Followers

Nuffnang

Komentar Kini

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:24 PTG | Posted in

sumber :-

Komentar Kini


Kita tidak kenal musuh sebenar?

Posted: 31 Mar 2016 05:24 PM PDT



Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah, pada rencana kolum Isnin akhbar Sinar harian bertajuk Kenalilah musuh sebenarnya.

Penulis berani buat kesimpulan, memang kita tidak mengenali musuh sebenar kita. Atas sebab ini kita sering ditipu dan tertipu.

Bukan setakat itu sahaja, malah kita sangat mudah ditipu dan kena tipu, termasuk habis harta benda dan jadi muflis.

Rencana Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah ditulis berdasarkan pas yang sering terperangkap kes kena tipu atas sebab tidak kenali musuh sebenarnya.

Oleh itu, beliau sangat sangat mengharapkan pas kenalilah musuh sebenarnya dan meminta mempertahankan kerusinya, malah patut menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU14.

Sesiapa pun pasti marah apabila kita berkata saudara tidak kenali musuh sebenarnya saudara.Apatah lagi dengan pucuk kepimpinan pas yang rasa diri masing masing bagus.

Kalau kita mengenali musuh sebenarnya mana mungkin boleh melakukan korban apa sahaja, termasuk mengadakan kerjasama dengan DAP anti Islam itu.

Agama Islam melarang kita  tolong orang orang kafir sebaliknya kita gemar dan cenderung menolong orang kafir.

Pada hal Allah SWT sudah beritahu dengan jelas dan nyata bahawa orang orang kafir adalah musuhNya. Musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Allah Larang kita duduk bersama sama dengan orang orang kafir, tapi kita bekerjasama dengan partinya atas nama kalau sendirian tidak boleh menang dalam pilihanraya.

Bukan setakat itu sahaja, malah dibuat kenyataan terbuka menerusi media massa, boleh berkawan dengan yahudi dan kristian tidak memusuhi kita.Kita tidak rugi bekerjasama dengan DAP

Pada hal Allah SWT sudah nyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa Orang orang Yahudi dan Nasrani sekali kali tidak akan bersetuju dan suka dengan Nabi Muhammad SAW.

Jikalau Nabi Muhammad dibenci. Apatah lagi dengan kita sebagai manusia biasa ini yang tidak pernah bebas dengan berbuat dosa.

Sah, bahawa kita memang tidak kenali musuh sebenarnya kita. Kalau kita kenali musuh sebenarnya kita, mana mungkin kita berbuat suatu yang dilarang Allah yang telah dinyatakan didalam Al Quran.termasuk matlamat menghalalkan cara.

Allah SWT larang kita jangan jadi macam kafir dan jangan sekali kali ikut kafir.Tapi hari ini kita telah, sedang dan akan jadi macam kafir dan ikut kafir.


Comments (0)