Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:26 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Media Australia Dedah Perbelanjaan Mewah Najib

Posted: 29 Mar 2016 02:32 AM PDT


Jutaan ringgit dari akaun Ambank yang kononnya dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibelanjakan untuk pembelian barangan kemas, percutian, kereta mewah dan kempen politik.

Demikian menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya yang memperincikan transaksi akaun di Ambank di bawah kod nama "Mr X" yang dakwanya milik Perdana Menteri, seperti dilapor Malaysiakini.

Rekod perbankan itu diperolehi oleh wartawan Four Corners, ABC tetapi laporan berkenaan tidak mendedahkan sumber rekod berkenaan.



Perbelanjaan termasuk:

Barangan kemas – RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)

Kempen politik – RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk Barisan Nasional.

Bayaran bagi media dan pengiklanan – jumlah tidak didedahkan

Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) – jumlah tidak didedahkan

Yayasan Rahah – RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)

Penginapan hotel – RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

Beli-belah – RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading

Percutian – RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia

Kereta mewah – RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars

Ahli perniagaan, akademik dan peguam – jumlah tidak ditentukan

Laporan penuh sila baca di SINI

Pemandu Teksi Mogok Bantah Grab, KL Sesak

Posted: 29 Mar 2016 12:30 AM PDT


Seramai lima lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika menyuraikan sekumpulan pemandu teksi yang dipercayai melancarkan mogok berhampiran sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang, hari ini.

Kumpulan tersebut berhimpun bagi membantah perkhidmatan Grab Car dan Uber.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya turut menyita dua teksi kerana menghalang lalu lintas.

"Sekumpulan pemandu teksi telah berkumpul di Jalan Ampang berhampiran KLCC pada jam 10 pagi, sebelum mereka berarak ke Jalan Bukit Bintang.

"Kita mendapati sebanyak 50 hingga 70 teksi berkumpul di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Bukit Bintang pada jam 10.20 pagi," katanya.

Beliau berkata, Jalan Bukit Bintang mulai sesak pada jam 10.30 pagi kerana pemandu teksi memberhentikan kenderaan mereka.

"Hanya satu lorong boleh dilalui, semua jalan masuk ke Jalan Bukit Bintang terpaksa dilencongkan oleh polis trafik bagi mengelakkan orang ramai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas," katanya. 

Zainol berkata, timbalannya Superitenden Habibi Majinji cuba beruding dengan wakil kumpulan pemandu teksi itu, namun gagal.

"Pada jam 11.45 pagi, kita telah memberikan arahan untuk mereka bersurai dalam tempoh 15 minit atau tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka," katanya.

Pada jam 12.30 tengah hari, Jalan Bukit Bintang dibuka semula dan keadaan kembali tenang ~ SH



Dulu 'Tidak Cerdik', Sekarang Mahathir Kata Ahli UMNO Bisu, Pekak Dan Buta Pula..

Posted: 28 Mar 2016 10:30 PM PDT


Kalau kita compile semua anggapan Tun Mahathir terhadap ahli UMNO dan Pemimpinnya.. bagaimana agaknya sifat mereka sebenarnya?

Dulu Mahathir pernah mengatakan UMNO hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangang serta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.

Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.

Laporan mengenainya silalah baca di ( SINI )

Hari ini pulak Mahathir dilaporkan berkata kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta.

Sebabnya mereka tahu kesalahan yang dilakukan oleh Najib.. tapi masih membuta tuli menyokongnya..

Laporan berkaitan..

