Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TERIMA DANA USD300JUTA DAN JANJI BERI ISRAEL PANGKALAN TENTERA ! DAP KALAU ADA TELOR SILA SAMAN RAZALI !

Posted: 30 Dec 2015 11:35 AM PST

DAP perlu menjawab di atas dakwaan telah menerima dana RM1.2 billion (USD300 juta) dari pihak Israel pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
 
Desakan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.


Dr Mohd Zuhdi (foto di bawah, kiri) berkata dakwaan itu telah dibuat oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman.
 
Menurutnya, kegagalan DAP menjawab pendedahan itu akan mengesahkan hubungan DAP dan Israel yang sedang diperkatakan.

"Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

"Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

"ketiga-tiga dakwaan Mohamed Razali ini jauh lebih serius dan mengancam umat Islam dan keselamatan negara sekiranya ia benar-benar dilakukan oleh DAP," katanya.
Justeru, kata beliau, DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan-tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih empat tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu.

"Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
"Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab," katanya.

Pemimpin DAP baru-baru ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.

Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu turut dikecam teruk oleh PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti berkenaan ke atas agama Islam selama ini.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.
Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu.

abu suffian

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP tidak sensitif kerana terima RM300 juta dari Israel?

Posted: 30 Dec 2015 05:30 PM PST


Ketua Pemuda UMNO Kedah, Dato Hazizi Saiful dilaporkan Utusan mengecam pemimpin DAP Perak yang dilihat tidak peduli akan sensitiviti majoriti rakyat majoriti yang bersimpati dengan kesengsaraan rakyat Palestin.

Baca di http://m.utusan.com.my/berita/politik/pemimpin-dap-tidak-sensitif-1.174033

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendesak supaya DAP menafikan dakwhadapaan tentang parti itu ditawarkan dana USD300 juta oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, kegagalan DAP menjawab pendedahan oleh bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel.

"Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta oleh Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi berkata, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

"Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Baca sepenuh di http://www.bicara.news/dap-terima-dana-pilihanraya-usd300juta/

Adakah tiga sebab ini tersirat disebalik kenyataan pemimpin DAP?

Perangkap Zahid untuk hidupkan isu dah mati

Posted: 30 Dec 2015 05:24 AM PST


FMT memancing TPM Dato Zahid Hamidi untuk komen tentang isu USD830 juta dibayar oleh 1MDB ke satu akaun palsu. Laporan WSJ pada pertengahan Disember langsung tidak membawa impak dan viral langsung sebab ia berdasarkan maklumat yang tidak diberitahu akan sumber untuk dipastikan kesahihan. 

Komen Zahid telah cuba diviralkan:

Baca laporan FMT di SINI.

FMT turut juga siarkan video temuramah tersebut di SINI dengan harap penafian Zahid dapat hidupkan pendedahan WSJ yang tak menjadi.

Isu ini cuba dihidupkan oleh beberapa blogger seperti Din Turtle, Outsyed The Box, Apanama, dan terakhir oleh Jebat Must Die, namun masih tidak dapat menarik perhatian orang ramai yang sudah menyampah dan malas nak ikuti isu 1MDB.

Ada pihak berpendapat orang ramai sudah ambil pendirian dan sedang menunggu pilihanraya untuk hukum Dato Najib.

Ramai juga yang menjadi fed-up sebab pihak yang menuduh turut sama gagal mendedahkan sebarang bukti dan sumber maklumat kepada pendedahan dan tuduhan mereka malah terlalu banyak sangat menggunakan taktik manipulasi untuk "spin" berita dan berhujah ala propaganda politik.

Usaha FMT nampaknya tidak berapa menjadi kerana WSJ terpaksa melakukan satu lagi cubaan terbaru. Masih masaalah sama di mana tiada bukti disiarkan dan sumber maklumat tidak dapat dipastikan kesahihan. Masih lagi recycle cerita lama yang telah dijawab dan tidak dinafikan dengan tepat.

Bagi Zahid yang rasanya tidak mahir dalam isu 1MDB, dia harus lebih berhati-hati kerana pihak media pro-pembangkang dan penentang Najib cuba perangkapnya jika tersalah cakap. Elok jurucakap-jurucakap 1MDB yang sedia ada yang bercakap.

Hairan kenapa FMT pula yang begitu berusaha untuk mengambil inisiatif dalam memainkan isu 1MDB yang sudah tenggelam dan tidak lagi dapat perhatian. Ia tidak mendatangkan trafik buat FMT.

Mungkinkah ada kaitan dengan posting tertentu FMT pada hari Krismis. Suatu masa mereka cuba gambarkan seolah-olah seorang tertentu bersama mereka menentang Najib dengan menyiarkan gambar tertentu. Padahal tidak .... 

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Siapa lebih Istiqamah antara parti Pas dengan !.......

Posted: 30 Dec 2015 05:34 PM PST

Sejak menerima berita kemenanganya pada pertengahan bulan lepas lagi, aku dah duk terfikir, cuma faktor masa dengan kesihatan menyebabkan sedikit terbantut...

 Sekadar percambahan minda, walaupun perbandingan yang akan dibuat ini berbeza 100 peratus...


 Kisah penuh boleh dibaca Klik Sini

Seorang wanita, yang berjuang hanya dengan berlandaskan demokerasi, tanpa ada sedikit pun perjuangan untuk menegakkan Islam, berjuang lebih dari 20 tahun, dengan bermacam-macam tekanan yang dihadapinya, berbeda dengan apa yang Pas berjuang di Malaysia, masih ada ruang-ruang kebebasan... 

Cuma wanita ini yang lebih dari Presiden Pas, ialah dari faktor umur, beliau dah 70 tahun....

Kesungguhan beliau berjuang menetang Junta Tentera, bukan umno,,, selama lebih 20 tahun, baru Allah memberi kemenangan, ...

Kenapa Pas, yang dah pun nak menghampiri kemenangan, menentang umno, alih-alih boleh pi bersekongkol dengan umno yang semakin hari semakin menzalimi rakyat dengan alasan nak memberi nasihat.



Seorang sahabat memberitahu aku, jangan risau, tok guru seorang yang cerdik?...ha ha ha,, ia lupa, penasihat utama Najib Apco yahudi laknatullah, lagi cerdik, apakah mereka redha dgn Islam,,

Cuma aku tak tergamak nak cakap, kalau cerdik, waktu diberi peluang selepas PRU 1999, Pas memerintah Terengganu, Tok Guru mengetuainya sebagai MB, kenapa hanya sepenggal,....

Dan sekarang ini di media sosial, hari-hari ada sahaja kawan-kawan dari Pas yang duk menghentam Amanah, termasuk seorang ustaz di masjid An Najah, Padang Serai, Kedah yang menjadi viral di Facebook, sedangkan hadis yang dibaca ustaz tu pun dipertikai kesahihannya,(kitab rujukan agama Syiah), boleh baca sepenuhnya di Facebook    
Kenapa boleh jadi begini, sedang kan musuh asal kita bersama adalah umno laknatullah... 

