adam Adli dan Mandeep Karpall, jumlah rasmi kempen sumbangan RM10 itu akan diberitahu dalam jangka masa terdekat selepas akaun berkenaan diaudit.
Perintah mahkamah terhadap Mat Sabu itu ekoran temubual akhbar Harakah bersama beliau yang disiarkan di akhbar itu edisi Jumaat, 1-3 Februari 2013. Mat Sabu merupakan Timbalan Presiden Pas ketika itu.

Apa cerita dengan politik Terengganu?

Posted: 29 Mar 2016 07:03 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu. Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf sebagai Umno lagi?

Kalau Ahmad Said bukan Umno lagi bermakna kedudukan kini,16:16. Speaker tidak dikira sebagai Adun. Kedudukan itu boleh dikatakan DUN Terengganu dalam keadaan tergantung.

Kedudukan itu menyebabkan DUN itu tidak berfungsi. Tidak boleh dibuat apa-apa undang-undang kerana Umno tidak mendapat 2/3 di DUN.

Macam mana Ahmad Razif boleh mendakwa BN masih teguh dan tidak tergugat? Dalam situasi itu Ahamd Razif harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan dia tidak menjadi MB yang tidak berwibawa atau sebagai MB sotong. Kalau dia gagal untuk menyakinkan sokongan 2/3, tidak ada cara lain melainkan beliau harus menasihati Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Itu cara penyelesaian terbaik.

Khabar dari jauh kedengaran, Sultan tidak berapa senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Semua akan menanti reaksi daripada Sultan Terengganu yang ketika ini katakannya sedang berada di luar negeri dan akan pulang ke Terengganu 6 April ini. Tidak mustahil kalau DUN Terengganu dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan hampir setengah bulan itu.

DUN Terengganu kecuh dan kedudukan Ahmad Razif sebagai MB tergugat apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB itu mengikut Perkara 14(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Terengganu semasa sidang DUN dua minggu lepas.

Bagaimana pun usul itu tidak sempat dibahas apabila ditolak oleh Speaker. Penolakan usul itu secara teknikal menimbulkan kemarahan dan menjadi tanda tanya umum menyebabkan orang melihat Speaker telah mencemari wibawa dan kemuliaan Dewan. Speaker juga disifatkan sebagai alat kepada MB.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Tengku Razaleigh sudah makan dedak? soal A. Kadir

Posted: 29 Mar 2016 07:01 PM PDT


Deklarasi Kelantan  menyokong Perdana Menteri yang ditandatangani pada 24 Mac lalu di bangunan Parlimen.Deklarasi Kelantan menyokong Perdana Menteri yang ditandatangani pada 24 Mac lalu di bangunan Parlimen.Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini, dikatakan telah berjaya menemui beberapa pemimpin yang menyokong penyingkiran Najib melalui undi tidak percaya, kata pengkritik politik Datuk A Kadir Jasin.
Di dalam blognya beliau berkata, Tengku Razaleigh telah bertemu dan mendapat sokongan dikalangan bekas saingan Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga membuat lawatan ke Sarawak untuk merayu sokongan ahli-ahli dewan rakyat Barisan Nasional negeri itu.
Tengku Razaleigh juga bertemu beberapa raja-raja Melayu untuk memberitahu mereka tentang rancangannya.
"Dalam tempoh yang sama beliau juga bertemu Mohd Najib diam-diam di rumah dan di luar negara. Difahamkan, Mohd Najib telah menawarkannya jawatan dalam kerajaan.
"Pada 24 Mac dia menandatangani Deklarasi Kelantan kononnya berikrar memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
"Menandatangani kesetiaan kepada Mohd Najib, reaksi spontan adalah untuk menuduhnya pengkhianat peringkat tertinggi;itu makan dedak," tulisnya.

