Followers

Nuffnang

kalam Perantau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Selepas Kedah, giliran politik Terengganu bergolak? 

Posted: 27 Mar 2016 08:58 PM PDT

Oleh: Shuhaimi Al Maniri

Belum pun pergolakan politik Kedah yang dicetuskan Ahmad Bashah terhadap Mukhriz Mahathir reda, tetiba Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya pula melempar 'bom jangka' kepada politik Pulau Pinang dengan meminta SPRM menyiasat dakwaannya di Parlimen bahawa Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang melakukan rasuah dengan membeli rumah banglo dibawah harga pasaran semasa seperti yang dilakukan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo.

https://i1.wp.com/assets.nst.com.my/images/articles/irb27.transformed.jpgDilaporkan dalam pelbagai media, Lim Guang Eng membeli sebuah rumah banglo daripada Miss Phang pada harga RM 2.8 juta. Sebelum itu pada tahun 2008, hartanah tersebut dibeli pada harga RM 2.5 juta dan telah dilakukan ubahsuai sebelum disewakan kepada beliau dengan kadar RM5,000 sebulan sehingga dijualkan kepada beliau pada tahun 2015.

Ekoran kenyataan ini perdebatan di parlimen menjadi kecoh terutama dari blok Pakatan Harapan. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan jarang berada di parlimen  kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan media di Komtar, George Town, Pulau Pinang pada 18.3.2016 'menjemput' Datuk Shabudin Yahaya, Pengerusi PERDA merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka secara satu-sama-satu "Mencari Kebenaran Daripada Fakta" di hadapan pihak media massa di pejabat saya di Komtar pada hari Ahad, 20 Mac ini jam 11am.

Sebagaimana yang dijangka, tidak ada keperluan untuk ahli politik UMNO Pulau Pinang tersebut untuk memenuhi jemputan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang daripada parti DAP. Malah Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula mencabar Lim Guan Eng memberi penjelasan secara gentleman di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa bukan mencabar Shabuddin pada Ahad ini kerana kenyataan Datuk Shahbudin di Parlimen meminta SPRM menyiasat dakwaannya bukan minta berdebat dengan Guan Eng.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan hal pembelian rumah ini dengan lebih mendalam sama ada berlaku rasuah atau tidak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan selanjutnya.

Mungkinkah DUN Terengganu dibubarkan sebelum PRU14?

Dalam kolum Kalam Perantau pada dua minggu lepas, saya ada menulis, "Tidak dipastikan sama ada akan berlaku atau tidak lagi pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain selepas ini sebelum Pilihanraya Umum ke-14 nanti".

Sejak pertukaran Menteri Besar pada 2014, politik negeri Terengganu kembali tenang dan sesekali berlaku 'suam-suam kuku' dipermukaan, tetiba mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dalam ucapannya pada 8hb Mac, 2016 ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyebabkan DUN Terengganu menjadi kelam kabut seketika.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Datuk Abdul Razif Abdul Rahman yang lebih terkenal dengan jolokan "Menteri Besar Seberang Takir" ini mampu atau tidak bertahan hinggga akhir penggal ini. Ura-ura untuk beliau membubarkan DUN Terengganu tidak dapat ditolak jika kerajaannya yang ibarat 'telur dihujung tanduk' tidak dapat dipertahankan daripada serangan dalaman UMNO sendiri.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah status ADUN Kijal tersebut, sama ada masih menjadi ADUN UMNO dan penyokong kerajaan ataupun sudah bertukar menjadi ADUN Bebas kerana peruntukan beliau sebagai ADUN Kerajaan telah ditarik balik dan diuruskan sendiri oleh Pejabat Menteri Besar.

Jika usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Razif dibenarkan oleh DUN Terengganu baru-baru ini, belum tentu Datuk Razif Abdul Rahman tidak mengalami nasib yang sama seperti Daud Samad, Menteri Besar Terengganu.

Ternyata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong "menyelamatkan" Datuk Razif dari kerusi Menteri Besar dengan menolak usul itu dan kemudian menangguhkan sidang DUN.

https://kalamperantau.files.wordpress.com/2016/03/c7226-razifmatsaid.png?w=320&h=225Ianya bukan lagi ibarat 'telor dihujung tandok' tetapi merupakan 'mimpi ngeri' kepada Razif kerana Ahmad Said tidak akan duduk diam bila Razif juga telah berndak balas. Jika ADUN Kijal bukan lagi ADUN Umno dan Penyokong kerajaan maka DUN Terengganu terikat 16 (UMNO) dan 16 (14 PAS, 1 PKR dan 1 Adun Kijal) disebelah pembangkang.

Percaturan politik di Terengganu sekarang ini adalah bergantung kepada usaha Ahmad Said (ADUN Kijal) untuk menjadi 'kuasa politik ketiga' di DUN Terengganu yang terdiri dari UMNO (16 kerusi) dan PAS (14 kerusi) serta PKR (1 kerusi) setelah ADUN Kijal ditolak oleh Menteri Besar Terengganu.

Kalau 'kuasa politik ke3' dalam DUN Terengganu yang bakal diusahakan Ahmad Said dapat mengumpulkan lebih daripada 3 orang ADUN, kuasanya tawar menawar mantan Menteri Besar (yang bukan pilihan UMNO sebelum ini) menjadi lebih besar daripada beliau bersendirian sahaja menjelang PRU ke-14 akan datang.

Tidak dapat dipastikan sama ada politik Datuk Razif di Terengganu sekarang ini mampu bertahan sehingga hujung penggal atau pun terpaksa dibubar DUN lebih awal bagi diadakan pilihanraya negeri yang baru sekiranya beliau tidak berjaya menangani 'api dalam sekam' politik UMNO di negeri tersebut.

Setakat ini Menteri Besar yang paling singkat dalam sejarah kerajaan negeri Terengganu adalah Daud Samad dari PAS yang mampu bertahan dari PAS pada 1959 – 1961, iaitu selama 2 tahun lebih sahaja.


Comments (0)