Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:15 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


'Tiada masa untuk Rosmah jika Najib jawab semua tuduhan'

Posted: 30 Mar 2016 04:21 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mempunyai masa untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor jika beliau terpaksa menjawap semua tuduhan terhadapnya, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

"Najib tak akan ada kerja lain yang perlu dilakukan, tak ada masa untuk tidur juga dan tak ada masa dengan Datin Seri (Rosmah) juga," katanya secara berseloroh kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat yang didedahkan oleh media Australia semalam mendakwa Najib kononnya menerima derma AS$375 juta daripada seorang putera Arab pada tahun 2011.

Sumbangan itu dikatakan adalah sebahagian daripada beberapa urusniaga yang Najib didakwa terima daripada putera Arab yang terdiri daripada bayaran AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac, 2013, petik laporan penyiar Australia itu.

Tajuddin bagaimanapun berkata dakwaan itu perlu disahkan kerana ia mungkin berasal dari seseorang yang tidak berpuas hati dengan perdana menteri.

Najib telah menafikan sebarang salah laku dalam skandal derma u melibatkan RM2.6 bilion pada tahun 2013.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana daripada sebarang salah laku jenayah dalam menerima sumbangan berkenaan.

PAS gesa k’jaan beri ruang Mahathir bersuara

Posted: 30 Mar 2016 04:12 AM PDT

Zulaikha Zulkifli

 


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat, kebebasan bersuara perlu diberi kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkritik kerajaan.

Katanya, walaupun PAS tidak menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai negarawan itu, namun beliau berharap kerajaan tidak sewenang-wenangnya menggunakan Akta Hasutan (1948) untuk menghalang Dr Mahathir daripada bersuara.

"Beri kebebasan. Jangan mudah guna Akta Hasutan ini kerana ia dipertikaikan ramai termasuk rakyat.
"Kami juga dari pembangkang tak puas hati akta ini.

"Bila Tun (Dr Mahathir) nak kritik perlu diberi peluang untuk dia walaupun PAS tak sokong Deklarasi Rakyat tak bermakna kita sokong ruang untuk kritik kerajaan ditutup," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata polis sedia bertindak terhadap Mahathir.

Semalam, Nur Jazlan berkata Dr Mahathir boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, polis akan menyiasat pelbagai kenyataan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dan sekiranya keputusan siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil.


Azmin sindir menteri Umno takut Dr Mahathir

Posted: 30 Mar 2016 04:10 AM PDT

Shakira Buang




Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali hari ini menyindir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mahu mengambil tindakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Hasutan (1948).

Katanya, tidak ada sebab untuk menangkap bekas perdana menteri itu hanya kerana kelantangannya mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa dia (Mahathir) nak kena tahan? Dengan Dr Mahathir pun nak takut," kata Azmin ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam hari ini.



Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR berkata demikian ketika mengulas soalan wartawan berhubung strategi gerakan Deklarasi Rakyat bagi Selamatkan Malaysia sekiranya Dr Mahathir ditahan mengikut Akta Hasutan.

Semalam, Nur Jazlan berkata Dr Mahathir boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan" untuk menjatuhkan Najib.

Menurutnya, polis akan menyiasat pelbagai kenyataan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dan sekiranya keputusan siasatan menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil.

Sementara itu, mengulas tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat, Azmin berkata ini kerana pemimpin veteran Umno itu sudah menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong Najib

Azmin turut menyifatkan tindakan Razaleigh sebagai bercanggah dengan sokongan yang diberikannya pada hari deklarasi berkenaan ditandatangani.

"Memang dia (Razaleigh) tak tandatangan pun sebab dia tandatangan deklarasi Kelantan. Dia dah 'u-turn' nak buat macam mana," katanya.

Razaleigh pada sidang akhbarnya semalam menyamakan majlis Deklarasi Kelantan untuk menyatakan sokongan kepada Najib seperti menandatangani buku kedatangan.

"Saya bergurau apabila buku itu dihantar kepada saya. Ia seperti buku kedatangan. Jadi saya tandatanganinya, walaupun ia sebahagian daripada majlis deklarasi itu," kata Razaleigh.

Ditanya mengapa beliau menandatangani deklarasi berkenaan, beliau berkata dirinya menandatangani sebagai ahli Umno dan ketua bahagian parti serta beliau tidak fikir ia mempunyai sebarang implikasi undang-undang.


MH370: Kerajaan, dua lagi berjaya batal saman waris

Posted: 30 Mar 2016 04:00 AM PDT

SINAR HARIAN


MH370


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan dan dua lagi untuk membatalkan saman oleh waris penumpang pesawat MH370, selepas memutuskan ketiga-tiga pihak itu tidak melanggar tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membatalkan saman terhadap kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selaku defendan, dalam kamarnya. 

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke, yang mewakili ketiga-tiga defendan itu memberitahu media bahawa mahkamah bagaimanapun menolak permohonan untuk membatalkan saman oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB).

"Hakim berpendapat bahawa ia tidak begitu jelas MAB merupakan pihak yang perlu disaman. Ia harus ditentukan menerusia perbiacraan penuh," katanya.

Bagaimanapun, satu lagi defendan Malaysia Airlines System Berhad (MAS) tidak menfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu.

Pada 28 Ogos 2015, keluarga itu, selaku plaintif, memfailkan saman terhadap kelima-lima defendan  bagi menuntut ganti rugi atas kehilangan Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling@Cindy Chuang, 45, masing-masing merupakan pengarah syarikat kejuruteraan dan pembinaan serta anak sulung pasangan itu, Tan Wei Chew, 19.

Saman itu difailkan dua anak pasangan terbabit iaitu Tan Wei Hong, 16, dan Tan Wei Jie, 14, ibu bapa kepada Ah Meng, Tan Hun Khong, 85, dan Lai Chew Lai, 83, serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 76.

Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu, memberitahu media pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Katanya mahkamah menetapkan 4 Mei ini untuk mendengar permohonan plaintif bagi mendapatkan dokumen daripada MAB dan MAS.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua plaintif mendakwa MAS memungkiri kontrak apabila gagal memastikan pesawat berkenaan berada dalam keadaan baik dan sempurna hingga menyebabkan penumpang dan pesawat MH370 gagal dikesan.

Mereka mendakwa akibat kecuaian defendan, kedua-dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu secara tiba-tiba serta kehilangan abang sulung mereka dan kejadian itu menyebabkan mereka mengalami penderitaan dan kehilangan termasuk sokongan kewangan dan kasih sayang.

Plaintif mendakwa semasa kehilangan perhubungan, DCA gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk berhubung semula atau melancarkan pencarian pesawat itu selain mendakwa kehilangan pesawat boleh dihindarkan jika panglima TUDM memantau radar dalam masa sebenar dan mengambil segala tindakan ketika kejadian itu berlaku.

