Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:10 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


BILA ABDUL RAHMAN NAK DEDAH DOKUMEN JUAL BELI TANAH TAMAN MANGGIS?

Posted: 26 Mar 2016 10:32 PM PDT

  FASA pertama Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis diluluskan pada 10 Mei 2001 lagi.

 Baki 1.1 ekar lagi tanah dekat Jalan Zainal Abidin itu terdiri oleh lima lot bernombor.

 Sebenarnya Kerajaan Pulau Pinang era Umno Barisan terdahulu boleh membuat permohonan percantuman (Amalgamation of Land) ke atas lot-lot tanah itu, berdasarkan Seksyen 204(D) Akta Kanun Tanah Negara, 1965. 

Semasa masih menguasai Kerajaan Pulau Pinang, mereka langsung tidak membuat sebarang rancangan pemajuan rumah pangsa kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) di atas 1.1 ekar tanah itu.

 Jika mereka jujur, sekurang-kurangnya boleh dibuat 'Amalgamation of Land', semasa fasa satu PPRT Taman Manggis diluluskan pada 10 Mac 2001 lalu.

 Tujuh tahun berlalu begitu saja, sehinggalah Kerajaan Negeri berpindah tangan kepada pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng, pada 8 Mac 2008.

 Jika pemimpin Umno Barisan Pulau Pinang hari ini jujur, mengapa mereka tidak membuat permohonan Amalgamation of Land dahulu?

 Dan, mengapa pembangkang Pulau Pinang berkenaan tiba-tiba pada hari ini mendesak pentadbiran Guan Eng pula untuk membina 2,000 unit KR dan KSR di atas 1.1 ekar tanah itu?

 Sebenarnya mereka sendiri pun tahu sekurang-kurangnya tapak cadangan pembinaan PPR mesti berkeluasan 2 ekar.

 Ini, garis panduan pemajuan yang umum sahaja.

 Justeru, patutkah mereka menuduh Guan Eng lebih mementingkan keuntungan dengan menjual tanah itu kepada satu pihak swasta, untuk pembinaan bangunan 30 tingkat Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir?

 Lagipun, memetik sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang (UPEN), Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pada 5 Jun 2012 telahpun meluluskan lesen untuk membina hospital swasta yang dimohon oleh KLIDC Sdn. Bhd., iaitu tiga hari sebelum isu fasa dua Taman Manggis dibangkitkan oleh pembangkang Pulau Pinang.

 Di samping itu, umum mengetahui bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato' Seri Farizan Darus yang mempengerusikan jawatankuasa pemilihan tender secara terbuka dan telus, tanpa campurtangan mana-mana ahli politik pemerintah di negeri berkenaan.

 Maka, satu-satu pihak dipilih secara tender terbuka atas sebab menawarkan sebut nilai tertinggi berbanding pembida-pembida lain.

 Guan Eng dalam ucapan penggulungan di DUN Pulau Pinang pada 13 Disember 2014 antara lain memaklumkan bahawa 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin atau Taman Manggis itu dijual pada harga RM10.2 juta atau RM232 sekaki persegi.

 Justeru, bagaimana Guan Eng yang membeli rumah milik persendirian Phang Li Koon di Jalan Pinhorn dengan harga di bawah pasaran iaitu RM2.8 juta boleh difitnah kononnya sebagai ganjaran kerana menjual tanah di Taman Manggis kepada pemaju?

 Melalui Penghakiman Persetujuan pada 20 Ogos 2015, Shaik Hussein Mydin sendiri secara lisan sebanyak dua kali melafazkan permohonan maaf kerana mengfitnah Guan Eng melakukan korupsi.

 Lafaz Pengerusi Umno Bahagian Bagan itu dibuat di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Nordin Hassan di kamarnya, sebelum 'Consent Judgement' itu diumumkan.

 Shaik Hussein dilaporkan turut bersetuju menarik semula tuduhan pada 5 Oktober 2012 menerusi media, bahawa Guan Eng melakukan penipuan dan menerima rasuah daripada KLIDC, dalam penjualan tanah di Taman Manggis itu. 

 Ini, sekaligus menunjukkan Guan Eng tidak pernah melakukan rasuah dalam penjualan tanah itu. 

 24 Mac lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan berkata bahawa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S and P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk PPRT Taman Manggis. 

 Datuk Abdul Rahman Dahlah turut mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah tersebut yang kini dimiliki KLIDC itu cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

 "Kedua-dua S and P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S and P ini begitu terperinci sekali. 

 "Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta," katanya emasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Rabu. 

 Memetik laporan portal berita atas talian mStar http://goo.gl/qWwCrG lagi, Abdul Rahman mendakwa tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua. 

 Elok Abdul Rahman segera mengemukakan dokumen-dokumen berwajib, demi membantu SPRM. 

Jangan jadi seperti Ahli Parlimen Tasik Gelugor merangkap Pengerusi PERDA Datuk Shabudin Yahaya, yang berani melafazkan fitnah di dalam Dewan Rakyat sahaja, tetapi hakikatnya takut menyahut cabaran Guan Eng untuk mengulangi fitnah sama di luar Parlimen untuk tindakan perundangan lanjut. 

 Jangan esok Abdul Rahman berdalih, beliau dinasihatkan oleh SPRM dan polis untuk tidak mendedahkan dokumen-dokumen berwajib itu kelak, demi menutup pembohongan dan fitnah sebelum ini.

 Saya mohon respons Menteri.

 ZAINULFAQAR YAACOB
 Timbalan Pengerusi II Pulau Pinang
 Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)

Comments (0)