Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:36 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Najib PM paling huduh dan menyusahkan rakyat

Posted: 31 Mar 2016 07:46 AM PDT

MSO

Najib apakah PM ini ada maruah?
 
Najib Razak mencatatkan sebagai seorang perdana menteri paling huduh dan menyusahkan rakyat di negara ini mungkin sehingga abad ini. Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia terpaksa memikir mengenainya, tetapi dunia lain juga memberi perhatian kepadanya.

Dunia jagi geger dengannya.

Semua benua memberi tumpuan kepada Najib dan menanti apakah kesudahannya nanti. Najib bukan sahaja menarik pemerhati politik dalam negaranya, tetapi di luar juga. Dia menjadi seolah penggerak baru dunia.

Tengoklah laporan media massa dunia semua melapor dan memperkatakan hal Najib.

Kedudukan Najib hari ini juga boleh menyapu rekod cemerlang yang dicatat oleh bapaknya Razak Husein sebagai PM Malaysia yang ke-2.

Najib dan Malaysia tercemar apabila beberapa isu yang mengelilingi dirinya seperti skandal kewangan membabitkan jumlah yang banyak. Angka popular dikaitkan dengan Najib RM2.6 bilion, dan angka itu bertambah menjadi sekali ganda, di mana hari ini nilai skandal membabitkan Najib berjumlah lebih RM4 billion. Itu laporan atau "fitnah" terbaharu. Isu Najib berpanjang memasuki tiga tahun.

Belum pernah berlaku sebelum ini pembesar Malaysia dikaitkan dengan skandal berskala besar seperti dihadapi Najib. Najib adalah mencatat rekod berkenaan dan mustahil rekod itu akan dapat diatasi sesiapa menjadi perdana menteri Malaysia selepas ini. Kalau campur Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin jadi PM pun masih belum terlawan Najib.

Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai PM terzalim dan kejam kerana memenjarakan timbalannya Anwar Ibrahim, pun tewas kepada Najib. Najib sebenarnya bukan sahaja ikut memenjarakan Anwar untuk menjaga kuasanya, tetapi melakukan kerosakan dan pencemaran politik lebih daripada itu. Ini yang orang terkejut dan berasa pelik dengannya.

Sama ada segala tuduhan ke atas Najib itu benar atau merupakan fitnah, tetapi ia telah meletakkan Najib di ranting teratas dan Malaysia dikenali dengan sebuah negara yang pemimpinnya huduh dan busuk. Kalau ia fitnah tentu ada sebab musabab yang terarah ke situ? Dan sebagai perdana menteri dan kerajaannya Najib harus membersihkan fitnah berkenaan. Itu tanggungjawab, tetapi tanggungjawab itu diabaikan begitu sahaja.

Pendedahan mengenai angka skandal Najib didedahkan oleh WSJ. WSJ bukan calang-calang akhbar seperti Harakah atau Utusan Malaysia. Najib mengancam untuk menyaman akhbar berkenaan beberapa kali. Tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ. Malahan akhbar berpusat di London itu makin galak menggeletek Najib.

Segala tuduhan dan tohmahan terhadapnya, gagal dijawab oleh Najib. Aparat kerajaan, Polis, SPRM, AG dan sebagainya digunakan Najib wewenang dengan penuh tektikal bagi meredakan keadaan dan menyakinkan rakyat kepada kepimpinannya, namun ia gagal. Terbaharu telah berlangsung Kongres Rakyat, gerakan massa terbesar untuk menyingkirkan Najib.

Najib dan pentadbirannya dikaitan dengan pelbagai isu hanya setelah setahun sahaja beliau mengangkat sumpah menjadi PM ke-6 Malaysia. Jenayah dan skandal adalah ikon kepada masalah pentadbiran Najib. Apa dilakukan Najib lebih teruk dan dahsyat daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Jenayah pertama yang dikaitkan dengan Najib dan ia hampir mejerumuskan PM itu ialah pembunuhan modeling dari Mongolia Altantuya Shaariibuu. Walaupun kes itu sudah dianggap selesai dan si terdakwa sudah dihukum, namun jenayah itu tetap membayangi Najib. Ia dianggap belum selesai apabila timbul berbagai-bagai perkembangan terbaharu dan kemisterian tentangnya dari masa ke semasa.

Rakyat Malaysia dan dunia masih berasa belum tuntas mengenai kes berkenaan.

Proses keadilan terhadap jenayah itu masih dilakukan oleh keluarga mendiang Altantuya. Sementara timbul pula berbagai perkembangan dan penemuan bukti baharu berhubung kejadian itu. Apa yang dinamakan SD daripada salah seorang terdakwa yang sudah terhukum menerbitkan persepsi menyangsikan dalam kes berkenaan.

Dan "pelindungan" diberikan kepada Sirul Azhar Umar di Australia, tambah menjadikan jenayah itu hidup dan diperkatakan. Kes pembunuhan Altantuya terus dikaji dan didiknosis oleh dunia. Setiap kajian itu pula ia tidak dapat tidak akan mengaitkan dengan Najib.

Selain Najib diputar dan terbelit dengan jenayah itu, dia juga berhadapan dengan kredibiliti dirinya yang dilihat dipengaruhi oleh isterinya Rosmah Mansor. Rosmah diperkatakan banyak mempengaruhi Najib bukan sahaja dalam soal rumah tangga, tetapi pentadbiran negara juga sehingga menjejaskan wibawa Najib sebagai PM. Bahkan kedegilan Najib untuk berundur setelah tertekan dengan asakan rakyat, dipertahankan oleh Rosmah. Rosmah dianggap roh kepada Najib sebagai PM.

Rosmah mengatur Najib bukan sahaja dalam hal ehwal rumah tangga, ekonomi mereka, tetapi dalam pentadbiran, juga termasuk pembentukan Kabinet. Apakah benar atau tidak peranan Rosmah, tetapi dakwaan itu sudah menjadi cakap-cakap umum. Yang bercakap bukan kalangan politik tetapi pelajar, kaum ibu dan pegawai kerajaan. Ahli Umno termasuk kawan Najib juga bercerita secara senyap dan mereka meluat dengan isteri PM itu.

Keborosan Rosmah dalam berbelanja dan menggunakan kemudahan Kerajaan seperti jet eksekutif telah merosakkan imej Najib sebagai perdana menteri. Najib dan isterinya berbelanja lebih daripada golongan bangsawan belanja.

Selain daripada skandal kewangan dan campur tangan isterinya, Najib juga rosak ekoran beberapa tragedi dan kejadian lain menimpa negara. Misalnya kehilangan MH370 yang kini masih tidak ditemui. Rentetan itu juga penembakan sebuah lagi pesawat MH 17 di Ukrain. Tragedi itu menjadikan Najib dikenali dan Malaysia disebut oleh mulut dunia. Apakah mungkin kejadian itu sebagai bahana ke atas pentadbiran Najib yang dipertikaikan itu?