Jawabnya... UMNO dan pun menang, umno dah dapat apa yang mereka hajati sejak tahun 2008 selepas tsunami politik lagi, tak sampai 10 tahun mereka dah berjaya memecah belahkan Pas dan Pas sekarang telah balik ke takuk lama, tahun 60-70han yang... 

Tolonglah sedar wahai sahabat-sahabat sekelian,, anda masih percaya dengan umno lagi ?... 








 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


AMANAH JOHOR AZAM TUBUH LEBIH 100 CAWANGAN PADA 2016 – MAZLAN

Posted: 30 Dec 2015 04:15 AM PST

REBAT PRABAYAR: PKR TOLAK PENYELESAIAN SEMENTARA KERAJAAN

Posted: 30 Dec 2015 04:13 AM PST

BERAPA KALI TUBUH JAWATANKUASA BARU KOS HIDUP DAPAT DIKURANGKAN?’

Posted: 30 Dec 2015 04:11 AM PST

HARGA RON 95 SEPATUTNYA RM1.80, BUKAN RM1.95 – RAFIZI

Posted: 30 Dec 2015 04:10 AM PST

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


NAJIB MASIH ADA MASA SEHINGGA 12 MALAM INI UNTUK TUNAIKAN JANJINYA

Posted: 30 Dec 2015 07:37 PM PST

Mudah-mudahan sebelum tibanya detik 12 tengah malam hari ini di mana tirai tahun 2015 akan melabuhkan episod suka dan dukanya, Najib Razak yang mungkin sekarang ini sama ada sedang berada di Dubai atau Hong Kong, akan segera tampil dengan janji yang pernah dibuatnya pada 14 Jun lalu.

Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.

Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.

Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan? 

Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?

Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?

Atau adakah maksud "selesai"  itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai  Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?

Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia  sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

2015 tempoh gelap bagi penentang Najib, 2016 bakal bertambah teruk

Posted: 30 Dec 2015 07:26 PM PST

Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan berbanding tahun lalu walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji memansuhkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan berbanding tahun lalu walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah berjanji memansuhkannya.

 Tahun 2015 menyaksikan tekanan terbesar diterima penentang atau mereka yang berbeza pendapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan satu daripada kumpulan hak asasi manusia terkemuka negara memberi amaran ia boleh menjadi lebih buruk pada 2016.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, amaran keras itu muncul ketika perdana menteri berdepan tekanan supaya meletak jawatan susulan salah urus tadbir 1Malaysia Development Berhad 1MDB (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.
Sehingga November lepas, Suaram merekodkan peningkatan 5 kali ganda individu disiasat, ditahan atau didakwa mengikut Akta Hasutan – akta kontroversi dijanjikan Najib untuk dimansuhkan malah diperkukuhkan pada tahun ini – berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Tahun ini, terdapat 220 individu atau kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan berbanding 44 kes pada 2014. Pada 2013, terdapat 11 kes manakala 8 kes pada 2012. Menurut data Suaram, ia adalah jumlah tertinggi sejak Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009.
Menurut kaji selidik The Malaysian Insider sendiri, individu ditahan mengikut Akta Hasutan tahun ini termasuk ahli-ahli politik yang mengkritik dasar-dasar kerajaan, walaupun Putrajaya sudah berjanji mengkritik tidak menyalahi undang-undang.
Satu lagi peristiwa yang mendapat perhatian umum adalah apabila 163 anak muda ditahan selama 3 hari bermula pada 28 Ogos lalu mengikut Akta Hasutan kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4.
Terdapat juga peningkatan sebanyak 7 kali ganda terhadap jumlah individu yang disiasat, ditahan atau didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdapat 37 kes tahun ini berbanding hanya 5 pada 2014.
Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mendakwa terdapat bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional walaupun ia kemudian dinafikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy mendakwa terdapat bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional walaupun ia kemudian dinafikan.

"Trend pada 2015, adalah untuk menghukum kumpulan masyarakat sivil, ahli-ahli politik pembangkang dan pembela hak asasi manusia. Ini pasti akan berterusan tahun depan," kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy.
Beliau mendakwa, ada bukti pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN), walaupun ia kemudian dinafikan.
Read More / Baca Lagi >>

Soroton Ekonomi 2015: Semua jatuh, kos sara hidup rakyat naik..pemimpin Umno@Bn terus boros dan bermewah..!

Posted: 30 Dec 2015 07:19 PM PST


Kuasa pengguna terus merosot ditambah kesan pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan kadar tol lebuh raya serta tambang pengangkutan awam paling ketara dirasai keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.Kuasa pengguna terus merosot ditambah kesan pemotongan subsidi, pengurangan rebat tarif elektrik, kenaikan kadar tol lebuh raya serta tambang pengangkutan awam paling ketara dirasai keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Kejatuhan harga minyak, komoditi dan kelemahan nilai ringgit melatari ekonomi negara sepanjang tahun 2015 dengan pada masa sama berlaku kenaikan mendadak kos sara hidup rakyat akibat pelbagai kenaikan harga kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Kesan bebanan rakyat ini dapat dilihat daripada pengumuman kerajaan, 28 Disember lalu berhubung pembentukan satu jawatankuasa baharu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengatasi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Ekoran kemerosotan harga minyak global yang bermula sejak pertengahan tahun 2014 lagi, penstrukturan semula Bajet 2015 pada Januari lalu dilakukan selain semakan dan pengumuman pelbagai pelarasan harga dan rancangan pemotongan subsidi.
Jangkaan industri minyak dan gas stabil sepanjang tahun ini juga meleset apabila memasuki tahun kedua harga minyak global terus menjunam lebih 50 peratus dengan harganya pada masa ini diniagakan dalam julat AS$35 satu tong (penanda aras Brent).
Walhal, Bajet 2016 yang dibentangkan di Parlimen Oktober lalu adalah bersandarkan unjuran harga minyak mentah AS$48 satu tong sekaligus menyaksikan Malaysia sebagai negara pengeluar berdepan dengan risiko luar jangka tahun depan.
Akibatnya, banyak sektor berdepan situasi genting rentetan kedudukan harga minyak mentah global yang susut ke paras terendah dengan mangsa paling kritikal adalah golongan pekerja.
Tidak sedikit syarikat dan pemain industri termasuk sektor perkilangan dan perkhidmatan mengambil langkah pemotongan kos termasuk memberhentikan pekerja atau memindahkan operasi ke negara lain.
Sejak Ogos lalu misalnya, seramai 255 pekerja syarikat pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing (NAM) antara kelompok pekerja industri pemotoran yang telah diberhentikan dalam tempoh 24 jam manakala CIMB pada Mei lalu mengumumkan untuk melaksanakan langkah pengurangan pekerja melalui Skim Pemisahan Bersama (MSS) yang menjejaskan kira-kira 2,000 pekerja CIMB Group Holdings Bhd di Malaysia dan Indonesia.
Kesuraman industri minyak dan gas (O&G) turut mengheret risiko ke atas lebih 3,200 pengusaha stesen minyak dengan 70 peratus daripada mereka terdiri daripada Bumiputera yang dilantik syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHP.
Persekitaran perniagaan dan operasi yang mencabar sepanjang tahun ini juga menyaksikan industri insurans am setakat Jun lalu misalnya, mengalami peningkatan perlahan sebanyak 2.3 peratus berbanding pertumbuhan 6.4 peratus bagi tempoh sama pada 2014.
Penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antara kelompok terpukul dengan ketidaktentuan ekonomi tahun ini. Ancaman terhadap daya tahan PKS di negara ini juga dibimbangi banyak pihak di sebalik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyaksikan kunjungan Presiden AS, Barrack Obama tahun ini dan 2014 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Janji Hari Terakhir: 1MDB bakal jual 60% Bandar Malaysia kepada kumpulan China, Iskandar