Justeru, mereka menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif, ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan, ganti rugi teruk dan teladan, kos, faedah serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.40 tengah malam, 8 Mac 2014 menuju ke Beijing. Sejam kemudian pesawat itu hilang daripada radar. - Bernama


Blok ketiga politik Malaysia

Posted: 30 Mar 2016 03:55 AM PDT



 

Oleh NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ


PAS baru-baru ini mengisytiharkan hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sebuah parti baru dan kecil dalam arena politik Malaysia. Kedua-dua parti, selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan, akhirnya bersetuju untuk bergerak bersama memacu kemajuan dalam politik negara.

Selepas kejayaan PAS menyatukan ratusan NGO muslim melalui Kongres Rakyat tahun lepas, saya melihat PAS semakin maju dan bersungguh-sungguh untuk menjalin kerjasama dengan parti-parti politik lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Kongres Rakyat yang dipimpin oleh Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid yang dikenali ramai sebagai seorang pejuang rakyat yang begitu istiqamah, walaupun bukan di bawah PAS, tetapi ia begitu rapat dengan PAS dan sentiasa memperjuangkan isu-isu rakyat secara bersama.

Saya berharap untuk melihat kejayaan langkah kedua yang diambil oleh PAS tersebut. Ia adalah satu tanggung jawab agama bagi sebuah parti Islam untuk sentiasa mendekati, mengenali dan seterusnya memupuk hubungan yang lebih baik dengan semua pihak yang turut berjuang untuk kebangunan negara Malaysia tercinta.

Kerjasama politik atau Ta'awun Siyasi di antara PAS dan IKATAN ini masih belum diberi nama rasmi. Ia adalah baik kerana ada kemungkinan parti-parti lain juga akan turut bersama selepas ini. Jadi, elok sekali jika nama gabungan kerjasama ini dipersetujui secara bersama oleh semua parti. Sementara ia belum bernama, kerjasama PAS-IKATAN ini digelar sebagai Blok Ketiga.

Ramai yang bertanya signifikan PAS menjalin kerjasama dengan parti IKATAN yang dilihat terlalu kerdil dalam kancah politik Malaysia. Ia jauh berbeza dengan kejayaan PAS menjalin hubungan dengan Kongres Rakyat yang jauh lebih besar dan begitu gah namanya hari ini.

Saya akan menjelaskan kepada anda beberapa noktah penting yang perlu anda fahami mengapa Blok Ketiga ini cukup penting kepada politik negara amnya dan kepada PAS secara khusus.

Sebelum itu, perhatikan, apabila PAS membuat perisytiharan kerjasama tersebut beberapa hari lepas, ia telah mencetuskan kocakan yang kuat dalam arena politik negara. Ia bahkan jika tidak lebih, menyamai impak Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini menzahirkan secara jelas bahawa kerjasama oleh Blok Ketiga ini adalah diperhatikan oleh semua pihak.

PAS menerima IKATAN kerana PAS tidak hanya melihat kepada keuntungan segera dan besar. Menerima IKATAN bererti menerima suara hati rakyat Malaysia walaupun kecil. Dalam banyak keadaan, suara kecil adalah suara yang sering terpinggir dan tertindas walaupun benar.

IKATAN adalah parti yang ditubuhkan sebelum pilihan raya umum ke13 lepas. Ia menolak BN dan juga PR. Tetapi ia tidak menolak mereka bulat-bulat. Ia menyertai program-program anjuran PR dan dalam masa yang sama ia tetap mengadakan pertemuan dan memberikan pandangan nasihat kepada parti pemerintah.

IKATAN adalah sebuah parti politik yang tidak berorientasikan pilihan raya. Kata mereka, mereka adalah sebuah parti yang melihat kepada masa depan negara. Mereka menyeru kepada segala usaha baik yang menyelamatkan negara daripada kehancuran. Bagi IKATAN, rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotisme, chauvinisme, perkauman dan pelbagai kerosakan politik adalah barah yang sedang merebak dalam negara dan mesti dihalang oleh rakyat Malaysia.

Apabila IKATAN bersama PAS, maka suara IKATAN akan menjadi besar melalui PAS. Saya memberi keyakinan, jika anda mendengar pidato dan pandangan daripada presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, anda akan dapati kekuatan hujah dan kebernasan isinya. Anda akan memahami betapa parti IKATAN begitu signifikan kewujudannya dalam politik Malaysia. Ia membawa suara rakyat yang mahukan perubahan oleh pihak atas dan bawah secara bersama.

Kesediaan IKATAN untuk bersama PAS pula adalah satu langkah berani. PAS pastinya mensyukuri dan berterima kasih kepada IKATAN untuk bersama PAS mengharungi perit jerih politik negara hari ini yang berhadapan kemuncak yang sukar. Rakyat sedang memerhatikan parti atau blok manakah yang paling sesuai dan berupaya menerajui negara yang sedang merosak dan gagal berfungsi akibat kerosakan dalam parti BN yang memerintah.

Pakatan Rakyat yang diharapkan sebelum ini nampaknya berakhir dengan perpecahan di antara PAS dan DAP. Kedua-dua parti itu kini saling bersaing dan saling menuding jari di atas kegagalan untuk terus bersama. PKR juga kelihatan agak lemah akibat perpecahan tersebut.

PAS berseorangan untuk beberapa ketika. Serangan ke atasnya begitu kuat daripada pelbagai pihak terutama pihak pembangkang yang menuduh PAS bersekongkol dengan Umno melalui pakatan kerajaan perpaduan. PAS juga berhadapan perpecahan dalaman yang mengakibatkan keluarnya beberapa nama besar dalam PAS dan menubuhkan parti serpihan PAN.

Ia sedikit sebanyak telah memberi kesan tidak baik kepada PAS. PAS berhadapan kehilangan sokongan blok pembangkang jika ia gagal menangani krisis dengan baik. Justeru, PAS telah berusaha dengan cepat dan betul bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepadanya.

Kongres Rakyat adalah tindakan cepat PAS mengikis persepsi garang bahawa PAS kehilangan sokongan rakyat. Ratusan NGO muslim telah begitu berani menunjukkan sokongan terbuka kepada tindakan politik PAS berpecah dengan DAP dan menganggapnya sebagai berani dan berprinsip.

PAS kemudian tampil memperkenalkan gagasan konsep dan budaya politik baru yang bertujuan memperkenalkan PAS sebagai parti Islam yang bersedia memikul amanah ugama, bangsa dan negara. Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) kini diwar-warkan di seluruh tanah air dan ia berjaya memikat hati banyak pihak yang menanti-nanti sesuatu yang lebih baru dan berkesan daripada PAS.

