Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:59 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Mahathir Letak Jawatan Di Proton, UTP, LADA Dan TIDA

Posted: 31 Mar 2016 07:00 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan telah meletakkan jawatan di empat badan berkaitan kerajaan iaitu Proton Holdings Berhad (Proton), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Mac disusuli pemecatannya sebagai penasihat di Petronas 11 Mac lalu.

Proton dipengerusikan Mahathir sejak diasaskan pada 7 Mei 1983.

Surat perletakan jawatan sebagai pengerusi diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar semalam.

Perletakan jawatan sebagai Canselor UTP dimaklumkan kepada Rektor, Datuk Abdul Rahim Hashim, dan berkuatkuasa 30 Mac.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara telah diumumkan mengenai perletakan jawatan ini.

Sebelum ini, beberapa pimpinan UMNO mendesak pemecatan bekas Perdana Menteri itu lantaran kelantangannya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Ketidakpuasan hati Mahathir terhadap Najib didorong skandal berkaitan 1MDB dan derma politik, RM2.6 bilion ~ FMTbr />


Tangkapan Pertama 1MDB: Bekas CEO Aabar Diekstradisi Ke US..

Posted: 31 Mar 2016 03:00 AM PDT


Ini adalah tangkapan pertama individu yang berkait dengan Skandal 1MDB atas permintaan Amerika Syarikat, yang dijangka mengegarkan politik Malaysia dan juga perniagaan berkaitan di Hollywood serta Las Vegas.

Sumber yang rapat dengan pegawai Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny, telah diletakkan dalam tahanan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, yang kini memproses permohonan ekstradisi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, berhubung dengan dakwaan berkaitan Skandal 1MDB.

Al Husseiny, berasal dari Kenya, masih memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, walaupun telah berpindah ke Abu Dhabi.



Tindakan ini adalah rentetan dari satu penyiasatan yang sedang dijalankan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam beberapa bulan ini terhadap kehilangan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan Malaysia..

Baca kenyataan media Ahli Parlimen Kapar ni dulu..

Kenyataan Akhbar 31 Mac 2016 
Isu Penangkapan Pertama Berkaitan 1MDB 
Isu 1MDB telah membuka lembaran baru di muka dunia apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, dan permohonan ekstradisi sedang di proseskan atas permintaan Amerika Syarikat. Penangkapan ini berkaitan dan berhubung rapat dengan isu 1MDB. 
Ekstradisi adalah proses rasmi di mana satu negara memindahkan jenayah yang disyaki atau disabitkan ke negara lain. Antara negara-negara, ekstradisi biasanya dikawal oleh perjanjian melalui treaty. 
Al Husseiny merupakan seorang yang memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan 1MDB. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015. Aabar merupakan syarikat subsidiary kepada IPIC - International Petroluem Investment Company. IPIC terlibat secara langsung dengan 1MDB. 
Al Husseiny terlibat dalam bail – out hutang 1MDB pada Jun 2015 yang dilakukan atas kapasitinya sebagai CEO Aabar. 
Ini merupakan penangkapan yang pertama secara rasmi yang berkait rapat dengan isu 1MDB. Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ianya berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat. 
Penangkapan Al Husseiny hanyalah permulaan terhadap kes 1MDB. Yang pastinya, ianya juga bukan penangkapan terakhir. 
Ini menunjukkan siasatan secara menyeluruh telah dilakukan di Amerika Syarikat. Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita. 
Walaubagaimanapun, saya berharap dengan penangkapan ini, pelbagai jawapan kepada soalan – soalan dan spekulasi mengelilingi 1MDB mungkin terjawab. 
Salam Reformasi. 
YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar

Kemudian bacalah laporan mengenai tangkapan tersebut kat bawah ni..

First 1MDB Arrest - Former Senior Fund Manager Faces US Extradition Request In Abu Dhabi

The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.

Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny, has been placed in detention by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.

Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.

This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.

