Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:37 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Saya harap parti saya tak makan dedak, kata Husam

Posted: 29 Mar 2016 06:30 AM PDT

BORHAN AHMAD

Husam Musa di Pentas Selamatkan Malaysia.
 Datuk Husam Musa menggesa PAS agar segera membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat menolak kemungkaran yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 "Saya nasihatkan parti saya supaya cepat-cepat bersama dengan kebangkitan rakyat ini dengan menolak kemungkaran Najib dengan mempunyai pendirian yang tegas dan selari dengan rakyat," kata bekas naib presiden PAS itu di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan Jaya malam tadi.

  Husam yang juga Adun Salor, Kelantan hairan dengan pendirian presiden dan mursyidul am parti itu yang tidak tegas dalam membuat pendirian dalam sesuatu perkara.

 "Cara presiden saya dan mursyidul am saya bercakap tonggang-langgang. Mereka kata Najib kena kekal sampai pilihan raya kerana takut huru-hara berlaku (jika Najib turun).

 "Tun Mahathir dan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) berhenti tiada huru-hara pun, takkan Najib lebih hebat dari Mahathir dan Pak Lah sehingga kalau dia berhenti Malaysia mesti huru-hara," kata Husam di majlis itu yang turut disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali.9 Bagi Husam, kalau dibiarkan kemungkaran yang dilakukan oleh Najib ini ia bertentangan dengan prinsip Islam. 

 "Kita akan bercanggah dengan prinsip Islam iaitu tidak tegur kemungkaran yang dibuat. Mudarat kepada negara, pecah amanah dan salah laku ini kita biar kerana semata-mata ada sedikit sebanyak perkara yang saya tak tahu apa dia, yang saya yakin bukan kerana dedak.

 "Saya harap parti saya tak makan dedak," kata Husam yang disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.

 Husam menegaskan, dia membuat teguran terbuka ini kerana mahu pemimpin dan ahli PAS turut bersama dalam arus perdana politik negara ini.

 "Ahli dan pemimpin saya perlu bersama dan jangan ragu-ragu untuk menyertai kebangkitan ini kerana ia disokong oleh semua rakyat," kata Husam.

 Beliau juga berdoa agar Mahathir yang sudah berumur 92 tahun itu panjang umur untuk melihat perubahan ini.

 "Saya berdoa agar Tun Mahathir panjang umur supaya boleh melihat perubahan itu dan boleh bangga melihatnya nanti," kata Husam.

 Bagi beliau, semua rakyat sudah bosan dan jemu dengan apa yang berlaku dalam negara ini dan "kita perlu satu jalan keluar dengan satu formula baru untuk selamatkan negara di masa depan."~ sumber

Mulut pemimpin Umno penuh dedak, kata Mahathir

Posted: 29 Mar 2016 03:05 AM PDT

       BORHAN AHMAD
Tun Dr Mahathir di Pandan Jaya malam tadi
   Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan malam tadi mengejutkan pelbagai pihak kerana bekas perdana menteri selama 22 tahun itu tidak dijadualkan untuk datang.

 Sebuah laman online, Malaymail Online (MMO) sebelum ini melaporkan, PKR berpecah ekoran perebutan untuk mendapatkan Tun Mahathir antara timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan naib presiden Rafizi Ramli.

 Azmin dikatakan oleh MMO menyekat Tun Mahathir dari datang ke majlis di kawasan Rafizi malam tadi kerana mahu Tun Mahathir datang ke majlis di kawasannya, Gombak.

 Namun dengan kedatangan Tun Mahathir malam tadi, pelbagai tanda tanya timbul antaranya adakah laporan pertembungan dalam PKR itu palsu atau Tun Mahathir tidak mendengar kata-kata Azmin.

 Tun Mahathir datang dan memberikan ucapan yang mendapat perhatian ramai malam tadi di Pandan Jaya.

 Semasa berucap Tun Mahathir berkata ada orang berbisik kepada beliau, "Awak sudah tua. 22 tahun sudah jadi Perdana Menteri. Nak jadi perdana menteri lagi buat apa."

 Tun Mahathir menjawab, "Saya kata saya sebelum ni letak jawatan. Ingin bagi peluang kepada generasi muda. Tetapi ini tidak berlaku.

 "Kita berada di sini kerana negara bermasalah. Negara tidak ditadbir dengan baik. Pemimpin hidup belanja mewah yang bukan duitnya sendiri," kata Tun Mahathir.

 Menurutnya, GST dikutip untuk membayar hutang kerajaan.

 "Tu pun tak cukup. Kerajaan tak ada duit. Negara kita ini sudah rosak," kata Tun Mahathir.

 Mahathir juga berkata, orang Umno marah kepada beliau dan bertanya kenapa sepentas dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

 "Dulu dalam Umno apabila pemimpin buat salah Umno tegur. Umno kata undur lah, Tunku Abdul Rahman pun undur. Ini bila kita minta dia (Najib) turun, dia nak tangkap kita, ugut kita.

 "Sebab itu kita berpendapat kita kena turunkan Najib. Sepatutnya Umno lah kena turunkan Najib. Tapi ketua bahagian, cawangan, buta, pekak, bisu. Tak nampak duit RM2.6 bilion," katanya.

 Bagi beliau, Umno tidak boleh menjatuhkan Najib.

 "Nak ada undi tak percaya di Dewan Rakyat tetapi Najib dah bagi dedak banyak sangat. Penuh mulut dedak," kata Mahathir menyindir politik wang dalam Umno yang digunakan untuk menutup mulut pemimpin bawahannya.

 Menurut Mahathir, beliau bersetuju dengan Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang kerana mereka bersetuju untuk menjatuhkan Najib.

 "Itulah sebabnya kita berkumpul di sini," katanya. ~ sumber

Jom kenali siapa blogger pelesit yang hancing!

Posted: 28 Mar 2016 10:25 PM PDT

 Jom kenali siapa blogger OMakkau sebenarnya.... memang tulisannya macam longkang! 

 Dia sanggup datang awal di waktu program Pakatan Harapan semata-mata untuk mengambil gambar pada ketika orang ramai belum lagi berhimpun....


Lima keping gambar berikut sudah cukup membuktikan blogger pelesit ini memang kaki kencing yang hancing.






Kredit gambar kepada fesbuker Asri Setiawangsa

Comments (0)