Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:01 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Pelik Tapi Benar.. Malaysia Beri Markah 75.42 Peratus Kepada Diri Sendiri Dalam Indeks Syariah

Posted: 28 Mar 2016 08:30 AM PDT


Bermacam-macam perkara pelik berlaku dalam negara kita di bawah pentadbiran Najib kebelakangan ini..

Najib sendiri dilaporkan berkata tak tahu ada dana sebanyak RM2.6 Billion dah dimasukkan kedalam akaun peribadinya.. pada awalnya tak tahu.. kemudian tahu..

Ada Menteri tak sedar RM100 Juta lebih dah disalur keluar oleh Pegawai Kementeriannya selama bertahun-tahun.. duit keluar tapi projeknya tak ada..

Ada Ketua Menteri yang dilaporkan media membeli rumah tapi tak tahu nilai harga pasaran rumahnya sebab dia cuma Akauntan bukannya Agen Hartanah..

Yang juga pelik.. tapi ianya benar.. bacalah.

Skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia bagi 2015, yang julung kalinya dikeluarkan dalam sejarah sistem pentadbiran negara, adalah sebanyak 75.42 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya berkata nilai indeks syariah itu adalah berdasarkan pencapaian lapan bidang utama pentadbiran negara yang dibuat melalui penyelidikan yang komprehensif dan saintifik.

Lapan bidang tersebut adalah pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran.

"Indeks yang pertama kali di dunia seumpamanya ini, adalah berdasarkan hasil dapatan penyelidikan yang telah berjalan selama enam bulan di seluruh Malaysia dengan tenaga kepakaran seramai 133 orang penyelidik dalam pelbagai disiplin ilmu," katanya.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Laporan Kajian Indeks Syariah Malaysia bersempena Majlis Ulama-Umara 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negara tersebut.

Najib berkata berdasarkan dapatan kategori pembuat dasar, pelaksana dan masyarakat, Indeks Syariah Malaysia untuk bidang pendidikan adalah sebanyak 82.5 peratus yang menunjukkan usaha dalam pembangunan pendidikan diterima secara positif oleh rakyat.

Indeks syariah dalam bidang perundangan Islam pula adalah sebanyak 87.19 peratus dan adalah hasil ulama dan umara yang telah meletakkan syariah di tempatnya sebelum zaman penjajahan lagi, katanya.

"Mempertikaikan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menafikan sejarah, budaya malah perlembagaan yang membentuk negara ini," katanya.

Mengenai bidang ekonomi yang mencapai 65.27 peratus, Najib berkata walaupun asas sistem ekonomi Malaysia adalah konvensional namun kerajaan sentiasa berusaha mengadaptasi syariah dalam sistemnya secara berperingkat malah banyak dasar ekonomi negara kini bertepatan dengan Maqasid Syariah.

Dalam bidang politik pula, kajian merumuskan nilai skor bagi bidang tersebut adalah sebanyak 79.19 peratus, katanya.

"Peratusan indeks ini, sudah cukup untuk kita bermuhasabah tentang prestasi kita untuk melakukan lebih banyak pengislahan dalam bidang politik di negara ini," katanya.

Untuk sektor kesihatan yang mendapat nilai 73.92 peratus, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meletakkan nilai Maqasid Syariah dalam memenuhi maslahah umat yang bersifat keperluan asasi, termasuk pembukaan Klinik 1Malaysia yang hanya mengenakan caj RM1 untuk setiap rawatan yang diberikan.

Beliau berkata kajian menunjukkan bidang sosial mendapat indeks sebanyak 68.52 peratus yang disumbangkan oleh faktor seperti persekitaran politik yang kondusif.

"Pembangunan indeks sosial amat penting sebagai penanda aras kepada praktis Islam yang dirancang dan diamal selama ini, dan kerajaan akan meneliti cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan," katanya.

Bagi bidang budaya pula, Najib berkata sektor tersebut mendapat 66.47 peratus dan nilai indeks tersebut menunjukkan bahawa masih terlalu banyak ruang yang perlu dibaiki agar dasar budaya yang digubal selari dengan Maqasid Syariah.

Mengenai sektor prasarana dan persekitaran yang mendapat 62.31 peratus, katanya kerajaan melihat keperluan untuk diteliti satu persatu kelompongannya untuk memastikan rakyat dapat hidup aman dan harmoni dalam aspek prasarana dan persekitaran ~ The Malay Mail

Alang-alang nak bagi markah kat diri sendiri tu.. bagilah 100%.. Kah.. kah.. kah..

Yang aku faham.. hanya manusia yang syok sendiri bagi markah kat diri sendiri..


Media Australia Dedah Aliran Luar Biasa Dana Ke Akaun Najib

Posted: 28 Mar 2016 07:04 AM PDT


Dokumentari Australia - Four Corners memamparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi' yang tidak dinamakan.

"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.

Antara lain, menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Sebanyak AS$120 juta (RM482 juta) pula yang kononnya datang daripada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang tidak dinamakan.

Ketiga-tiga urusniaga kononnya berlaku pada 26 Jun 2012.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ~ MalaysiaKini



Mengapa Taman Manggis Terlalu Kecil Untuk PPR, Cukup Luas Untuk Hospital Dan Hotel? - Rahman Dahlan

Posted: 28 Mar 2016 03:04 AM PDT


Mengapa tanah yang dianggap terlalu kecil untuk didirikan sebuah projek rumah kos rendah 17 tingkat diatasnya, cukup pula luasnya untuk sebuah hospital 30 tingkat dan sebuah hotel?