Walau bagaimanapun PAS dilihat sukar mengisi kelompangan sokongan yang ditinggalkan oleh rakyat non muslim dan golongan elit. Serangan DAP dengan memainkan isu hukum hudud kelihatan berkesan menakutkan non muslim terhadap PAS. Begitu juga, keluarnya nama-nama besar daripada kalangan profesional PAS sedikit sebanyak turut menggugat sokongan golongan elit muslim dan non muslim.

Walaupun sayap non muslim PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS berjaya mengadakan program-program besar yang berjaya menarik dan menzahirkan sokongan non muslim yang masih kuat dan tidak terjejas, ia bukanlah suatu mudah untuk mengikis ketakutan non muslim. PAS memerlukan langkah yang lebih berani dan bijak.

Begitu juga, walaupun kini PAS begitu ceria menerima sokongan golongan akademik dan profesional, ia masih belum mencukupi untuk mengisi lompang yang wujud akibat pecahnya PR.

Di sinilah parti IKATAN berperanan. Blok ketiga yang membentuk kerjasama politik (ta'awun siyasi) di antara PAS dan IKATAN adalah langkah politik PAS yang diharap akan membuahkan tiga hasil yang besar.

Pertama, menjadi jambatan kepada non muslim untuk lebih mengenali PAS. IKATAN adalah sebuah parti multiracial yang dianggotai pelbagai bangsa dan lapisan. Sebahagian pemimpin utama mereka begitu aktif dan dikenali di dalam beberapa NGO non muslim. Dalam pertemuan kami pada hari pelancaran baru-baru ini, mereka menunjukkan rasa gembira untuk mengenali PAS secara lebih dekat dan langsung. Sudah pasti ia menggambarkan masa depan hubungan PAS yang lebih cerah dengan rakan-rakan non muslim.

Kedua, IKATAN menjadi jambatan PAS kepada golongan elit negara. Walaupun mereka kecil, tetapi peranan mereka begitu besar di dalam membina polisi negara. IKATAN dianggotai golongan korporat yang begitu prihatin terhadap isu-isu politik negara yang begitu kritikal.

Ketiga, ia diharap mampu membuang PAS-fobia di kalangan golongan non muslim dan elit negara. Ketakutan terhadap PAS sebenarnya akibat kuatnya fitnah dan tohmahan dan kurangnya akses terhadap penerangan daripada PAS.

Kerana itulah, soalan paling hangat pada hari pertama pelancaran ialah mengenai hukum hudud. Apakah IKATAN menerima hukun hudud dan jika tidak, bagaimana blok ketiga ini akan beroperasi dan kekal kuat?

Saya mengajak anda untuk melihat kepada kejayaan PAS membentuk blok politik baru ini. Keyakinan adalah tinggi dalam kem blok ketiga. Nantikan yang baru daripada PAS untuk rakyat

'Kami tak makan dedak sesiapa'

Posted: 30 Mar 2016 03:51 AM PDT

Mahathir Mohamed
Mahathir Mohamed
 

SAYA diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan Umno marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.

Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin Umno secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.

Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.

Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.

Kerana kepentingan diri dan tamak Umno tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin.

Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion.

Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.

Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara.

Rakyat lebih benci melihat ahli Umno yang menyokong Najib daripada ahli Umno berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib. Kami tak makan dedak sesiapa

***Tun Dr Mahathir merupakan bekas Perdana Menteri


Rafizi: Saya masuk penjara, bos 1MDB mesti ikut

Posted: 30 Mar 2016 03:40 AM PDT

Anne Muhammad  




Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli membuat laporan polis berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang dalam pembayaran 1MDB, berdasarkan dokumen sulit yang dikatakan dimilikinya.

Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama.

Beliau justeru mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan itu.

"Saya tak kisah kalau dia (polis) nak reman (saya) lepas ini.

"Kami (Rafizi dan Arul kanda) boleh berbahas sebelah-sebelah sel, dan saya boleh dapatkan lebih banyak lagi maklumat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi hari ini.

Rafizi kelmarin nekad mendedahkan dokumen yang menurutnya tertakluk bawah OSA bagi membuktikan dakwaan kaitan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.

Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak dapat melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.

Semalam, Khalid berkata pihaknya sedang memeriksa jika dokumen yang didedahkan Rafizi adalah sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara yang diklasifikasikan sebagai OSA.

Khalid berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen itu diklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.

Sementara itu, Rafizi, anggota parlimen Pandan berharap beliau dan Arul diberi layanan serupa jika benar-benar ditahan bersama-sama.

"Kamu (Khalid) mahu siasat saya bawah OSA saya akan datang serah diri, beri keterangan. Saya akan beri sepenuh kerjasama tapi saya nak tengok Arul kanda juga hadir.

"Kalau saya kena lokap, masuk tak pakai selipar, berbaju ungu saya mahu Arul Kanda macam itu juga dalam lokap," katanya.

'Biar saya seorang kena OSA'

Sementara itu, walaupun membuat laporan polis, Rafizi berharap pihak lain tidak mengikuti tindakannya itu bagi mengelakkan siasatan bawah OSA.

"Saya tak nasihatkan pihak lain untuk buat laporan polis kerana saya bimbang akan kena OSA dan lain-lain jadi sebab itu saya (sendiri) buat laporan polis," katanya.


Lihat kelemahan diri, kata Ku Nan pada pemandu teksi

Posted: 30 Mar 2016 03:37 AM PDT

Alyaa Alhadjri    




Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengkritik pemandu teksi yang mengadakan protes terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar di Kuala Lumpur semalam.

"Saya tak faham kenapa nak buat demo. Kalau dia (pemandu teksi) betul, sudah pasti Grab (Car) dan Uber tidak akan berjaya.

"Bila Grab Dan Uber berjaya, maknanya dia (pemandu teks) tak betul," katanya.

Daripada mengadakan mogok, Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan, berkata pemandu teksi sepatutnya melihat kelemahan mereka sendiri.

"Cuba kita lihat kembali apa kesilapan kita?," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan kira-kira 300 pemandu teksi berhampiran pusat beli belah Pavilion semalam untuk membantah ketiadaan tindakan kerajaan terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Polis mengeluarkan kata dua kepada mereka supaya bersurai sebelum menahan lima pemandu selepas mereka gagal berbuat demikian.