Malang bagi Malaysia, negara ini sepatutnya dikenang indah serta sebagai sebuah negara sedang membangun di Asia Tenggara yang menuju mercu kejayaan sebaliknya sejak ia diambil Najib Malaysia dikenang dan diimpikan sebagai sebuah negara yang menuju porak peranda.

Orang Melayu mungkin juga berasa sedih dengan Najib kerana dia bukan sahaja merosakkan nama negara tetapi dia juga memusnahkan parti Umno yang dianggap parti keramat itu. Dia membunuh legasi agung bapaknya sendiri. Umno mungkin selepas ini tidak akan ada lagi ia bakal musnah bersama Najib.

Tun Mahathir dijangka sertai himpunan mansuh GST Sabtu ini

Posted: 31 Mar 2016 07:38 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Mohamad dan jawatankuasa penganjur Himpunan Mansuh GST seusai sidang media.Mohamad dan jawatankuasa penganjur Himpunan Mansuh GST seusai sidang media.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menyertai perhimpunan aman 'Turun Najib Mansuhkan GST' pada 2 April ini.

Komander himpunan Mohamad Sabu berkata, pihak penganjur telah memaklumkan berkaitan perhimpunan tersebut kepada Mahathir dan tidak menolak kemungkinan beliau akan hadir.

"Tun Mahathir juga akan bersama kita di Dataran Merdeka pada 2 April. Himpunan di Ampang hari itu beliau tak beritahu untuk hadir tetapi tiba-tiba hadir dan kita yakin Tun akan turun pada Sabtu ini," kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah di ibu Negara hari ini.

Himpunan sempena setahun Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) dilaksanakan itu akan bermula pada jam 2 petang dan dijangka berakhir secara aman pada jam 6 petang.

Mereka akan berhimpun di tiga tempat iaitu Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Sultan dan Pasar Seni kemudian bergerak ke Sogo sebelum berhimpun di Dataran Merdeka.

"Kita tak katalah yang berpakaian hitam tak boleh hadir tapi digalakkan berpakaian hitam dan turun beramai-ramai," katanya yang juga presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara itu, ketua pemuda Amanah Nasional Sany Hamzan menyeru seluruh rakyat Malaysia hadir secara aman dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara.

"Seperti dimaklumkan, ini himpunan aman dan semua rakyat Malaysia mesti hadir dalam keadaan baik.

"Kalau ada sebarang provokasi itu bukan daripada peserta himpunan tertapi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan ingin mencetuskan kekacauan," tegasnya.

Pengerusi Jingga 13 Fariz Musa pula berkata, pihaknya memberikan komitmen penuh terhadap himpunan tersebut dan akan berhimpun di Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka.

"Jingga 13 daripada awal memberikan sokongan penuh kepada himpunan dan mahukan rakyat yang menolak GST untuk sama-sama menyatakan sokongan dengan turun pada Sabtu ini," katanya.

Seramai 600 petugas keselamatan daripada Unit Tindak DAP (Tindak), Skuad AMK PKR dan Amal Relief Amanah (ARif) akan bertugas mengawal kelancaran himpunan.

Menurut Mohamad Sabu juga, pihak polis juga sudah dimaklumkan mengenai himpunan ini dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak keselamatan.

"Kita dah maklumkan kepada pihak polis dan seperti biasa layanan polis sangat baik dan memberikan layanan yang mesra," katanya.

BN gentar, guna undang-undang zalim sekat pendedahan skandal Najib

Posted: 31 Mar 2016 07:29 AM PDT

howard lee


Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Saat negara lain menuju ke arah proses pendemokrasian yang lebih jitu, kerajaan UMNO-Barisan Nasional cuba melawan arus dengan menggunakan pelbagai undang-undang untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengekang kebebasan maklumat.

Ia terbukti apabila Kementerian Dalam Negeri berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap dua wartawan Australia dari Four Corners, terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) berhubung laporan kritikal ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti dilapor media.

Pengarah Biro Hal Ehwal Antarabangsa Sosialis Muda (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How, berkata tindakan kerajaan UMNO-BN cuba menyekat kebebasan maklumat itu sudah tidak relevan dan seolah-olah cuba menyongsangkan pembangunan tamadun.

"Kita kini hidup dalam zaman teknologi maklumat. Malah, negara-negara maju sudah mula menerima kebebasan maklumat sebagai salah satu hak rakyat. Namun, di sini ia berbeza dan melawan arus.

"Tindakan kerajaan itu seperti menyongsangkan pembangunan tamadun apabila kerap mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bersuara dan menyampaikan maklumat," katanya kepada Roketkini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini bahawa kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap wartawan Four Corners, Linton Besser dan pengendali kamera, Eroglu Levent atas dokumentari yang membongkar skandal Najib bertajuk 'State of Fear: Murder and Money in Malaysia' jika mereka kembali ke Malaysia.

Dua individu itu sebelum ini ditahan dan dihantar pulang semasa penggambaran awal dokumentari tersebut awal bulan ini kerana cuba menyoal Najib tentang skandal kewangan dan aliran tunai ke dalam akaunnya.

Howard yang juga Ketua DAPSY Perak merangkap Adun Pasir Pinji turut mempersoal niat sebenar kerajaan UMNO-BN apabila mahu mengekang kebebasan maklumat dan menutup mulut rakyat di negara ini dengan menggunakan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Apakah hasrat sebenar kerajaan apabila mereka menyekat akses rakyat terhadap maklumat? Adakah ia kerana rakyat sudah semakin celik dan dapat menilai mana baik atau buruk?

"Atau adakah supaya kerajaan dapat menutup mulut sesetengah pihak dari mendedahkan skandal-skandal melibatkan pemimpin kerajaan kepada umum?"

"DAPSY bersolidariti dengan mana-mana wartawan di dalam mahupun luar negara serta memohon supaya mereka terus memperjuangkan kebenaran walau digertak oleh sesiapa pun," katanya.

Beliau mengumpamakan tindakan kerajaan itu ibarat peribahasa Cina yang berbunyi, "kertas tidak boleh membalut api" bermaksud kezaliman mungkin dapat memenjarakan pembawa kebenaran tetapi ia akan ditewaskan oleh kebenaran itu sendiri.

Katanya, rakyat diharap tidak mudah terpengaruh dengan dakyah UMNO-BN, termasuk yang dipaparkan di media cetak dan elektronik, termasuk TV3. yang sememangnya dikuasai oleh kerajaan UMNO-BN dan kroni mereka. – Roketkini.com


Kadar GST bakal naik?

Posted: 31 Mar 2016 07:18 AM PDT

chong chieng jen

 Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan UMNO-BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada 10 peratus ekoran daripada pasaran harga minyak mentah dunia yang tidak menentu dan murah ketika ini?