Posted: 30 Dec 2015 07:17 PM PST


1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersetuju menjual 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion, sebagai sebahagian daripada rancangan rasionalisasi untuk mengurangkan hutang RM42 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini. Ekuiti yang dijual kepada konsortium terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, kata 1MDB.
1MDB akan menerima deposit 10%, atau RM741 juta atas pelaksanaan perjanjian penjualan dan pembelian saham, dan urus niaga itu dijangka siap pada akhir Jun 2016.

Konsortium menganggarkan tanah Bandar Malaysia itu pada harga RM12.35 bilion, kata 1MDB. Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, tanah itu sekurang-kurang bernilai pada RM11.5 bilion.
Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usahama 60:40 antara IWH dan CREC.

K'jaan Umno@Bn kata siasatan BNM terhadap 1MDB berkaitan 'pematuhan kewangan'

Posted: 30 Dec 2015 07:11 PM PST

Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap 1MDB adalah berkaitan pematuhannya kepada syarat kebenaran untuk pelaburan di luar negara.
"Penyiasatan BNM adalah berkaitan pematuhan 1MDB kepada syarat kebenaran yang diberikan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) yang telah diganti dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk pelaburan di luar negara," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Kementerian itu menjawab pertanyaan bertulis Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal), yang meminta senarai anak syarikat 1MDB yang telah diambil tindakan dan dicadang untuk diambil tindakan oleh BNM.
"Bank Negara Malaysia tidak menjalankan sebarang penyiasatan terhadap syarikat-syarikat subsidiari 1MDB," kata kementerian dalam jawapan tersebut.
Dalam satu kenyataan Oktober lalu, Pejabat AG dilaporkan berkata kertas siasatan BNM itu telah dikaji dan memutuskan bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada siasatan lanjut dibuat.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilaporkan berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali membuat kenyataan dari sudut pandang jenayah, manakala BNM pula dari sudut pentadbiran dalam memberi kebenaran kepada 1MDB melabur di luar negara.

Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ !

Posted: 30 Dec 2015 04:29 PM PST


Cash Is King Dari WSJ - Kali Ini Najib Kena Saman WSJ !Panaaaassss artikel terbaru dari WSJ yang semakin berani mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Najib dan 1MDB. Anda boleh baca di JMD salinan penuhnya - KLiK.

Kali ini WSJ menceritakan bagaimana peranan 1MDB dalam merancakkan politik wang negara kita. Jika benar dakwaan WSJ itu, rupa2nya amalan Cash Is King amat berleluasa dalam kempen PRU13 dengan 1MDB menjadi kepala paipnya ..... dan yang menjaga/memusing kepala paip itu adalah Najib dan Jho Low ( bagi negeri Pulau Pinang )

The 1MDB fund also transferred hundreds of millions of dollars to politicians through Ihsan Perdana Bhd., a company formed in 2011 to carry out 1MDB's corporate social responsibility programs, said a person involved with setting up the fund. Ihsan Perdana is exempt from filing financial statements, according to Malaysian company records.

Dakwa WSJ, 1MDB menyalurkan ratusan juta dollar kepada ahli2 politik melalui Ihsan Perdana yang berselindung disebalik projek2 CSR.
WSJ turut menamakan Oh Ei Sun yang pernah menjadi setiausaha politik Najib sebagai berkata -

The prime minister's office viewed 1MDB as a way to finance projects aimed at boosting UMNO's popularity, said Oh Ei Sun, who at the time was Mr. Najib's political secretary. Money from 1MDB was available for projects drawn up by staff in the prime minister's office, he said.

"If we thought it could help the incumbent government pull in some votes, we could propose that," said Mr. Oh. He said he helped give scholarships to ethnic Chinese students, but said he later quit, citing his concern about lack of transparency in the government.

PMO melihat kantung 1MDB boleh digunakan untuk membiayai apasaja projek yang mampu menaikkan imej Umno. Nama Shahrir turut disebut dalam artikel - Shahrir Abdul Samad, a UMNO parliament member, was quoted saying he was given over $300,000. .... glamer Shahrir !

Pendek kata - artikel WSJ kali ini menggambarkan Najib benar2 mengamalkan Cash Is King dan 1MDB adalah pembekal Cash itu.

Hmmm ..... jika kita ingat2kan balik waktu2 sebelum PRU13 dulu, memang Najib begitu galak memberi pelbagai hadiah kepada rakyat dengan jamuan2 rakyatnya .... oooooooh..... patutlah .... Tidak dinafikan banyak juga sumbangan itu memberi manafaat kepada rakyat, mungkin bagus kalau PRU diadakan dua tahun sekali ! TAPI ..... janganlah guna cara Najib @ 1MDB, sebab kesan negatifnya kepada rakyat lebih besar dan itu yang kita sedang tanggung ketika ini !

Kalau takde duit, buatlah cara takde duit. Respek dari rakyat tidak boleh dibeli atau dipaksa tapi perlu diusahakan secara ikhlas dan jujur.

Anda bacalah artikel yang agak panjang dari WSJ itu  ........

Menariknya, sejak Tun Mahathir mendedahkan amalan Cash Is King oleh Najib dan sering disebut2 dalam media sosial, belum pernah lagi Najib menafikan kenyataan Tun itu. Dan cai2 Najib juga tidak pernah cuba menyangkal amalan bos mereka itu. Jadi benarlah !

Bukan apa, dari situ saja kita sudah boleh bayangkan bagaimana jenisnya pemimpin macam Najib yang mempercayai wang mampu membeli kesetiaan, sokongan waima apasaja. Kalau tidak ada cash ? ? ?

Itu juga mampu menjelaskan kenapa seseorang itu boleh jadi begitu bengap sehingga memasukkan duit yang bukan miliknya, ke dalam akaun peribadinya supaya senang dia gunakan untuk diagih2kan kepada pengikut2nya...... kerana tanpa Cash, he's no more King.