Bagaimanapun menurut Abdul Kadir lagi, beliau tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ada dua sebab.
"Pertama, saya telah mengenali Tengku Razaleigh dan modus operandinya sejak awal 1970-an ketika beliau menjadi Pengerusi Fleet Group (pemilik asal News Straits Time Press) dan Presiden Dewan Perniagaan Melayu. Saya ketika itu seorang wartawan ekonomi Bernama. Saya kerap melawatnya di Kota Bharu pada lewat 1970-an apabila beliau menerajui pembangunan negeri selepas pengambilalihan oleh Umno pada 1977-1978.
"Kedua, saya telah diberi amaran oleh ramai orang, termasuk mereka yang telah berurusan dengan dia sepanjang tempoh masa yang panjang, baginya menjaga kepentingan lebih utama. Walaupun agak kasar, beliau tidak boleh dipercayai untuk berarak dengan orang ramai.
"Salah seorang bekas operatornya berkata, beliau tidak dapat menghilangkan tabiat bangsawannya dan menunggu untuk "dinobatkan".
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh gerakan Mahathir – MT UMNO

Posted: 29 Mar 2016 06:59 PM PDT

Apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir sebagai jalan terakhir bersekongkol dengan pembangkang.
sharkar-shamsuddin-pmahathir
KUANTAN: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Mohd Sharkar Shamsudin yakin Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd Sharkar berkata, anggota majlis berkenaan juga sudah semestinya terdiri daripada mereka yang menghormati keputusan pilihan raya lalu dengan rakyat memberi kepercayaan kepada Najib untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
"Apa yang Tun M lakukan boleh dianggap sebagai the last resort (jalan terakhir)… bersekongkol dengan pembangkang. Apa sahaja jawapan yang kita beri pada dia, memang tak akan memuaskan hati kerana apa yang dia mahu ialah Najib berhenti," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.
Mohd Sharkar yang juga Ketua UMNO Bahagian Temerloh turut menyifatkan gerakan menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia yang serba mencabar.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB did not deposit money into BSI, claims Muhyiddin

Posted: 29 Mar 2016 06:58 PM PDT

Bank Negara's report is in the hands of Auditor-General, says former DPM.
muhyiddin,1mdb,bsi
PETALING JAYA: Former Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin today claimed the Monetary Authority of Singapore had submitted a report to Bank Negara regarding 1MDB money that was not deposited in the BSI Bank account in Singapore.
He said the report was sent to the Auditor-General for investigation.
"It is the norm for heads of government agencies to visit me to inform me on developments on any issue.
"In my meeting with Bank Negara Governor Zeti Akhtar Aziz, I came to know that 1MDB did not deposit the money into the BSI Bank account in Singapore.
"I also know a lot of 1MDB's transactions had violated the Financial Services Act 2013, an offence which is punishable with a maximum fine of RM50 million or a prison sentence of 12 years," he wrote on his Facebook page last night.
His post was in response to Umno Supreme Council member Puad Zarkashi's allegations published in the Berita Harian on March 26.
"Puad had said that I was lying about my meeting with Zeti and what she had shared with me on 1MDB.
"I want to stress that I did not lie. Zeti has not fully denied my statement. Puad assumed I lied because he does not know what really happened."
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir seen as facing bad karma