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen meramalkan kenaikan tambahan empat peratus daripada kadar sekarang mungkin berlaku memandangkan sebahagian besar pendapatan Kerajaan Persekutuan bergantung kepada keuntungan penjualan minyak mentah.

Beliau berkata, semasa pelaksanaan GST dikuatkuasakan pada April tahun lalu, harga setong minyak adalah dianggarkan $USD100 pertong, manakala berdasarkan pengiraan semasa harga setong minyak mentah dunia ialah sekitar $USD40 setong.

Sehubungan itu, berdasarkan pengiraan dan faktor tersebut, dapat disimpulkan bahawa kerajaan UMNO-BN berpotensi menaikkan peratusan GST sebanyak empat peratus, jelas Chieng Jien yang juga Adun Kota Sentosa.

"Justeru, bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang bakal tiba tidak lama lagi ini, pihak DAP akan terus mendesak supaya cukai yang membebankan itu dimansuhkan," katanya. – Roketkini.com


Hilang punca lepas demo teksi di Bukit Bintang

Posted: 31 Mar 2016 07:12 AM PDT

 
OLEH AMRAN JAN


Demonstrasi pemandu-pemandu teksi berdaftar Lembah Kelang ke atas operasi 'kereta sapu' haram Uber dan Grabcar di Bukit Bintang benar-benar menunjukkan Pengerusi SPAD Tan Sri Hamid Albar tidak punya kelayakan/pengetahuan dalam mengurus perjalanan industri perkhidmatan pengangkutan awam berkaitan teksi.

Hamid Albar bertambah buntu apabila demonstrasi ini dilakukan secara mengejut dan tidak diketahui siapakah penganjurnya.

Pada hari kejadian, pegawai-pegawai SPAD begitu sibuk menghubungi beberapa pengerusi persatuan sama ada terbabit atau tidak dalam demonstrasi tersebut.
 
Seingat saya, sudah berkali-kali persatuan-persatuan pemandu serta pengusaha teksi membangkitkan isu pengharaman aplikasi haram Uber dan Grabcar, namun sehingga kini ia semakin berleluasa dan nampaknya Hamid Albar seperti hilang punca.

Hamid Albar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa operasi Uber adalah haram, namun baru-baru ini pula dilaporkan berkata bahawa kadar tambang Uber hendak diselaraskan! Dua kenyataan yang amat mengelirukan.

Uber dilihat semakin ghairah beroperasi malah berani mencabar SPAD dengan kenyataan akhbarnya "akan menyediakan 100,000 kenderaan Uber atas jalan raya" tanpa menghiraukan 'amaran' serta peruntukan undang-undang SPAD.

Senario ini seolah-olah menunjukkan bahawa 'kereta sapu haram' Uber ini akan mendominasi industri teksi yang bawah seliaan SPAD. Dalam erti kata lain, perkhidmatan teksi negara telah dikawal oleh Uber, bukannya SPAD.

Sikap 'sombong bodoh' pengerusi SPAD ini telah menyebabkan masa depan warga pemandu teksi menjadi tergugat.

Sebagai seorang pengerusi sebuah suruhanjaya yang tidak ada pengetahuan mendalam tentang perjalanan industri teksi sebelum ini, Hamid Albar sepatutnya berani berdepan mendengar permasalahan juga bantahan dari persatuan teksi dalam mencari penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu.

Beliau tidak perlu lari dari kritikan kerana dengan adanya kritikan itulah yang membolehkan SPAD menjadi lebih cepat matang.

Beliau juga tidak seharusnya menepis sesuatu kritikan kelemahan fungsi agensi SPAD dengan alasan "jangan politikkan isu teksi" kerana ia dengan sendirinya akan menimbulkan persepsi umum bahawa "SPAD telah memutarbelitkan isu" untuk menutup kelemahannya.

Bagi seluruh warga pemandu teksi, kami berpendapat bahawa inilah natijahnya bila pengerusi SPAD masih lagi bersikap "sombong bodoh" dalam mencari penyelesaian berkaitan isu 'kereta sapu haram' atas talian ini.

Saya bagi pihak seluruh warga pemandu teksi berdaftar negara, menyarankan kepada perdana menteri agar Tan Sri Hamid Albar dipecat dari jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

*  AMRAN JAN pemandu teksi bermeter.


WSJ: PM belanja AS$15 juta untuk cuti, barang kemas

Posted: 31 Mar 2016 05:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap boros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625.

Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.

Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta beberapa bulan sebelum itu.

Kereta mewah

Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.

"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.

Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.

"Di antara 2011 dan 2014, Najib memindahkan lebih AS$14 juta kepada Jakel, menurut dokumen.

Syarikat itu mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu, sut, pakaian perkahwinan dan kelengkapan rumah."

WSJ berkata terdapat juga perbelanjaan yang dicatatkan pada 28 Jun, 2011, di Signature Exotic Cars, pengedar kereta di Kuala Lumpur dengan harga AS$56,000.

"Kad kredit Najib juga mencatatkan perbelanjaan €750,000 pada Ogos 2014 di cawangan Itali, De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas milik Switzerland.

"Seorang pekerja De Grisogono mengesahkan Rosmah, isteri perdana menteri, adalah pelanggan di kedai emas syarikat itu di cawangannya di Porto Cervo, sebuah resort kecil di Sardinia. De Grisogono enggan mengulas."

WSJ juga menghubungi beberapa syarikat lain yang didakwa terlibat dalam urus niaga berkenaan, tetapi semuanya tidak mahu mengulas.

Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi.





DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April

Posted: 31 Mar 2016 05:23 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11.

Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.

" Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu," katanya di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.

Ini adalah kali pertama Adenan menerajui BN Sarawak dalam pilihan raya berikutan persaraan Taib sebagai ketua menteri selepas 33 tahun berkuasa.

Sebanyak 82 kerusi dewan undangan negeri akan dipertandingkan pada pilihan raya ini. 

Ia meningkat berbanding 71 kerusi pada pilihan raya negeri lalu yang diadakan pada 16 April 2011.

11 kerusi baru adalah susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun lalu.

Adenan yang berusia 72 tahun itu telah memanfaatkan kerusi baru berkenaan untuk menyelesaikan masalah berhubung pengagihan kerusi kepada SUPP dan SPDP serta parti serpihan masing-masing, UPP dan Teras yang mesra BN.

Daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-10, BN menguasai 55 manakala DAP 12 dan PKR tiga. Terdapat seorang wakil Bebas.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.


Rafizi tak mahu Arul Kanda pergi begitu saja

Posted: 31 Mar 2016 04:36 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Hasrat Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk meninggalkan 1MDB mungkin tidak semudah difikirkannya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, pengkritik utama syarikat pelaburan negara sarat hutang itu, berkata Arul Kanda masih bertanggungjawab terhadap dakwaan skandal 1MDB yang berlaku bawah pentadbirannya.

