Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:02 PTG | Posted in

sumber :-

Duke of UMNO


WELCOME BACK MY BROTHER, DR KHIR TOYO...

Posted: 29 Mar 2016 09:20 PM PDT


Alhamdulillah... saya difahamkan Dr Khir Toyo telah dibebaskan dari tahanan penjara Kajang lepas 6 bulan kat situ.. beliau kini jalani hukuman parol kat rumah untuk 2 bulan terakhir.. 

Dr Khir yang saya kenal is a very humble person, orangnya ada agama, smart person dan memang betoi "anak kampung"... secara peribadi, saya memang amat menghormati beliau.. bagaikan seorang abang bagi saya...

Saya tahu tentang persepsi negatif segelintir masyarakat pada Dr Khir.. saya tahu apa yang orang kata padanya.. tapi Dr Khir yang sebenar bukanlah seperti yang disangka.. 


Mungkin beliau terpaksa menjalani hukuman penjara.. kedaulatan undang-undang perlu kita patuhi.. tapi dari sudut moral, saya berpendirian bahawa Dr Khir tidak lakukan sebarang kesalahan sebab dia beli rumah terbengkalai yang separa "reput"..

Saya ada la sekali pi jengok rumah tu masa dok kecoh dulu.. rumah tu dinilai secara sah dan Dr Khir buat pinjaman bank.. beliau terpaksa tawar harga yang agak rendah sikit sebab loan yang dipohon hanya diluluskan pada jumlah tu saja... kalau beliau apply loan lebih tinggi dari tu, bank akan tolak..

Tapi mungkin benar ada yang cuba nak aniaya Dr Khir.. maka, beliau didakwa dan didapati bersalah dari sudut undang-undang... moralnya, penjawat awam jangan beli rumah dengan harga yang murah walau diberi diskaun... conflict of interest katanya... okay? 

Selesai dah kes tu, hukuman pun dah dijalankan dan berbaki beberapa bulan ja lagi melalui sistem parol.. saya anggap semuanya dah selesai... takdak isu lagi dah...

Saya dok di Kedah sekarang... kalau boleh, nak ja saya pi bertemu Dr Khir sekarang.. teringin sangat nak salam dengan beliau... sembang panjang berjam-jam dengan Dr Khir macam dulu-dulu... seronok sembang dengan Dr Khir...


Anyway, welcome back my brother.. kalau turun ke Kedah, don't forget to give me a call.. kalau ada rezeki, insyaAllah kita akan bertemu kembali... Semoga kembali berjuang demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu...

Pada pihak berkenaan, tunggu je pembalasan dari Allah dari mereka yang dizalimi.. doa orang yang dizalimi tu mustajab dan tiada hijab yang menghalang... insyaAllah...


Comments (0)