Skandal Najib: Australia mahu jual pegangan di AmBank

Posted: 30 Mar 2016 03:35 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebuah akhbar Australia melaporkan bahawa bank keempat terbesar di Australia - Australia and New Zealand Banking Group Limited (ANZ)- mungkin menjual pegangannya dalam AmBank Holdings Berhad selepas publisiti buruk berhubung laporan ribuan juta ringgit disalurkan kepada akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"ANZ difahamkan cuba untuk melupuskan pegangannya dalam bank di Malaysia itu yang dibelenggu skandal sejak September lalu - sebulan selepas puluhan ribu rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi jalanan membantah skandal itu," lapor The Australian dalam artikel bertajuk 'Skandal Najib Razak: ANZ tidak boleh bertindak' yang diterbitkan hari ini.

Akhbar itu melaporkan bahawa jumlah besar wang yang mencurah ke dalam akaun Najib mencetuskan amaran mengenai pengubahan wang haram di AmBank yang menyebabkan bank tersebut terpaksa membayar denda selepas Bank Negara mendapati ia melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram dan peraturan transaksi kewangan memerangi keganasan.

Ini susulan pendedahan semalam oleh rancangan ehwal semasa 'Four Corners' terbitan Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang memperincikan bahawa ribuan juta ringgit didakwa mengalir ke dalam akaun AmBank Najib.

Akhbar itu melaporkan ANZ berkata ia tidak boleh bertindak ke atas pemindahan yang dikatakan bernilai lebih daripada AS$1 bilion ke akaun peribadi Najib di AmBank, walaupun ia adalah pemegang saham utama di institusi Malaysia itu dengan eksekutif ANZ bekerja sebagai pengurusan kanan dan juga menganggotai lembaga pengarahnya.

ANZ menjadi pemegang saham utama dalam AmBank Malaysia selama hampir 10 tahun, selepas membeli 24.9 peratus kepentingan pada tahun 2006.

Anak kapal kecam anak Zahid: Budak ini sungguh biadap

Posted: 30 Mar 2016 03:33 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

"Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin," katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Nurulhidayah sebelum ini menulis:

"Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangankecamsaya."



Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd.

Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari in

Ismail berkata, sebagai anak kepada pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial.

"Kalau macam ini perangai seorang anak timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," katanya.

Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.

"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS," katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak "mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal".

Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa.

Pelajar melecur akibat dibuli senior guna seterika

Posted: 30 Mar 2016 03:28 AM PDT

Buli
Gambar hiasan
 
 
JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di sini melecur dibahagian perut selepas ditekap seterika oleh pelajar senior di sekolah sama Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden pada Ahad lalu sekitar jam 11 malam ketika mangsa bersama 4 lagi rakannya termasuk senior berkenaan berada di sebuah bilik di asrama itu.

"Mereka berada di bilik tersebut untuk memotong rambut namun berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pelajar senior berusia 15 tahun itu.

"Pelajar senior itu dipercayai bertindak menolak mangsa sehingga terkena seterika dalam bilik berkenaan, lalu terkena siku mangsa.

"Mangsa memberitahu bahawa seterika itu panas, walau bagaimana pun pelajar senior itu mendakwa mangsa menipu dan bertindak meletakkan seterika itu di bahagian perut mangsa sehingga melecur,"katanya selepas mengesahkan laporan berkenaan, hari ini.

Noorzainy berkata, walau bagaimanapun mangsa telah dibawa mendapatkan rawatan susulan di klinik oleh pihak sekolah namun dibawa semula ke klinik berdekatan pada keesokan harinya dan mendapat surat cuti sakit selama tiga hari.

"Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu mengambil keputusan untuk berbincang mengenainya dengan pihak sekolah yang mana pihak sekolah mencadangkan agar pelajar senior itu dimeritnya dipotong.

"Namun keputusan itu tidak dipersetujui keluarga mangsa lalu membuat laporan polis pada jam 5.43 kelmarin yang mana polis membuka siasatan di bawah Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan beberapa tindakan telah diambil bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Pengurus besar syarikat GLC nafi terima rasuah

Posted: 30 Mar 2016 03:25 AM PDT

mahkamah


KUALA LUMPUR - Pengurus besar anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap 14 pertuduhan memperoleh suapan wang tunai hampir RM2 juta dan sebuah kereta BMW, tiga tahun lalu.

Dr Shahanom Uthman ,52, mengaku tidak bersalah pertuduhan tersebut.

Shahanom didakwa sebagai Pengurus Besar (Projek dan Servis) Transformer Manufacturing Sdn Bhd telah memperoleh wang tunai RM1, 351,000 daripada Pengarah Bina Mekar Sdn Bhd Ahsang Sabri sebagai upah memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Dia juga didakwa menerima wang tunai RM530,000 dan sebuah kereta BMW daripada Te Boon Chun bagi tujuan yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 5 Disember 2013 dan 18 Disember 2014 di lima lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Aida Adhha Abu Bakar mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Shahrom diwakili peguam Fahmi Abd Moin.

'Kami hanya mampu berserah kepadaNya'

Posted: 30 Mar 2016 03:15 AM PDT

 'Kami hanya mampu berserah kepadaNya'
Mereka tiba di Jeti Operasi Maritim, Tok Bali jam 1.30 pagi tadi dengan disambut keluarga masing-masing dan rakan-rakan.
PASIR PUTEH - "Kami tidak boleh berbuat apa-apa, hanya mempu berserah dan membiarkan bot hanyut mengikut arus angin bagi mencari rangkaian telekomunikasi yang terputus," kata Mohd Zaidi Yaacob, 41, salah seorang daripada lapan pemancing yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing berhampiran pelantar minyak Lawit, Jumaat lalu.

Mohd Zaidi berkata, mereka bersama tiga kru bot mengambil keputusan untuk ke lokasi lain kerana laut bergelora menyebabkan tiga atau empat rakan tidak dapat memancing.

Katanya, ketika mencari lokasi selamat seperti sekitar Pulau Perhenian, enjin bot mula berasap tapi tekong meneruskan juga perjalanan.

"Kira-kira jam 4 petang Sabtu, enjin bot mati, bot kami mula hanyut dan lebih mencemaskan apabila rangkaian telekomunikasi terputus, ada ketika kami menerima isyarat dari rakan di darat tetapi mereka tidak dapat menerima isyarat kami.

"Kami membiarkan bot hanyut dengan harapan 'menemui' rangkaian 'radio' Sukarelawan Perikanan (Super) untuk kami memaklumkan kedudukan kami," katanya.

Mohd Zaidi bersama rakan-rakannya, Zakaria Kadir, 54, Mohd Suhaimi Abdul Kadir @ Ghazali, 34, Nik Mohd Shukri Nik Mustafa, 49, Mohd Zaidi E, 30, Mohd Shariful Aidi Zakaria, 31, Suhaimi Mat Jusoh, 33 dan Mohd Faizal Abdul Rahman, 31, keluar ke laut dari Pengkalan Petah, Bachok untuk memancing Jumaat lalu.