"Dan dia masih bertanggungjawab dengan tindakan sebelum ini," kata Rafizi.

"Saya harap polis cepat tangkap dia untuk siasatan."

Arul Kanda dilantik menerajui 1MDB setahun lalu di tengah-tengah pelbagai dakwaan skandal terhadap syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dalam wawancara dengan Bloomberg yang berpangkalan di Amerika Syarikat, semalam, Arul Kanda berkata tugasnya dalam 1MDB telah selesai dan beliau sudah melakukan lebih daripada sepatutnya.

Rafizi sebelum ini membangkitkan sebuah lagi dakwaan terhadap 1MDB yang didakwa berlaku pada era Arul Kanda, yang memetik maklumat daripada dokumen kerajaan yang didakwa berstatus sulit.

Ia dikatakan mempunyai kaitan dengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dakwaan itu dilaporkan kepada pihak polis semalam dan Rafizi telah dipanggil memberi keterangan

Ali Tinju sampaikan memo anti-DAP penuh drama

Posted: 31 Mar 2016 04:32 AM PDT

Yap Jia Hee

 


Kumpulan anti-DAP yang menamakan diri mereka Gerakan Merah hari ini menghantar memorandum mengkritik setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, memorandum mengkritik Lim, ketua menteri Pulau Pinang itu sampai dengan penuh drama di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Kumpulan 30 orang dipimpin oleh Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, pada mulanya disambut oleh anggota jawatankuasa DAP Selangor Edry Faisal Yusof.

Drama bermula apabila mereka enggan menyerahkan dokumen itu kepada orang Melayu.

"Kami mahu orang Cina keluar terima memo. Kami tak nak orang Melayu (terima). Orang Melayu tak ada kaitan dengan ini.

"Maruah Melayu jangan digadaikan," laungan salah seorang ahli Gerakan Merah dengan marah.




DAP sering digambarkan musuh politiknya sebagai parti Cina walaupun semakin ramai orang Melayu menyertainya akhir-akhir ini.

Susulan penolakan itu, DAP terpaksa menghantar Ketua Pentadbir Ibu Pejabat DAP Chu Yoon Ming sebagai wakil untuk menerima memorandum itu.

Setelah menerimanya, Chu memberi pula memorandum balas DAP kepada kumpulan itu.

Memorandum itu menyeru Gerakan Merah untuk bersama-sama dalam kempen "Selamatkan Malaysia" yang mendesak pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Namun, Ali Tinju enggan menerima memorandum daripada Chu dan bertindak drastik dengan mencampakannya ke lantai lalu memijak memorandum DAP itu.

Dengan marah beliau berkata: "Kami tak nak (memorandum DAP)".

Dalam memorandumnya, Gerakan Merah mahu Lim bercuti sementara ke atas isu pembelian banglonya bawah harga pasaran di Pulau Pinang berjalan.

Mereka sebelum itu tiba di ibu pejabat DAP dengan kain rentang sambil melaungkan slogan anti-Lim seperti "Lim Guan Eng rasuah", "Lim Guan Eng tipu rakyat" dan "Hancur Lim Guan Eng".


Tiada lagi soalan RM2.6b, Pandikar kata ia subjudis

Posted: 31 Mar 2016 04:27 AM PDT

MALAYSIAKINI




Soalan berhubungan dengan sumbangan atau derma RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah subjudis, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ini secara langsung bermakna bahawa soalan mengenai skandal itu tidak lagi akan dibenarkan disoal atau dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Dalam satu nota kepada ahli parlimen, Pandikar berkata semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam ke atas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana membersihkan Najib daripada sebarang adalah subjudis mengikut Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) .

Ia menyatakan bahawa "soalan tidak boleh dibuat kerana ia mungkin menjadi subjudis kepada kes yang dibicarakan atau disoal dalam bentuk yang subjudis".

Pandikar berkata saman yang difailkan terhadap Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad juga menimbulkan persoalan subjudis di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (2).

"Saya dapati bahawa kepentingan mereka yang terlibat dalam writ itu akan terjejas," kata Pandikar dalam notanya.

Minggu lalu, Pandikar berkata tidak akan ada larangan menyeluruh terhadap 'derma' RM2.6 bilion dan sama ada soalan berkenaan adalah subjudis akan diputuskan berdasarkan kes demi kes.

Minggu lalu, Pandikar memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said supaya tidak mendahului kuasanya berhubung halangan soalan berkaitan RM2.6 bilion itu kerana ia cubaan memikul kuasanya.

Hijau Kuning bakal terima tajaan RM30 juta

Posted: 31 Mar 2016 04:08 AM PDT

KFA teliti syarat penajaan
KFA
 

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) bakal terima tajaan RM30 juta untuk tempoh tiga tahum bermula 2016 dari  Pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman jika perbincangan yang masih berlangsung kini dipersetujui kedua-dua pihak.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, Aliff Syukri dijangka bertemu Presiden Persatuan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada petang esok sebelum saingan suku akhir kedua Piala FA 2016 di antara Kedah menentang Sabah pada sebelah malam.

Pertemuan itu bertujuan untuk memuktmadkan beberapa perkara lagi yang melibatkan aspek perundangan di antara D'Herbs, KFA dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

"Persetujuan telah berada pada 'titis-titis terakhir' sebelum dimuktamadkan, harap semua penyokong berdoa agar perbincangan ini mencapai kata sepakat dan dipersetujui semua pihak," katanya selepas sidang media di Wisma Darul Aman, sebentar tadi.

Pegawai KBS nafi salah guna kuasa

Posted: 31 Mar 2016 04:05 AM PDT

Pegawai KBS nafi salah guna kuasa
Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan, Othman Arshad (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi 32 pertuduhan menerima rasuah lebih RM38 juta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 32 pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan lebih RM38 juta, empat tahun lalu.

Otman Arsahd, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Otman didakwa dengan 15 pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara untuk membuat bayaran berjumlah RM2,161,000 kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd untuk program KBS yang mana anak- anaknya iaitu Arif Azuan  dan Arif Azmin mempunyai kepentingan tersebut.

Dia juga didakwa dengan 17 pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Surat Pembayaran Melalui Kementerian Di Majlis Sukan Negara bagi pembiayaan program-program dan pembekalan peralatan kursus kementerian itu berjumlah RM36,310,400  yang mana kerja- kerja tersebut tidak dilakukan dengan pengetahuannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini antara 28 Februari 2012 dan 18 November 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Amir Nasaruddin mengikut Seksyen 18(a) dan Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Amir mencadangkan jaminan RM1 juta bagi kesemua pertuduhan.

Peguam, Iszam Kamal Ismail memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan rendah kerana anak guamnya tiada sumber kewangan setelah akaun dibekukan.

"Anak guam saya hanya bergantung kepada bantuan keluarga dan rakan sahaja," katanya.

Menurutnya, keluarga anak guamnya hanya mempunyai wang tunai RM100,000 dan sekeping geran tanah.