Posted: 29 Mar 2016 04:57 PM PDT

An Asean Today editorial recalls Tunku Abdul Rahman's failed campaign against Dr Mahathir nearly three decades ago.
mahathir-tunkuabdulrahman-1
PETALING JAYA: Former premier Mahathir Mohamad's influence is fading and he may not get far in his campaign to get Prime Minister Najib Razak to step down, says an editorial in Asean Today recently.
The article sees similarities between Mahathir's attacks on Najib and the 1987-1990 campaign against him by Malaysia's first prime minister, Tunku Abdul Rahman, who was long retired by then.
"A former prime minister coming out of retirement and travelling around the country to persuade the people to oust the sitting prime minister, criticising him for arresting arbitrarily, muzzling the media, abusing institutions and destroying Umno this was what Malaysia's first prime minister did 28 years ago," it said. "The octogenarian was in poor health and confined to a wheelchair, but was determined to stop Dr Mahathir Mohamad. The Tunku gave scathing interviews to foreign media, very much like Mahathir in recent years."
However, Mahathir was very much in control of the country and Umno when the Tunku died in 1990, it noted.
"The similarities between what happened in 1987 to 1990 and now perhaps show the power of karma. It seems like what Mahathir did to the Tunku is returning to taunt and haunt him, and it goes back to the time he pushed for the Tunku to step down as prime minister in 1970, claiming that the elder statesman was doing nothing to help the Malay struggle.
"Now, Mahathir is on a warpath against Najib Razak, claiming the prime minister is destroying the country by annihilating the economic progress he had made during his time in office from 1981 to 2003."
According to the article, Mahathir faces an uphill task because he no longer has government machinery or institutions at his disposal.
It noted that Mahathir's resignation from Umno a few weeks ago garnered "hardly a whimper" from party members.
It claimed that the Citizens' Declaration had not received the intended support.
"Many voiced their reservations about Mahathir leading this movement, saying Mahathir has a narrow intention of ousting Najib but no desire to have more systemic changes like institutional reforms or protection of rights," it said.
It would be an arduous task to get the public on board the fight against Najib, it added. ""The former prime minister needs to realise that he now has very little support, and even less sympathy. The man who wielded so much power is now powerless. Karma bites hard."
Kisah Sebenar 2.6 Billion
Selepas bergelumang dengan isu derma RM2.6 bilion oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini semuanya mungkin akan lebih terjawab apabila surat yang dikatakan daripada Putera Saud Abdul Aziz Majid telah didedahkan oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC) buat pembacaan umum.
Antara yang di tulis dalam surat itu :
"..Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang…"
Sebelum ini surat berkenaan hanya sekadar "For Your Eyes Only" , tapi apabila ianya disebarkan oleh ABC untuk tatapan umum, jadinya sukar untuk kami menyatakan kandungan isi surat ini adalah "Tidak Benar" …
image
- See more at: http://www.tv14.my/2016/03/30/surat-derma-rm2-6-bilion-sudah-diviralkan-sukar-untuk-katakan-ia-tidak-benar/#sthash.g5v0vfZ1.sdH6g3QX.dpuf

‘Gelombang aneh’ cetus perubahan Selamatkan Malaysia

Posted: 29 Mar 2016 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR, 29 MAC: Gabunganraya Selamatkan Malaysia mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia bermula malam tadi dan akan menjelajah ke seluruh negara.
lks_pentasmuafakatTujuannya adalah untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dengan pelbagai skandal dan krisis negara yang membebankan rakyat, serta melaksanakan reformasi menyeluruh institusi awam.
Walaupun diadakan pada malam hari bekerja, kehadiran memberangsangkan ribuan pelbagai latar belakang dan kaum malam tadi membuktikan rakyat sudah sedar dan bersedia untuk perubahan.
Apa yang membanggakan, semangat untuk menyelamatkan Malaysia ini telah berjaya menggandingkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dan masyarakat sivil.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ucapannya berkata, gabunganraya perlu kembali kepada asas Perlembagaan Persekutuan 1957 bagi memastikan reformasi institusi awam khususnya kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas.
Katanya, selain menuntut penyingkiran Najib dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, seluruh rakyat Malaysia melangkaui kaum, agama, budaya dan latar belakang perlu bersama-sama menjayakan hasrat Selamatkan Malaysia.
"Demi negara, rakyat Malaysia sama ada dalam komponen Pakatan Harapan seperti DAP, PKR dan Amanah atau 3.5 juta ahli UMNO dan satu juta ahli PAS perlu bersama-sama dalam satu wadah nasional untuk memastikan Malaysia menjadi negara yang dihormati masyarakat antarabangsa," ujar beliau.
Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, pula menyatakan semakin ramai ahli UMNO meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Najib.
"Kita lihat semakin ramai, seorang-demi seorang pemimpin dan ahli UMNO menuntut presiden mereka (Najib) supaya meletak jawatan.
"Jadi saya ingin menyeru mereka supaya menyertai kempen Selamatkan Malaysia ini," kata Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras.
Read More / Baca Lagi >>

Diam membisu dengan skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dedah sikap berat sebelah pemimpin BN