Dia perlukan akses kepada Cash yang banyak berdekatan dengan dirinya. Kalau dana itu disimpan di Swiss, bagaimana nak sain cek2 ? Dana itu bukan untuk kepentingan dirinya ..... tapi demi kepentingan partinya ..... demi memastikan partinya kekal menang ......

DAN secara tak langsung ...... jika partinya kekal jadi kerajaan, dia juga akan kekal jadi PM !

Errr ...... bunyi macam ada kepentingan diri juga ni ......

Read More / Baca Lagi >>

Umno Akan Berkubur Jika Terus Bodoh Sombong Dan Mengelak Berdepan Masalah

Posted: 30 Dec 2015 04:28 PM PST

Kali ni saya nak komen secara bebas .... mengenai SOP yang digunakan oleh cai2 Najib dalam mempertahankan bos mereka. Untuk pengetahuan, hampir setiap artikel saya akan terima beberapa komen lari topik dari cai2 Najib yang cuba mengalihkan tumpuan kita kepada isu konsesi ERL ke.... isu TOL ke ... isu Proton ke ..... dan bahasa yang digunakan pula adalah standard bahasa cai Najib iaitu biadab.

Seperti biasa, komen2 seperti itu saya dengan sukahatinya akan padam. Kekadang tu saya tak baca sampai habis pun. Nampak saja gelaran yang mereka berikan kepada Tun Mahathir, saya terus padamkan tanpa baca sebaris ayat pun. Jadi kepada cai2 Najib, janganlah buang masa tulis komen2 seumpama itu di sini.

Dah la tak boleh nak claim atas kerja yang anda buat, tambah sakit hati bila terpaksa klik berulangkali ke sini untuk pastikan komen anda disiarkan atau tidak.

Dah beberapa kali saya sebut, di sini jangan cuba alih isudan jaga bahasa anda !

Kalau saya menulis tentang RM2.6 bilion, komen2 yang cerita tentang konsesi ERL yang tidak ada kena mengena dengan RM2.6 bilion sememangnya tidak akan dilayan.

Contoh satu lagi spin favoret cai Najib adalah mengenai IPP, bila kita mempersoalkan kenapa 1MDB beli IPP dengan harga lebih mahal dari harga pasaran, mereka akan kaitkan dengan kontrek2 lama ketika zaman Tun Mahathir konon apa yang 1MDB buat adalah untuk menyatukan dan menyeragamkan IPP bla bla bla ..... apa kaitannya dengan beli IPP pada harga lebih mahal dari pasaran ? ? ?

Dan seperkara penting yang perlu cai2 Najib sedar adalah, apa kaitannya isu2 lama Tun Mahathir dengan persoalan2 yang Tun bangkitkan mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ?

Apakah cai2 Najib fikir, dengan menjejaskan kredibiliti Tun Mahathir, maka dengan sendirinya Najib akan terselamat dari persoalan2 rakyat mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion ? Apa kaitannya ? ? ?

Apakah dengan menyerang Tun Mahathir melalui dakwaan isu2 lamanya akan mampu menyelamatkan Umno yang semakin hilang kredibilitinya di mata rakyat gara2 tindakan Najib Rosmah ?

Apakah sekiranya Tun Mahathir senyap dan tidak lagi mengkritik Najib maka Umno akan jadi kembali kuat ?

Bagaimana mungkin Umno kembali kuat jika faktor2 penyebab kelemahannya tidak ditangani terlebih dahulu ?

Read More / Baca Lagi >>

Kena Kencing: 'Sudah enam bulan, hutang 1MDB macam mana?'

Posted: 30 Dec 2015 04:24 PM PST

Anina Saaduddin Bekas ahli Umno, Anina Saadudin hari ini berkata, rakyat Malaysia sedang menanti janji yang pernah dilafaz Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkait isu hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut Anina, tempoh enam bulan yang dijanjikan Najib juga sudah sampai dan beliau perlu mengotakan janjinya itu.
"Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015... enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan," katanya menerusi posting terbaharu di laman sosial Facebook miliknya.
Najib sebelum ini dilaporkan pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan.
Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan untuk itu diberikan ialah dalam satu pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Jun 2015.
Pada Ogos, Najib sekali lagi mengulangi perkara sama dalam satu program di Negeri Sembilan.

Siapa 10 individu paling popular 2015?

Posted: 30 Dec 2015 04:15 PM PST

Siapa 10 individu paling popular 2015?
DI SEBALIK pelbagai hambatan isu, pasti ada individu atau watak penting yang mencorakkannya. 2015 bukan hanya menyaksikan negara dihimpit dengan pelbagai kontroversi, namun  ia turut diwarnai dengan kisah-kisah kejayaan, pahit maung bergelar 'pejuang' dalam pelbagai bidang yang diceburi.
Sepuluh individu ini antara nama yang cukup hangat diperkatakan sepanjang tahun 2015. 
1) Datuk Seri Najib Tun Razak
Nama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan sepanjang tahun ini selepas dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion.
Selain itu, pentadbiran beliau turut mendapat tamparan hebat apabila akar umbi Umno sendiri mendesak beliau meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan isu berbangkit sehingga melemahkan parti Umno.
Dalam pada itu,  isu pemecatan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet benar-benar mempopularkan Najib.
2) Tun Dr Mahathir Mohamad
Aura pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus melekat di fikiran dan hati rakyat di negara ini.
Kritikan lantangnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan nama pemimpin ini melonjak sepanjang tahun ini.
Antara kritikan yang dibuat ialah menggesa Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri apabila beliau dikaitkan dengan pelbagai skandal antaranya seperti isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
3)Tan Sri  Muhyiddin Yaassin
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi perhatian susulan percanggahan pendapat dengan Najib berhubung skandal 1MDB.
Perselisihan pandangan itu bertambah hangat apabila tersebarnya video Muhyiddin berkaitan penubuhan syarikat pelaburan strategik negara itu dalam satu majlis tertutup Umno.
Pertembungan di antara Najib dan Muhyiddin sampai ke kemuncaknya apabila Najib memutuskan untuk menggugurkan Muhyiddin daripada barisan Kabinetnya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno bagaimanapun tidak menyerah kalah. Di samping menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti, Muhyiddin menjelaskan kritikannya terhadap Najib adalah demi kesejahteraan rakyat dan negara.
4) Tengku Mahkota Johor  (Tunku Ismail Sultan Ibrahim)
Nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau mesra disapa TMJ mula mendapat perhatian beberapa tahun lalu.
Namun pada 2015, kejayaan Tunku Ismail membentuk pasukan Johor Darul Takzim sehingga menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan benar-benar melonjakkan nama TMJ.
Nama putera diraja Johor ini juga sering mendapat perhatian kerana kritikan pedasnya terhadap politik dan industri sukan tanah air.
5) Datuk Seri Abdul  Hadi Awang.
Nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia politik Malaysia.
Ketegasannya untuk melaksanakan undang-undang hudud bukanlah sesuatu yang baharu.
Terbaharu, nama Abdul Hadi terus diperkatakan selepas Presiden Pas itu duduk sepentas dengan Perdana Menteri dalam sebuah program di ibu negara.