Mereka yang dikatakan memancing di lokasi kira-kira 65 batu nautika, timur laut Tok Bali hanyut bersama tekong bot, Ramli Yusoff, 50 dan dua kru dikenali sebagai Yaakub Taib, 62 dan Fauzi Abdullah, 45, itu ditemui bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) jam 10.40 malam tadi.

Mereka tiba di Jeti Operasi Maritim, Tok Bali jam 1.30 pagi semalam dengan disambut keluarga masing-masing dan rakan-rakan.

Penganalisis: Kongres Rakyat tak beri impak besar

Posted: 29 Mar 2016 05:48 PM PDT

Kongres Rakyat berlangsung aman
Keadaan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) ketika Kongres Rakyat 2016 berlangsung. - Foto Sharifudin Abdul
 
 
SHAH ALAM – Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung pada Ahad diakui mempunyai tekanan yang kuat, bagaimanapun ia tidak mampu memberikan impak padu terhadap kerajaan, demikian pendapat penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis.

Menurut Muhammad Shamsinor, Kongres Rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat yang pembangkang sentiasa ada isu untuk dibawa kepada rakyat.
Jelas Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor di sebuah universiti tempatan ini,

sekiranya objektif kongres itu benar-benar mahu dilaksana, pembangkang sepatutnya mengatur strategi sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin diturunkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Pada pandangan saya, ia tidak memberikan tekanan yang kuat. la hanya memberikan tekanan berpanjangan, namun impaknya tidak cukup kuat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat dilihat bersifat peribadi]

"Pembangkang boleh buat apa sahaja, tetapi tetap susah. Kongres Rakyat 2016 yang dibuat hanya untuk beritahu dan alert rakyat yang pembangkang sentiasa ada isu yang dibawa," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Ahad lalu telah berlangsungnya Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang diadakah bertujuan untuk menyelamatkan negara.

Seramai 19 perwakilan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan ucapan pada himpunan aman itu.


Diam membisu dengan skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion dedah sikap berat sebelah pemimpin BN

Posted: 29 Mar 2016 05:46 PM PDT

m_kulasegaran-e1459240763289
Roketkini.com


IPOH: Tindakan pemimpin BN memperbesarkan isu pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang sah dan mengikut peraturan, hanyalah cubaan mengalih perhatian rakyat dari skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kulasegaran, berkata tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka hanya memainkan isu berhubung pemimpin parti pembangkang tetapi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Najib, yang melibatkan berbilion wang rakyat.

"Saya rasa amat melucukan apabila pemimpin UMNO, Gerakan dan MCA berkelakuan seperti singa apabila bercakap tentang isu pembelian rumah Guan Eng tetapi menjadi arnab yang jinak apabila menyentuh isu skandal Najib.

"Tingkah laku mereka hanya menunjukkan perangai berat sebelah apabila melibatkan isu integriti. Tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar mereka adalah untuk mengalih perhatian orang ramai dari skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat itu, cubaan memburuk-burukkan Guan Eng akan gagal memandangkan Setiausaha Agung DAP tersebut memberi penerangan yang jelas dan munasabah berhubung isu pembelian rumahnya.

"Guan Eng telah jelaskan isu itu dengan baik dan pemilik rumah sebelum ini, Phang Li Koon juga sudah membuat surat akuan bersumpah yang memihak kepada beliau.

"Lagipun, beliau (Guan Eng) sudah menerangkan bahawa pembelian itu bukan dari pemaju swasta. Tanah Taman Manggis itu dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) melalui tender terbuka dan Phang tidak mempunyai kepentingan dalam KLIDC.

"Tetapi, pemimpin BN masih mahu mengabaikan segala penjelasan yang nyata ini dan bertindak memainkan isu tersebut tanpa henti," katanya.

Beliau berkata, pemimpin dan ahli DAP akan terus memberi sokongan penuh kepada Guan Eng di saat beliau sedang berdepan serangan bertubi-tubi yang tidak berasas dari pemimpin dan cybertrooper UMNO-BN.

"Terdapat cubaan cybertrooper UMNO-BN untuk mengelirukan rakyat dengan menyamakan isu pembelian rumah Guan Eng itu dengan isu pembelian rumah Khir Toyo sebelum ini.

"Namun, penyokong DAP tidak jemu-jemu menjelaskan perkara sebenar dalam media sosial. Kami (DAP) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu selama ini," katanya. – Roketkini.com

Khairy Jamaluddin diminta jelas dana RM19 juta untuk tanam cili kepada NGO berkaitan MIC

Posted: 29 Mar 2016 05:44 PM PDT

ong_kian_ming_650x340

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Mengapa Kementerian Belia dan Sukan – yang dilanda skandal penyelewengan RM107 juta – memberi dana RM19 juta kepada sebuah NGO yang didalangi oleh MIC, sebuah parti komponen Barisan Nasional, untuk projek tanaman cili?

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata adalah tidak wajar dan tidak beretika untuk sesebuah kementerian menyalur dana wang rakyat ke sebuah NGO yang tidak diketahui ramai yang dikuasai oleh sebuah parti komponen kerajaan.

"Setelah lebih dua tahun NGO berkenaan didaftarkan, laman web yang disiarkan hanyalah perkara-perkara yang asas sahaja dan untuk yayasan seperti itu yang seharusnya mendekati golongan muda, NGO berkenaan tidak ada akaun Facebook atau Twitter pun.

"Tambahan pula penganugerahan dana kerajaan kepada NGO yang secara efektifnya dikawal oleh parti politik adalah tidak boleh diterima dan tidak beretika," katanya dalam satu kenyataan, menambah bahawa NGO berkenaan juga tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara mahupun kementerian terbabit.

Beliau mengulas persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar, di Dewan Rakyat pada 8 Mac lalu berhubung tindakan KBS menyalurkan dana berjumlah RM19 juta ke NGO yang bernama Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baru – New Affirmative Action Movement (NAAM) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, M. Saravanan.

Kian Ming yang juga Penolong Setiausaha DAP Selangor turut melahirkan kebimbangan berhubung isu berkenaan, yang menurutnya, dipersoalkan selepas pendedahan tergempar pegawai dari kementerian yang sama didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menggelapkan dana kerajaan sebanyak RM107 juta.

Tambahnya lagi, jika perkara itu berlaku terhadap parti pembangkang, khususnya DAP, sudah tentu tindakan pantas telah diambil SPRM untuk menyiasat sebarang dakwaan seumpama itu.

"Pendedahan terbaru mengenai unsur rasuah yang melibatkan RM107 juta di KBS membuktikan bahawa penyelewengan dana kerajaan dan amalan rasuah boleh berlaku tanpa pengetahuan Menteri.