Hakim, Allaudeen Ismail membenarkan jaminan RM250,000 dan geran tanah 1.09 hektar dengan dua penjamin selain memerintahkan pasport diserahkan.

Mahkamah menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes.

Selain petugas media, galeri awan hari ini dipenuhi dengan keluarga lelaki berkenaan.

Pada 19 Mac lalu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada sidang media berkata, modus operandi sindiket ialah mengarahkan pihak kewangan sebuah agensi di bawah kementerian itu membuat bayaran kepada tidak kurang 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket bagi mewujudkan program tetapi kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan

Rafizi gesa PM jangan buat lawak

Posted: 31 Mar 2016 03:55 AM PDT

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
 
 
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - "Jangan buat lawak tidak bertempat. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah negara dan rakyat".

Demikian kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan salah satu punca utama tekanan kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah.

Rafizi berkata, mengikut rekod, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, bilangan rakyat yang mendapat pendidikan tertinggi semakin bertambah setiap tahun.

"Kalau perdana menteri kata bahawa tekanan kos sara hidup adalah sebab tidak mempunyai pendidikan tertinggi, perkara itu berlawanan dengan fakta sedia ada.

"Masalah orang yang berpendidikan tinggi ini adalah perlukan wang yang banyak untuk segulung ijazah. 
Bila habis belajar tiada kerja dan perlu bayar hutang. Itu yang menyebabkan tekanan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib seharusnya memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemarahan rakyat.

"Saya gembira bila Najib terus membuat kenyataan kurang cerdik seperti itu kerana dia akan terus membuat orang makin marah kepadanya," katanya.

Kelmarin, dalam Sidang Dewan Rakyat, Najib berkata, pendidikan di tahap rendah menyebabkan golongan tersebut sukar mendapatkan pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang berpatutan.

Beliau berkata, negara perlu tingkatkan lagi bilangan rakyat Malaysia yang ada kelulusan tambahan.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang ingin tahu sama ada penilaian kos sara hidup di Malaysia disandarkan dengan standard kehidupan yang bersesuaian.


Tun M letak jawatan Pengerusi Proton Holdings

Posted: 31 Mar 2016 03:49 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuatkuasa semalam.

Menerusi kenyataan yang  disiarkan di blognya hari ini, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

"Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa pada 30 Mac 2016.

"Keputusannya itu disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu.

Selain itu, Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).

"Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Kabinet pada 11 Mac lalu telah menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Seperti diketahui umum Mahathir kini menjadi antara penentang kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Umno Selangor sedia buka pintu Mohd Khir kembali aktif

Posted: 30 Mar 2016 09:51 PM PDT

 DALIA ISMAIL


Datuk Mat Nazari Ahmad DahlanDatuk Mat Nazari Ahmad DahlanUmno Selangor sedia membuka pintu kepada bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo untuk kembali aktif dalam politik di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata, jika tidak bertentangan dengan perlembagaan parti tidak menjadi halangan mana-mana bekas pemimpin Umno yang dipenjarakan untuk bergiat aktif semula dalam parti.

" Kita kena tengok perlembagaan parti terlebih dulu. Kita sudah tentu tiada halangan jika perlembagaan membenarkan, tidak ada masalah untuk menerima beliau dan aktif kembali di persada politik," ujarnya.

Mengulas sama ada pemimpin Umno di negeri itu akan mengadakan pertemuan dengan bekas Adun Sungai Panjang itu, dimaklumkan belum ada perancangan dibuat sejak tersebar berita Mohd Khir diberikan parol oleh Jabatan Penjara Malaysia semalam.

"Sebagai kawan, sahabat dan orang kampung kita, kita tidak seharusnya mendendanya lagi. Kita sambut kepulangannya seperti manusia lain. Sebelum ini kesalahan beliau terkait dengan kesalahan peribadi yang dilakukan, ia sama sekali tidak terkait dengan Umno," ujar Adun Batang Kali ini menjawab pertanyaan Malaysia Dateline di lobi Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang akan mengaitkan parol Mohd Khir dalam isu membabitkan banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Mat Nazari berkata keputusan ahli lembaga parol memberikan kebebasan kepada Mohd Khir adalah dua perkara yang berbeza.

" Ahli Lembaga Parol mempunyai autoriti dan justifikasi sendiri mengapa mereka memberikan beliau parol selepas enam bulan dipenjarakan.

" Kita tidak terkejut dengan parol yang diberikan kerana sudah tentu akan ada pihak yang mengaitkan isu parol Mohd Khir ini dengan banglo Lim Guan Eng kerana isunya lebih kurang sama, isu itu pula sedang hangat didebatkan hari ini." ujar beliau.

Mat Nazari juga menepis pandangan kemungkinan ada pihak yang akan mendesak Mohd Khir untuk menyertai Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Mahathir Mohamad. Ini kerana Mahathir ketika melantik Mohd Khir sebagai Menteri Besar Selangor, pernah mengatakan bekas doktor gigi itu adalah pemimpin muda yang bersih.

"Setakat ini kita tidak dengar lagi khabar angin, ada pihak atau beliau akan bertindak sebegitu. Apa yang terjadi kepada beliau itu antara beliau dan undang-undang bukan berkaitan parti.

"Kita tidak menghalang apapun keputusan beliau sama ada menyokong atau tidak deklarasi itu," ujarnya.
Semalam, Ahli Lembaga Parol bersetuju meluluskan permohonan peguam Mohd Khir  untuk diberikan parol selepas beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 6 bulan.

Banduan yang diberikan parol akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol untuk tinggal bersama keluarga.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan, Mohd Khir bukan sahaja menerima parol, malah  turut mendapat remitan atau pelepasan hukuman penjara selama empat bulan. Mohd Khir menerima remitan itu selepas jabatan berkenaan berpuashati dengan tahap pemulihan beliau ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Mohamad Khir sebelum ini disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 bulan penjara sabitan terhadap Mohamad Khir. Yang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Kereta sapu Uber: Pengerusi SPAD 'sombong bodoh', kata pemandu teksi

Posted: 30 Mar 2016 09:49 PM PDT

ARIF ATAN


Amran Jan (tengah) ketika mengadakan sidang media dalam satu protes yang pernah dilakukan persatuan itu pada  tahun lalu.Amran Jan (tengah) ketika mengadakan sidang media dalam satu protes yang pernah dilakukan persatuan itu pada tahun lalu.

Golongan pemandu teksi bermeter menyelar Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar kerana dilihat seperti hilang punca dalam menangani isu operasi kereta sapu menggunakan aplikasi Uber Dan Grabcar.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) Amran Jan berkata, kegiatan Uber dan Grabcar pada masa ini semakin berleluasa walaupun banyak persatuan dan pengusaha teksi mendesak pengharaman aplikasi haram berkenaan.