Isu kerjasama politik di antara Pas dan Umno kembali menghangatkan politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Sudah banyak jawatankuasa, kali ini biar berperanan

Posted: 30 Dec 2015 04:13 PM PST

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meletakkan harapan tinggi pada penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi berkaitan isu kos sara hidup yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, jawatankuasa demi jawatankuasa yang ditubuhkan sebelum ini hanya atas nama tanpa menunjukkan sebarang hasil.
"Kita memang mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa tertinggi itu. Kalau hanya setakat untuk mendapatkan maklum balas dari NGO, saya rasa sudah banyak sebenarnya jawatankuasa sebelum ini yang ditubuhkan kerajaan. Itu (tubuh jawatankuasa) sudah cukuplah," katanya kepada Sinar Online.
Ahmad Zahid sebelum ini mengumumkan melalui penubuhan jawatankuasa itu, pengerusi NGO akan dijemput untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan pandangan berhubung isu kos sara hidup.
Mengulas lanjut, Mohd Yusof melahirkan harapan agar jawatankuasa itu benar-benar berkuasa bukan sekadar menjadi platform mendengar luahan hari NGO sahaja.
"Sebelum ini sudah ada tubuh jawatankuasa Kabinet tentang kos sara hidup dan sudah ada macam-macam jawatankuasalah, jadi sekarang ini tubuh lagi satu jawatankuasa.
"Cuma yang kita harapkan, biarlah jawatankuasa itu jawatankuasa yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Selepas mendengar maklum balas NGO kemudian berkuasa membuat keputusan, bagaimana untuk menangani kos sara hidup sebagai penyelesaian yang boleh dibuat kerajaan untuk bantu rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

2015: The year of the inhumane Malaysian

Posted: 30 Dec 2015 04:11 PM PST

It was the year the hot air of "Eastern values" rhetoric was chilled by the cold hearted response of Malaysian leaders to these humanitarian disasters.
The-year-of-the-inhumane-Malaysian
By Dr Kua Kia Soong
2015 will be remembered as the year cold Malaysian values were exposed to the world. It was the year the hot air of "Eastern values" rhetoric was chilled by the cold hearted response of Malaysian leaders to these humanitarian disasters, namely:
– Thousands of Rohingya refugees adrift at sea off Malaysia;
– Hundreds of mass graves of trafficked persons uncovered near the Thai border;
– Tens of pregnant Orang Asli women at the transit centre in Kuala Bertis, Gua Musang;
– Seven Orang Asli children lost in the Gua Musang forest;
– One Malaysian beheaded in Sabah.
Eastern values versus Western values
In the 1990s, several prominent East Asian leaders argued that human rights are culturally relative. At the forefront of the so-called 'Asian values' debate was Dr Mahathir Mohamad, the prime minister of Malaysia, and the former prime minister of Singapore, Lee Kuan Yew. They argued that Asians tend to value community while Westerners value the individual. And whereas Asians appreciate order and harmony, Westerners appreciate personal freedom.
But which values – Eastern or Western – are more humanitarian? Dr Mahathir distinguished himself in 1979 when he was Deputy PM by threatening to shoot on sight Vietnamese boatpeople attempting to land on Malaysian soil. After the international uproar, he maintained that he had actually said he would "shoo them on sight…" Anyway, he had demonstrated an aspect of his rendition of "Asian values".
In 2015, Malaysian political leaders demonstrated that Mahathir's 1979 faux pas was not exceptional.
Rohingya refugees at sea refused landing rights
The tragedy of Rohingya refugees being stranded in the Andaman Sea in 2015 was bad enough but the refusal of Malaysia and other regional authorities to take them in was a human rights abomination of major proportions. The numbers stranded aboard rickety ships was estimated to be in the thousands. Despite a plea from U.N. Secretary General Ban Ki-moon, urging Southeast Asian leaders to uphold "international law" and "the obligation of rescue at sea," Malaysia refused to accept these "boat people" who were suffering from rapidly dwindling provisions.
The Malaysian government did not engage in any search and rescue efforts to provide desperately needed aid at sea nor did they allow migrants to land on offshore islands for such aid. The Malaysian Deputy Home Minister Wan Junaidi Jaafar said the surge of refugees from Myanmar and Bangladesh seeking asylum in Malaysia was unwelcome and his government would turn back any illegal arrivals.
The attitude of the Penang State Government through its Deputy Chief Minister to the plight of the Rohingya boatpeople was just as disappointing. He criticised the Federal Government's move to house the Rohingya boatpeople in Penang as another politically motivated 'Project IC'. As a former radical upwardly mobile person (FRUMP), the Pakatan Rakyat leader should have shown more humanitarian concern for the welfare of the boatpeople and could have used the Penang state government's resources to provide food and drink to these desperate people.
Malaysia's response was in sharp contrast to the attitude of the European countries such as Germany and the Italians on the island of Lampedusa who have compassionately opened their hearts and their homes in an unprecedented humanitarian effort to accept the thousands of refugees fleeing the war in Syria.
Since when has it become acceptable for supposed democrats to treat the Rohingya as if they were political pawns rather than human beings entitled to human rights?
Mass graves of trafficked persons uncovered
Read More / Baca Lagi >>

Insan biasa yang memberi inspirasi sepanjang 2015

Posted: 30 Dec 2015 03:56 PM PST

Muhammad Azmi Ismail atau Pak Mie sanggup mengorbankan segala-galanya demi melindungi anjing dan kucing liar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Muhammad Azmi Ismail atau Pak Mie sanggup mengorbankan segala-galanya demi melindungi anjing dan kucing liar.

Malaysia berdepan ketegangan kaum dan agama, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang dan cukai kepenggunaan yang baharu.
Di sebalik kegelapan itu, terdapat rakyat Malaysia yang memberi inspirasi kepada masyarakat – sama ada melawan ketidakadilan penguatkuasaan agama, menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia di ibu kota dengan harapan negara akan menjadi lebih baik.
The Malaysian Insider memberikan penghormatan kepada "Rakyat Malaysia yang menjadi inspirasi tahun ini"; mereka yang kami percaya menyebarkan nilai-nilai baik dan memberikan kesan positif serta sumbangan kepada masyarakat.