"Justeru saya gesa supaya Menteri, Khairy Jamaluddin, menjelaskan kepada umum mengenai penyaluran dana berkenaan bagi membuktikan bahawa tiada unsur penyelewengan dana kerajaan yang berlaku," katanya. – Roketkini.com


Sarawak: PBB takut dikaitkan dengan Najib tapi tetap sokong pimpinan UMNO

Posted: 29 Mar 2016 05:42 PM PDT

ccj_sarawak

Roketkini.com


KUCHING: Tindakan Ketua Penerangan Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)-Barisan Nasional, Peter Minos, yang mencabar DAP supaya tidak mengaitkan Perdana Menteri dengan Sarawak jelas membuktikan BN Sarawak bimbang dengan kemarahan rakyat Bumi Kenyalang terhadap Najib.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata jika BN Sarawak enggan dikaitkan dengan Najib, lebih baik ia keluar dari perikatan BN.

"Jika tidak, mereka akan terus dilihat sebagai menyokong segala dasar zalim dan tidak adil kerajaan UMNO-BN," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu menjawab cabaran Minos beberapa hari lalu yang mahu membuat tawaran, iaitu DAP tidak mengaitkan Najib dengan BN Sarawak sebagai pertukaran untuk BN Sarawak tidak mengaitkan DAP Sarawak dengan Lim Guan Eng yang kononnya melakukan rasuah berkaitan isu pembelian rumah.

Minos seperti pemimpin serta cybertooper BN menyamakan fitnah rasuah terhadap isu rumah Ketua Menteri Pulau Pinang dengan skandal mega Najib dalam isu derma RM2.6 bilion dan 1MDB yang kini menjadi perhatian dunia serta memalukan Malaysia.

Chieng Jen menganggap tindakan Peter Minos menyamakan isu rumah Guan Eng dengan skandal berbilion ringgit Najib sebagai mengarut.

Tegasnya, DAP Sarawak tidak gentar dikaitkan dengan Guan Eng kerana dakwaan rasuah yang dilontarkan seorang wakil rakyat UMNO sebelum ini langsung tiada asas kukuh, malah pemfitnah itu pula tidak berani mengulangi tuduhannya di luar Parlimen.

"Faktanya, individu pemilik rumah asal yang dijual kepada Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang," jelasnya.

Beliau sebaliknya mencabar Peter Minos supaya menjelaskan pendiriannya yang bercanggah dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang jelas memberikan sokongan terbuka kepada Najib.

"Bagaimana mungkin beliau (Peter Minos) mendakwa BN Sarawak tidak mempunyai kaitan dengan Najib sekiranya Adenan telah banyak kali dalam banyak majlis berikrar menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Najib, dan tanpa sokongan BN Sarawak, Najib tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri?" soalnya. – Roketkini.com


Apa cerita dengan politik Terengganu?

Posted: 29 Mar 2016 05:31 PM PDT

MSO

Menurut MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kemelut politik Umno negeri itu sudah pun selesai dan kerajaanya masih stabil. Apa yang berlaku hanya kecuh dalam media massa sahaja dan ia hanya spekulasi semata-mata.

Ahmad Razif tidak lena tidur.
Kata MB itu juga DUN Terengganu tidak akan dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan? Betulkah apa yang didakwa Ahmad Razif itu? Atau beliau berkata untuk mendamaikan perasaanya sahaja?

Beliau juga mendakwa kerajaan BN juga masih utuh menguasai DUN Terengganu. Kedudukan hari ini Umno 17, manakala Pas, 14 dan PKR 1, manakala seorang calon bebas. Macam mana boleh jadi Umno 17? Bukankah Ahmad Said sudah tidak diikhtiraf sebagai Umno lagi?

Kalau Ahmad Said bukan Umno lagi bermakna kedudukan kini,16:16. Speaker tidak dikira sebagai Adun. Kedudukan itu boleh dikatakan DUN Terengganu dalam keadaan tergantung.

Kedudukan itu menyebabkan DUN itu tidak berfungsi. Tidak boleh dibuat apa-apa undang-undang kerana Umno tidak mendapat 2/3 di DUN.

Macam mana Ahmad Razif boleh mendakwa BN masih teguh dan tidak tergugat? Dalam situasi itu Ahamd Razif harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan dia tidak menjadi MB yang tidak berwibawa atau sebagai MB sotong. Kalau dia gagal untuk menyakinkan sokongan 2/3, tidak ada cara lain melainkan beliau harus menasihati Sultan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Itu cara penyelesaian terbaik.

Khabar dari jauh kedengaran, Sultan tidak berapa senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Semua akan menanti reaksi daripada Sultan Terengganu yang ketika ini katakannya sedang berada di luar negeri dan akan pulang ke Terengganu 6 April ini. Tidak mustahil kalau DUN Terengganu dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan hampir setengah bulan itu.

DUN Terengganu kecuh dan kedudukan Ahmad Razif sebagai MB tergugat apabila bekas MB Ahmad Said telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada MB itu mengikut Perkara 14(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Terengganu semasa sidang DUN dua minggu lepas.

Bagaimana pun usul itu tidak sempat dibahas apabila ditolak oleh Speaker. Penolakan usul itu secara teknikal menimbulkan kemarahan dan menjadi tanda tanya umum menyebabkan orang melihat Speaker telah mencemari wibawa dan kemuliaan Dewan. Speaker juga disifatkan sebagai alat kepada MB.

Dengan merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1962 di mana MB Terengganu ketika itu Daud Samad dari kerajaan Pas pernah menghadapi usul undi tidak percaya mengikut perkara sama, yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pas Terengganu tumbang.  Berdasarkan percedent itu Speaker sepatut menerima usul dikemukakan Ahmad Said itu. Penolakan usul itu menyebabkan Ahmad Said jadi berang.

Dalam pada itu menurut seorang Adun Terengganu, sikap Speaker tidak membenarkan usul berkenaan dibahaskan satu kesilapan dan menyebabkan kemelut politik Terengganu (Umno) "berpulas jaras" sampai kini. Katanya kalau Spekaer membenarkan usul itu dibahas dan dijalankan pengundian, kedudukan Ahmad Razif sudah pun selamat. Ini kerana ketika usul itu dikemukakan Umno ada 16 orang ahli manakala pembangkang 15 sahaja, apabila Abdul Hadi Awang tidak ada dalam dewan.

Tetapi kerana Speaker lebih bertindak untuk menyelamatkan MB, menyebabkan peluang itu terlepas sehinggalah timbul persepsi Speaker sebagai lebih menjaga kepentingan MB daripada menjaga wibawa DUN Terengganu. Gara-gara kurang prihatin itu juga menyebabkan kemelut DUN Terengganu terheret sampai kini.

