Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:59 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


LAPORAN POLIS TERHADAP ARULKANDA KANDASAMY

Posted: 30 Mar 2016 09:00 AM PDT


  Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah.

 Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan. Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara:

 1. Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB

 2. Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB9 3. Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember 2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB.

 Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO.

 Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan ("limits of authority" atau LOA) yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah sebanyak dua kali:

 i. Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah.

 ii. Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank.

Laporan polis terhadap 1MDB dan Arul Kanda dibuat di Dang Wangi. Semalam IGP kata
sedang siasat sdr Rafizi kerana bongkar 1MDB.Bila kita dah buat laporan, adakah Arul
dan konco-konconya akan disiasat? - Rafizi Ramli
 Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya disiasat secepat mungkin. 

 Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.

 Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini.

 RAFIZI RAMLI
 NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
 AHLI PARLIMEN PANDAN ~ sumber

Najib cuba campurtangan siasatan Bank Negara - Muhyiddin

Posted: 29 Mar 2016 11:06 PM PDT

  Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau memang ada bertemu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang memberitahu secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.

 'Sebagai timbalan perdana menteri ketika itu saya berhak mengetahui secara terpeinci isu-isu penting negara.

 "Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

 Muhyiddin berkata demikian bagi menjawab dakwaan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi dalam Berita Harian pada 26 Mac lalu yang menuduhnya berbohong mengenai pertemuan tersebut.

 "Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

 "Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

 Dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan campur tangan dalam siasatan Bank Negara.

 "Najib juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

 "Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

 "Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB," katanya. 

 Sementara itu, Muhyiddin yang digantung tugas sebagai timbalan presiden Umno berkata, Zeti juga memberitahu yang beliau bertegas untuk meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

 "Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

 "Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.~ sumber

Comments (0)