Datuk Noor Farida Ariffin Sebagai jurucakap kepada G25, kumpulan terdiri daripada bekas hakim, duta, bekas timbalan naib canselor universiti serta bekas pemegang jawatan utama sektor awam ini menerima ancaman rogol, bunuh dan dihujani pelbagai gelaran.
Boleh sahaja orang seperti Noor Farida mendiamkan diri, menikmati kehidupan selesa selepas bersara, akan tetapi beliau memilih mengetengahkan Islam yang lebih moderen dan progresif.
Maria Chin Abdullah teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya yang berjaya menghimpun ribuan rakyat Malaysia memperjuangkan hak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015. 
Maria Chin Abdullah teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya yang berjaya menghimpun ribuan rakyat Malaysia memperjuangkan hak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Disember, 2015.Maria Chin Abdullah
Pengerusi Bersih 2.0 ini membuktikan rakyat mengambil berat tentang negara dan boleh berhimpun secara aman, biarpun berbeza kaum dan agama tetapi tidur bersama-sama di ibu kota demi masa depan Malaysia.
Beliau menunjukkan keberanian dan merayakan kepelbagaian serta teguh dengan apa yang dipercayainya, walaupun berdepan dengan siasatan polis kerana tindakannya dan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman.
Datuk Hishamudin Mohd Yunus
Hishamudin adalah contoh bagaimana seorang hakim itu perlu berperanan, akan tetapi tetap terlepas kenaikan pangkat ke Mahkamah Persekutuan pada Februari. Walaupun selepas bersara pada September, pandangan bekas hakim Mahkamah Rayuan itu masih dihargai orang ramai dan pengamal undang-undang.
Di antara penghakimannya yang ingati ialah mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-undang Syariah Negeri Sembilan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah pada 2014.
Pada Ogos tahun ini, beliau mengetuai panel hakim memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa menyemak keputusan Mahkamah Bumiputera di Sabah dan Sarawak, yang mengendalikan pertikaian membabitkan penduduk asal negeri itu, mengikut undang-undang adat mereka.
Pak Mie dan Mak Intan
Selama bertahun-tahun Muhammad Azmi Ismail yang lebih dikenali sebagai Pak Mie melindungi anjing dan kucing liar, sehinggalah meninggal dunia Mac tahun ini.
Akan tetapi legasinya diteruskan isterinya, Halijah Idris yang dikenali sebagai Mak Intan, meneruskan untuk menjaga lebih 500 anjing, kucing dan arnab dengan bantuan 2 pekerja dan anak mereka, Alif Effendi.
Ini bukanlah kerja mudah, selain tempat penempatan tetap, makanan dan ubat untuk haiwan diselamatkan terus hidup, tempat perlindungan sedia ada tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.
Robbi Sapinggi
Malim gunung ini diangkat sebagai wira selepas terkorban kerana menyelamatkan pendaki di Kota Kinabalu semasa gempa bumi melanda Sabah pada Jun.
Lelaki berumur 31 tahun itu dilaporkan cedera teruk selepas batu terjatuh semasa gempa bumi melanda akan tetapi terus membantu pendaki lain yang mungkin sedang turun dari gunung.
Sapinggi dilaporkan menunggu lebih kurang 5 jam sebelum turun dari cerun curam dan ketika ditemui pasukan penyelamat, beliau sudah "nyawa-nyawa ikan". Beliau meninggal dunia tidak lama kemudian.
Read More / Baca Lagi >>

#SelamatkanZulkifli raih simpati rakyat

Posted: 30 Dec 2015 03:52 PM PST

Kes Zulkifli mendapat perhatian ramai kerana dia dituduh membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh.
#SelamatkanZulkifli-raih-simpati-rakyat
PETALING JAYA : Kes Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh mendapat perhatian dan simpati rakyat Malaysia.
Rata-rata rakyat kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan terhadap Zulkifli namun terpaksa menerima hakikat, dia perlu menjalani proses undang-undang secara adil sebelum dibebaskan daripada tuduhan Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Simpati dengan nasib yang menimpa bapa kepada tiga orang anak itu (anak kedua menghidap autisme), sebuah tabung akan dilancarkan hari ini (Khamis) bagi membantu isteri dan anak-anak Zulkifli meneruskan hidup.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul yang bertanggungjawab menubuhkan tabung itu berkata, sejak ditahan reman 14 hari lalu, keluarganya tidak dapat berniaga di warung yang berdekatan dengan rumah mereka.
Katanya, tabung itu juga untuk membantu keluarga Zulkifli berulang alik dari Kerteh ke Penjara Marang yang jauhnya lebih 100 kilometer di mana Zulkifli ditahan sehingga tarikh sebutan kes pada 24 Januari 2016.
Nik Aziz berkata, sebuah akaun Facebook 'Selamatkan Zulkifli' diwujudkan sebagai tanda rakyat Malaysia menyokong dan bersimpati dengan nasib yang menimpa bapa berusia 50 tahun itu.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ v 1MDB: Who wins is not the issue

Posted: 30 Dec 2015 03:49 PM PST

The question to ask is who has more credibility.
wsj_1mdb_600_3
It is said that experts in any subject matter can never win against non-experts when it comes to polemics.
Obviously, that's the position taken by the Wall Street Journal (WSJ) when 1MDB runs amok with what really amounts to a one liner each time the 100-year-old newspaper trots out a "new" piece on the troubled government-owned company, touted as a strategic investment and development arm. The "experts" in this case are the politicians and businessmen running 1MDB.
1MDB, in a salvo at the WSJ over its latest article on the company, tries again to be too clever by half. It pontificates about there being "no news" in the latest offering by the US-based newspaper, accusing it of "recycling unproven allegations" and claiming that it has submitted itself to the scrutiny of lawful authorities.
1MDB, long driven by a "catch me if you can" mindset, was no doubt implying that the people, through the Court of Public Opinion, are not "lawful authorities." The fact that the jury is not out on 1MDB's lawful authorities seems to have escaped the company. In any case, the lawful authorities seem to be getting nowhere in their investigations, if indeed they are investigating anything.
So, it's no wonder that publications like WSJ seize on every excuse, every trigger-off point, to replay the story of 1MDB. That is actually permitted in journalism, notwithstanding the disagreement of 1MDB and its dwindling band of supporters.
The question to consider is who has credibility between 1MDB and WSJ. Another question to ask is who is the subject matter expert when it comes to journalism. In preaching about journalism, i.e. virtually trying to rewrite the rules of journalism, 1MDB does itself no credit. It should stick to what it was set up to do, i.e. investing strategically to help develop Malaysia. So far, we see nothing of the kind being done, as pointed out by former Prime Minister Mahathir Mohamad. Good news — read "rationalisation" in this case — is not journalism. It's propaganda.
Read More / Baca Lagi >>

Terengganu haramkan vape mulai tahun depan

Posted: 30 Dec 2015 03:46 PM PST

Keputusan mengharamkan vape di Terengganu dibuat selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa negeri yang mengharamkan rokok elektronik itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Disember, 2015. 
Keputusan mengharamkan vape di Terengganu dibuat selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa negeri yang mengharamkan rokok elektronik itu, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda. 