Selama mana Ahmad Razif boleh bertahan dengan keadaan hari ini? Jawabannya, apa yang berlaku kini menyebabkan MB itu tidak lena tidur. Keadaannya di Terengganu sepertilah nelayan yang tinggal tepi pantai yang dilanda tengkujuh. Tidur tidak lena makan tidak kenyang asyik menumpang dagu dengan lengan tidak berbaju.

Sudah pasti Ahmad Saad yang kecewa dengan usaha untuk menjatuhkan Ahmad Razif itu tidak akan mendiamkan diri. Bekas MB itu tetap akan berikhtiar. Seperti harimau terluka dia akan jadi lebih ganas dan agresif lagi.

Dalam pada itu kedudukan Ahmad Razif agak bernasib baik sedikit apabila seolah-olah parti Pas tidak berminat untuk berusaha menjatuhkan kerajaan di luar saluran pilihan raya. Tampaknya situasi di Terengganu kini Pas telah terjerat dengan kata-katanya sendiri. Beberapa kali Abdul Hadi Awang menyebut partinya tidak gemar menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak bermoral.Jadi peluang terbuka kini berlalu begitu sahaja.

Gurau seorang wakil rakyat Terengganu kalau Pas tidak berminat untuk menjadi kerajaan bolehlah tugas itu diserahkan kepada orang lain yang lebih berminat dan berwibawa. Tidak ada guna bertanding dalam pilihan raya kalau bukan untuk jadi kerajaan, katanya.

Sekali lagi ditegaskan penyelesaian kepada kemelut Umno di Terengganu ialah dengan membubar DUN Terengganu dan adakan pilihan raya baharu. Soalnya dalam situasi hari ini, ketika Deklarasi Rakyat bersemerak apakah Najib Razak berani?

Raja Bahrin Tempelak Balik Satiful Bahri

Posted: 29 Mar 2016 05:25 PM PDT

KELAB GREENBOC


Pesuruhjaya Pas T'ganu sudah demam pilihan raya? soal Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.

Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.

Menurut beliau, pesuruhjaya Pas Terengganu itu patut mengikut contoh setiausaha politik presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bercadang mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung DAP.

Raja Bahrin hairan dengan sikap Satiful yang menyangkal kenyataan beliau tentang presiden Pas yang berhasrat menjadi penasihat kerajaan sedangkan ia dilaporkan secara meluas di media massa.

"Hampir kesemua media perdana dan media sosial alternatif melaporkan kenyataan presiden Pas bahawa Pas tidak berhasrat menukar kerajaan tetapi memadai dengan pendekatan menasihati sahaja ke arah perubahan.

"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali (selama) berbulan-bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial.

"Datuk Ahmad Razif (Abdul Rahman), Menteri Besar Terengganu melalui media utama telah menyatakan kerajaan Terengganu hendak melantik presiden PAS sebagai penasihat kepada kerajaan Umno (negeri)," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa Pas dan Satiful tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit jika laporan berkaitan tidak benar?

Malah beliau melahirkan kehairanan apabila tiada sebarang reaksi atau tindakan dibuat oleh Pas apabila berita berhubung 'penasihat kerajaan' itu disiarkan media massa.

"Apabila kenyataan yang sama datang dari saya, ia pula menjadi fitnah?" ujarnya kesal.

Belau juga hairan dengan sikap Pas yang bersetuju dengan pendekatan pelaksanaan hukum hudud yang disebut presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sedangkan bekas pemimpin Pas yang mengeluarkan pandangan yang sama dituduh liberal, pengkhianat, antihudud dan sebagainya.

"Pas perlu konsisten dalam dua isu di atas. Yang pasti Pas konsisten adalah apabila kenyataan datang dari media pro-Umno atau bekas ahli Umno, Pas akur dan tunduk. Apabila datang dari pihak kami (Amanah) dan lain-lain ianya semuanya fitnah dan tidak benar. Dimanakah konsistensi dan kredebiliti Pas?" soal Pengerusi Amanah Terengganu itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Pendek saja ulasan GB kali ini.

Semua orang tahu bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin PAS berpusing-pusing, bertukar-tukar dan tidak konsisten.

Itu adalah petanda-petanda kapal PAS sudah hampir untuk karam dan tenggelam... Kata-kata angkuh presidennya yang menyatakan samada AMANAH masih wujud atau tidak menjelang PRU14 nanti bakal terkena kepada partinya sendiri...

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. 
 
 

'Bayi' Tragedi Highland Tower Kembali Bertemu 'Heronya' Selepas 23 Tahun

Posted: 29 Mar 2016 05:20 PM PDT

- Gambar fail Highland Tower
 
MSTAR ONLINE

 
KUALA LUMPUR: Bayi yang terselamat dalam tragedi Highland Tower 23 tahun lepas, pada Isnin dipertemukan semula dengan ketua operasi menyelamat dalam tragedi itu.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan ternyata sebak ketika dipertemukan dengan Nur Hamidah Nadjib yang kini berusia 24 tahun.

Nur Hamidah yang berusia 18 bulan ketika tragedi itu, turut menangis dalam pertemuan yang berlangsung di sebuah stesen televisyen swasta di sini.

Zaman Khan, antara orang terawal mendukung Nur Hamidah selepas dia diselamatkan daripada runtuhan kondominium mewah itu pada 11 Disember 1993 yang turut mengorbankan 48 nyawa.

"Saya rasa bersyukur akhirnya dapat dipertemukan dengan beliau kembali," kata Zaman Khan ketika dihubungi Bernama di sini.

Zaman Khan berkata beliau sebelum ini telah beberapa kali cuba mencari 'bayi ajaib' itu termasuk menghubungi pihak kedutaan Indonesia, namun gagal.

Pertemuan penuh bermakna itu diuruskan stesen televisyen berkenaan dan turut disiarkan secara langsung di TV9.

Nur Hamidah tiba di Malaysia 5.10 pagi Isnin dari Surabaya, Indonesia, ditemani ibu, Umi Rasyidah, adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26.

Nur Hamidah kini bekerja sebagai jururawat di Persatuan Perawat Indonesia.

Ketika tragedi itu berlaku, ibu Nur Hamidah bekerja sebagai pembantu rumah di blok bangunan yang runtuh itu.
 
 

Saya Terlalu Tua Untuk Jadi PM - Ku Li

Posted: 29 Mar 2016 05:13 PM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
Tengku Razaleigh Hamzah.
 
 
DIKEMASKINI KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa memberitahu bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri yang baharu.

"Saya terlalu tua... saya tiada niat untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

"Saya sangat gembira di sini kecuali saya tanpa isteri," katanya pada sidang media di kediamannya pada Selasa.