"Hamid Albar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa operasi Uber adalah haram, namun baru-baru ini pula dilaporkan berkata bahawa kadar tambang Uber hendak diselaraskan. Dua kenyataan yang amat mengelirukan.

"Sebagai seorang pengerusi sebuah Suruhanjaya yang tidak ada pengetahuan mendalam tentang perjalanan industri teksi sebelum ini, Hamid Albar sepatutnya berani berdepan mendengar permasalahan juga bantahan dari persatuan teksi dalam mencari penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya, bekas pemimpin Umno itu tidak perlu lari daripada kritikan terhadap kelemahan fungsi agensi SPAD dengan alasan 'jangan politikkan isu teksi' hingga boleh menimbulkan persepsi umum bahawa 'SPAD telah memutarbelitkan isu' untuk menutup kelemahannya.

Pemandu teksi bermeter berdementrasi  mengecam Pengerusi SPAD yang membiarkan  operasi Uber dan Grabcar sehinga jejaskan pendapatan mereka.Pemandu teksi bermeter berdementrasi mengecam Pengerusi SPAD yang membiarkan operasi Uber dan Grabcar sehinga jejaskan pendapatan mereka.
Mengulas demonstrasi pemandu teksi berdaftar Lembah Kelang semalam di Bukit Bintang membantah operasi Uber Dan Grabcar, beliau berkata, aksi berkenaan bukti Hamid tidak layak mengurus perjalanan industri perkhidmatan pengangkutan awam berkaitan teksi.

"Hamid Albar bertambah buntu bila demontrasi ini dilakukan secara mengejut dan tidak diketahui siapakah penganjurnya.

"Pada hari kejadian, pegawai-pegawai SPAD begitu sibuk menghubungi beberapa pengerusi persatuan sama ada terbabit atau tidak dalam demontrasi tersebut.

"Sikap 'sombong bodoh' Pengerusi SPAD ini telah menyebabkan masa depan pemandu teksi terancam," tambah Amran lagi.

Kemunculan Mahathir di Pandan malam tadi mengejutkan

Posted: 30 Mar 2016 09:42 PM PDT

BORHAN AHMAD


Tun Dr Mahathir di Pandan Jaya malam tadiTun Dr Mahathir di Pandan Jaya malam tadi


Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan malam tadi mengejutkan pelbagai pihak kerana bekas perdana menteri selama 22 tahun itu tidak dijadualkan untuk datang.

Sebuah laman online, Malaymail Online (MMO) sebelum ini melaporkan, PKR berpecah ekoran perebutan untuk mendapatkan Tun Mahathir antara timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli.

Azmin dikatakan oleh MMO menyekat Tun Mahathir dari datang ke majlis di kawasan Rafizi malam tadi kerana mahu Tun Mahathir datang ke majlis di kawasannya, Gombak.

Namun dengan kedatangan Tun Mahathir malam tadi, pelbagai tanda tanya timbul antaranya adakah laporan pertembungan dalam PKR itu palsu atau Tun Mahathir tidak mendengar kata-kata Azmin.

Tun Mahathir datang dan memberikan ucapan yang mendapat perhatian ramai malam tadi di Pandan Jaya.

Semasa berucap Tun Mahathir berkata ada orang berbisik kepada beliau, "Awak sudah tua. 22 tahun sudah jadi Perdana Menteri. Nak jadi perdana menteri lagi buat apa."

Tun Mahathir menjawab, "Saya kata saya sebelum ni letak jawatan. Ingin bagi peluang kepada generasi muda. Tetapi ini tidak berlaku.

"Kita berada di sini kerana negara bermasalah. Negara tidak ditadbir dengan baik. Pemimpin hidup belanja mewah yang bukan duitnya sendiri," kata Tun Mahathir.

Menurutnya, GST dikutip untuk membayar hutang kerajaan.

"Tu pun tak cukup. Kerajaan tak ada duit. Negara kita ini sudah rosak," kata Tun Mahathir.

Mahathir juga berkata, orang Umno marah kepada beliau dan bertanya kenapa sepentas dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

"Dulu dalam Umno apabila pemimpin buat salah Umno tegur. Umno kata undur lah, Tunku Abdul Rahman pun undur. Ini bila kita minta dia (Najib) turun, dia nak tangkap kita, ugut kita.

"Sebab itu kita berpendapat kita kena turunkan Najib. Sepatutnya Umno lah kena turunkan Najib. Tapi ketua bahagian, cawangan, buta, pekak, bisu. Tak nampak duit RM2.6 bilion," katanya.

Bagi beliau,  Umno tidak boleh menjatuhkan Najib.

"Nak ada undi tak percaya di Dewan Rakyat tetapi Najib dah bagi dedak banyak sangat. Penuh mulut dedak," kata Mahathir menyindir politik wang dalam Umno yang digunakan untuk menutup mulut pemimpin bawahannya.

Menurut Mahathir, beliau bersetuju dengan Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang kerana mereka bersetuju untuk menjatuhkan Najib.

"Itulah sebabnya kita berkumpul di sini," katanya.

Cuaca panas melampau, sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup

Posted: 30 Mar 2016 09:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah tutup hari ini, manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula Khamis.
 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering disebabkan fenomena El Nino.
 
"Cuaca di Kedah dan Perlis dari Isnin hingga Rabu lebih 37 darjah Celsius dan di Perlis hari ini mencecah 38.2 darjah Celsius, manakala Kedah sekitar bawah sikit daripada itu," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di sini, semalam.
 
Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti.
 
"Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya.
 
 

Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup

Posted: 30 Mar 2016 09:27 PM PDT

ARIF ATAN


Husam MusaHusam Musa


Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.

Pemimpin Pas itu berkata, isu perkauman tidak harus dijadikan alasan untuk menafikan tuntutan rakyat yang mendesak pengunduran Najib.
"Ini bukan (gerakan) DAP. Ini bukan Mahathir. Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, isu Cina. Ini bukan pilihan tapi adalah kewajipan," tegasnya ketika berbahas dalam Kongres Rakyat 2016 hari ini.
Mengulas kepincangan pentadbiran Najib, beliau berkata, institusi kerajaan berkaitan gagal memainkan peranan sewajarnya ketika negara berada di kemuncak masalah.

"Tiada mekanisme pembetulan. Kuasa hanya berpusat pada seorang saja bahkan mengatasi kuasa raja-raja," ujar Husam.

Mengingatkan pelbagai isu berlaku akibat pentadbiran Najib, beliau menggesa rakyat segera bangkit melakukan perubahan.

"Bagi pemimpin ini, sila pandang dan refleksikan diri. Apa yang telah berlaku terimalah hakikat kemusnahan demi kemusnahan yang berlaku kerana tangan kekuasaan anda (Najib).

"Adakah tuan-tuan bersetuju Najib must go?" soalnya dengan mengakhiri perbahasan beliau dengan laungan "Najib must go" sebanyak tiga kali bersama-sama peserta yang memenuhi dewan SACC petang ini.