Kerajaan Terengganu mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.
Katanya susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu hari ini. – Bernama

Pembukaan, pengambilan tanah punca fenomena air merah

Posted: 30 Dec 2015 07:39 AM PST

Orang ramai dinasihatkan supaya jangan memakan makanan laut dari kawasan terlibat sehingga analisis tahap keselamatan hasil laut selesai
bauksit.lau
KUANTAN: Fenomena air sungai dan laut menjadi merah di sini semalam berpunca daripada kegiatan pembukaan dan pengambilan tanah, yang kemudiannya dihanyutkan larian air akibat hujan lebat beberapa hari lepas.
Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Zainal Abidin Abdullah berkata ia menjadi serius apabila larian air di permukaan tanah turut bercampur dengan mineral bauksit di jalan raya, yang tumpah semasa proses pengangkutan dilakukan menyebabkan fenomena itu berlaku.
"Jumlah air yang banyak semasa hujan lebat turut menyebabkan mendapan di dalam sungai berkocak dan bercampur pula dengan yang air bercampur bauksit yang dibawa larian air.
"Semua bahan ini kemudian dibawa ke sungai sebelum mengalir ke laut dan kuantitinya yang banyak menyebabkan fenomena sungai dan lautan merah berlaku," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, Rabu.
Sebagai contoh, katanya, pengambilan tanah di Bukit Goh akan mengalir ke Sungai Kuantan dan aktiviti serupa di sekitar Beserah akan dibawa air ke Sungai Balok, Sungai Karang di sini.
Zainal Abidin berkata keadaan itu akan kembali normal tidak lama lagi, namun ia bergantung kepada pasang surut air laut.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan Hussain menasihati orang ramai supaya tidak memakan makanan laut dan kerang-kerangan dari kawasan yang terlibat.
Read More / Baca Lagi >>

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan

Posted: 30 Dec 2015 07:37 AM PST

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran
Lee-Chean-Chung,bauksit
PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.
Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.
FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.
"Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan," kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.
Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.
Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit: Kerajaan negeri sering beralasan

Posted: 30 Dec 2015 07:35 AM PST

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pelbagai bantahan disuarakan namun semuanya tidak disambut secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri.
Tengku-Zulpuri-Shah-Raja-Puji,bauskit
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang sering memberi alasan dalam mengendalikan isu perlombongan bauksit di sana.
Beliau berkata, pihak pembangkang bersama-sama NGO sudah melakukan pelbagai cara untuk membantah perlombongan bauksit di sekitar Kuantan.
"Kita sudah bangkitkan isu ini di sidang DUN. Malah Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) sendiri akui masalah dalam penguatkuasaan. Kita juga bersama-sama NGO mengadakan demonstrasi dan laporan polis.
"Namun MB hanya beri alasan yang perlu ambil kesempatan dengan harga bauksit yang tinggi pada tahun ini dan keadaan akan berbeza pada tahun depan," dakwanya ketika dihubungi FMT.
Menurut beliau, pihaknya juga sudah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan terhadap lori bauksit yang melanggar peraturan.
"Tetapi ia dijalankan secara tidak menyeluruh dan konsisten. MB pernah kata akan mengarahkan lori menggunakan guni bagi mengelakkan debu bauksit tersebar dan jatuh ke jalan raya. Ini semua adalah gimik dan alasan sahaja," dakwa Adun Mentakab itu lagi.
Kemarahan penduduk sekitar terhadap kegiatan ini dilihat telah memuncak apabila dikatakan sudah enam buah lori pengangkut bauksit yang dibakar.
Pada pagi Rabu, warga Kuantan dikejutkan apabila pesisir pantai dari Sungai Pengorak ke Pantai Batu Hitam 'bertukar' merah.
Read More / Baca Lagi >>

Penjajah tertipu, Tok Janggut tak mati dibunuh

Posted: 30 Dec 2015 07:34 AM PST


Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.
Cucu sepupu kepada pahlawan terkenal itu berkata, Tok Janggut kemudian disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang untuk menyelamatkan beliau.
"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu," katanya.
Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.
Tegasnya, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.
"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?," soalnya seperti dilapor Bernama.
Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.
Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.
"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.
"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh," katanya.
Kenapa tak muncul seperti Mat Kilau?
Read More / Baca Lagi >>

Kisah di sebalik kubur Tok Janggut

Posted: 30 Dec 2015 07:33 AM PST


Sama ada Tok Janggut gugur dalam pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu disemadikan?
Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir Pekan, Tumpat.
Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu lokasi lain kubur Tok Janggut.
Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan sehinggalah beliau meninggal dunia.
Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan mana-mana orang lain juga."
Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.
"Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.
Kubur bertanda botol kaca zaman British
Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh, Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh.
Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui bukti secara berlisan.
Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang ditemuramahnya pada tahun 2010.
Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit Tanpa Ubat.
Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.
Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.
"Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.
"Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan satu di kepala.
"Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan botol kaca," katanya.
Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda botol kaca.
Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat "Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat disahkan.
Sesudah perang Pasir Puteh
Read More / Baca Lagi >>

Kaji semula sejarah Tok Janggut

Posted: 30 Dec 2015 07:32 AM PST


Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.
"Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.
"Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain," katanya.
Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.
"Tetapi kesahihan rekod itu akan diuji jika ada kajian baru dibuat. Jadi, kajian yang dibuat oleh Abdullah Al-Qari berkenaan kubur Tok Janggut di Machang boleh dipertimbangkan dan boleh mempengaruhi sumber asal itu," katanya.
-Bernama
Dalam pada itu, Abdullah Zakaria berkata antara penulisan terawal mengenai sejarah Tok Janggut adalah daripada Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka (1955), Ibrahim Nik Mahmud, The Tok Janggut Rebellion of 1915 (1974) dan Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1972).
Nik Anuar meneruskan penyelidikan dan menerbitkan buku Tok Janggut, Pejuang Atau Penderhaka (1999) dan kali terakhir ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng, To' Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan (2006), katanya.
Majoriti kata Tok Janggut gugur
Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar pula berkata pengkaji sejarah masih dengan keputusan majoriti bahawa Tok Janggut terbunuh dalam peperangan di Pasir Puteh.
"Dokumen British jelas menyatakan beliau mati ditembak dan mayatnya digantung. Gambar yang dipaparkan itu dengan cerita tahun 50an oleh penulis-penulis Tok Janggut adalah sama.
"Begitu juga dengan cucu Tok Janggut di Pasir Puteh yang mengakui Tok Janggut mati. Namun, saya ada dengar kata beliau tidak mati tapi tiada apa-apa bukti," katanya.
Abdul Latiff berkata pengkaji sejarah bersepakat mengangkat Tok Janggut sebagai seorang pejuang agama dan bangsa dan bukan penderhaka kepada sultan.
"Tok Janggut tidak menentang sultan tapi menentang tindakan British yang campur tangan dalam urusan pentadbiran sultan menyebabkan kemungkinan sultan tertipu dan terhutang budi kepada British.
"Padahal, beliau masih taat kepada sultan dan membela nasib orang Melayu," katanya.
Tak harus terikat sumber penjajah
Sementara itu, Jawatankuasa Induk Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan Noyeens M. Noor berpendapat seseorang pengkaji sejarah tidak seharusnya terikat dengan buku dan catatan bertulis penjajah British walaupun diakui tulisan mereka lengkap daripada sudut kronologi.
Tambah Noyeens, pengkajian sejarah Tok Janggut wajib diteruskan dan tidak harus dihentikan dengan hanya bergantung kepada sumber sedia ada kerana masih banyak persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
"Semua orang tahu kubur Tok Janggut di Pasir Pekan, Tumpat itu adalah kubur palsu hatta pengetahuan ini diketahui oleh sebahagian pengkaji. Namun perkara itu hanya cakap mulut, tiada satu kenyataan khas dan lebih dipercayai dibuat.
"Malah di kalangan waris Tok Janggut sendiri berbelah bahagi. Ada kata mati dan sebaliknya. Itu menunjukkan mereka tak bersependapat.
"Tidak cukup buat seminar dan pameran sahaja. Pihak berkaitan harus keluar modal dan buat kajian, ketengahkan sumber-sumber tempatan dan cari titik persamaan.
"Sedangkan kajian sejarah Melayu yang sudah beribu-ribu tahun lamanya boleh dikaji, inikan pula sejarah Tok Janggut yang hanya berusia 100 tahun," tegasnya.
Sejarah ditulis orang yang menang
Read More / Baca Lagi >>