Ditanya sekiranya beliau mempunyai rancangan untuk memulihkan Umno sebagai parti, Ahli Parlimen Gua Musang itu menjawab dalam alasan sama.

"Sebelum ini saya boleh cakap lima atau enam kali sehari. Sekarang saya boleh cakap mungkin dua kali sehari dan saya sudah penat," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata, beliau tidak menyedari mengenai akuan berkanun yang tidak ditandatangani bagi menyokong beliau menjadi perdana menteri.

"Saya tidak tahu mengenainya. Saya sudah tahu sekarang, tetapi ia bukan akuan berkanun tetapi lebih kepada surat kepada Agong.

"Saya diberitahu ia hanya mengatakan seseorang seperti saya seharusnya dilantik," katanya.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk mengubah landskap politik Malaysia.

"Perlu ada perubahan. Bukan sekadar seorang individu tetapi perubahan kepada keseluruhan sistem.

"Dan ia tidak sepatutnya dibiarkan sebagai kumpulan elitis yang boleh putuskan untuk berubah, tetapi rakyat," katanya, merujuk kepada gerakan "Selamatkan Malaysia" dan deklarasi rakyat yang dilancar oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya Sihat, Semua Okay" - Khir Toyo

Posted: 29 Mar 2016 05:03 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Dr Khir memeluk salah seorang ahli keluarganya. - foto FB Dr Mohamad Khir Toyo.
 
 
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dibebaskan mengikut sistem parol selepas menjalani separuh daripada hukuman penjara setahun atas kesalahan rasuah.

Malah, beliau akan menghabiskan dua bulan terakhir hukuman penjaranya dengan Tahanan Kediaman di bawah pengawasan Pejabat Parol Klang.

Menurut rakan rapatnya, Jalil Khir, isteri Dr Khir, Zahrah Kechik, 50, menandatangani dokumen berkenaan di Pusat Parol di Meru, Klang, awal pagi Selasa sebelum menjemputnya di penjara.

Bersama dengan ahli keluarga lain, beliau tiba di kediamannya di Glenmarie, Seksyen 7 di sini kira-kira pukul 7.15 malam.

"Parol diberikan pada sebelah pagi tetapi beliau hanya dibebaskan pada petang Selasa.

"Dr Khir akan menghabiskan baki dua bulan hukuman penjaranya dengan tinggal di rumah dan diawasi pegawai Pejabat Parol Klang," kata Jalil.

Ketika dihubungi, Dr Khir yang kedengaran sedikit keletihan berkata beliau berada dalam keadaan baik.
"Saya berada dalam keadaan baik dan sihat serta semuanya okay," katanya.

Beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana ia adalah salah satu daripada 41 syarat yang terikat di bawah sistem parol.

Jalil berkata Dr Khir akan menjalani parol selama dua bulan berikutan pengampunan satu pertiga daripada hukumannya dan juga kerana berkelakuan baik.

Katanya, dibawah syarat-syarat parol, Dr Khir perlu berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi setiap hari.

"Malah, beliau perlu melaporkan diri di Pusat Parol pagi Rabu," katanya kepada pemberita di luar perkarangan rumah Dr Khir pada petang Selasa.

Sementara itu, dalam entri akaun Facebooknya pada Selasa tertera: "Alhamdulillah, Lembaga Parol sebentar tadi telah meluluskan permohonan parol Dr Mohamad Khir Toyo.

"Mulai 29 Mac 2016 Dr Khir Toyo akan menghabiskan dua bulan terakhir hukuman penjaranya dengan Tahanan Kediaman di bawah pengawasan Pejabat Parol Klang.

"Setelah enam bulan di penjara akhirnya Dr Khir bertemu keluarga secara berdepan tanpa kaca penghalang lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t.," menurut kenyataan yang dimuatnaik dari laman Facebooknya.

Hampir 700,000 Warga Asing Diberi Kerakyatan

Posted: 29 Mar 2016 04:58 PM PDT

MSTAR ONLINE


Ahmad Zahid Hamidi.
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengeluarkan Sijil Warganegara kepada 688,766 warga asing sejak negara merdeka sehingga 31 Januari lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu rakyat tiga negara asal yang merekodkan jumlah penerima Sijil Warganegara tertinggi adalah China (69,904), Indonesia (38,024) dan India (19,301).

Kementerian itu menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai jumlah warga asing yang diberi status kerakyatan Malaysia sejak negara merdeka mengikut negara asal serta bilangan mereka yang telah ditarik balik kerakyatan.

Menurut kementerian itu, jumlah warganegara Malaysia yang dilucutkan kerakyatan mereka bagi tempoh sama adalah 10,828 orang. - Bernama

BONGKAR: Amanah Raya ‘pinjamkan’ 1MDB RM2 bilion. Duit Amanah Raya Pun Tibai.....

Posted: 29 Mar 2016 04:50 PM PDT


suarakami


Satu lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa memberi pinjaman RM2 bilion kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pinjaman itu masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai Amanah Raya Berhad (ARB).

Memetik "maklumat sulit" daripada "sumber dalaman", ARB mengeluarkan RM2 bilion kepada 1MDB selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Barisan Nasional Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik pengerusi pemegang amanah syarikat pada 1 Januari tahun lepas.

Pinjaman itu di dakwa berkadar faedah tahunan sebanyak 4%, dimeterai melalui "bil IOU" yang dikeluarkan oleh ARB.

Tindakan itu menjejaskan aliran tunai ARB kerana aset bersih syarikat itu sebelum pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7.5 bilion, yang mana 35% atau RM2.6 bilion adalah wang tunai.
Selebihnya, adalah hartanah yang merupakan 20% daripada aset bersih ARB, bon dan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).

"Pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB itu adalah daripada aset tunai ARB sebanyak RM2.6 bilion, menyebabkan syarikat itu menghadapi masalah aliran tunai yang besar.

"Ini memaksa ARB menjual sebahagian besar daripada bon dan hartanah REIT untuk mengekalkan rizab tunai manakala nilai bon hanya sebanyak 5% daripada jumlah aset,"
Juga difahami bekas eksekutif atasan ARB, bekas pengerusi Datuk Dusuki Ahmad dan bekas pengarah pengurus Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, "dipaksa" meninggalkan syarikat itu kerana enggan melanjutkan pinjaman kepada 1MDB dan pinjaman itu hanya diluluskan selepas Reezal Merican menyertai ARB.

Penjelasan daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu diperlukan, terutamanya memandangkan keadaan kewangan 1MDB yang tidak stabil.
Pihak polis dan Jabatan Audit Negara di gesa menyiasat perkara itu sebagaimana kerana di syaki terdapat unsur jenayah pecah amanah.


Comments (0)