Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:40 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Apa Jurucakap Putrajaya Dah Buat Ni?.. Dia Akui Lagi AS$375 Juta Juga Masuk Akaun Najib Ke?

Posted: 30 Mar 2016 09:05 AM PDT


Siapalah yang keluarkan kenyataan dari Putrajaya untuk membela Najib tu agaknya?.. dia baca betul-betul atau langsung tak baca apa yang didedahkan oleh Media Australia dan bandingkan dengan pengakuan Najib sebelum ini?

Semalam, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) menerbitkan surat itu adalah daripada putera Arab Saud Abdulaziz Majid kepada Najib.

Dalam surat itu, putera itu menjanjikan AS$ 375 juta kepada perdana menteri dengan berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang disukainya dengan pemberian itu.



Lambang surat rasmi itu menunjukkan ia adalah pejabat peribadi "Saud Abdulaziz Majid al Saud" manakala surat itu pula kononnya ditandatangani oleh "HRH Putera Saud Abdulaziz Al-Saud".

Putera Abdulaziz Majid adalah cucu kepada Allahyarham Raja Abdulaziz - raja pertama keluarga Saud.

Beliau adalah gabenor kota suci Madinah pada masa surat itu ditulis iaitu bertarikh, 1 November, 2011.

"Surat ini dikeluarkan sebagai niat baik dan bagi penjelasan. Saya tidak mengharapkan apa-apa kepentingan peribadi sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada pemberian itu.

"Pemberian itu tidak seharusnya dianggap sebagai rasuah kerana ini adalah bertentangan dengan amalan Islam, dan saya secara peribadi tidak menggalakkan amalan tersebut dalam apa cara sekalipun," kata surat itu.

Hari ini.. keluarlah satu kenyataan dari Putrajaya...

Media Australia telah mengesahkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penemuan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi beliau adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi, kata Putrajaya.

"Siasatan termasuklah pemeriksaan forensik ke atas setiap pindahan," kata seorang jurucakap kerajaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

"Pihak berkuasa Malaysia turut dihantar ke Arab Saudi untuk meneliti dokumen dan menemubual anggota keluarga diraja serta pegawai yang mengendalikan derma berkenaan.

"Seperti dinyatakan dalam surat dari Arab Saudi yang dibocorkan, derma itu adalah hadiah kepada perdana menteri atas usahanya mempromosi kesederhanaan dalam Islam dan kepemimpinannya membanteras keganasan serta ekstremisme, selain inisiatif melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

"Kandungan surat berkenaan jelas menunjukkan derma itu boleh digunakan oleh Perdana Menteri seperti mana yang difikirkan patut dan akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat milik penderma, tanpa mengharapkan sebarang manfaat sebagai balasan," kata jurucakap itu dipetik dari Malaysiakini

Aku kata jurucakap Putrajaya tu main bedal saja keluarkan kenyataan sebabnya dalam surat tersebut jumlah yang dinyatakan ialah AS$375 Juta..

Tapi apa yang Najib akui dan telah didedahkan oleh WSJ sebelumnya ialah RM2.6 Billion atau AS$681 Juta telah masuk ke dalam akaunnya..

Jurucakap Putrajaya itu yang mungkin terlalu gembira dengan laporan dari ABC yang mendedahkan surat dari Putera Arab itu kononnya.. juga dipercayai tidak melihat atau membaca dengan betul surat itu..

Sebabnya tarikh yang tercatat pada surat itu ialah 1 November, 2011.. tetapi pendedahan oleh WSJ mengatakan  ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013..

Apa Jurucakap Putrajaya dah buat ni?.. dia dah akui memang benar selain AS$681 Juta... AS$375 Juta juga telah masuk ke dalam akaun Najib ke?

Tapi betul ke surat tu dari Putera Arab dan ada ke Putera Arab tu?.. cuba baca di SINI



Akhbar Cina Persoal Integriti Guan Eng

Posted: 30 Mar 2016 05:30 AM PDT


Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk 'Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit' mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.



"Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

"Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh," katanya dalam artikel itu.

Sementara itu, artikel bertajuk 'Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela' oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

"Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah," katanya.

Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk 'Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah' yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

"Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.



"Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?" soalnya...

Sumbernya dari SINI

Budak Ini Sungguh Biadap Dan Tidak Cerdik Kata Presiden NUFAM Kepada Anak Zahid

Posted: 30 Mar 2016 02:10 AM PDT


Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

"Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin," katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Nurulhidayah sebelum ini menulis:

"Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangan kecam saya"

Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd. 

Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari ini.

Ismail berkata, sebagai anak pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial

"Kalau macam ini perangai seorang timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat," katanya.

Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.

"Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS," katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak "mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal".

Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa ~ MalaysiaKini



Berapa Billion Sebenarnya Masuk Akaun Najib? RM2.6 Atau RM4.2 Billion?

Posted: 29 Mar 2016 11:00 PM PDT


Tumpuan antarabangsa mengenai dana berbilion ringgit yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pendedahan baru berhubung betapa besar skandal tersebut. 

Jumlah RM2.6 bilion yang digunakan untuk merujuk skandal berkenaan tidak lagi terpakai.

Angka baru wang yang berada di akaun bank Najib, berdasarkan maklumat terakhir adalah pada AS$1.051 bilion atau RM4.202 bilion berdasarkan kadar pertukaran semasa sebanyak AS$1 bersamaan RM4.



Kontroversi itu sebelum ini dirujuk sebagai skandal RM2.6 bilion, berdasarkan pendedahan pertama yang dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu.

Mereka melaporkan bahawa AS$681 juta mengalir ke akaun bank peribadi Najib. Berdasarkan kadar pertukaran pada masa itu, jumlah berkenaan dianggarkan sekitar RM2.6 bilion.

Bagaimanapun selepas hampir setahun berlalu sejak pendedahan pertama itu, kini terdapat petunjuk bahawa deposit AS$ 681 juta itu hanya salah satu daripada urus niaga lain.

Ratusan juta dolar Amerika juga dilaporkan mengalir ke akaun Najib di AmBank, termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi, Putera Faisal bin Turki bin Bandar Alsaud dan Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd (BVI).

Dengan pendedahan terbaru oleh ABC News yang berpangkalan di Australia minggu ini, teka-teki yang hampir siap, dengan hampir 90 peratus atau AS$ 956 juta daripada AS$1.051 bilion yang diterima oleh Najib telah dikenal-pasti.

Ini termasuk sekurang-kurangnya wang RM32 juta milik syarikat negara, SRC International yang juga dimasukkan ke dalam akaun bank Najib melalui beberapa perantara.

Malaysiakini menyusun angka berkenaan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran besar mengenai skandal itu.

Silalah lihat di SINI

Najib Cuba Campur Tangan Dalam Siasatan Bank Negara Dakwa Muhyiddin

Posted: 29 Mar 2016 08:18 PM PDT


Bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan Penguasa Kewangan Singapura telah menyerahkan laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak dimasukkan ke akaun BSI Bank di Singapura.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, laporan berkenaan itu telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara untuk disiasat.

"Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.

"Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun," katanya di Facebook semalam.

Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.

"Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB. 

"Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

"Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," tambahnya.

Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.

"(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini," tambah Muhyiddin.

Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

"Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB," tulis beliau. Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

"Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

"Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah." ~ FMT


Tahanan Rumah: Untuk Khir Toyo Ada.. Tapi Kenapa Untuk Anwar Zahid Kata Tiada Undang-undang Ini?

Posted: 29 Mar 2016 05:00 PM PDT


Zahid Hamidi ni dia jawab soalan Wan Azizah setelah merujuk kepada pihak yang lebih mengetahui atau main bedal saja ikut suka dia?

Tak sampai seminggu Timbalan Perdana Menteri itu telah berkata Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah tetapi pembebasan Khir Toyo membuktikan sebaliknya..