955 penceramah dibenar berceramah di Selangor

Posted: 30 Mar 2016 09:19 PM PDT

 
JAIS juga menarik empat sijil tauliah tahun lalu kerana melanggar syarat yang dtetapkan termasuk mengajar ajaran menyeleweng.


jais


SHAH ALAM : Seramai 955 penceramah telah diberikan sijil tauliah untuk berceramah di Selangor sepanjang 2015, kata Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata, seramai empat penceramah pula telah dibatalkan sijil tauliah tahun lalu.

"Antara sebab terlibat dengan ajaran tarikat yang menyeleweng. Kedua akhlak atau kelakuan yang menjejaskan pemegang tauliah dan ketiga menyampaikan ajaran-ajaran yang mengelirukan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN BN-Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang bertanya berapakah jumlah sijil tauliah untuk berceramah. pembatalan dan sebabnya di Selangor di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Shamsuddin berhubung garis panduan yang diberikan kepada penceramah, Dr Yunus menyatakan tidak ada satu garis panduan yang khusus tetapi sewaktu ditemuduga mereka telah disaring bagi memastikan yang dipilih untuk berceramah itu adalah layak.

"Bagaimanapun saya tidak nafikan mungkin dalam saring itu ada juga yang terlepas pandang tapi ini dalam pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehinggakan ada pembatalan seperti yang saya sebutkan," jelasnya.

Lima ahli perniagaan ditahan berkaitan seleweng dana MARA RM2.5j

Posted: 30 Mar 2016 09:16 PM PDT

 
Siasatan adalah berkaitan pemalsuan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.


mara,seleweng


PUTRAJAYA: Lima ahli perniagaan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen sokongan bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bernilai RM2.5 juta.

Berita Harian Online hari ini melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, kelima-lima lelaki berbaju lokap jingga itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, secara berasingan menaiki dua kereta pada jam 9.55 pagi dengan diiringi polis.

Mereka berusia antara 38 hingga 48 tahun, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9 malam tadi, di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan, modus operandi digunakan adalah memalsukan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.

Sumber berkata, pembiayaan yang dimohon bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000 membabitkan sembilan syarikat.


Anak TPM diminta beradab, jangan hina kru kabin Mas, nasihat Nufam

Posted: 30 Mar 2016 09:11 PM PDT

DALIA ISMAIL


Ismail NasaruddinIsmail Nasaruddin

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), mendesak Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid memohon maaf kepada kru kabin penerbangan Malaysia (Mas) kerana memuat naik status di dalam instragramnya kerana menghina pramugari yang dikatakan tua.

Presidennya Ismail Nasarudin berkata, beliau mendapat panggilan dari ahlinya menyatakan mereka kecewa dengan kenyataan Nurul Hidayah yang mengutuk pramugari Mas.

"Beliau sebagai seorang wanita juga harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka.

"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

"Ayahnya juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat penerbangan Mas. Saya nasihati beliau jangan mudah lepas kata-kata yang akan menyakitkan hati kaum pekerja wanita dan saya nasihati beliau supaya bersikap 'low profile' dan usahlah mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal dan membawa faedah.
Nurul Hidayah Ahmad ZahidNurul Hidayah Ahmad Zahid
"Sikap beliau akhirnya akan memalukan diri sendiri dan mencemarkan nama baik keluarga seorang Timbalan Perdana Menteri di dalam negara kita." ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Nurulhidayah telah memuat naik di laman instagramnya sekeping gambar menunjukkaan beliau sedang menaiki Air Asia, dengan mengatakan:

"Langkah penjimatan syarikat. Naik Air Asia pun boleh. Malaysia Airline hmmm (bapak mahal!!!-bahasa kasar). Pramugari pun dah tua-tua..harap pandangan kasar saya ni tidak di pandang sebagai mencampuri dasar kerajaan yer."

Ismail berkata, perbuatan mengeluarkan kenyataan terhadap pekerja kru kabin wanita oleh Nurulhidayah adalah satu tindakan yang 'amat tidak cerdik' dan tidak sensitif.

"Adakah dia lupa dengan pengorbanan kru kabin Mas yang telah melayan beliau apabila terbang ke merata tempat dengan syarikat penerbangan nasional itu?

Komen Instagram Nurulhidayah menimbulkan kemarahan kakitangan kabin Mas.Komen Instagram Nurulhidayah menimbulkan kemarahan kakitangan kabin Mas."Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah mengguriskan hati ramai pekerja kru kabin. Dia harus meminta maaf kerana mengguris hati mereka.

"Beliau telah pos ayat-ayat yang menyakitkan hati pekerja kru kabin dengan menyatakan pramugari Mas ini ramai yang tua-tua.

"Ini sangat tidak berhemah malah membuat ramai kru kabin Mas marah dengan kutukan beliau.

"Sebagai anak seorang TPM, beliau harus mengambil jalan yang lebih berhemah untuk komen di laman sosial.

"Beliau harus mengambil sikap lebih sensitif dan menjaga tatatertib dengan rakyat.

"Kalau macam ni perangai anak seorang Timbalan Perdana Menteri,maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," ujarnya.

'Derma' RM2.6 bilion kini meningkat ke RM4.2 bilion, PM kena beri penjelasan

Posted: 30 Mar 2016 09:07 PM PDT

 BORHAN AHMAD


Najib RazakNajib Razak



'Wang derma' yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dilaporkan meningkat kepada RM4.2 bilion daripada RM2.6 bilion yang heboh diperkatakan selama ini.

Ekoran pendedahan terbaru media antarabangsa itu, Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri tidak lagi berdolak-dalik dan segera tampil menjawab pendedahan terbaru itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya isu berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahas pada dua hari terakhir persidangan, iaitu pada Rabu dan Khamis minggu depan.

"Sejak awal tahun ini, Najib sering mengatakan bahawa skandal mega berkembar, 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan dirinya bukan lagi isu kerana semuanya telah selesai.

"Tetapi skandal RM2.6 bilion Najib kini sudah menjadi sejarah, dan sekarang kita perlu membincangkan mengenai skandal derma RM4.2 billion!

"Justeru Najib harus mengambil keputusan berani dengan memberi laporan penuh kepada Parlimen berhubung skandal mega berkembar berkenaan yang kini menghantui negara untuk sejak dua tahun dahulu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Isnin lalu, dokumentari bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" terbitan ABC News Australia mendakwa terdapat aktiviti pindahan wang bernilai RM4.2 bilion dari pelbagai sumber ke akaun peribadi Najib.
Rakaman dokumentari itu boleh ditonton rakyat Malaysia melalui YouTube.

Sebelum ini Wall Street Journal dari Amerika Syarikat juga melaporkan dakwaan tentang Najib menerima sehingga USD1 bilion, iaitu lebih besar jumlahnya daripada yang dilaporkan sebelum ini pada nilai USD681 juta.

