Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:26 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


@TeresaKok Kata Banglo @limguaneng Dijual Murah Sebab Feng Shui Tidak Bagus #NoSwimmingPool

Posted: 27 Mar 2016 07:56 AM PDT


Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim, ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia petang tadi mendakwa harga pembelian banglo Ketua Menteri, Lim Guan Eng murah disebabkan Feng Shui yang tidak bagus. Oleh sebab itu katanya, pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng. Teresa berkata,
"Sebenarnya harga rumah tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Ketua Menteri Pulau Pinang. Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut."
Mungkin Teresa Kok mahu mengantikan Feng Shui Master Lilian Too yang terkenal atau mungkin Teresa Kok lebih berkelayakan daripada Raja Bomoh Malaysia? Sejak bila Ahli Parlimen Seputih ini berubah angin menjadi Feng Shui Master? 

Sekiranya benar Feng Shui rumah itu tidak bagus atau buruk, kenapakah Lim Guan Eng sanggup membelinya dengan harga yang murah? Apapun ketidakhadiran keluarga Anwar Ibrahim di Kongres Rakyat hari ini bukanlah Feng Sui yang baik untuk Tun Dr Mahathir.

Cuba lihat di bawah bagaimana DAP pertahankan salahguna kuasa pemimpin mereka. Mereka akan cuba menghalalkan dan mencari alasan serta dalil untuk menunjukkan pemimpin mereka tidak bersalah, sehinggakan Feng Shui pun mereka gunakan sebagai alasan untuk menutup salah guna kuasa pembelian banglo Lim Guan Eng. Kalau pemimpin UMNO jangan kata hendak mempertahankan yang sejengkal pun orang UMNO sendiri jadikan berdepa-depa.

Gerakan Selamatkan Malaysia Di Shah Alam

Posted: 27 Mar 2016 05:12 AM PDT

'Gerakan Selamatkan Malaysia' atau Kongres Rakyat 2016 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Shah Alam petang tadi. Turut  bersama-sama dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah pasukan terbaiknya yang akan menyelamatkan Malaysia. Tak tahulah selamat dari apa atau siapa? Sedangkan tidak jauh dari tempat berkenaan di AEON Shah Alam, keadaan penuh sesak dengan orang yang sedang membeli belah sempena batu dapat gaji.

Panglima-panglima perang yang mengiringi Tun Dr Mahathir petang ini termasuklah TS Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Ambiga S, Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa, Rafizi Ramli, Teresa Kok, DS Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim, Mohammed Sabu dan anaknya sendiri DS Mukhriz Mahathir. Barisan yang ada petang ni cukup hebat bukan! Ada unsur liberal, ada unsur LGBT dan ada unsur cauvinisme.

Hormat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Inilah dasar keterbukaan yang beliau cuba laksanakan. Beliau tidak pernah ganggu majlis sebegini apatah lagi cuba untuk mensabotajnya. Kalau zaman Tun Dr Mahathir dahulu, silap-silap ramai yang akan dihumban ke Kamunting di bawah dakwaan ISA.

Comments (0)