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang untuk melaksanakan penahanan banduan di rumah atau home detention.

Sehubungan itu, katanya, cadangan untuk membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang ditahan di penjara Sungai Buloh menjadi tahanan di rumah kediamannya di Segambut tidak dapat dilaksanakan.

"Cadangan untuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan kerana negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung membenarkan Anwar ditahan di rumahnya... sumbernya dari SINI

Tiba-tiba semalam Khir Toyo dibebaskan dengan diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Melalui sistem parol, banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol untuk tinggal bersama keluarga..

Ini laporannya..

SHAH ALAM, 29 Mac — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini diberi parol selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, sembilan tahun lepas.

Menurut sumber, Dr Mohamad Khir tiba di kediaman keluarganya di sini, kira-kira pukul 7.15 malam ini selepas arahan parol dikeluarkan Lembaga Parol dalam satu mesyuarat petang tadi.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir perlu melaporkan diri ke pejabat Lembaga Parol di Klang setiap minggu dan perlu mematuhi 41 syarat yang dikenakan selama tempoh parol.

"Antara syarat parol adalah beliau mesti berada di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya sepanjang tempoh parol dua bulan itu.

"Beliau juga mesti berada di rumah antara pukul 7 malam hingga 7 pagi dan tidak boleh keluarkan kenyataan kepada media.

"Melalui sistem parol, banduan akan menjalani baki hukuman di luar penjara di bawah pengawasan pegawai parol untuk tinggal bersama keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Jumlah hukuman penjara dikenakan ke atas Dr Mohamad Khir ialah 12 bulan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kediaman keluarga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dikunjungi ramai kenalannya.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk menemui Dr Mohamad Khir atau keluarga terdekatnya gagal... laporan penuh sila baca di SINI

Persoalannya.. kenapa jadi begini?.. Adakah kerana Anwar Ibrahim itu pembangkang maka tiada tahanan rumah untuknya?

Atau.. mungkin juga agaknya sistem Parol ini baru dilaksanakan di Malaysia semalam...



Pesawat EgyptAir Dirampas Lelaki Bodoh?

Posted: 29 Mar 2016 09:23 AM PDT


Pesawat EgyptAir yang dirampas daripada perjalanan ke Kaherah bukan kegiatan pengganas tetapi tindakan seorang lelaki yang ingin bertemu bekas isterinya di Cyprus.

Tindakan Ibrahim Samaha itu menimbulkan kegemparan media dunia apabila dilaporkan membawa bom. Bagaimanapun tidak pengesahan rasmi tentang bahan letupan. Ada media menyebut tiada bom seperti dilaporkan sebelumnya.

Penerbangan tempatan MS181 dari Iskandariah dipaksa mendapat di lapangan Larnaca, Cyprus dan semua penumpang kini dibenarkan meninggalkan pesawat Airbus 320, lapor portal News.com.au di sini.

Portal Autsralia juga memetik kenyataan Kementerian Luar Mesir yang menyifatkan "lelaki itu bukan pengganas, tetapi dia seorang yang bahlul."

"Pengganas memang gila, tetapi mereka tidak bodoh [macam] lelaki ini," satu kenyataan kementerian itu dipetik.

Presiden Cyprus berkata 49 penumpang telah dibebaskan. "Rampasan ini tiada kena-mengena dengan kumpulan pengganas," kata Nicos Anastasiades.

Foto Ibrahim, yang tersebar meluas di media sosial susulan insiden mengejutkan ini, bagaimanapun belum dapat disahkan.

Lelaki itu, 27 tahun, memohon suaka politik di negara itu dan ingin berkomunikasi dengan bekas isterinya Marina Paraschou yang tinggal di Oroklini, tidak jauh dari Larnaca.

Wanita itu dilaporkan dibawa ke lapangan terbang dan media juga melaporkan Ibrahim mencampak nota untuk disampaikan kepadanya ~ MMO



Comments (0)