Posted: 29 Mar 2016 04:41 PM PDT


IPOH, 29 MAC: Tindakan pemimpin BN memperbesarkan isu pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang sah dan mengikut peraturan, hanyalah cubaan mengalih perhatian rakyat dari skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kulasegaran, berkata tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka hanya memainkan isu berhubung pemimpin parti pembangkang tetapi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Najib, yang melibatkan berbilion wang rakyat.
m_kulasegaran-e1459240763289"Saya rasa amat melucukan apabila pemimpin UMNO, Gerakan dan MCA berkelakuan seperti singa apabila bercakap tentang isu pembelian rumah Guan Eng tetapi menjadi arnab yang jinak apabila menyentuh isu skandal Najib.
"Tingkah laku mereka hanya menunjukkan perangai berat sebelah apabila melibatkan isu integriti. Tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar mereka adalah untuk mengalih perhatian orang ramai dari skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, cubaan memburuk-burukkan Guan Eng akan gagal memandangkan Setiausaha Agung DAP tersebut memberi penerangan yang jelas dan munasabah berhubung isu pembelian rumahnya.
"Guan Eng telah jelaskan isu itu dengan baik dan pemilik rumah sebelum ini, Phang Li Koon juga sudah membuat surat akuan bersumpah yang memihak kepada beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres Rakyat : Penentangan "Terbuka" Isu 1MDB

Posted: 29 Mar 2016 04:39 PM PDT

Oleh MOHD FITRI ASMUNI


Matlamat Kongres tersebut adalah bagi memastikan kepimpinan Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun
Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri 'diturunkan' berikutan kemelut dan krisis isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM 2.6 Bilion.

Kemelut yang ada sehingga kini masih tidak mampu dirungkai lagi oleh Dato' Seri Najib walaupun beliau telah beberapa kali memberi jaminan untuk menyelesaikannya namun sehingga kini, tiada perubahan telah ditunjukkan oleh beliau.

Malah pendedahan demi pendedahan telah menunjukkan bahawa beberapa penyelewengan telah dilakukan ke atas syarikat atau agensi milik kerajaan yang lain demi untuk menutup kelemahan kewangan syarikat 1MDB sehingga menyebabkan berlakunya kucar-kacir dalam sistem pentadbiran negara.

Suara mendesak agar Dato' Seri Najib berundur di akhir program oleh Tun Mahathir adalah perkara jelas yang perlu dilakukan oleh Dato' Seri Najib demi menyelamatkan Negara kita dan rakyat bersama bagi menyuarakan pendirian tegas tersebut.

Bagi Pemuda AMANAH Perak, suara akar umbi rakyat Negeri Perak perlu juga mendesak agar Dato' Seri Najib berundur dan perlu menyatakan 'suara' mereka jika sayangkan negara ini dan membebaskan sistem pentadbiran yang telah dirosakkan.

Pelbagai pendekatan oleh akar umbi boleh 'disuarakan' dengan berbagai keadaan terutamanya dan jika Dato' Seri Najib berada di Perak kelak, kita perlu sama-sama 'memboikot' kehadirannya bagi menunjukkan rasa 'marah' kita dengan apa yang berlaku.

Jika Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin berbohong di dalam isu 1MDB serta isu derma RM 2.6 Bilion terhadap Dato' Seri Najib, maka rakyat perlulah menolak mereka dan juga membawa mereka ke muka pengadilan.

Dan jika kedua-dua mereka benar, maka rakyat perlukah menghukum Dato' Seri Najib demi untuk selamatkan negara kita daripada terus disalah gunakan dan mengakibatkan ramai lagi yang akan menjadi mangsa selain Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyidin.

