Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:41 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Guan Eng Perlu Atasi Isu Bukan Alih Perhatian Rakyat..

Posted: 27 Mar 2016 07:30 AM PDT


Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta tidak mengalihkan isu berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, George Town sebaliknya harus mengatasinya dengan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai pemimpin, Lim tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

"Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyelewangkan dana bernilai RM100 juta.

"Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata, pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosuder Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

"Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosedur yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan," katanya ~ FMT


Mahathir Akui Majlis Raja-Raja Tiada Kuasa Singkir Najib.. Salah Siapa?

Posted: 27 Mar 2016 06:14 AM PDT


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tiada kuasa dalam Perlembagaan negara untuk menyingkir mana-mana Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata sekiranya Raja-Raja terdesak untuk berbuat demikian, mungkin Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan.

"Kuasa itu tiada dalam perlembagaan kerana kita tidak sangka benda seperti ini akan berlaku.

"Sebab itu kita buat Deklarasi Rakyat. Yang kita hendak di luar daripada Perlembagaan.

"Saya berharap Raja-Raja akan mendengar suara rakyat," kata Dr Mahathir semasa ucaptamanya di Kongres Rakyat 2016, di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis yang bertujuan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya, Dr Mahathir berkata beliau tidak lagi bercadang menghadap pihak Istana.

"Sultan-Sultan sangat berminat dalam perkara ini. Mereka sudah pun membuat kenyataan. Sangat luar biasa untuk mereka buat kenyataan.

"Saya ingat lagi satu ketika dahulu rakyat meminta Raja-Raja tidak menghadiri upacara melantik ketua gabenor pertama di Malaysia.

"Mereka mendengar suara rakyat dan ekoran itu, Malayan Union dihapuskan," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekiranya terdapat sebab-sebab tertentu, Raja-Raja mungkin akan mengambil tindakan ke atas Najib, tetapi beliau tidak tahu apakah jenis tindakan yang akan diambil.

Tahun lepas, Raja-Raja Melayu dalam satu kenyataan menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Majlis Raja-Raja Melayu juga mahu semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

Dr Mahathir sebelum itu hadir ke Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, petang tadi.

Turut hadir bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan yang antara lain merumuskan tentang harapan dan masa depan rakyat negara ini ~ AstroAwani


"Masa Depan Ialah Tentang Memastikan Bahawa 1MDB Tidak Berlaku Lagi - Nazir Razak

Posted: 26 Mar 2016 09:57 PM PDT


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak berkata perlunya diambil pengajaran dan tindakan bagi memastikan skandal seperti yang melibatkan 1MDB tidak berlaku lagi.

"Masa depan ialah tentang memastikan bahawa 1MDB - tidak berlaku lagi.

"Dalam usaha untuk memastikan 1MDB - tidak berlaku lagi, kita perlu melihat masa lalu dan memahami apa yang berlaku supaya kita belajar daripadanya.

"Supaya mereka yang bertanggungjawab untuk itu, dipertanggungjawabkan untuk itu dan tiada siapa melakukannya lagi," katanya semasa StarLIVE Power Talk Business Series di Menara Star hari ini.

Bagaimanapun, Nazir yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata proses ini masih berjalan dan belum lagi selesai.

1MDB adalah idea Najib dan beliau juga bertindak sebagai pengerusi lembaga penasihat syarikat dana milik negara itu.

Nazir menegaskan perlu mengambil pengajaran daripadanya bagi memastikan tidak akan ada bahaya moral di mana orang boleh mengulangi apa yang berlaku di 1MDB dan merasakan mereka boleh terlepas.

"Dari segi magnitud kasalahan, apa yang salah, siapa yang buat salah - itu menjadi tugas ketua audit negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan lain-lain dan ia masih berjalan ~ MalaysiaKini


Comments (0)