Menulis di Twitter semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa bingung dengan cara pemikiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan tanah kerajaan itu dijual kepada syarikat swasta kerana ia tidak cukup luas untuk projek perumahan rakyat.

Walaubagaimanapun, keluasan tanah PPR Fasa 1 dan Fasa 2 itu sekiranya dijumlah adalah 4.92 ekar, lebih besar daripada saiz minimum dua ekar untuk pembinaan projek rumah kos rendah.

"Mengapa LGE merasakan keluasannya terlalu kecil?

"DAP tegas mengatakan 1.1 ekar tanah itu terlalu kecil untuk PPR tetapi sebenarnya ini adalah Fasa 2, iaitu sambungan kepada projek asal. Bukan projek baharu."

Rahman berkata DAP berlaku tidak jujur sekiranya menafikan hakikat ini, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng "menyedari" tanah Taman Manggis itu dimaksudkan untuk perumahan kos rendah.

Terletak di simpang Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di George Town, plot kontroversi itu dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd melalui tender terbuka pada 2011.

Sebelum ini, ketika mempertahankan penjualan tanah itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri berpendapat keluasan tanah itu terlalu kecil untuk projek PPR, yang kemudiannya dipindahkan ke tanah 11 ekar di Jalan SP Chelliah.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai telah memberi kebenaran merancang kepada KLIDC untuk membina sebuah hotel dan hospital swasta 30 tingkat diatas tanah itu ~ FMT



Mahathir Rupanya Yang Bercakap Dengan Sirul...

Posted: 28 Mar 2016 01:34 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau pernah menawarkan bantuan kepada bekas komando polis Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan suaka di Australia.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam temu bual dalam rancangan 60 Minutes, rancangan hal ehwal semasa terbitan Australia yang memaprkan segmen di Malaysia bertajuk Dirty Secrets, semalam.

Mahathir ditanya sama ada beliau menawarkan Sirul yang kini dalam tahanan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney sebarangan dorongan atau habuan untuk "bercakap benar" mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tiada dorongan ... Saya bercakap dengannya melalui telefon.

"Saya ada beritahu dia bahawa jika saya boleh bantunya dapatkan suaka di Australia, kerana dia takut jika sesuatu berlaku kepadanya jika dia kembali, saya akan cuba," kata Mahathir.

Pada bulan Januari 2015, Mahkamah Persekutuan menarik balik keputusan yang membebaskan Sirul dan seorang lagi bekas komando polis, Azilah Hadri dan menjatuhkan hukuman gantung ke atas mereka berhubung pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan mahkamah itu diputuskan.

Undang-undang Australia menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi hukuman mati di negara asalnya tidak akan dihantar pulang.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini melalui telefon pada bulan Februari 2015, Sirul mendakwa bahawa dia bertindak atas arahan dan dijadikan kambing hitam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Sirul itu dan menganggapnya sebagai "mengarut".

Najib dikaitkan apabila rakan karibnya, seorang strategi politik Abdul Razak Baginda yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Razak terbabit dengan pembelian dua kapal selam Scorpene yang bernilai berbilion ringgit ketika Najib adalah menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.

Pihak polis telah membersihkan Najib daripada sebarang penglibatan dan perdana menteri juga bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan bahawa dirinya juga tidak terbabit dengan pembunuhan Altantuya.

Baru-baru ini, beberapa video Sirul didedahkan dengan dirinya menafikan penglibatan Najib dalam kes itu dan bahawa Altantuya mengandung pada masa kematiannya.

Sumber mendakwa akan ada video lain yang memaparkan Sirul mendedahkan nama-nama individu yang meminta beliau untuk mengaitkan Najib, tetapi video berkenaan tidak pernah dikeluarkan lapor MalaysiaKini



Derma RM2.6 Bilion: Editor Kanan Utusan Pulak Menjadi Mangsa..

Posted: 27 Mar 2016 09:30 AM PDT


Seorang editor kanan Utusan Malaysia meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu.

Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia hari ini, Ku Seman Ku Hussain mengakui "Utusan Melayu universiti saya" menjadi artikel terakhirnya untuk akhbar itu.

"Malam ini (malam tadi) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 33 tahun empat bulan tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya.

"Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini," tulis anak kelahiran Perlis itu.



Dalam tulisan itu, Ku Seman mengenang kembali suka dukanya berkhidmat dengan Utusan sejak melapor diri hari pertama pada 1984 dengan Tan Sri Zainuddin Maidin, ketua pengarang kumpulan Utusan ketika itu.

Ku Seman bagaimanapun tidak menyebut secara langsung sebab pengundurannya.

Bagaimanapun, sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.

Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lantaran tulisan berjudul "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" itu, kolum beliau yang biasanya terbit di Mingguan, edisi Ahad Utusan "hilang" begitu sahaja.

Perkara itu menarik perhatian perbagai pihak, termasuk selebriti terkenal Sabri Yunus, bekas pengarang Berita Harian Sutung Umar RS dan Zainuddin, tokoh wartawan negara.

Ku Seman juga sebelum ini mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu dana itu laporan penuh sila baca di SINI

Pengunduran Editor Kanan Utusan itu disahkan oleh Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya," katanya.

Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.

"Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang," dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.



Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.

"Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,' kata Zainuddin.

Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, "kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan".

Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.

"Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.

"Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.

"Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada," tambah Zainuddin.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Comments (0)