Kenapa tiba-tiba dedak jadi popular?

Posted: 30 Mar 2016 09:02 PM PDT

 
Penggunaan istilah pemakan dedak sudah menjadi satu perkataan popular untuk merujuk mereka yang mudah dibeli.
 
 
 
mahathir-najib


Apa itu pemakan dedak?

Menurut Wikipedia dedak merupakan campuran kasar dengan serpihan serkam-serkam kecil yang dimakan oleh ternakan.

Dalam politik, pemakan dedak ini diistilahkan mereka yang mudah dibeli oleh individu demi menjaga kuasa pembelinya agar tidak jatuh ke tangan orang lain.

Malah, pemakan dedak juga boleh dianggap mereka yang hanya mengiyakan sahaja perkara yang tidak betul meskipun ia diketahui salah.

Oleh kerana telah menerima habuan, ada pemakan dedak itu mungkin sanggup menggadaikan maruahnya.

Paling ditakuti, jika pemakan dedak seperti itu mempunyai sifat rakus tanpa mampu membezakan perkara benar dengan yang batil.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar penentang Datuk Seri Najib Razak menggunakan istilah `pemakan dedak' dalam setiap ceramah mahu pun kenyataan mereka.

Ia dilihat sudah menjadi satu perkara yang sinonim dan boleh dianggap rempah ratus untuk menyedapkan ucapan-ucapan kepada para pendengar dalam satu-satu sesi ceramah yang mereka hadiri.

Bermula dengan ungkapan `lemah minda otak udang' yang diguna pakai oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, trend menggunakan ayat sesuai untuk merujuk kepada perbuatan Perdana Menteri sudah menjadi kemestian dan ia pasti akan disahut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia.

Namun, ia sebenarnya adalah sindiran yang dilemparkan oleh mereka ke atas Najib ekoran dakwaan Perdana Menteri mahu membeli mereka setelah beberapa isu berjaya dibongkarkan yang antaranya termasuk skandal utama melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan dana derma RM2.6 bilion.

Sebagai contoh, Dr Mahathir juga dalam ucapannya sering kali menggunakan istilah pemakan dedak bagi menunjukkan dakwaannya bahawa Najib memberi suapan kepada individu yang padanya mereka itu boleh dibeli.

Dengan merujuk kepada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Dr Mahathir dalam ucapannya pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Shah Alam pada Ahad lepas berkata, pemberian itu salah satu daripada sikap memberi makan dedak terbesar yang dilakukan oleh Najib dalam membeli rakyat.

Katanya, langkah seperti itu tidak pernah dilakukan olehnya mahupun Perdana Menteri lain sebelum ini kerana ia tidak memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat sebaliknya, sekadar mahu mendapatkan populariti dengan harapan dapat mengaburi skandal yang dihadapi.

Perkara lain yang boleh dilihat kata Dr Mahathir apabila beliau merujuk kepada penerimaan wang berjumlah RM1 juta oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan daripada Najib selepas mereka menyatakan kepada siapa lagi bantuan harus diminta kalau tidak kepada Presiden parti (merujuk Najib sebagai Presiden UMNO).

Menerusi blognya Chedet.com pula, Dr Mahathir menguatkan dakwaannya itu dengan memuat naik petikan artikel daripada laporan sebuah akhbar arus perdana berhubung pengakuan Shahrir Samad itu yang mana wang tersebut digunakan untuk kepentingan parti di peringkat bahagian.

Namun, apa yang dikatakan bekas Perdana Menteri yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu tidaklah boleh dipertikai dengan begitu sahaja kerana beliau ada menyertakan sekali fakta bagi menguatkan hujahnya itu.

Tidak mungkin boleh dipertikai pengalaman yang ada oleh Dr Mahathir lebih-lebih lagi dengan usianya yang sudah menjangkau 91 tahun sudah pasti beliau mempunyai fikiran yang sangat ranum.

Tidak kurang juga dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang acap kali menggunakan istilah sama bagi menggambarkan betapa teruknya sikap penyokong-penyokong Najib menerusi beberapa program yang dihadirinya selepas beliau dipecat dari jawatannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.

Istilah itu sering disebut berulang-ulang lebih-lebih lagi selepas beliau digantung jawatan dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Apa pun istilah pemakan dedak yang digunakan oleh Dr Mahathir, Muhyiddin dan beberapa orang lagi yang berjuang bersamanya sudah menjadi popular hingga menjadi bualan di mana-mana.

Hakikatnya, perkataan dedak yang ironinya merujuk kepada makanan ternakan itu kini sudah mula digunakan kepada manusia dek kerana mahu memberi gambaran tentang betapa hinanya harga diri mereka yang mudah dibeli.

1MDB gesa Rafizi henti ganggu siasatan PAC

Posted: 30 Mar 2016 08:59 PM PDT

 
1MDB sebelum ini telah memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan ia tidak memerlukan campur tangan pihak luar.


Rafizi


PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggesa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya berhenti menggangu siasatan yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap anak syarikat milik kerajaan itu.

1MDB menerusi satu kenyataan media berkata demikian menjawab tindakan Rafizi yang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan pasukan pengurusan 1MDB berhubung dakwaan pecah amanah yang menurut beliau terkandung dalam sebuah dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, pihak pengurusan 1MDB sebelum ini telah memberi kerjasama penuh kepada semua pihak untuk melakukan siasatan terhadap syarikat itu.

"1MDB memahami bahawa Rafizi telah membuat laporan polis terhadap pihak pengurusan kanan 1MDB. 1MDB mengesahkan bahawa pasukan pengurusan kanan akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan yang difikirkan wajar oleh pihak polis.

"Rafizi mendakwa bahawa beliau telah mendedahkan kepada umum maklumat sulit berkaitan dengan perkara tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sekiranya apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah benar, maka ini secara jelas melanggar undang-undang, sekurang-kurangnya mengejutkan dan lebih teruk datang daripada seorang Ahli Parlimen," katanya lagi dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, tuduhan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu juga merupakan sebahagian daripada siasatan PAC, yang turut dianggotai Ahli Parlmen Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang.

Malah, tidak ada keperluan untuk Rafizi mensensasikan sesuatu isu yang sedang disiasat sekaligus perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang.

"1MDB secara konsisten menyatakan sekiranya terdapat sebarang salah laku, maka tindakan perlu diambil mengikut undang-undang. Kita juga mengulangi pendirian bahawa komitmen 1MDB untuk bekerjasama kepada pihak berkuasa," katanya.

Semalam, Rafizi telah membuat laporan polis terhadap Arul dan pihak pengurusan kanan 1MDB yang didakwa telah melakukan pecah amanah, selain turut menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu jika pendedahan beliau itu tidak benar.

Comments (0)