UNDANG2 MALAYSIA MEMANG ADIL !!!!

Posted: 30 Dec 2015 05:30 AM PST

Beginilah nasib bila undang2 penjajah dijulang...

Perompak masuk rumah, pertahan family pon KENA TANGKAP & DIDAKWA !!

Pertahan diri dari dirogol pon KENA PENJARA !!

Kegilaan & kebodohan apakah ini ???

Teng: Jho Low lakukan kerja buruk jika terbabit pada PRU-13

Posted: 30 Dec 2015 04:53 AM PST

Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Teng Chang Yeow menafikan bahawa taikun perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low terbabit dengan kempen pilihan raya negeri BN pada 2013.
"Jika beliau terbabit, strateginya adalah buruk. Kami kalah teruk! " kata Teng kepada melalui WhatsApp.
 Teng sendiri tumbang di kerusi DUN Bukit Tengah pada pilihan raya itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Wall Street Journal semalam yang mendakwa bahawa Low bertindak sebagai pegawai strategi kanan untuk kempen BN dalam usaha merampas semula Pulau Pinang.
Menurut WSJ, rakan sekolah Low - Geh Choh Hun menganjurkan kumpulan yang dikenali sebagai Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia yang mengagihkan cek bernilai ratusan ribu ringgit untuk kumpulan bukan kerajaan.
"Sidang akhbar saya sebelum pilihan raya umum lalu sangat jelas. Kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia mahupun dengan Jho Low," kata Teng.
ADUN Umno - Datuk Jaharah Hamid dan Muhammad Farid Saad - juga menafikan mengenali Jho Low ataupun mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai penglibatannya dalam kempen PRU-13, ketika dihubungi Malaysiakini.
Disoal cara pembiayaan jentera pilihan raya BN, Teng berkata, setiap parti akan menguruskan dana masing-masing dengan BN bertanggungjawab terhadap kerja-kerja publisiti.
Mengenai jumlah peruntukan yang diterima oleh calon-calon parti Gerakan, Teng berkata: "memgikut undang-undang."
Read More / Baca Lagi >>

Dr Zuhdi ikut teladan Umno?

Posted: 30 Dec 2015 04:07 AM PST


zuhdi fitnah dap
Pada 29 Disember 2015, laman web kepada lidah rasmi Parti Islam SeMalaysia (PAS), HarakahDaily.net telah menerbitkan sebuah kenyataan media yang bukan sahaja tidak betul, malah bersifat fitnah dan tohmah yang luar biasa terhadap DAP. DAPSY Perak serta Biro Antarabangsa DAPSY Kebangsaan, mendahului kenyataan ini dengan penafian sepenuhnya kesemua tuduhan liar yang termaktub dalam keyataan tersebut.
Tuduhan palsu Mohamed Razali Abd Rahman, yang begitu gila dan tidak masuk akal, dan terus dikitar semula oleh segelintir daripada kepimpinan PAS melalui Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hanya menunjukkan bahawa mereka ketandusan isu dan idea. Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka kebelakangan ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO.
Tahap kesungguhan tohmahan yang dikeluarkan oleh Dr Zuhdi itu, memang mirip dengan telatah dan taktik lumrah digunakan oleh UMNO BN. Tambahan pula, isi kandungannya memang adalah bahan fitnah upahan UMNO yang dikitar semula. Nampaknya, mereka sependekatan mengikuti teladan;

"If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself."
(Jika anda mengulangi sesuatu pembohongan secukup-cukupnya, orang akan percaya, dan anda juga berkemungkinan akan percayakannya anda sendiri)
Joseph Goebbels, Menteri Propoganda kepada  Adolf Hitler, Diktator Fasis Jerman awal abad ke 20.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan biar BN zalimi rakyat, DAPSY ajak rakyat turun #shutdownsungaibesi

Posted: 30 Dec 2015 04:04 AM PST

tol-naik
KUALA LUMPUR 30 DIS: DAPSY mengajak orang ramai demontrasi #shutdownsungaibesi bagi membuka mata kerajaan Perskutuan dalam memahami derita yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan harga pelbagai barangan.
shutCXdbhCcUAAEYeE7Malah, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pandan, Mohd Firdaus Babh menyifatkan pengajuran itu bertepatan dalam usaha rakyat mendesak kerajaan UMNO BN supaya mendengar isi hati mereka.
Beliau menggesa orang ramai supaya tidak berdiam diri terhadap penindasan seumpama itu kerana ia dikhuatiri akan memberi ruang kepada pimpinan UMNO BN untuk bertindak lebih zalim.
"Jika tidak ramai yang turun ke demo itu, saya bimbang kerajaan akan terus-menerus melakukan dasar dan keputusan yang tidak memihak kepada rakyat," katanya kepada Roketkini, hari ini.
Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Shakir Ameer pula menjangka 2016 bakal menjadi tahun yang sukar berikutan 'kesan domino' yang dirasai rakyat jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol.
"Jika kerajaan berdegil menaikkan kadar tol ketika harga minyak dunia turun, rakyat bakal terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan berikutan pertambahan kos pengangkutan," katanya.
Menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi yang menyalahkan pemimpin terdahulu dalam isu kenaikan kadar tol, beliau berkata kerajaan perlu campur tangan perjanjian konsesi tol yang terlibat.
"Zahid tidak patut berkata begitu. Sebelum inipun UMNO jugalah yang memerintah, jadi UMNO bertanggungjawab dalam kenaikan kadar tol. Tidak kira siapapun Perdana Menteri," katanya.