‪#‎HarapanBaru‬

Deklarasi Rakyat: Mahathir keluar kenyataan menghasut - Nur Jazlan

Posted: 29 Mar 2016 04:34 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mahu bertindak 'di luar jangkaan' bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai menghasut, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Tun Mahathir Beliau berkata, Mahathir pada Ahad lepas ketika perhimpunan tertutup bersama-sama pemimpin pembangkang di Shah Alam, Selangor bertindak mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Dia (Dr Mahathir) bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk melakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.   
"Tidakkah tindakan itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu yang ingin melakukan perkara 'outside the box' bagi menjatuhkan Najib.
Justeru, Nur Jazlan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan siasatan terhadap pelbagai kenyataan dikeluarkan Mahathir yang secara berterusan mahu menjatuhkan perdana menteri.
"Apa yang dilakukan Dr Mahathir hanya mahu mendapatkan publisiti dan demi kepentingan politik semata-mata. PDRM sedang siasat. Lagi banyak beliau perkatakan lebih banyak kesilapan beliau akan buat dan lebih banyak bahan untuk polis siasat," katanya.
Nur Jazlan berkata, walaupun negara mengamalkan kebebasan bersuara dan berhimpun namun jika didapati perhimpunan yang diadakan berniat menimbulkan huru-hara atau menjatuhkan mana-mana pemimpin maka polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.
"Jika siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kami akan mengambil tindakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pas-Ikatan sokong Najib subahat jenayah rasuah

Posted: 29 Mar 2016 04:24 PM PDT


Mejar (B) Zaidi AhmadMejar (B) Zaidi AhmadBekas Mejar TUDM, Zaidi Ahmad menyifatkan sikap Pas dan sekutunya, Ikatan untuk membiarkanPresiden Umno Mohd  Najib Razak terus memerintah sebagai paling tidak bertanggungjawab bahkan bersubahat dengan jenayah rasuah.
Beliau yang sebelum ini tampil mendedahkan isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke-13 lalu berkata, kedua-dua parti itu seolah-olah tidak sedar Najib telah terlibat dengan tuduhan jenayah rasuah dan rompakan wang negara yang serius.
"Presiden Ikatan 'bow tie' ni geng satu kapal dengan Pas. Orang lain sanggup kompromi perbezaan ideologi politik untuk bersatu selamatkan negara dari terus dimiskinkan oleh Rosmah dan Najib.
"Namun, Ikatan 'bow tie' dan rakan sekutunya Pas sokong Najib terus memerintah dengan alasan mereka nak kalahkan Najib dalam pilihan raya konon," ujarnya sinis dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah pentadbiran Najib, beliau berkata, perkara tersebut perlu disiasat secara telus seterusnya dibicarakan di mahkamah.
"Duit negara yang hilang terutama dalam kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad) perlu dibawa balik kembali tapi Pas dan sekutunya Ikatan tidak mahu ini semua berlaku sebaliknya mahu Najib dilepaskan begitu saja," bidasnya.
Melihatkan dasar Pas yang mesra Umno mutakhir ini, Zaidi yang juga Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjangkakan rakyat akan menolak Pas di peti undi nanti.
"Rakyat pastinya akan menghukum Pas pada PRU (pilihan raya umum) akan datang kerana terbukti mereka sekarang menjadi tongkat kepada Umno-BN," tambahnya lagi.

Inikah yg dikatakan undang2 Malaysia yang adil ???

Posted: 29 Mar 2016 04:21 PM PDT

Anda fikir2kanlah...

Keadaan (1).. Khir Toyo yg BERKEADAAN SIHAT SEJAHTERA jalani hukuman penjara 12 bulan dapat bebas keluar penjara dengan parol jalani baki tahanan di dalam rumah.

Keadaan (2).. Anwar yg KURANG SIHAT & terjejas kesihatannya tidak dibenarkan jalani tahanan di rumah KERANA ZAHID HAMIDI BAGI TAHU Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah..

NAMPAK TAK PUTAR BELIT ZAHID !!!.. Banduan Umno lagi mulia & beruntung berbanding jadi banduan pembangkang..

Sallehin bidas Husam, PAS tak pernah sekongkol selamatkan Najib

Posted: 29 Mar 2016 04:12 PM PDT

Anina - Duk Pertikai Agenda Deklarasi, Tapi Satu Isu Pun Najib Tak Jawab

Posted: 29 Mar 2016 04:10 PM PDT

'Tun M bebas menjelajah selepas dipecat dari Petronas' - Sanusi Junid

Posted: 29 Mar 2016 04:09 PM PDT

Akar umbi Umno digesa buat usul undur Najib

Posted: 29 Mar 2016 04:08 PM PDT

Comments (0)