Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ISU BUNGALOW KETUA MENTERI, INI DIA WAJAH WANITA ITU

Posted: 26 Mar 2016 08:37 PM PDT

miss p-lgeKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa beliau mengetahui banglo yang dibelinya mempunyai nilai pasaran RM4.2 juta.
Beliau yang menafikan laporan berita tentang dirinya tidak mengetahui nilai pasaran hartanah berkata, fakta-fakta telah diputarbelit.
Guan Eng berkata, semasa beliau menjemput media datang ke rumahnya untuk lawatan selepas timbul kontroversi berkenaan, seorang wartawan bertanya sama ada beliau tahu tentang hartanah berkenaan bernilai RM6.5 juta seperti yang didakwa pemimpin-pemimpin Umno.
"Saya tahu nilai hartanah adalah RM4.2 juta.
"Apa yang saya katakan ialah saya tidak tahu bagaimana pemimpin-pemimpin Umno mendapat tahu rumah saya pada RM6.5 juta kerana saya seorang ketua menteri, bukannya ejen hartanah," katanya sebelum menghadiri sesi dialog bersama anggota DAP Johor di sini, Sabtu.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menolak dakwaan mengenai beliau tidak menyedari nilai pasaran apabila beliau membayar duti setem banglo yang dilaporkan kira-kira RM122,000.
Beliau mendakwa, insiden itu merupakan serangan peribadi Umno terhadapnya bagi mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan kes penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan .
miss p-1

Comments (0)