Meanwhile, Prime Minister, Najib Razak, who is the sole shareholder and signatory of the fund, has solidly denied that any wrong-doing took place.

Key player at International Petroleum Investment Company (IPIC) subsidiary 

Whilst CEO of Aabar (a subsidiary of IPIC) until July of last year, Al Husseiny was a key player in a number highly controversial deals involving 1MDB, from which billions of ringgit appear to have disappeared.

He also fronted a massive bail-out of 1MDB's debts, in a surprise move last June.

It was one of his last actions in the post, from which he was summarily dismissed the following month.

There are numerous other questions concerning the management of Aabar, where Al Husseiny was regarded as a right hand man of the ex-Chairman, the high-rolling nightclub supremo, Khadem al Qubaisi, also CEO of IPIC.

Al Qubaisi was thrown out of all his official posts some weeks earlier in April of last year and following a period under house arrest he fled to the South of France, where he has considerable property.

Sarawak Report has identified that Al Qubaisi has also been removed from a number of his private business positions over the past fortnight – in the same period IPIC has mysteriously removed all reference to a number of key subsidiaries of Aabar (which were linked to Khadem) from its websites.

US dimension 



The effects of the news has already caused an apparent major loss of confidence in related businesses in the United States.

Please continue yours reading HERE and HERE

Terlebih Makan Dedak Agaknya Timbalan Menteri Sorang Ni..

Posted: 31 Mar 2016 01:00 AM PDT


Tidak ada apa yang salah dengan memiliki beg tangan dan barangan kemas jika seseorang itu berkemampuan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. 

Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.

"(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.

"Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan (beliau) beg tangan," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Mengenai barangan kemas Rosmah,Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.

"Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku). "Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu," katanya sambil bergelak ketawa. 

"Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu," katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.

Beliau berkata memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.

Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.

"Cara mereka pergi bercuti hanya biasa," katanya.

Beliau mengulas laporan The Wall Street Journal yang mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas ~ Malaysiakini



Kononnya PLKN Ditangguh Untuk Jimat RM400 Juta, Tapi RM408 Juta Dibelanja Juga Walau Ditangguh.. Kenapa?

Posted: 30 Mar 2016 11:00 PM PDT


Apakejadahnya ni?.. kononnya ditangguhkan untuk membolehkan Kerajaan menjimatkan RM400 Juta pada tahun 2015.. tapi pada tahun yang sama PLKN belanjakan RM408 Juta..

Kalau nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu tahun 2014.. PLKN dah belanjakan RM697 Juta..

Jadi bagaimana boleh dikatakan penangguhan yang dilakukan itu membolehkan Kerajaan jimat RM400 Juta pada tahun 2015?

Sedangkan walaupun ditanggguhkan perbelanjaannya ialah RM408Juta..

Kita anggaplah RM408 Juta itu adalah kos operasi, contohnya seperti sewa tanah milik kroni, sewa bangunan milik kroni dan lain-lain lagi..

Oleh itu jika ditolak perbelanjaan tahun 2014 iaitu RM697 Juta dengan perbelanjaan ketika program PLKN ditangguhkan iaitu RM408 Juta.. bakinya ialah RM289 Juta..

Bagaimana boleh dikatakan jimat RM400 Juta sedangkan RM408 Juta telah dibelanjakan?

Sepatutnya jika benar RM400 Juta berjaya dijimatkan.. perbelanjaan PLKN untuk tahun 2015 ialah lebih kurang RM289 Juta.. bukannya RM408 Juta..

Kenapa ada lebih RM111 Juta yang dibelanjakan?

Kenyataan media tentang penangguhan itu..

PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 
KENYATAAN AKHBAR 
PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 
Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) akur dengan keputusan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) ditangguhkan pada tahun 2015 bagi memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM400 juta. 
Penangguhan PLKN 2015 dapat memberi ruang kepada JLKN untuk mengkaji semula dan menambahbaik program melalui Transformasi PLKN yang akan dilaksanakan nanti. Transformasi PLKN, bertujuan untuk merumus pendekatan yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara. 
Lab juga telah ditetapkan pada bulan depan bagi membicangkan pelan transformasi PLKN yang melibatkan Pengusaha Kem, Ibu Bapa, Jurulatih PLKN, NGO – NGO dan Institusi Kewangan. Cadangan yang dibincangkn pada Lab akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi. 
Status pelatih Kumpulan dua dan tiga yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2015 akan ditangguhkan sehingga diumumkan kelak. 
Disediakan oleh: 
Dato' Mohmed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2015

Jawapan parlimen tentang jumlah peruntukan yang dibelanjakan dalam program PLKN dari tahun 2004 hingga tahun 2015..


Jimat RM400 Juta mai kot mana???



WSJ Lapor Najib Belanja RM60 Juta Untuk Shopping Barangan Mewah..

Posted: 30 Mar 2016 09:42 PM PDT


Lebih banyak maklumat berhubung dakwaan sikap mboros keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan jutaan ringgit didedahkan lagi hari ini.

Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.

Dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia menunjukkan bahawa kad kredit Najib digunakan bagi membayar pembelian di gedung fesyen Chanel di Honolulu, Hawaai bernilai AS$130,625 (RM512,194).



Ini berlaku dua hari sebelum beliau bermain golf dengan Presiden Barrack Obama pada malam Krismas 2014.

Kunjungan ke Amerika Syarikat itu menjadi kontroversi apabila beberapa negeri di pantai timur Malaysia dilanda banjir teruk dan Najib terpaksa terbang pulang untuk melawat kawasan yang terjejas.

WSJ melaporkan bahawa seorang pekerja di kedai Chanel di kawasan kelas atasan Ala Moana Center masih mengingati isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor yang membeli-belah di gedung itu sebelum Krismas.

"Urus niaga di gedung Chanel itu dibayar melalui kad Visa atas nama Najib, menurut dokumen siasatan Malaysia. Pada mulanya transaksi itu tidak berjaya dan Najib yang turut hadir, terpaksa menelefon bank untuk meluluskan pembayaran berkenaan," kata laporan itu.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa kad kredit dibayar melalui akaun atas nama Najib dan akaun berkenaan telah dikreditkan dengan AS$9 juta (RM35 juta) beberapa bulan sebelum itu.

Menurut dokumen itu, wang berkenaan datang dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Najib sebagai menterinya.

"Pada hari Najib bermain golf dengan Obama, SRC International memindahkan lagi AS$9 juta ke akaun itu melalui cabang tanggungjawab sosial korporat 1MDB. Wang itu tiba sehari selepas Krismas," kata laporan WSJ itu.

Dokumen juga menunjukkan Jakel Trading Bhd, peruncit pakaian mewah Malaysia, sebagai antara penerima paling lazim dana dari akaun Najib.

"Di antara 2011 dan 2014, Najib memindahkan lebih AS$14 juta (RM55 juta) kepada Jakel, menurut dokumen. Syarikat itu mengkhusus dalam pakaian tradisional Melayu, sut, pakaian perkahwinan dan kelengkapan rumah."

WSJ berkata terdapat juga perbelanjaan yang dicatatkan pada 28 Jun, 2011, di Signature Exotic Cars, pengedar kereta di Kuala Lumpur dengan harga AS$56,000 (RM220,000).

"Kad kredit Najib juga mencatatkan perbelanjaan €750,000 (RM3.3 juta) pada Ogos 2014 di cawangan Itali, De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas milik Switzerland.

"Seorang pekerja De Grisogono mengesahkan Rosmah, isteri perdana menteri, adalah pelanggan di kedai emas syarikat itu di cawangannya di Porto Cervo, sebuah resort kecil di Sardinia. De Grisogono enggan mengulas."

WSJ juga menghubungi beberapa syarikat lain yang didakwa terlibat dalam urus niaga berkenaan, tetapi semuanya tidak mahu mengulas.

Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku dan menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan peribadi ~ Malaysiakini



Comments (0)