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas ahli dan pemimpin bawahan Umno yang marah kerana dirinya bersama pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Sambil mengakui kerjasama itu memang pelik dan aneh kerana mereka adalah musuh ketat, namun katanya, beliau dan Lim mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai perdana menteri. 
"Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh Umno. 
"Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. 
"Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong," tulisnya di laman blog. 
Menurut Dr Mahathir, kerana kepentingan diri dan tamak, ahli Umno dan pemimpin parti itu sanggup menjual kepentingan diri, bangsa, negara dan agama. 
Soalnya apakah mereka berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit negara dan mengenakan cukai GST ke atas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM42 billion. 
"Tidak ada ahli Umno selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap Umno jatuhkan Najib, tidak mungkin. 
"Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. (Tan Sri) Shahrir (Samad) mengaku dia terima satu juta dan (Datuk) Ahmad Maslan dua juta. Takkan yang lain tidak dapat habuan," katanya. 
Dr Mahathir berkata Najib yang memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU-13 juga telah memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai satu daripada sepuluh negara yang mengamal rasuah terbesar. 
Katanya, Najib sendiri dicemuh di seluruh dunia. 
"Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap Umno, terhadap orang Melayu, terhadap negara," katanya. 
Atas sebab itu, menurut Dr Mahathir berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib dan membidas ahli-ahli Umno yang menyelar kejasama itu. 
"Ini bukan Umno lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli Umno yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. 
"Yang tidak sayang Umno ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain," katanya... laporan penuh sila baca di SINI

Kalau kita compile semua sikap tu.. iaitu tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai ditambah pula dengan bisu, pekak dan buta... macam mana punya manusia tu?

Aku tak setuju kalau dikatakan orang UMNO itu Bisu dan Pekak.. tapi aku sangat setuju kalau dikatakan orang UMNO itu Buta.. Buta perut maksud aku..



Walaupun Dokumennya Didedah Rafizi.. 1MDB Tetap Nafi Sebabkan Kelewatan Bayaran..

Posted: 28 Mar 2016 05:30 PM PDT


1Malaysia Development Bhd menafikan sekeras-kerasnya ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.

Syarikat itu mengulangi pengesahannya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut waktunya dan tidak terdapat tunggakan.

"1MDB merujuk kepada pendedahan Rafizi Ramli (naib presiden PKR) hari ini tentang apa yang beliau tegaskan kononnya sebagai sedutan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang mengikut kefahaman kami, terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Walaupun 1MDB sebelum ini mengesahkan bahawa ia mengalami ketakpadanan aliran tunai pada 2015, tetapi syarikat ini ingin mengulangi pengesahan yang dibuatnya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada PPHM seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut masanya dan tidak berlaku kelewatan pembayaran.

"Begitu juga, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera," kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu berkata, 1MDB difahamkan bahawa apabila tiba masanya, LTAT akan memberi penjelasan yang akan memaparkan secara eksklusif kepalsuan mengenai apa yang dikatakan sebagai hubungan antara kontrak 1MDB dengan PPHM dan bayaran LTAT kepada anggota angkatan tentera.

"Hubungan yang dikatakan itu adalah suatu pembohongan yang sengaja direka Rafizi, yang tanpa segan silu, cuba menggambarkannya sebagai suatu fakta.

"Lebih penting lagi, sekiranya Rafizi mendakwa apa dilakukannya itu adalah betul, maka beliau bukan sahaja menunjukkan yang beliau tidak langsung menghiraukan tentang undang-undang, tetapi juga secara terang-terangan menghina siasatan yang sedang dilakukan PAC, sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen yang bersifat dwi-partisan," katanya.

Oleh demikian, kata kenyataan itu, Rafizi tidak boleh mendakwa bahawa beliau adalah seorang "pemberi maklumat" atau bertindak demi kepentingan orang ramai kerana sebagai sebuah pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang serta mempunyai lima anggota pembangkang, PAC telah mempunyai akses dan sedang mengkaji semula Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.

"1MDB percaya bahawa pihak berkuasa berkenaan dan Parlimen akan menyiasat secara mendalam dakwaan Anggota Parlimen Pandan itu bahawa beliau telah berkongsi secara terbuka suatu dokumen yang diletakan di bawah OSA, yang sebaliknya, menjadi sebahagian daripada siasatan peringkat Parlimen yang sedang dijalankan.

"Sekiranya didapati berlaku sesuatu salah laku, kami percaya tindakan akan diambil mengikut undang-undang," kata kenyataan itu ~ Sinar



Comments (0)